Info SM Arab (JAIM) Al-Asyraf
Ir al canal en Telegram
826
Suscriptores
-124 horas
+37 días
+330 días
Archivo de publicaciones
📌 MAKLUMAN PENGOPERASIAN ASRAMA SMA (JAIM) AL-ASYRAF SEMPENA PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT FENOMENA JEREBU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan/Puan ibu bapa/penjaga yang dihormati,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bertarikh 12 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di Negeri Melaka diarahkan DITUTUP pada Selasa, 13 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.
2. Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan Asrama SMA (JAIM) Al-Asyraf menetapkan bahawa SEMUA MURID ASRAMA DIKEHENDAKI KEKAL BERADA DI ASRAMA sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat fenomena jerebu.
3. Ketetapan ini adalah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar murid sekolah berasrama terus berada di asrama selagi aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka terjamin. Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pergerakan keluar masuk murid serta mengelakkan ibu bapa/penjaga daripada perlu berulang-alik mengambil dan menghantar anak sekiranya berlaku perubahan status pengoperasian sekolah.
4. Sepanjang tempoh penutupan sekolah, murid akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dari asrama mengikut ketetapan pihak sekolah. Pengurusan dan kebajikan murid akan terus diberi perhatian oleh pihak asrama.
5. Oleh yang demikian, ibu bapa/penjaga dimohon untuk memberikan kerjasama dengan tidak membuat sebarang urusan pengambilan anak untuk pulang ke rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah, tertakluk kepada sebarang arahan atau ketetapan baharu daripada pihak sekolah.
6. Pihak Pengurusan Asrama akan sentiasa memantau perkembangan semasa dan memaklumkan sebarang perubahan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi sekolah dan asrama.
Kerjasama, perhatian dan keprihatinan Tuan/Puan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGURUSAN ASRAMA
SMA (JAIM) AL-ASYRAF
12 OKTOBER 2026
MAKLUMAN BERKAITAN PENGOPERASIAN SEKOLAH
Kepada Semua Ibu Bapa dan Penjaga yang Dihormati,
Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa pengoperasian sekolah bagi hari Isnin adalah bergantung kepada pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pengumuman Rasmi: Makluman rasmi berhubung status persekolahan dijangka akan diumumkan oleh JPN pada hari Ahad, jam 2:45 petang.
Pihak sekolah akan mengemas kini maklumat terkini dari semasa ke semasa sebaik sahaja arahan rasmi diterima. Ibu bapa dimohon untuk peka dengan makluman lanjut di saluran komunikasi sekolah.
Sekian, terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan.
📌 MAKLUMAN KEBENARAN PULANG MURID ASRAMA SMA (JAIM) AL-ASYRAF EKORAN FENOMENA JEREBU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan/Puan ibu bapa/penjaga yang dihormati,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bertarikh 8 Oktober 2026 berhubung penutupan semua sekolah di Negeri Melaka pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke tahap tidak sihat, pihak asrama mengambil langkah sewajarnya demi menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid.
2. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa murid asrama TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 DIBENARKAN PULANG KE RUMAH mengikut ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
🕗 Masa: Bermula jam 8.00 pagi
3. Walau bagaimanapun, murid TINGKATAN 6 DIKEHENDAKI KEKAL BERADA DI ASRAMA dan tidak terlibat dengan kebenaran pulang ini.
4. Ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 diminta untuk menguruskan pengambilan anak masing-masing secara teratur serta memberikan kerjasama kepada pihak asrama bagi memastikan proses pergerakan murid berjalan dengan lancar dan selamat.
5. Pihak asrama turut menasihatkan agar ibu bapa/penjaga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh fenomena jerebu ini.
6. Sebarang perubahan atau makluman lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi pihak sekolah dan asrama.
Kerjasama, perhatian dan keprihatinan Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGURUSAN ASRAMA
SMA (JAIM) AL-ASYRAF
Ibu/ Bapa/Penjaga Murid
Pentadbir
Semua Guru
Anggota Kumpulan Pelaksana
SMA (JAIM) Al-Asyraf
Tuan/Puan,
TAKLIMAT SMASRA "TOWARDS CASHLESS SCHOOL" DAN PENGURUSAN ASRAMA
Dengan segalanya hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Taklimat ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 03 Oktober 2026
Hari: Sabtu
Masa: 8:30 malam
Platform: Microsoft Teams Meeting
Pautan: https://urlvanish.com/3b431c97
Disampaikan
oleh: Encik Khairul Azhari bin Mohamed Yusuf (Sales Director CPRO Solutions)
3. Tuan/puan dimohon untuk menghadiri taklimat tersebut. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGETUA
SM ARAB (JAIM) AL-ASYRAF
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak sekolah SMA (JAIM) Al-Asyraf ingin mengajak warga sekolah dan orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen Wakaf Kerusi Bagi Bilik Khas Surau Al-Asyraf.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong aktiviti ilmu, memberikan keselesaan kepada para pengguna surau, serta memperindah lagi kemudahan yang ada di Surau Al-Asyraf.
“Wakaf Anda, Pahala Berpanjangan.”
Jazakumullahu Khairan Kathira atas sokongan dan sumbangan daripada pihak Tuan/Puan sekalian. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa, warga sekolah, serta Alumni SMA (JAIM) Al-Asyraf yang dirindui! 🌟
Adakah anda rindu nak jejakkan kaki semula ke sekolah? Inilah masanya! Pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa, dan bekas pelajar untuk bersama-sama menjayakan Gotong-Royong Perdana MADANI Al-Asyraf 2026 & Kempen Barang Kitar Semula.
📌 Butiran Program:
Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 7.45 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: SMA (JAIM) Al-Asyraf
♻️ Kitar Hari Ini, Hijau Esok, Lestari Selamanya!
Kemaskan rumah anda dan bawa barang-barang yang tidak digunakan lagi seperti:
Kertas, kotak, plastik, aluminium, besi & kuprum
Peralatan elektronik/elektrik (PC, TV, Telefon bimbit, Mesin basuh, Peti ais, dll.)
Bateri kereta & Minyak masak terpakai
❤️ Segala sumbangan hasil kutipan ini akan disalurkan terus ke Akaun PIBG bagi menampung aktiviti keceriaan dan penyelenggaraan sekolah demi keselesaan anak-anak kita.
Buat bekas pelajar, mari manfaatkan peluang ini untuk kembali berbakti kepada alma mater tercinta sambil beramah mesra bersama bekas guru-guru dan rakan-rakan! 🤝
#SMASRA #GotongRoyongMADANI #KitarSemula #AlumniSMASRA #PIBGSMASRA #LestariSekolahKita
JOM REBUT PAHALA SEDEKAH JUMAAT! 🕌✨
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dihormati.
Hari Jumaat yang penuh barakah ini adalah peluang terbaik untuk kita mendidik anak-anak tentang indahnya memberi. Pihak sekolah ingin mengajak tuan/puan bersama-sama menyumbang dalam kempen Sedekah Jumaat bagi mengimarahkan lagi Surau Al-Asyraf, SMA (JAIM) Al-Asyraf.
"Sedekah akan digandakan ganjarannya pada hari Jumaat." (Riwayat Ibn Abi Syaibah)
Sumbangan infak tuan/puan amat bermakna bagi memastikan keselesaan anak-anak kita beribadah dan menuntut ilmu.
Cara Menyumbang:
📲 Imbas QR DuitNow pada poster (Surau Al Asyraf Alor Gajah)
💳 Bank Islam (Surau Al-Asyraf): 05021010029815
Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi amal jariah yang mengalir berterusan. Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan. Jazakumullahu Khairan Kathira. 🙏
