es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 327 suscriptores, ocupando la posición 976 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 361 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 327 suscriptores.

Según los últimos datos del 07 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -133, y en las últimas 24 horas de -2, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.46%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 1.94% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 729 visualizaciones. En el primer día suele acumular 317 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 08 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 327
Suscriptores
-224 horas
-247 días
-13330 días
Archivo de publicaciones
Second Chance, 3 jam Sahaja ! Saya dapati ramai yang baru sempat buka email/WhatsApp lepas Flash Sale tempoh hari tamat. Jadi
Second Chance, 3 jam Sahaja ! Saya dapati ramai yang baru sempat buka email/WhatsApp lepas Flash Sale tempoh hari tamat. Jadi saya buka Flash Sale - Peluang ke 2, khas untuk yang betul-betul terlepas. - Malam ini | Rabu | 11 Jun - 9 malam – 12 tengah malam Boleh tengok tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan situasi anda sekarang: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga dengan panduan ini, Parenting Journey anda anda akan dipermudahkan. Maznah

Last Call Saya nak share satu webinar yang mungkin anda boleh pertimbangkan malam ni: Therapeutic Story Telling Kadang nasiha
Last Call Saya nak share satu webinar yang mungkin anda boleh pertimbangkan malam ni: Therapeutic Story Telling Kadang nasihat ulang banyak kali pun anak tak jalan. Tapi bila disampaikan dalam bentuk cerita - anak lebih mudah faham, seronok dengar, siap gelak-gelak 😄 Dalam webinar ni saya tunjuk cara sampaikan mesej secara indirect pula. Walaupun anda bukan sasterawan pun boleh buat. Yang penting — berubah tingkah laku, barulah komunikasi jadi berkesan 👍 Last Call, tinggal kurang 1 jam sebelum Flash Sale tamat. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga bermanfaat untuk anda & pasangan . Maznah

Last 3 Jam Lagi Tadi saya share Top 3 , ni Top 7 Webinar paling ramai grab setakat ni: 1. Penat Emosi 2. EQ Anak 3. Tegas Dal
Last 3 Jam Lagi Tadi saya share Top 3 , ni Top 7 Webinar paling ramai grab setakat ni: 1. Penat Emosi 2. EQ Anak 3. Tegas Dalam Hikmah 4. Tenang Semasa Tegang 5. Anak 3-6 Tahun 6. Perkembangan Seksualiti Anak 7. Dengarlah Anakku Webinar Dengarlah Anakku ramai suka sebab bantu baiki komunikasi asas dengan anak. Saya share 10 strategi praktikal yang mudah untuk terus guna. Kalau anda belum semak lagi, boleh tengok semua webinar ikut situasi anda sekarang - sementara Flash Sale tinggal kurang 3 jam je lagi. KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga bermanfaat untuk anda & pasangan 💪😊 Maznah

Kurang 6 Jam Lagi Antara Top 3 webinar yang ramai grab semasa Flash Sale sebelum ni: 1. Penat Emosi – Strategi urus emosi ibu
Kurang 6 Jam Lagi Antara Top 3 webinar yang ramai grab semasa Flash Sale sebelum ni: 1. Penat Emosi – Strategi urus emosi ibu bapa 2. EQ Anak – Penting tapi camne nak mula 3. Tegas Dalam Hikmah – Urus tingkah laku anak dengan psikologi Kalau ambil Pakej Super Jimat , ketiga-tiga ni dah termasuk, termasuk 19 panduan / webinar lain juga. Flash Sale tutup kurang 6 jam lagi. KLIK ➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/flash

Flash Sale Aidiladha Kini Dibuka! Sebagai kaunselor 19 tahun, saya hasilkan lebih 22 webinar & panduan untuk bantu ibu bapa f
Flash Sale Aidiladha Kini Dibuka! Sebagai kaunselor 19 tahun, saya hasilkan lebih 22 webinar & panduan untuk bantu ibu bapa faham emosi anak, kurangkan stres, dan hentikan kitaran kesilapan keibubapaan. Hari ini Flash Sale dibuka hingga Ahad 11.59 malam. Anda boleh pilih: 1. Ala Carte – Pilih webinar ikut keperluan 2. Super Jimat – Akses semua 22 webinar dengan 1 harga istimewa ✅ Akses 1 Tahun penuh ✅ Diskaun besar lebih RM1,000 ✅ Yuran lebih jimat untuk 20 pembeli pertama atau 24 jam pertama Klik untuk info & pembelian: KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Jangan lepaskan peluang ni ya. Salam AidilAdha

Malam ini Maklumat lanjut: https://webinar.maznahibrahim.com/flash
Malam ini Maklumat lanjut: https://webinar.maznahibrahim.com/flash

Erti Pengorbanan Hari Arafah ini mengingatkan kita tentang pengorbanan, taqwa dan kasih sayang. Buat ibu ayah yang pulang ke
Erti Pengorbanan Hari Arafah ini mengingatkan kita tentang pengorbanan, taqwa dan kasih sayang. Buat ibu ayah yang pulang ke kampung, semoga masa ini jadi ruang mengeratkan hubungan dan nilai kekeluargaan. Buat sahabat yang bukan Islam, cuti sekolah ini juga peluang untuk bersama anak-anak dan berehat dari rutin harian. Sempena Aidiladha dan cuti sekolah, saya akan adakan Flash Sale istimewa 22 panduan & rakaman webinar saya. 📅 Mula: Esok (Jumaat), 9.00 malam Info penuh & akses di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga Aidiladha ini membawa makna yang lebih mendalam untuk kita dan keluarga.

Autonomi Anak Usia 7 hingga 9 tahun. Anak-anak mula menunjukkan autonomi dalam bentuk menyelesaikan tugasan, mengambil tanggungjawab kecil, dan berusaha mencapai kejayaan dalam dunia mereka (seklah formal). Mereka ingin rasa 'aku mampu', 'aku berjaya', dan 'aku berguna'. Bila usaha mereka dihargai dan diberi ruang, anak membesar dengan rasa kompeten, yakin dengan keupayaan sendiri, dan tidak mudah berputus asa. Tapi bila kerap dikritik, dibandingkan, atau direndahkan, mereka mungkin membesar dengan rasa rendah diri, takut gagal, dan kurang percaya kepada kekuatan diri sendiri. Sebenarnya, mereka berada dalam fasa 'Industry vs. Inferiority' menurut Erikson. Anak sangat perlukan galakan speisifik dan realistik ("Bagus sebab Adik berusah siapkan kerja sekolah sampai habis"), bukan hanya pujian kosong yang umum ("Adik bagus!") Kesilapan dalam proses mereka menyiapkan tgasan perlu dilihat sebagai peluang belajar, bukan kelemahan peribadi... Tips Pendek: Cara Galakkan Anak Industrious Tanpa Tekan Emosi:- ✅ Fokus kepada usaha, bukan hanya hasil. ➔ Contoh pujian: "Mama bangga sebab kamu terus cuba walaupun susah nak tulis 1-10 ini!" ✅ Beri peluang kendalikan tugas harian. ➔ Contoh: Biarkan anak siapkan kerja rumah kecil seperti kemas katil sendiri. ✅ Beri pilihan, bukan arahan semata-mata. ➔ Contoh: "Nak siapkan kerja sekolah dulu atau tolong mama lipat baju?" ✅ Bimbing bila perlu, bukan ambil alih. ➔ Contoh: Kalau anak salah kira dalam matematik, ajar cara semak, bukan marah atau buatkan untuknya. ✅ Terima kesilapan sebagai proses belajar. ➔ Contoh: "Tak apa salah sikit. Ini tandanya Adik tengah belajar jadi lebih hebat." Teruskan memahami perkembangan autonomi anak-anak kita dan sokong perkembangan mereka dengan dorongan yang perlu... Mereka tetap fasa 'emas kedua' lagi walau sudah melepasi fasa 0-6 tahun 😀. Maznah Ibrahim Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

photo content

Autonomi anak usia 3 hingga 6 tahun. Anak-anak mula melangkah lebih jauh dari sekadar 'aku boleh buat sendiri' kepada 'aku ada idea sendiri'. Mereka mencipta cerita, berpura-pura bermain, bertanya soalan tanpa henti, dan berinisiatif membuat 'projek besar' mereka sendiri — kadang-kadang bersepah, kadang-kadang di luar jangkaan. Bila inisiatif ini disambut dengan dorongan dan bimbingan lembut, anak membesar dengan rasa bangga terhadap diri sendiri dan semangat meneroka yang sihat. Tapi bila sering diperlekeh, disindir atau ditekan, anak mungkin membesar dengan rasa bersalah, malu untuk mencuba, atau takut diejek bila ada idea sendiri. Dalam Fasa Erikson, mereka di peringkat Initiative vs. Guilt Anak suka berimaginasi, berinisiatif, 'bossy', kadang buat silap besar 😄😄😄— dan itu normal! Ibu bapa perlu pupuk keberanian mencuba sambil letak had secara mesra saja. 🌱 Kesan Positif (Bila Autonomi dan Inisiatif Disokong): -Anak membesar dengan rasa yakin terhadap idea dan tindakan sendiri. -Anak berani mencuba perkara baru tanpa takut salah. -Anak mampu ambil inisiatif untuk selesaikan masalah kecil sendiri. Anak mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sihat. -Anak belajar bahawa buat silap itu biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran. Anak mempunyai asas keyakinan untuk menjadi seorang pemimpin kecil, atau sekurang-kurangnya individu yang tidak mudah mengikut tanpa berfikir. 🌪 Kesan Sebaliknya (Bila Autonomi dan Inisiatif Ditekan/Salah Urus): -Anak membesar dengan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru. -Anak jadi takut gagal dan mudah rasa malu bila berbuat salah. -Anak mungkin terlalu bergantung pada arahan orang lain, kurang inisiatif sendiri. -Anak cepat mengalah, atau terlalu mengelak tanggungjawab kecil. -Anak membina internal voice negatif ("Aku memang tak pandai", "Kalau aku buat mesti salah"). -Dalam jangka panjang, anak boleh membesar menjadi remaja atau dewasa yang sukar yakin dengan idea sendiri, atau takut dinilai oleh orang lain. Dan itulah yang sedang kita hadapi dalam fasa individu dewasa di tempat kerja yang sukar nak menonjolkan idea dan projek sendiri. Maznah Ibrahim. Telegram channel keibubapaan dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

photo content

Autonomi anak berumur 2 hingga 3 tahun - Sering muncul dalam bentuk 'No!' yang lantang, percubaan mereka untuk memakai baju sendiri, memilih makanan tertentu, atau menjerit bila dilarang. - Kadang-kadang, mereka lambat (selesai makan atau mandi atau berpakaian), mereka bersepah, dan selal buat silap — semua ini tanda bahawa mereka sedang berusaha mengawal dunia kecil mereka sendiri. ==> Bila ibu ayah cepat marah atau terus mengawal semua pilihan anak, benih keyakinan ini boleh layu. ==> Tapi kita beri ruang dengan bimbingan sabar, anak belajar bahawa dirinya mampu mencuba, memilih, dan memperbaiki kesilapan. ==> Ini nsagatlah penting sebagai tapak asas membina rasa percaya diri dan kecekalan bila mereka dewasa nanti..... Nota penting fasa ini: ~ Ini fasa "I do it!"."I made it". "What if I do this way".. 😀😀😀 ~ Normal untuk ibu ayah selalu rasa penat, nak cepat, jadi susah nak tahan sabar. End up, marah. ~ Tapi ingat percayalah, sabar itu sebenarnya PELABURAN jangka panjang dalam membesarkan ANAK YANG BERANI, BERUSAHA DAN TIDAK TAKUT GAGAL. . Maznah Ibrahim. Telegram saya lama menyepi, boleh masuk untuk tidak ketinggalan info penting fasa anak kita ya: T.maz.me/chan

photo content

Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi. Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mer
Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi. Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mereka belajar mempercayai diri sendiri. Bila bayi menghulurkan tangan untuk memilih mainan, atau berpaling bila dipaksa, itu bukan melawan — itu suara kecil autonomi yang baru bertunas. Ingat ya ibu ayah. Bila suara kecil ini dipupuk dengan sabar dan kasih, kelak anak membesar menjadi individu yang tahu membuat pilihan, berani menyuarakan pendapat, dan yakin mempertahankan maruah diri. Namun bila suara ini sering ditolak, anak mungkin membesar dengan rasa ragu-ragu terhadap dirinya sendiri, takut membuat keputusan, dan mudah terikut-ikut dengan orang lain. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

LAST CALL - JUALAN AKAN DITUTUP Jangan ketinggalan dapatkan 22 webinar keibubapaan Maznah Ibrahim dengan akses 1 tahun. byk i
LAST CALL - JUALAN AKAN DITUTUP Jangan ketinggalan dapatkan 22 webinar keibubapaan Maznah Ibrahim dengan akses 1 tahun.
byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 serta nampak hasilnya... Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu... ~ Puan Nabilah
..saya sangat sukakan gaya sharing Pn Maznah yang sangat informatif dan praktikal. Alhamdulillah sejak mengikuti kursus kali pertama dan kali kedua, hidup saya bertambah baik kerana saya lebih prihatin dan bijak urus emosi saya yg asyik turun naik lebih2 lagi ketika menguruskan anak2 dan suami. Terima kasih Pn Maznah atas tunjuk ajar! ~ Puan Feeza
KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung . .

Ada yang bertanya:
"Ada tak panduan berkenaan anak remaja dalam pakej Jualan Balik Kampung ini? Sebab anak saya remaja, saya macam tak kenal anak saya itu.."
Jawapan: Ada puan, ada 2 webinar berkenaan pre-teen dan juga remaja. 1. Webinar Storm & Stres - Pra-Remaja 2. Webinar Ibu Ayah Tak Faham Saya - Remaja. Jika anda masih tidak pasti panduan mana yang anda perlukan, boleh rujuk gambar di atas, kami sudah susunkan mengkut kategori / cabaran yang anda sedang hadapi. Jualan akan tamat 8 jam lagi, boleh dapatkan di sini: KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung . .

photo content

Ramadhan & 10 Kebaikan yang Wajar Dikekalkan Sepanjang Tahun untuk Diri dan Keluarga Ramadhan bukan sekadar sebulan ibadah, tetapi peluang membentuk tabiat baik yang boleh diteruskan sepanjang tahun. Berikut adalah sepuluh amalan yang memberi manfaat besar kepada diri dan keluarga: [Aspek Fisiologi] 1. Tidur Kurang, Ibadah Bertambah – Masa rehat berkurang, tetapi peluang membaca Al-Quran dan solat sunat bertambah. 2. Makan Kurang, Perut Berehat – Jarak waktu makan yang lebih panjang memberi rehat kepada sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat. 3. Cakap Kurang, Marah Berkurang, Sabar Bertambah – Latihan menahan diri daripada bercakap sia-sia dan marah mengasah kesabaran (walaupun ramai yang lebih diuji!). [Aspek Rutin] 4. Bangun Awal untuk Sahur, Bersedia Awal untuk Kerja/Sekolah – Disiplin bangun awal memberi kelebihan dalam mengurus masa dengan lebih baik. 5. Makan Berjemaah, Masa Berkualiti Bersama Keluarga – Sekurang-kurangnya dua kali sehari (sahur & berbuka), mewujudkan kebersamaan yang erat. 6. Solat Berjemaah, Kesatuan Keluarga Lebih Erat – Solat Subuh dan Maghrib bersama mengukuhkan ikatan keluarga dalam suasana penuh keberkatan. [Aspek Keibubapaan & Kekeluargaan] 7. Berkomunikasi dengan Kasih Sayang – Dalam Ramadhan, kita lebih menjaga tutur kata dan berusaha lebih memahami perasaan ahli keluarga. Teruskan amalan ini dalam komunikasi harian. 8. Berkongsi dan Bersedekah Bersama Anak-anak – Ramadhan mengajar kita memberi. Jadikan sedekah sebagai budaya keluarga, sama ada berkongsi rezeki atau membantu mereka yang memerlukan. 9. Berkongsi Ilmu & Tazkirah Keluarga – Dalam Ramadhan, kita lebih banyak mendengar ceramah atau berkongsi ilmu agama. Teruskan amalan ini dengan sesi tazkirah keluarga, walaupun hanya 5 minit sehari. 10. Membantu & Menyantuni Pasangan – Sepanjang Ramadhan, suami isteri saling membantu dalam urusan rumah tangga, dari menyediakan sahur hingga berbuka. Jadikan ini sebagai kebiasaan harian, bukan hanya di bulan puasa. Ramadhan mengajar kita disiplin, kesabaran, dan kasih sayang dalam keluarga. Mengapa tidak teruskan amalan ini sepanjang tahun? Salam Akhir Ramadhan, Moga ketemu Ramadhan berikutnya, Sementara itu niatkan untuk kekalkan rutin yang baik ini ya 🤩. Care, Maznah Ibrahim Telegram channel keibubapaan positif kita:- T.mazn.me/chan

photo content

Reminder - Esok Jualan Akan DiTutup. ✅Dapatkan 22 webinar pada satu harga - Hanya RM 119.90 sahaja. ✅Akses 1 tahun. https://w
Reminder - Esok Jualan Akan DiTutup. ✅Dapatkan 22 webinar pada satu harga - Hanya RM 119.90 sahaja. ✅Akses 1 tahun. https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung . p/s: Jangan lepaskan peluang ini.