es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 007 suscriptores, ocupando la posición 967 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 307 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 007 suscriptores.

Según los últimos datos del 28 agosto, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -117, y en las últimas 24 horas de -2, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 5.09%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.24% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 815 visualizaciones. En el primer día suele acumular 359 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 29 agosto, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 007
Suscriptores
-224 horas
-247 días
-11730 días
Archivo de publicaciones
Sebagai Ibu Bapa, Kita Ingin Lebih Hadir Tahun baru Maal Hijrah ini, kita tidak perlu berazam menjadi ibu bapa yang sempurna. Kalau perasan, selalu Azam tinggal Azam. Sama ada lupa, atau terlalu besar nak dicapainya, langsung ditinggalkan begitu saja 😄. Dalam era teknologi digital kini, Cukuplah jika kita berazam untuk lebih hadir, 'be present' dalam hidup / momen bersama anak-anak — dengan hati, dengan niat kerana Allah. 💎Setiap Hari Kita boleh mula dengan perkara kecil yang membina jiwa anak-anak: – Peluk mereka tanpa perlu sebab. – Pandang mata mereka dan senyum, walau sesibuk mana pun kita. – Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk duduk bersama, mendengar tanpa gangguan — tanpa telefon, tanpa ‘nanti dulu’. Kerana perhatian adalah bahasa cinta yang paling jujur. 🍂 Setiap Minggu Kita bawa mereka keluar dari rutin biasa: – Lihat alam, sentuh tanah, dengar suara angin dan burung. – Bercerita tentang hidup dari pandangan yang tenang. – Belajar bersama dari pengalaman – bukan hanya dari arahan. Kerana anak belajar paling dalam bila kita ‘hidup’ bersama mereka. 🌳 Setiap Bulan Kita cipta kenangan yang akan tinggal dalam hati mereka: – Mungkin perkhemahan, mungkin berjalan ke sungai, atau sekadar tidur di luar rumah sambil tengok bintang. – Bercakap tentang ciptaan Allah, dan bagaimana rasa syukur tumbuh dari detik yang ringkas tapi dalam. – Berdoa bersama, agar mereka tahu… Allah itu dekat, bukan hanya di masjid, tapi dalam pelukan kita juga. ❤️ Spiritualiti dalam Keibubapaan Keibubapaan adalah jalan pulang kepada Tuhan. Setiap pelukan, sabar, doa dan didikan — adalah ibadah. Hijrah kali ini bukan hanya untuk diri, tapi dalam cara kita mencintai anak-anak. Selamat Maal Hijrah 1447H buat semua ibu ayah Semoga kita membesarkan anak-anak yang bukan hanya kuat jasadnya, tapi juga lembut hatinya dan kenal Tuhannya. InsyaAllah apabila niat yang baik dan kerana Dia yang Satu, penat lelah kita bertukar kepada kekuatan yang tekal, luar biasa. Maznah Ibrahim

*🎙️ SERTAI KAMI DALAM PROGRAM “MALAYSIA PETANG INI”!* Adakah anda ibu bapa, pendidik atau individu yang prihatin terhadap kesihatan mental remaja masa kini? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan istimewa dalam program Malaysia Petang Ini yang akan bersiaran pada hari Isnin, 16 Jun 2025, jam 5.00 hingga 5.30 petang di Bernama TV! *Topik Yang Akan Dibincangkan:* 🔴 Jeritan Emosi Remaja Terpendam *Bersama Tetamu Jemputan:* 👩‍⚕️ Puan Maznah Ibrahim Pegawai Psikologi (Kaunseling) Hospital Putrajaya Dalam episod ini, Puan Maznah akan mengupas secara mendalam mengenai isu tekanan emosi dalam kalangan remaja — suara hati mereka yang sering tidak didengari, emosi yang terpendam, serta cabaran yang mereka lalui dalam dunia serba mencabar hari ini. *Antara Intipati Menarik Yang Bakal Dikongsikan:* ✅ Punca utama tekanan emosi remaja ✅ Tanda-tanda awal remaja yang sedang berjuang secara senyap ✅ Peranan ibu bapa, guru dan komuniti dalam menyokong kesejahteraan mental remaja ✅ Teknik dan pendekatan kaunseling yang berkesan *📺 TONTON DI:* • Astro 502 • unifi TV 631 • MYTV 121 • Live di Facebook & YouTube: BERNAMA TV https://www.facebook.com/share/v/1CsAUETiAy/?mibextid=oFDknk 🗓️ Ayuh! kongsikan hebahan ini bersama rakan serta keluarga! Sama-sama kita cakna & peka terhadap suara hati remaja kita ❤️ #HospitalPutrajaya #HPJ25Tahun #MalaysiaPetangIni #BernamaTV

photo content

photo content

30 minit lagi KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - akan ditutup sebentar lagi Boleh terus dapatkan guna
30 minit lagi KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - akan ditutup sebentar lagi Boleh terus dapatkan gunakan link di atas.

Dibuka Sekarang - 3 Jam Sahaja KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - Peluang ke 2 Dibuka sekarang 😊👍.
Dibuka Sekarang - 3 Jam Sahaja KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Flash Sale - Peluang ke 2 Dibuka sekarang 😊👍. Boleh terus dapatkan gunakan link di atas. Tawaran Flash Sale ini dibuka hingga jam 12 malam ini sahaja (Rabu - 11 Jun)

Second Chance, 3 jam Sahaja ! Saya dapati ramai yang baru sempat buka email/WhatsApp lepas Flash Sale tempoh hari tamat. Jadi
Second Chance, 3 jam Sahaja ! Saya dapati ramai yang baru sempat buka email/WhatsApp lepas Flash Sale tempoh hari tamat. Jadi saya buka Flash Sale - Peluang ke 2, khas untuk yang betul-betul terlepas. - Malam ini | Rabu | 11 Jun - 9 malam – 12 tengah malam Boleh tengok tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan situasi anda sekarang: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga dengan panduan ini, Parenting Journey anda anda akan dipermudahkan. Maznah

Last Call Saya nak share satu webinar yang mungkin anda boleh pertimbangkan malam ni: Therapeutic Story Telling Kadang nasiha
Last Call Saya nak share satu webinar yang mungkin anda boleh pertimbangkan malam ni: Therapeutic Story Telling Kadang nasihat ulang banyak kali pun anak tak jalan. Tapi bila disampaikan dalam bentuk cerita - anak lebih mudah faham, seronok dengar, siap gelak-gelak 😄 Dalam webinar ni saya tunjuk cara sampaikan mesej secara indirect pula. Walaupun anda bukan sasterawan pun boleh buat. Yang penting — berubah tingkah laku, barulah komunikasi jadi berkesan 👍 Last Call, tinggal kurang 1 jam sebelum Flash Sale tamat. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga bermanfaat untuk anda & pasangan . Maznah

Last 3 Jam Lagi Tadi saya share Top 3 , ni Top 7 Webinar paling ramai grab setakat ni: 1. Penat Emosi 2. EQ Anak 3. Tegas Dal
Last 3 Jam Lagi Tadi saya share Top 3 , ni Top 7 Webinar paling ramai grab setakat ni: 1. Penat Emosi 2. EQ Anak 3. Tegas Dalam Hikmah 4. Tenang Semasa Tegang 5. Anak 3-6 Tahun 6. Perkembangan Seksualiti Anak 7. Dengarlah Anakku Webinar Dengarlah Anakku ramai suka sebab bantu baiki komunikasi asas dengan anak. Saya share 10 strategi praktikal yang mudah untuk terus guna. Kalau anda belum semak lagi, boleh tengok semua webinar ikut situasi anda sekarang - sementara Flash Sale tinggal kurang 3 jam je lagi. KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga bermanfaat untuk anda & pasangan 💪😊 Maznah

Kurang 6 Jam Lagi Antara Top 3 webinar yang ramai grab semasa Flash Sale sebelum ni: 1. Penat Emosi – Strategi urus emosi ibu
Kurang 6 Jam Lagi Antara Top 3 webinar yang ramai grab semasa Flash Sale sebelum ni: 1. Penat Emosi – Strategi urus emosi ibu bapa 2. EQ Anak – Penting tapi camne nak mula 3. Tegas Dalam Hikmah – Urus tingkah laku anak dengan psikologi Kalau ambil Pakej Super Jimat , ketiga-tiga ni dah termasuk, termasuk 19 panduan / webinar lain juga. Flash Sale tutup kurang 6 jam lagi. KLIK ➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/flash

Flash Sale Aidiladha Kini Dibuka! Sebagai kaunselor 19 tahun, saya hasilkan lebih 22 webinar & panduan untuk bantu ibu bapa f
Flash Sale Aidiladha Kini Dibuka! Sebagai kaunselor 19 tahun, saya hasilkan lebih 22 webinar & panduan untuk bantu ibu bapa faham emosi anak, kurangkan stres, dan hentikan kitaran kesilapan keibubapaan. Hari ini Flash Sale dibuka hingga Ahad 11.59 malam. Anda boleh pilih: 1. Ala Carte – Pilih webinar ikut keperluan 2. Super Jimat – Akses semua 22 webinar dengan 1 harga istimewa ✅ Akses 1 Tahun penuh ✅ Diskaun besar lebih RM1,000 ✅ Yuran lebih jimat untuk 20 pembeli pertama atau 24 jam pertama Klik untuk info & pembelian: KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/flash Jangan lepaskan peluang ni ya. Salam AidilAdha

Malam ini Maklumat lanjut: https://webinar.maznahibrahim.com/flash
Malam ini Maklumat lanjut: https://webinar.maznahibrahim.com/flash

Erti Pengorbanan Hari Arafah ini mengingatkan kita tentang pengorbanan, taqwa dan kasih sayang. Buat ibu ayah yang pulang ke
Erti Pengorbanan Hari Arafah ini mengingatkan kita tentang pengorbanan, taqwa dan kasih sayang. Buat ibu ayah yang pulang ke kampung, semoga masa ini jadi ruang mengeratkan hubungan dan nilai kekeluargaan. Buat sahabat yang bukan Islam, cuti sekolah ini juga peluang untuk bersama anak-anak dan berehat dari rutin harian. Sempena Aidiladha dan cuti sekolah, saya akan adakan Flash Sale istimewa 22 panduan & rakaman webinar saya. 📅 Mula: Esok (Jumaat), 9.00 malam Info penuh & akses di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/flash Semoga Aidiladha ini membawa makna yang lebih mendalam untuk kita dan keluarga.

Autonomi Anak Usia 7 hingga 9 tahun. Anak-anak mula menunjukkan autonomi dalam bentuk menyelesaikan tugasan, mengambil tanggungjawab kecil, dan berusaha mencapai kejayaan dalam dunia mereka (seklah formal). Mereka ingin rasa 'aku mampu', 'aku berjaya', dan 'aku berguna'. Bila usaha mereka dihargai dan diberi ruang, anak membesar dengan rasa kompeten, yakin dengan keupayaan sendiri, dan tidak mudah berputus asa. Tapi bila kerap dikritik, dibandingkan, atau direndahkan, mereka mungkin membesar dengan rasa rendah diri, takut gagal, dan kurang percaya kepada kekuatan diri sendiri. Sebenarnya, mereka berada dalam fasa 'Industry vs. Inferiority' menurut Erikson. Anak sangat perlukan galakan speisifik dan realistik ("Bagus sebab Adik berusah siapkan kerja sekolah sampai habis"), bukan hanya pujian kosong yang umum ("Adik bagus!") Kesilapan dalam proses mereka menyiapkan tgasan perlu dilihat sebagai peluang belajar, bukan kelemahan peribadi... Tips Pendek: Cara Galakkan Anak Industrious Tanpa Tekan Emosi:- ✅ Fokus kepada usaha, bukan hanya hasil. ➔ Contoh pujian: "Mama bangga sebab kamu terus cuba walaupun susah nak tulis 1-10 ini!" ✅ Beri peluang kendalikan tugas harian. ➔ Contoh: Biarkan anak siapkan kerja rumah kecil seperti kemas katil sendiri. ✅ Beri pilihan, bukan arahan semata-mata. ➔ Contoh: "Nak siapkan kerja sekolah dulu atau tolong mama lipat baju?" ✅ Bimbing bila perlu, bukan ambil alih. ➔ Contoh: Kalau anak salah kira dalam matematik, ajar cara semak, bukan marah atau buatkan untuknya. ✅ Terima kesilapan sebagai proses belajar. ➔ Contoh: "Tak apa salah sikit. Ini tandanya Adik tengah belajar jadi lebih hebat." Teruskan memahami perkembangan autonomi anak-anak kita dan sokong perkembangan mereka dengan dorongan yang perlu... Mereka tetap fasa 'emas kedua' lagi walau sudah melepasi fasa 0-6 tahun 😀. Maznah Ibrahim Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

photo content

Autonomi anak usia 3 hingga 6 tahun. Anak-anak mula melangkah lebih jauh dari sekadar 'aku boleh buat sendiri' kepada 'aku ada idea sendiri'. Mereka mencipta cerita, berpura-pura bermain, bertanya soalan tanpa henti, dan berinisiatif membuat 'projek besar' mereka sendiri — kadang-kadang bersepah, kadang-kadang di luar jangkaan. Bila inisiatif ini disambut dengan dorongan dan bimbingan lembut, anak membesar dengan rasa bangga terhadap diri sendiri dan semangat meneroka yang sihat. Tapi bila sering diperlekeh, disindir atau ditekan, anak mungkin membesar dengan rasa bersalah, malu untuk mencuba, atau takut diejek bila ada idea sendiri. Dalam Fasa Erikson, mereka di peringkat Initiative vs. Guilt Anak suka berimaginasi, berinisiatif, 'bossy', kadang buat silap besar 😄😄😄— dan itu normal! Ibu bapa perlu pupuk keberanian mencuba sambil letak had secara mesra saja. 🌱 Kesan Positif (Bila Autonomi dan Inisiatif Disokong): -Anak membesar dengan rasa yakin terhadap idea dan tindakan sendiri. -Anak berani mencuba perkara baru tanpa takut salah. -Anak mampu ambil inisiatif untuk selesaikan masalah kecil sendiri. Anak mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sihat. -Anak belajar bahawa buat silap itu biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran. Anak mempunyai asas keyakinan untuk menjadi seorang pemimpin kecil, atau sekurang-kurangnya individu yang tidak mudah mengikut tanpa berfikir. 🌪 Kesan Sebaliknya (Bila Autonomi dan Inisiatif Ditekan/Salah Urus): -Anak membesar dengan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru. -Anak jadi takut gagal dan mudah rasa malu bila berbuat salah. -Anak mungkin terlalu bergantung pada arahan orang lain, kurang inisiatif sendiri. -Anak cepat mengalah, atau terlalu mengelak tanggungjawab kecil. -Anak membina internal voice negatif ("Aku memang tak pandai", "Kalau aku buat mesti salah"). -Dalam jangka panjang, anak boleh membesar menjadi remaja atau dewasa yang sukar yakin dengan idea sendiri, atau takut dinilai oleh orang lain. Dan itulah yang sedang kita hadapi dalam fasa individu dewasa di tempat kerja yang sukar nak menonjolkan idea dan projek sendiri. Maznah Ibrahim. Telegram channel keibubapaan dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

photo content

Autonomi anak berumur 2 hingga 3 tahun - Sering muncul dalam bentuk 'No!' yang lantang, percubaan mereka untuk memakai baju sendiri, memilih makanan tertentu, atau menjerit bila dilarang. - Kadang-kadang, mereka lambat (selesai makan atau mandi atau berpakaian), mereka bersepah, dan selal buat silap — semua ini tanda bahawa mereka sedang berusaha mengawal dunia kecil mereka sendiri. ==> Bila ibu ayah cepat marah atau terus mengawal semua pilihan anak, benih keyakinan ini boleh layu. ==> Tapi kita beri ruang dengan bimbingan sabar, anak belajar bahawa dirinya mampu mencuba, memilih, dan memperbaiki kesilapan. ==> Ini nsagatlah penting sebagai tapak asas membina rasa percaya diri dan kecekalan bila mereka dewasa nanti..... Nota penting fasa ini: ~ Ini fasa "I do it!"."I made it". "What if I do this way".. 😀😀😀 ~ Normal untuk ibu ayah selalu rasa penat, nak cepat, jadi susah nak tahan sabar. End up, marah. ~ Tapi ingat percayalah, sabar itu sebenarnya PELABURAN jangka panjang dalam membesarkan ANAK YANG BERANI, BERUSAHA DAN TIDAK TAKUT GAGAL. . Maznah Ibrahim. Telegram saya lama menyepi, boleh masuk untuk tidak ketinggalan info penting fasa anak kita ya: T.maz.me/chan

photo content

Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi. Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mer
Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi. Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mereka belajar mempercayai diri sendiri. Bila bayi menghulurkan tangan untuk memilih mainan, atau berpaling bila dipaksa, itu bukan melawan — itu suara kecil autonomi yang baru bertunas. Ingat ya ibu ayah. Bila suara kecil ini dipupuk dengan sabar dan kasih, kelak anak membesar menjadi individu yang tahu membuat pilihan, berani menyuarakan pendapat, dan yakin mempertahankan maruah diri. Namun bila suara ini sering ditolak, anak mungkin membesar dengan rasa ragu-ragu terhadap dirinya sendiri, takut membuat keputusan, dan mudah terikut-ikut dengan orang lain. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan