ANAK DIREBUT BARANG SEDANGKAN ANAK SEDIA BERKONGSI.... MACAM MANA YA?
===================================
.
Assalamualaikum puan maznah...sy ingin
btanya.sy ade seorang anak umo 2 tahun 2 bulan.anak sy normal dan alhamdulillah xde msalah..anak sy ade rmai sepupu belah saya dan belah suami.
.
apa yg sy perlu buat jika sepupu2 dia bsikap "kedekut" utk kongsi ape2 brg mainan atau brg keperluan lain..anak sy jnis suka bkongsi brg dan suka main sama2 malah tak sedikit pn marah jika org lain mengambil brg dia..sy biasa latih dia utk bkongsi brg dan jgn sesekali memukul org lain tmsuk sy..
.
yg mnjadi kerisauan sy,sepupu2 dia kerap memukul dan memarahia dia apabila dia cuba mengambil brg sepupu
dia.sy cuma nk tau adakah ini akn mbawa kesan negatif thadap anak sy dan ape perlu sy buat.
.
Jawapan saya.
.
1. Pertamanya, SYABAS puan kerana berjaya didik anak untuk berkongsi. Jarang anak usia 2 nak share, anak pertama saya sendiri ialah jenis yang rajin share tapi jadi keliru bila orang lain tak beri / share.
.
Anak kedua saya pula jenis tak share, so itu memang normal untuk peringkat AUTONOMI (1.5-3.0 tahun), kanak-kanak peringkat usia ni ingat barang dia barang dia, barang orang barang dia, haha.
.
Kemungkinan besar (pengamatan dan pandangan saya sahaja) anak-anak sepupu puan alami rebut barang, dirampas barang (di kalangan kanak-kanak kecil) dan kekerasan fizikal bila berlaku aksi anak kecil begini oleh orang dewasa di sekelilingnya.
.
.
2. Memang akan ada kesan. Anak puan akan keliru sebab keliling dia tak macam dia. So ajar dia untuk FAHAM/identify PERASAAN DIA SENDIRI kepada pengalaman ini, juga seterusnya luah rasa hati dia kepada budak itu bila budak tu pukul dia.
.
Ermm... cuma 2.2 tahun agak kecil bab komunikasi prososial, so puan just beritahu dia bila dia nampak konfius atau kurang selesa, pada kemudian masa, untuk REFLEKSI PENGALAMAN SIANG itu (buat sesi borak santai pada WAKTU MALAM sebelum tidur), agar beri dia dengar ayat puan yang menerangkan mengenai tingkahlaku prososial yang betul.
.
Contoh:
.
Bagus, A (nama anak) sebab suka share mainan dengan B, C.
Tapi B dan C tak share.
Maka A rasa TERKEJUT bila B dan C taknak share barang mainan,dan KELIRU DAN MARAH bila B/C pukul dan rampas.
Tak apa, Allah, Mama, Ayah suka dengan A yang suka kongsi barang mainan. (Fokuskan pada anak puan melebihi anak orang lain akan tingkahlaku yang betul tu),
Biar B dan C tak kongsi, tapi A tetap kongsi, kan? Nanti lama-lama B dan C akan belajar dari A tuk kongsi.
.
(macam panjang kan, tapi percayalah anak mendengar dan merakam akan ayat ini :)
.
.
3. Pasangkan video OMAR dan HANA yang kongsi sama-sama, supaya anak puan sedar, tindakan dia berkongsi tu adalah BETUL, Allah suka dan sayang kita.
.
Ini bagi dia nampak secara VISUAL dan PENGESAHAN DIRI, bahawa itu adalah tingkahlaku standard yang BENAR, dan dia buat yang betul, dan sama exactly macam dalam video tu :D,
.
Puji tindakan Omar dan Hana, serta Faris dan Sarah dalam video tu, dan kaitkan dengan tingkahlaku dia (anak puan) selama ini, agar dia nampak persamaan....
.
*Video Omar dan Hana kesemuanya adalah sangat Hypnotised Prosocial Action untuk kanak-kanak kecil yang suci hatinya ini. Percayalah. :)
.
4. Ke depan, dalam usia dekat 3, ajar dia SKRIP LUAH RASA ASERTIF,
"Jangan pukul saya / jangan rampas barang saya, saya tak suka. Awak boleh Minta baik-baik, saya akan beri".
.
Ini ayat asertif dan nasihat cara tindakan yang betul. Nampak mcm formal, tapi sebenarnya itu adalah standard tingkahlaku betul, asertif dan kita sentiasa beri anak yang TERBAIK DAN BETUL, bukan yang biasa-biasa sahaja, ok puan.
.
Ini juga penting ke depan untuk cegah dibuli (PASIF) atau jadi pembuli (AGRESIF).
.
.
.
Akhir,
Saya doakan puan, insyaAllah sebagai Ibu yang berusaha bentuk anak soleh/solehah puan ini beroleh ketetapan hati untuk terus ISTIQAMAH, KUAT, CEKAL, BERHIKMAH dan SABAR, dalam mendidik anak/ anak-anak.
.
Tak apa, kita mulakan, kanak-kanak lain akan menurut nanti. Anak puan akan jadi agen perubah kelak in