cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

seketulgadis

akaun rasmi seketulgadis. halal share with credit/tag/mention campsite.bio/seketulgadis

Mostrar más
Malasia4 546El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad3 095
Advertising posts
24 453Suscriptores
-324 hours
+337 days
-19630 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

malu mengatasi keindahan lain yang ada pada seorang perempuan. 🤍
Mostrar todo...
12
alhamdulillah :)
Mostrar todo...
93🥰 7
tidak pernah ada kata terlambat untuk mulakan semula, selagi masih dipinjam nafas oleh Allah. perubahan untuk jadi lebih baik itu kian pudar, handsock kemana, stokin kemana. —tidak mengapa, harini mula cari balik kalau perlu beli balik dan pakai semula. tiada kata terlambat. kelas kelas fardhu ain yang dah lama ditinggalkan, sibuk dengan apa pun tak tahu. —tidak mengapa, buka rakaman semula, buka kitab semula, cari pen cari buku nota semula. tiada kata terlambat. solat yang tertinggal atau sengaja tinggal tu, rasa bersalah tapi tak qadha juga. —tidak mengapa, hari ni ingat balik solat mana yang tinggal dan catat semua, mula qadha sungguh sungguh. tiada kata terlambat. al–quran yang dah lama tak buka tu, buka handphone boleh pula. —tidak mengapa, hari ni buka dan baca balik. sayang al–quran macam dulu dulu balik. tiada kata terlambat. selawat yang cuma baca dalam tahiyyat tu, luar solat takde nak tambah langsung. —tidak mengapa, hari ni cari lah tasbih semula, mana tasbih yang beli dulu kata nak 1000 selawat sehari tu. kalau takde, beli. tiada kata terlambat. niatkan lah sungguh sungguh untuk Allah. Allah pasti mudahkan kita. buat dulu sorang sorang dan sembunyi. tak perlu berteriak pada dunia maya yang kita nak berubah, buat dulu privately. lebih tenang tanpa pengetahuan manusia lain. kena tegas dengan diri sendiri yang dah lama dibiarkan dalam ketenangan palsu. hidup seperti baik baik saja tetapi dalam kerugian masa dibiarkan tanpa ketaatan kepada Allah. pesan ikhlas buat diri dan sahabat semua, seketulgadis, 14 Syawal 1445H
Mostrar todo...
170😢 12👍 9🥰 3🔥 1
aamiin 🤲🏻🤍
Mostrar todo...
190
mahu kecewa?
Mostrar todo...
136😢 12👍 1
90👍 1🥰 1😢 1
sederhana & cantik 🤍🦢
Mostrar todo...
223🥰 8
مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن‎ Minal 'Aidin wal-Faizin
Mostrar todo...
193👍 7
selamat malam :)
Mostrar todo...
188😢 11👍 5🥰 5
Jgn sedih ya kalau dtg haidh dlm bulan Ramadhan, lebih lagi pd 10 malam terakhir. Sbb amalan soleh yg biasa dilakukan sehari-hari, tetap dikira sbg amalan pada hari hari haidh. Sebab tu kalau dah istiqamah beramal ketika awal ramadhan, haidh di akhir ramadhan tetap dpt pahala amalan tersebut. Dgn syarat, kita teruskan amalan yg diharuskan bg wanita haidh. Lebih-lebih lg haidh adalah anugerah dr Allah buat para wanita, taqdir yg Allah dah tentukan bagi setiap 'anak perempuan Adam'. Tugas kita adalah meraikan keringanan yg Allah kurniakan kpd kita. Antara amalan yg boleh diamalkan antaranya; 1. Bertaubat kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Teruskan zikir اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 2. ⁠Banyakkan beristighfar sepanjang hari أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ kalau biasa baca 1000 sehari, cuba gandakan di hari hari haidh. 3. ⁠Khidmat berbuka dan sahur untuk keluarga, dan kalau berjauhan dr keluarga boleh khidmat di masjid, atau surau atau madrasah. Setiap pahala yg mereka perolehi sepanjang puasa akan disalurkan juga kpd yg berkhidmat dan memberi makan kpd mereka. 4. ⁠Banyakkan bersedekah terutama kpd ahli keluarga, kerabat dan faqir miskin. Dpt 3 jenis pahala yg digandakan Allah pd bulan ramadhan, pahala bersedekah, pahala menggembirakan org yg berpuasa, pahala berkongsi harta utk org yg berpuasa. 5. ⁠Menghidupkan malam untuk bermunajat kpd Allah dan berdoa sungguh-sungguh walaupun tak boleh solat. 6. ⁠Mendoakan org islam yg lain dgn harapan yg baik baik buat perubahan dan islah keadaan diri setiap org. 7. ⁠Tadabbur al-Quran untuk merungkai dan mendalami rahsia-rahsia dari firman Allah. 8. ⁠Perbanyakkan selawat, apa jua jenis selawat pun boleh. Selawat ibrahimiyyah, selawat syifa, selawat al-fatih, selawat munjiyyah, selawat taajiyyah, selawat tafrijiyyah. Kalau sebelum ni amalkan barakat makiyyah atau dalailulkhayrat, teruskan. 9. ⁠Memaafkan orang lain dgn ikhlas dan mendoakan kebaikan buat mereka. 10. ⁠Yg paling asas tetapi sukar diamalkan, menuntut ilmu pengetahuan yg fardhu bg setiap mukallaf. Ada banyak lagi amalan yg boleh diamalkan, niatkan ikhlas kerana Allah dan mendapatkn rahmat serta pandangan dari-Nya. InshaAllah wanita haidh boleh beramal dengan bahagia dan gembira. Wallahua'lam. Oleh Ustazah Ummu Khadeeja Al Kubra 🤍
Mostrar todo...
165👍 13🥰 3