es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 313 suscriptores, ocupando la posición 967 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 350 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 313 suscriptores.

Según los últimos datos del 13 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -125, y en las últimas 24 horas de -1, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.21%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener N/A% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 687 visualizaciones. En el primer día suele acumular 0 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 14 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 313
Suscriptores
-124 horas
-247 días
-12530 días
Archivo de publicaciones
Hampir sebakul hasil petikan gembira pagi ini. Kesyukuran melihat buah-buah kecil. Di bawah, di tengah, dan di atas. Begitula
Hampir sebakul hasil petikan gembira pagi ini. Kesyukuran melihat buah-buah kecil. Di bawah, di tengah, dan di atas. Begitulah 'hasil buah impian' dalam hidup kita. Mencari, mendapatnya, Tidak mencari, tak perasan adanya. Rupanya sangat banyak. Cari kebaikan kecil yang anak lakukan, Puji ia, Nyatakan secara spesifik. Hargai dengan amalan kecil hatta senyum penuh kasih sayang memandang mereka, diam walau sedang tak setuju/marah, peluk selagi ada peluang (5x sehari selepas solat kita), dan banyak lagi. Aksi kecil-kecil tetapi konsisten, Pasti membuahkan hasil. Maznah Ibrahim. Salam hari terakhir Ramadhan.

Sabar Banyak Untuk Anak 2 Tahun Ni... Untung ada anak yang boleh bercakap/luah dan beritahu kita jawapan ini, maka kita senang faham apa dalam pemikiran pra operasi konkrit dia tu. "Kenapa CikNa sepahkan mainan ni...?" "Sebab CikNa nak main..". . Senang dan logik aja jawapan dia. Hahahah.. mak dari mata helang ni tersedar. Betul lah CikNa ku. Hmmm... kalau tak 'sepah', macam mana nak main kan 😆. Alahai si anak. . Teringat masa Fateh usia 3 dulu, "Kenapa Fateh tak pakai seluar balik?" (lepas habis buang air kecil di tandas). "Sebab nanti Fateh nak kencing balik".. 😁😄😅. Ok, ok. Logik pada pemikiran si kecil. Then saya educate dia pasal keperluan pakai dulu seluar sebab pelihara anggota badan terutama bahagian sulit badan. Kebersihan, kesihatan dan adab. "Kenapa Fateh tak kemas mainan ni?" "Sebab nanti Fateh nak main lagi". Ok ok... Then saya educate dia juga mengenai kemas sedikit agar tidak terlalu kecah nanti terpijak mainan so on sakit kaki, kita kemas di hujung hari tapi in between siang hari tu kalau terlalu sepah tidak enak di pandangan mata. . Fateh juga berupaya menggunakan kuasa memberitahu/bercakapnya itu di kala saya salah faham mengenainya baling mainan dan terkena adik baby Khairunnisa baru lahir masa tu. "Mummy, tadi tu Fateh baling mainan ke ayah, bukan Fateh sengaja nak bagi kena adik" - kemudian dia lari setelah dia explain (sebelum tu immediately dia lari dan kemudian kembali untuk menerangkan/ memperjelaskan / mempertahankan kebenaran dirinya, perspektif dirinya).. . . So pelajarannya parents: 1. Anak ada sebab kepada satu-satu tindakan dia, silap pada mata kita, tidak silap pada mata dia. Maka kita fahami dan educate untuk bantu kematangan peringkat seterusnya aja. 2. Anak kecil ada perspektif kepada dunia dia sendiri. Usia macam ni memang kerja dia adalah : - main - buat sepah - conteng Kerja dia bukan lagi 'pelajar/murid' sebab dia belum bersekolah. Tapi sebenarnya kerja dia yang bermain, buat sepah dan menconteng tu adalah pekerjaan dia yang hakiki yang mana ia sebenarnya merupakan 'belajar' untuk peringkat usia dia itu. Belajar melalui penerokaan alam dunia dia yang unik, dan melalui segala bentuk main, sepah dan conteng itu, sebenarnya membantu banyak proses dalam pemikiran dan otot fizikal dia yang telah terstimulasi. 3. Sabar dan kuatkan kesabaran. Kita memahami KENAPA kita perlu berSABAR bukan sebab kita disuruh bersabar semata-mata, kita bersabar dengan KEFAHAMAN tentang keperluan perkembangan usia dia, dan keperluan kita sebagai ibu bapa yang memahami, menyokong dan tidak judge dia secara silap, adalah amat penting sebagai first supporter/ protector dia yang positif. Kita tak mahu dia mendapat support dan kepercayaan itu dari luar, which is ye kadangkala guru, kawan mahupun teman istimewa dia kelak. Perlu bermula dari diri kita sendiri. Refleksi, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Dengarkan audio post saya mengenai 5 ciri anak usia 2 tahun di sini : https://open.spotify.com/episode/03swhmxtkjtwildZHvUoch?si=5bd5711aab984371 .

photo content

Hari ini 9 Mei 2021. Sambutan dan peringatan 'Hari Ibu' tetap istimewa, dan akan kekal istimewa. Kita mahu hargai, hayati set
Hari ini 9 Mei 2021. Sambutan dan peringatan 'Hari Ibu' tetap istimewa, dan akan kekal istimewa. Kita mahu hargai, hayati setiap hari kita yang masih bersisa ini dengan mengingati dan menghargai bukan saja Ibu kita, malahan diri kita sebagai ibu, dan anak perempuan kita yang bakal menjadi seorang Ibu dengan izin Tuhan. Legasi yang mahu diwarisi adalah yang lebih baik dari masa ke semasa. Setiap hari. Syukuri. Maznah Ibrahim. *Anak anak merindui dah nenek mereka, paling dirindui ialah coklat dalam peti ais nenek😁, special coklat nenek ya...

Sesuatu yang kita suka, maka buatlah, untuk orang lain juga mengalaminya dari kita, Sesuatu yang kita tak suka, maka elakkanl
Sesuatu yang kita suka, maka buatlah, untuk orang lain juga mengalaminya dari kita, Sesuatu yang kita tak suka, maka elakkanlah, sebab orang juga akan tidak suka mengalaminya dari diri kita. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Bilakah waktu sesuai untuk kita tegur anak? Apapun anak tetap tanggungjawab kita untuk kita tegur, bukan membiarkan kerana bimbang mereka mengamuk dsb. Terutama anak kecil dan remaja, banyak cabarannya, Sekurangnya doa tidak putus untuk dilakukan setiap hari ok. https://maznahibrahim.com/waktu-sesuai-tegur-atau-beri-nasihat-kepada-anak-dalam-islam-dan-psikologi/

Sabar dan teruskan proses mendidik anak dengan sebaiknya melalui pelbagai teknik yang kita tahu/ telah lakukan ya. Maznah Ibr
Sabar dan teruskan proses mendidik anak dengan sebaiknya melalui pelbagai teknik yang kita tahu/ telah lakukan ya. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Petua Keibubapaan Bapa dan Ibu dari Analisis Ayat Al Quran Kesimpulannya, sebenarnya peranan keibubapaan memang perlu dimainkan secara utama oleh BAPA (4 dari 5 aspek) kepada anak: 1- Bapa dijadikan rujukan: makna bapa perlulah banyak info (ilmu, maklumat, pengalaman) agar boleh jadi sumber rujukan pertama anak-anak . 2- Berdialog: makna bapa perlu selalu berkomunikasi dengan anak, berbual dan anak boleh tanya dia, dia jawab dengan baik apa saja persoalan si anak. Jika bapa garang dan anak sukar nak berdialog dengannya (nak tanya pasal apa saja), camanalah proses pendidikan ini boleh berlangsung dengan baik . 3- Beramal Bersama-sama - Bila perbuat sesuatu, buatlah sama-sama. Contoh solat sama-sama, bacakan buku sama-sama, buat eksperimen / aktiviti sains bersama-sama, buat kebun sama-sama. Macam kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ni, mereka bersama-sama membina rumah Allah . 4- Doa dan wasiat iman - Bapa bolehlah selalu doa tak putus-putus untuk anak, dan beri wasiat yang keras/tegas lagi untuk anak. Selepas solat jemaah keluarga, bolehlah doa/ sebut secara sederhana untuk setiap anak (isu anak atau doa spesifik untuk anak) agar didengari si anak. . Dan peranan IBU kepada anak - more to emosi (1 dari 5 aspek) 1- Ibu penyayang dan mampu kawal emosinya. Ibu tidak perlu fokus kepada masalah, tetapi fokus kepada sumber rujukan emosi/ sumber zat iaitu pertolongan dari Allah - zat / sifat / tenaga banyak dalam AsmaulHusna. Kuasai zikir Asmaulhusna ini dan fokus kepada sumber kita meminta bantuan iaitu Allah bukan fokus kepada satu-satu masalah. Peranan fitrah/fisiologi ibu - dalam kehamilan, dan melahirkan amat besar peranannya, kekuatan emosi positif, pemakanan baik dan pemeliharaan ktiviti yang dilakukan semasa mengandung. . Saya juga melihat, ibu yang stabil emosi ialah ibu yang mendapat banyak sokongan dan cukup dari suaminya. Maka perlu juga kita nanti melihat apa peranan suami dan isteri, agar kestabilan ibu itu terpelihara, dari rumah tangga yang sejahtera kan? https://www.youtube.com/watch?v=4EYTWiMwxus&feature=youtu.be Thanks sahabat saya Pn Nazrah Abdul Aziz share pdf file ini dan saya menonton youtube dr husna ini #Kuliahicon #tadabburcentre #REPOST #KONGSIKANYA

Petua keibubapaan dari kisah2 al quran.pdf5.54 KB

[ Bila Marah – Kita Sabar ] Walau tidak mudah, untuk tahan marah dan jadi sabar, ia boleh dilatih sebenarnya. . Niatkan dalam hati, azam yang marah-marah keterlaluan tidak bermanfaat, malah membentuk anak yang lagi keras hatinya dan terpalit semula kepada ibu ayah sendiri bila anak cepat marah kepada ibu ayahnya. . . Nanti ibu ayah sendiri jadi bertambah luka, lagi marah, sebab seolah melihat dirinya dalam diri si anak. Sejibik orang kata. Jadi selepas azam nak kurangkan marah, azamkan nak SABAR. . Bila marah, kita sabar, syurgalah ganjarannya InsyaAllah (lagu Omar dan Hana: https://www.youtube.com/watch?v=dvyx8PHhSso&t=31s). . Ini 3 sebab nak tahan MARAH dan jadi SABAR:- . 1. Hadith rasulullah “Janganlah kamu marah dan bagimu syurga (Hadith Riwayat Abu Daud) 🤲💝 bila marah, kita tahan marah dan tukar kepada sabar, kita akan dapat syurga sebagai ganjarannya ... 🤲💝 Katakan selalu kepada anak-anak yang dah kenal bestnya syurga: siapa nak 'reward' syurga, sebut kat anak selalu, dengan mak, pak dan anak sama-sama belajar tahan marah sebab nak Syurga.. dan pastinya anak-anak akan mengingatkan mak pak bila marah: "ayah mama nak masuk syurga tak.....". . 2. Dalam sirah, Nabi Muhammad banyak tahan marah, muka sahaja berubah kemerahan kerana menahan marah. Tiada suara, perkataan atau kekerasan fizikal dilakukan. 🤲💝 Ni untuk kita yang amat cintakan Rasulullah, dan Nabi Muhammad adalah idola (kita dan anak) dari segala serbi, ikutilah cara Rasulullah ini. 💚 . 3. Dalam Al Quran ada 29 ayat yang mengandungi perkataan marah (search dalam surah.my), dan 3 darinya menunjukkan apabila marah --> TAHAN marah (tak lemparkan terus kemarahan) --> dan meMAAFkan adalah cara atasi marah yang disukai Allah kerana 'berbuat perkara baik'. Untuk 'move on', perlu 'letting go' dengan mengambil sikap memaafkan 😊 🤲💝 Ni bagi orang yang nak disukai Allah 💚, kita memang nak buat sesuatu yang Allah suka ibaratnya seperti anak pun akan buat sesuatu yang mak ayahnya suka. 🤲💝 Jadi bila rasa marah pada anak tu, cepat-cepat maafkan anak, let go. Maka anak juga akan cepat reda marah, dan memaafkan ibubapanya juga (budak biasanya cepat let go). 🤲💝 Bagitahu anak bila marah dan maafkan orang, Allah suka sangat sangat. Kan best Allah suka kita. 💚😍 . . Persoalannya, Macam mana Nak Tahan Marah Tu? Selalu Automatik Aja 🙆‍♀️🙆‍♂️🤷‍♂️💆‍♀️🤦‍♂️🤦‍♀️😥 ---------------------------------------- Cara tahan marah, yang sering saya tekankan dalam kursus EHSABAR, pada diri dan anak-anak ialah: . 1) Pause (henti tindakan apa-apa seperti perkataan dan fizikal), + serentak dengan 2) Tarik nafas dalam-dalam, dan 3) Hembus kat hidung perlahan-lahan. . Itu aja, walk away pun sangat berkesan, usah berada di situ ok. Pernafasan yang betul dan baik membantu tindakan reflek ANS ('Autonomic Nervous System') dalam sistem badan yang akan menghala kepada relaks bila parasympathetic ter'activate' (salah satu dalam satu masa, kalau tak relaks => maka akan 'react' marah/ tak tenang/ cemas/ kelibut dsb). So bernafas aja lah (mulut ketap diam). Relaks ialah TENANG dan ia belawan dengan marah (sains tubuh badan). . Takyah percaya, buat aja. .***marah boleh bawa banyak mudarat tau - kepada kesihatan fizikal, emosi dan pemikiran. . Refleksi, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

Semoga berjumpa jawapan kepada apa saja yang kita perlu tahu, untuk 'selesai' buat masa ini, demi kebaikan diri dan orang sek
Semoga berjumpa jawapan kepada apa saja yang kita perlu tahu, untuk 'selesai' buat masa ini, demi kebaikan diri dan orang sekeliling yang kita sayang. Salam 10 Ramadhan Akhir, Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Banyak ibu ayah terluka dengan anak sendiri, Dan pastinya anak jua ada pernah 'terasa' atau terluka dengan tindakan ibubapa sendiri, sejak awal kehidupan, antara tahu dan tidak saja kita ni. Pernah alami rasa tiba-tiba kurang enak emosi? Luka emosi. Nak-nak di hari yang panas dan pantas berlalu ini. Dapatkan diri kita semula. Mohon keampunan dan kemaafan dari Yang Maha Tahu, Agar kita tidak berlamaan dengan kelubung emosi tidak menentu, Kelak masa emas yang sedang dilewati ini lebih baik penghujungnya. Ramadhan pencuci hati. Sekali setahun aja. Salam 10 Ramadhan Akhir, Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING untuk Pelihara Emosi Anak . Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi maruah anak kita. . Apabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu mempertahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu. . Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya, agar ‘self esteem’ dirinya terpelihara yang tidak yang menggagalkan konsep kendirinya. . Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi. . Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya. . Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur. . Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya? . Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat/momen itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan? . Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita. . Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu? . Refleksi, Maznah Ibrahim. *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan

photo content

Untuk seorang anak boleh bersuara mempertahankan diri dan orang lain ialah mereka mempunyai 'self esteem' yang tinggi. Bagaimana memupuk 'self esteem' anak sedari kecil? https://maznahibrahim.com/3-sebab-self-esteem-ialah-perisai-kepada-keselamatan-peribadi-anak-kita/

TIPS BERDIET FULL PROOF HANYA DENGAN G-O-D-A-M Ambil peluang keemasan ni ketahui Kunci Ke Arah Diet yang Ulung Tips yang jarang dikongsikan secara percuma Kini kami bawakan khas untuk anda semua dengan hanya .... G-O-D-A-M Salam Nuzul Quran https://www.facebook.com/pusatmaklumatpemakanannegeriperlis/videos/1303621343372862

KEUTUHAN ELEMEN SPIRITUAL Jati diri, kekuatan diri, positiviti seorang ibubapa seluruhnya sebenarnya banyak bergantung kepada hubungannya dengan Pencipta, iaitu elemen spiritual. Ia protective factor, faktor pelindung yang melindungi diri seseorang individu dari perkara kurang elok atau negativiti. Amalan spiritual (tak boleh diukur/judge oleh manusia biasa melainkan Tuhan), faktor genetik dan persekitaran semasa boleh memberi tekanan melampau juga hingga spiritual boleh tergugat dan tak dapat membantu jati diri seseorang individu. Tapi ingat, possibility untuk sembuh atau melawan anasir luar itu ada, dari spiritual yang ditanam sejak awal lagi yang amat kukuh, secara natural dan 'rasa koneksi selamat/percaya', bukan paksa/ikutan (ugutan-rasa tak selamat-takut-->tak percaya Tuhan). God-centered adalah logik, sains, dan benar. Tuhan dan Sains tidak dapat dipisahkan. Kita strategisekan pengurusan stres kita seharian, walau kecil, dengan elemen spiritual. Ia sebahagian konten dari Webinar Penat Emosi baru-baru ini. CARE ❤, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Selama ini kita berdiet.. Adakalanya menjadi... . Adakalanya tidak... . Lebih kerap, awalnya menjadi, . kemudian *REBOUND*‼️�
Selama ini kita berdiet.. Adakalanya menjadi... . Adakalanya tidak... . Lebih kerap, awalnya menjadi, . kemudian *REBOUND*‼️😣😣😣 Mengapa ia berlaku?? Kerana kita belum *GODAM*‼️ Bersama barisan panelis hebat dan moderator anggun, jumpa kami *ESOK*‼️ *29/4/2021* *Khamis* *Jam 9.00 pagi* Pakat share, like *FB Perlis Nutritionist* dan sebarkan supaya lebih ramai tahu rahsia *G-O-D-A-M*‼️ 😃😃😃 Jumpa kami nanti...😘😘😘 Di : https://www.facebook.com/pusatmaklumatpemakanannegeriperlis