El servicio también está disponible en tu idioma. Para cambiar el idioma, pulseEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
CategoríaSin especificar
Ubicación del canal e idioma

audience statistics 💖PuiSi [email protected]💞

Aku "RAPUH" tanpa cintaMu, "Keikhlasan" adalah bukti "kesabaran" yg sejati.. For swap pm :  @fazd_fadz  Groupchat join us:  @cuit2cinta  
10 381+2
~933
~2
8.98%
Calificación general de Telegram
Globalmente
287 347lugar
de 6 950 921
4 594lugar
de 144 640

Género de suscriptores

Averigua cuántos suscriptores masculinos y femeninos tienes en el canal.
?%
?%

Idioma de la audiencia

Descubre la distribución de los suscriptores de canales por idioma
Ruso?%Inglés?%Árabe?%
Crecimiento del canal
GráficoTabla
D
W
M
Y
help

La carga de datos está en curso

Duración del usuario en el canal

Descubra cuánto tiempo permanecen los suscriptores en el canal.
Hasta una semana?%Viejos?%Hasta un mes?%
Ganancia de suscriptores
GráficoTabla
D
W
M
Y
help

La carga de datos está en curso

Since the beginning of the war, more than 2000 civilians have been killed by Russian missiles, according to official data. Help us protect Ukrainians from missiles - provide max military assisstance to Ukraine #Ukraine. #StandWithUkraine
“Terdetik untuk berhenti. Renung kan sejauh ini perjalanan yang telah di usahakan. Maka, rehat tidak perlu berhenti. Kemudian, teruskan usaha. In Shaa Allah, baik-baik saja.” 🍃💕
1 437
9
Yang indah akan hilang. Yang segar akan layu. Yang setia akan berpaling. yang percaya akan khianat. Yang hidup akan mati. DUNIA 😌 🍃💕
1 436
6
semoga segala kepahitan yang ada di tahun 2022, terbayar dengan kebahagiaan di tahun 2023. Tidak mengapa di tahun 2022 kamu jatuh, semoga di tahun 2023 kau tumbuh menjadi manusia yang kuat dan dijauhkan dari segala yang jahat. Selamat tahun baru manusia hebat sekalian... 🍃💕
2 800
7
@hatikuhatimu🍃💕
3 390
1
Kita diam bukan bererti bisu, tapi tak berminat nak ambil tahu. Menjauhkan diri bukannya sombong, tapi malas nak layan dosa kering. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum. Lumrah manusia hanya mampu menilai apa yang ia lihat. Namun yang tersembunyi tak sekalipun ia dapat menilainya. Cara terbaik menghukum orang adalah diamkan saja, tidak usah dipedulikan lagi. Itu sudah menyakitkannya sama sekali Diam adalah ibadah tanpa kelelahan. Keindahan tanpa perhiasan. Kewibawaan tanpa penguasaan. Banyak bicara, hati kita akan keras. Banyak bicara, akan menunjukkan kelemahan kita sendiri. Diam bukan bererti kalah. Diam bukan bererti mengalah. Diam itu lebih baik dari berbicara. Kerana .. Seandainya bicara kita melukai perasaan orang, bertambahlah dosa kita. "Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid .." ~ QS. Surah Qaff : 18 Sebenarnya kita memilih untuk diam bukan sebab tak tahu apa-apa, tetapi kita tak mahu mengeruhkan lagi suasana. Banyak diam tidak semestinya bodoh. Banyak cakap tidak semestinya cerdik. Tetapi .. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap. Menasihati orang yang bersalah tidak salah, yang salah memikirkan kesalahan orang lain. Kalau orang menghina kita bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Alhamdulillah ♥️ 🍃💕
Mostrar más ...
2 543
10
Kita tidak berlumba dengan sesiapa pun dalam hidup ini. Tidak perlu gementar tentang kehidupan orang lain. Jika hidup orang lain terlihat baik cukup mencontohi kebaikannya. Jika terlihat buruk cukup jadikan pelajaran. Perbaiki diri kita sendiri. Lakukan perubahan jika perlu. Itu kunci hidup yang tenang. Kerana hidup itu perjuangan. Tak seindah kata-kata motivasi. Dan tak seindah kata-kata mutiara. 🍃💕
2 050
11
Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan... Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan suami yang panas baran... Bukan suka-suka الله ﷻ berikan kita anak yang degil dan nakal... Bukan suka-suka الله ﷻ letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama... Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita anak ramai... Bukan suka-suka الله ﷻ langsung tidak beri anak pada kita... Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita pelbagai sakit... . Bukan suka-suka الله ﷻ aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat... Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripada NYA. . Bukan saja-saja kita seorang je yang dapat Hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. . Hidup kita الله ﷻ yang atur. Isteri kita الله ﷻ yang punya. Suami kita juga milik الله ﷻ... Anak² kita الله ﷻ yang punya... Duit kita الله ﷻ yang punya... Kesihatan kita الله ﷻ yang punya... . Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Punya الله ﷻ. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja... . Namun usah lupa.الله ﷻ itu MAHA PENYAYANG. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. . Cuma الله ﷻ yang tahu. Bersangka baik dengan الله ﷻ perlu kita aplikasikan. . Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan الله ﷻ, kita akan sentiasa Redha. . Jadi, usah kecewa. Kita ada الله ﷻ. Kita minta pada الله ﷻ. Kita minta kekuatan pada الله ﷻ. Kita yakin dengan الله ﷻ. Kita redha dengan ketentuan الله ﷻ. In Shaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. . Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam !!! In Shaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi. . Kita ada الله ﷻ !!! Dan الله ﷻ itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat-tempat mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita Solat malam, doa kita mustajab. . Dan الله ﷻ telah menggariskan panduan, "SABAR dan SOLAT !!!" . Lakukanlah !!! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati الله ﷻ akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. In Shaa Allah. . ~الله ﷻ tak jadikan sesuatu itu saja-saja dan suka².. 🍃💕
Mostrar más ...
2 554
10
Selamat mengundi 🍃💕
1 791
0
Suka ayat ni... Untuk Peringatan Bersama Nak terima atau tidak terpulang ❤️❤️❤️ Siapa sokong BN atas keyakinan dia... maka sokonglah BN Siapa sokong PN/PAS atas keyakinan dia... maka sokonglah PN/PAS Siapa sokong PH atas keyakinan dia... maka sokonglah PH Itulah asas demokrasi. Jangan kutuk... Jangan caci... Jangan maki... Jangan fitnah... Jangan benci.. Raikan perbezaan pendapat dan eratkan persaudaraan/persahabatan. Adik beradik tetap saudara kita. Kawan tetap kawan kita, itu pasti, Lawan tetap kita lawan tetapi hanya untuk sokongan politik. Ingat bila, Kita sakit, kawan datang lawati. Keluarga kita mati, kawan datang ziarah. Kawan ucap takziah. Kawan beri motivasi pada Kita. Ingat ahli politik yang kita undi mungkin tak lawat kita sakit,. Yang kita sokong mungkin tak datang ucap takziah Jadi kawan-kawan.. Jangan taksub pada calon atau parti... Jangan putus kawan kerana politik ** ** 🍃💕
Mostrar más ...
1 904
1
Kita ni hidup untuk menunggu mati. . Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang. . Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat. . Begitulah kita. . Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat. . Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis😭 Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil. . Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔 Muhasabah. Kredit: Dr.Amirul Amin 🍃💕
Mostrar más ...
2 232
4
Ketika kita kecewa dengan hidup sendiri, di luar sana ramai yang berharap untuk menjadi diri kita. Kawan-kawan, berhentilah sesalkan apa yang telah hilang dan pergi. Berhentilah juga tangiskan apa yang tidak ada di tangan. Teruskan bersyukur ya. Banyak lagi hal yang kita kena pandang ke diri sendiri sebelum melihat ke orang lain. Peringatan untuk diri sendiri juga ✨ 🍃💕
2 159
8
✍بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃💕 perbanyakkan beristighfar.. 🍃💕أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ... 🍃💕أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ... 🍃💕أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ..
Mostrar más ...
2 059
3
Biasakan bibir dengan selawat. Basahkan hati dengan istighfar. Selawat,selawat,selawat. Istighfar,istighfar,istighfar. Kenapa kita selalu tekankan dua perkara ajaib ni? Kerana pada selawat ada keberkatan yang tak ada pada amalan lain, antaranya ilmu mudah untuk sampai ke dada serta tenang, Kerana pada istighfar fadhilatnya tidak mampu menandingi amalan lain, antaranya Allah memudahkan urusan kita. Sebab itu selawat dan istighfar ni teramat2 penting buat kita semua.... Kalau stress atau ilmu susah nak masuk, amalkan lah ia.Biar jadi terapi untuk diri kita. Cubalah,inshaAllah🍃💕
Mostrar más ...
1 816
4
PUISI HARI JUMAAT,  Maka riwayat pula dari khabar yang mulia, pada hari Juma'at itu, hari yang mulia Maka hari Jum'at dan malamnya ia, tetap nuthfah Muhammad pada ibu yang mulia Lagi dijadikan pula Adam yang mulia, pada hari Jum'at sangat eloknya ia Lagi diampun pula akan Adam yang mulia, pada hari Jum'at yang tersalahnya ia Lagi dimasukkan pula akan Adam yang mulia, pada dalam syurga, ia tempat yang sedia Lagi banyaklah ganda dengan amal yang mulia, dari hari yang lain dengan sedikit ia Lagi diganda pula akan jahatnya ia, dari hari yang lain dengan kurangnya ia Maka siapa ada satu amal yang mulia, Tujuh puluh ribu yang digandakan dia Pada satu sedekah dan selawat yang mulia, maka dapatlah banyak yang digandakan dia Lagi baca pula akan Qur'an yang mulia, akan surah al-Kahfi dan Sajadah yang mulia Pada hari Jum'at dan malamnya ia, maka dapatlah dengan nur bercahaya Lagi diampunkan pula akan dosanya ia, pada satu Jum'at yang di hadapan ia Lagi dapatlah ia dengan untung bahagian, pada matinya itu hari Jum'at yang mulia Maka banyaklah kamu dengan amal yang mulia, pada hari Jum'at itu, hari yang bahagia. Salam Jumaat !🍃💕
Mostrar más ...
1 863
3
Hidup kita ini, kita telah pun merasakan sulit dengan berbagai bagai ujian yang diberikan. Namun kita tak sedar, ada yang jauh lebih sakit dan berat dengan ujian yang dihadiahkan Tuhan. Apapun, kita tetap kena tahu dan sedar. ' Tidak diuji sesuatu itu melebihi dari kemampuan kita ' Sungguh! Apa yang Tuhan bagi adalah setanding dengan kekuatan yang kita ada. Malah Allah tersangat tahu bahawa kita mampu. Maka hadapilah sebagaimana Allah tahu kita layak dalam menanggung setiap beban itu. Jika terasa sarat, lepaskan lelah itu hanya pada Lillah. Kerna hanya Dia, yang bisa tolong hambaNya dari segenap cara. 🍃💕
Mostrar más ...
1 622
5
Mungkin boleh patah tapi bukan kayu, Kadang keras tapi bukan batu, Hancur kadang jadi kepingan. Itu lah Hati. 🍃💕
1 513
2
"Mencari ketenangan itu bukan dengan "PERGI" tetapi dengan "kEMBALI"... Kembalilah ke dalam diri mu.. Carilah di mana ALLAH di hati mu... Sesungguhnya ketenangan ada di situ.,."🍃💕 -KEMBARA KASIH,MUSAFIR CINTA- 🌳 🌳
💖PuiSi [email protected]💞
Aku "RAPUH" tanpa cintaMu, "Keikhlasan" adalah bukti "kesabaran" yg sejati.. For swap pm : @fazd_fadz Groupchat join us: @cuit2cinta
1 388
0
10K QPV SUPER PROMOTE Himpunan Channel² terbaik di TELEGRAM. MEMOTIVASI▪️BERINSPIRASI▪️MEMANDU HIDUP JOM JOIN... 💕 NASIHAT² KEHIDUPAN 💕 HIMPUNAN KATA NASIHAT AGAMA 💕 HIMPUNAN DOA 💕 ANEKA RESEPI DARI PELBAGAI SUMBER. 💕 ALLAH SAYANG, SEBAB TU ADA UJIAN 💕 UNEXPECTED QUOTES EVERY SINGLE DAY 💕 just the words of my heart 💕 XsentapKew ? 💕 KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA 💕 Koleksi ayat-ayat sentap. Tahan, stay! 🕊🔥 💕 TARBIYAH HATIMU BANGKIT DEMI ILAHI 💕 Quotes dari seorang perindu シ︎ 🌹 BERMINAT UNTUK JOIN 📢 Info lanjut 💞 Group Discussion SEMOGA BERMANFAAT TERIMAKASIH! ♨️
Mostrar más ...
540
0
💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH 💕 ============================== 👉 🖤 Koleksi ayat-ayat sentap. Tahan? Stay! 🕊 👉 💙 Warna hitam tidak sesuai untuk hati 👉 ❤️ Motivational Quotes 👉 🤎 PELBAGAI LOGHAT DALAM MALAYSIA 👉 💚 Anda student? Meh join sini! 😍 👉 💛 Dakwah Tanpa Henti 👉 ❤️ It's all about dakwah 👉 🤍 Allah sayang, sebab tu ada ujian 👉 💜 NASIHAT² KEHIDUPAN 👉 🤎 KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA DELETE selepas 4 jam 🌹 BERMINAT UNTUK JOIN 📢 Info lanjut 💞 Group Discussion 😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI TERIMAKASIH...💖
Mostrar más ...
497
0
✨ COME JOIN AND ENJOY ✨ ♨️ Nasihat² KEHIDUPAN ♨️ KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA ♨️ Allah sayang, sebab tu ada ujian ♨️ DIY ~ Do It YOURSELF ♨️ Quotes for everyone ♨️ HIMPUNAN DOA ♨️ Don't stop until you're proud ♨️ Agama itu adalah ‘nasihat’. ♨️ Jangan menilai orang lain dari luaran! ♨️ Islam Itu Indah DELETE selepas 4 jam 🌹 BERMINAT UNTUK JOIN 📢 Info lanjut 💞 Group Discussion SEBARKAN BENDA BAIK. THANKYOU! ✨
Mostrar más ...
NASIHAT² KEHIDUPAN
Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO 😎 Nasihat yang baik adalah nasihat yang mampu menyejukkan bagi setiap orang yang mendengarnya. Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang2 mukmin 5 Februari 2017
587
0
🌹Amalkan untuk sentiasa dimurahkan rezeki 1.  Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh Pagi-pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah halazim. Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi. 2.  Ucap Kesyukuran Pada Allah Selepas tu baru Dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat kesyukuran. Bagitau ya Allah terima kasih bangun lagi pagi ni untuk mohon ampun. Ya Allah terima kasih ada suami yang baik. 3.  Senaraikan Nikmat Pemberian Allah Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyaknya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak. 4.  Banyakkan Zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil” Sepanjang bekerja banyakkan zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil” – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku. 5.  Baca Surah Pendek Sebelum Zuhur Saya berhenti rehat 10 min sebelum Zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al Waqiah sambil tunggu zuhur. 6.  Selepas solat amalkan; 33 kali alhamdulillah 33 kali subhanallah 33 kali allahuakbar 33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad 7. Solat sunat dhuha. Buat sunggh2. Jangan lupa baca doa dhuha. 🍃💕
Mostrar más ...
2 743
42
𝟓 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑: 1- Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga... 2- Senyumlah apabila anda pergi bekerja sambil memandu kerana masih ramai mereka yang belum memilki pekerjaan dan kenderaan.. 3- Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan... 4- Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita-cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh... 5- Senyumlah dengan apa yang anda miliki kerana berapa ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi seperti anda.. Jgn lupa bersyukur..Alhamdullilah 🍃💕
Mostrar más ...
863
3
PENJARA Perjalanan hidup tak sama Elok buruk pengakhiran adalah pilihan Natijah tersedia jadi panduan Jujur amanah mungkin tak dihiraukan Allah jua yang memberi ganjaran Ramai karam dek mengejar kemewahan Akhirnya terpasung sendirian. 🍃💕
50
0
Tetibe teringat nk check wang tidak dituntut.. Check2 ada rm122.. Done claim.. 🤭 Boleh beli jajan anak2.. Kepada yg nak try check.. Boleh check online je.. Pegi google search Wang tidak dituntut. Kalau belum register.. Kne daftar akaun dulu.. Tekan pada pendaftaran.. Follow je arahan seterusnya. So bile kita sign up akaun... Anytime kita nk check pun boleh.. Kita boleh jugak check org lain punya.. Just masuk no ic je. Tapi Limit 2 ic shj boleh check setiap hari.. Kalau ada wang yg x dituntut atas nama ic tu.. Senarai akan keluar.. Dari mana dan segala details akan keluar.. Pastu boleh teruskan utk pengeluaran.. Pengeluaran boleh buat online jugak. Ikut je step yg die bagi.. Just kne masukkan scan ic dan scan penyata bank terkini.. Masukkn no akaun bank.. Settle.. Pastu tgu je la..sampai duit masuk bank. 🤭 Semoga sedikit info ni membantu korang.. Jom check duit kita.. 💴💰 🍃💕
Mostrar más ...
1 152
4

AUD-20160713-WA0000.mp3

533
3
Jangan dibalas kalau orang tak suka kita. Jangan dibalas kalau orang hina kita. Jangan dibalas kalau orang dengki kita. Jangan dibalas kalau orang bersaing dan sentiasa cari salah kita. Jangan dibalas kalau orang perli kita. Jangan dibalas kalau orang menyampai-menyampai, kata si polan berkata buruk tentang kita. Jangan dibalas kalau orang tunjuk hebat, cakap besar atau kondem kita. Jangan dibalas kalau orang buat apa sahaja perkara tak baik kat kita. Jangan dibalas kalau orang nak berlawan-lawan dan menunjuk hal dunia kat kita. Kita bukan hidup di dunia ni untuk membalas keburukkan orang kat kita. Kita tidak belajar untuk menghina dan menjatuhkan orang lain. Berikan sahaja kemaafan walau tanpa di pinta dan doakan sahaja kebahagiaan dia tanpa diketahuinya. Diam dan tenang sahaja, buat tak dengar, bersabar dan senyum. Biarkan siapa sahaja menilai, berkata apa sahaja tentang kita dan semua itu tidak penting yang penting kita kena tahu yang kita hidup bukan untuk dia. Kalau ukuran dunia nak dibuat perbandingan, sungguh sedikit pun tiada nilai disisi Allah SWT. Semoga kita tenang-tenang sahaja. Allah kan ada .. Alhamdulillah ♥️ 🍃💕
Mostrar más ...
541
6
Tahukah Anda diantara Jenazah yang disolatkan oleh Imam Masjidilharam ini ada satu jenazah yang tidak dibalutkan jenazahnya dengan kain kafan sepertimana jenazah yang lain malahan kepalanya di biarkan terbuka ketika Solat ini kerana Almarhum yang meninggal dunia ini ia meninggal ketika dalam berihram sesiapa yang meninggal dunia ketika berihram sama ada ketika haji atau umrah dikafankan bersama pakaian umrahnya dalam keadaan kepala tidak bertutup dan dilarang untuk meletakkan wangian pada wajahnya atau tubuh jenazahnya kerana dia bakal bangkit nanti dalam keadaan bertalbiah masyallah beruntungnya semoga Allah berikan kita pengakhiran yang baik amin حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَجُلاً، أَوْقَصَتْهُ رَاحِلَتُهُ وَهُوَ مُحْرِمٌ فَقَالَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏"‏ اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوهُ فِي ثَوْبَيْهِ وَلاَ تُخَمِّرُوا وَجْهَهُ وَلاَ رَأْسَهُ فَإِنَّهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَبِّيًا 🍃💕
Mostrar más ...
563
4
@hatikuhatimu🍃💕
741
0
💜Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia. ♥️Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah.. Bahagia cara dia... 💜Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia.. ♥️Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia.. 💜Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang. Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH.. Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL. Kredit: shikin ahmad 🍃💕
Mostrar más ...
583
4
Isteri-isteri…. Kena ambil tahu. Jangan buat-buat tak tahu. Jangan buat keras kepala. Andainya suami kita meninggal dunia…… 1- Hari pertama meninggal, kita sudah berada dalam iddah. 4 bulan 10 hari. 2- Tidak boleh menghantar jenazah suami di perkuburan. 3- Kita tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebab. Kenduri kendara tidak dibenarkan. Pergilah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari. 4- Tidak boleh berhias, makeup, pakai baju lawa-lawa. # Gelang emas tidak perlu pakai. Dan perlu ditanggalkan kerana tiada keperluan. Sebab kita berhias hanya untuk suami. Pakailah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari. Perkara yang kita perlu tahu kadang-kadang kita terlepas pandang. Kredit : Ustaz Mohd Zaki Zulkifli 🍃💕
Mostrar más ...
611
9
Última actualización: 10.11.22
Política de privacidad Telemetrio