es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 279 suscriptores, ocupando la posición 962 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 359 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 279 suscriptores.

Según los últimos datos del 19 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -118, y en las últimas 24 horas de -2, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 5.83%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.61% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 950 visualizaciones. En el primer día suele acumular 426 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 20 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 279
Suscriptores
-224 horas
-237 días
-11830 días
Archivo de publicaciones
Jemput semua mendapatkan Ebook Khas ini: 10 Tips Kekal Tenang SemasaWabak Covid-19 Oleh Dr Izam Suziani Ia sangat bermanfaat. Silakan semua ya 💝 . CARE ♥️, Maznah Ibrahim Link Ebook Percuma : https://nouri.onpay.my/order/form/2

photo content

photo content

Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran) Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . . Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi. . Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya. . . Nampak tak sesuatu di sini? . Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa. . Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar. . Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya. . . Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta. . . Sebab Manusia ni ada egonya. . Nak betul sentiasa. Dia betul. . Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing. . Sekarang kita TUKAR. . Pindah ke level perhubungan. . Apa kekuatan perhubungan manusia? . Perasaan, ambil berat, niat baik untuk jauh lagi ke ummah. Generasi penerus. . . Cuba begini. . Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik. . Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan. . Ibu: Skrip baru asertif. . ✅Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak ✅Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik. ✅Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak. . . "Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang. Sebab adik BELAJAR dari abang. Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka) Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik. Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik). . . . Hasil? . Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya. . 3 hari lalu, . di meja makan, . KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, tak minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air sejuk lain air suam). . Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak. . . Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram). Adik KN diam. Dia bernafas dua kali. Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh. "Abang Ateh, boleh bagi adik air?" 😱 Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata : "Boleh. Nah!". Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;) . . Modelkan. . Budayakan. . Refleksi, Maznah Ibrahim. Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak T.mazn.me/chan #repost #KN2tahunFateh5thn

Tak pernah tanya secara serius kepada anak, apa dia rasa bila terpaksa duduk di rumah saja. Ingatkan dia happy la kan. Nampak macam-macam dibuatnya 😁. Sebab nak jawab soalan jurnalist, saya pun tanya si anak-anak petang semalam. Apa perasaan kakak bila terpaksa duduk di rumah sebab coronavirus ni? Jawapan kedua-dua anak (umur 8 dan 5) adalah sama iaitu sedih (tanya berasingan). Sedih sebab apa? Abang sebab tak dapat pergi rumah Hamdany sepupunya, kakak KN sebab apa tak ingat dah (mak tak ingat dah sewaktu menulis ini 😅). Saya mahu rakam dan bawa sekali roda 'Coping Strategies' mereka, Tetiba masa nak rakam, jawapan berubah 😱 , rasa happy! 😍 Fateh still sedih, tapi dia mula nampak 'sesuatu'. Sesuatu itu adalah, Fokus kepada 'POSITIVITY' Iaitu alternatif tindakan yang dia boleh lakukan bila rasa sedih! Rupanya BANYAK. Mereka berdua pilih 8 perkara yang boleh dilakukan bila rasa Tak OK (aktiviti Januari dulu). Kini bila di 'revisit', rupanya momen tidak dapat keluar rumah yang menyebabkan sedih ini, adalah sebaliknya. Baaaanyak sangat aktiviti boleh dilakukan bila rasa sedih. Itulah coping skills. Ia adalah strategi daya tindak yang baik atau positif bila alami satu-satu rasa emosi tak OK seperti sedih, marah, takut, cemas dll. Hmm... saya rasa ramai ibubapa juga tiada pernah tahu perkataan 'coping skills' ini, saya juga dulu, apatah lagi masa saya usia mereka 5 dan 8. Jadi, mari kita mulakan, kenali perasaan kita dan keperluan kita. Bak kata Dr Izam dalam video di Toddible Baby Summit (TBS) 2020 yang saya tonton tadi, bila dah kenalpasti perasaan kita, baru kita tahu apa keperluan diri kita. Apa perlu buat. Dan APA PERLU BUAT selepas kenal perasaan diri dan sebabnya tu, Ia adalah 'positive coping skills', Bila saya rasa sedih sebab tak dapat keluar rumah, saya boleh buat ini, itu, begitu, begini, eh banyak lah. 😄😄😄 Untuk dapatkan aktiviti sheet Coping Strategies Wheel kanak-kanak lelaki dan perempuan ini secara percuma, boleh ke : https://copingstrategies.zkart.com https://copingstrategies.zkart.com https://copingstrategies.zkart.com Dan sempat lagi nak tonton Video Speaker terbaik dalam TBS ni, di https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit Percuma aja untuk 5 hari ini ok. Maznah Ibrahim

Terima kasih kepada semua sahabat ibubapa yang patuh dan kekal berada di rumah dengan sabar, melayan kerenah anak-anak lagi. Semoga semuanya berakhir dengan baik, Sentiasa memandang dari perspektif yang baik-baik aja ya. ❤️ Maznah Ibrahim

photo content

Saya, ahli Persatuan Profesion Psikologi KKM (PSiKEM) ingin mengajak sahabat channel ini yang berminat untuk mendapatkan penerangan ringkas dan info berkenaan isu Covid-19 dari perspektif psikologi. Jemput masuk dan boleh bantu sebarkan ya : https://t.me/psikologikkm

Stres di badan ini tidak dapat kita nafikan kehadirannya, Badan tak boleh bercakap "Aku Stress La", "Aku Takut/Bimbang La" dan sebagainya. Tapi dia tunjukkan dengan petanda sakit fizikal, Contoh: Sakit sakit di bahagian badan tertentu, Cram, denyut, Nafas rasa sempit, Tingkahlaku pula: Sukar tidur, Marah-marah, Kurang teratur/serabut. Tiba-tiba rasa nak menangis. .... Relaksasi Otot untuk kurangkan stres di badan, termasuk bantu minda (pemikiran dan emosi) lebih lapang, lega. Latihan relaksasi otot ini akan banyak membantu anda. Cuba lakukan, ikut aja gambar ni ok. Kredit kepada sahabat saya Pn Amalina, Pegawai Psikologi Hosp. Kajang. . CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Kredit kepada tc sekolah anak saya, Tc Dila yang share poster ini, maka bolehlah diberi bahan ini untuk ajar anak mengenai Covid 19 ini secara tak langsung, dengan ajak mereka beraktiviti sekali ya. Maznah Ibrahim

photo content

Foto ini mengingatkan saya akan perkara yang sama saya harap diri saya dan ramai ibubapa di luar sana tahu mengenai perkara penting dalam parenthood journey kita, Dari alam kehamilan, Kelahiran, Penjagaan anak, Parenting emosi dan behaviour anak, Pemakanan dan semuanya. Ia mengurangkan kesilapan kita kerana tidak tahu. Yes, ignorance. Ramai silap untuk anak pertama, dan bertambah baik untuk seterusnya. Sharekan Toddible Baby Summit (Parenthood Journey Summit) 2020 dengan menyertainya, Secara online dari rumah, Untuk #IbuBapaKini, Bermula Isnin ini 23 Mac hingga 27 Mac. Ambil peluang ini. Percuma Access, Premium Access, Dan Exclusive Access. Daftar di sini ya https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit

photo content

photo content

Pemenang telah diumumkan. Syabas, tahniah kepada puan berdua ya 😍👍👍👍 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1417723735068873&id=477691842405405

Anak mungkin marah sebab takdapat ke luar bermain, Tak dapat naik kereta berjalan sekitar, Tak dapat pergi rumah sedara/kawan/aunty. . Peranan kitalah perlu wujudkan banyak aktiviti menarik bagi mengisi ruang masa mereka dalam rumah ok. . Jadi kreatif. Guna apa ada. . Antara boleh buat ialah : 1. Main pondok-pondok khemah dalam rumah - semua anak saya suka 2. Main masak-masak tapi masak betul-betul di rumah - anak no 2 saya suka 3. Main bola sepak jika ada ruang di luar dalam pagar - anak lelaki saya suka sangat, yang perempuan pun mengikut 4. Main game teka teki berisyarat (macam cerita Frozen 2 awal cerita tu, perasan tak) - semua suka, lebih lagi no 2 siap lukis tambah perkataan lagi untuk diteka 5. Mandi kucing, bersih berak kucing, belai kucing - saya tak minat kucing, anak-anak suka 6. Game baling soft toy (10 unit) ke dalam bakul baju - semua anak suka baling baling kali ni bertaget masuk bakul ya 7. Game puzzle diy - ada video saya buat post lepas 8. Pertandingan hafazan surah, persembahkan - sedia hadiah kecil, anak 2 orang besar tu suka sangat 9. Belajar dari youtube apa nak tahu, contoh cara lipat kapal terbang kertas paling lama di udara, cara selesai rubic cube, buat kiub guna magnetic ball 5mm - anak no 1 suka 10. Panjat, gayut di ampaian, pagar rumah, berbasikal indoor / outdoor rumah - semua anak suka Sesuaikanlah dengan ruang rumah anda, Personaliti anak anda dan diri anda, Asal selamat, Dan happy....😍🤩 CARE♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Jika secawan kopi / secangkir kopi (Atau minuman apa-apa) Di gelas kegemaran sendiri, Dapat beri satu rasa yang 'segar' dan 'energise' Emosi, badan, minda anda, Lakukan sajalah. Make it by yourself. Perlu self care dan positif selalu 💝 CARE♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan