SK JAWI SBT (WARIS)
Ir al canal en Telegram
Medium perhubungan pihak sekolah dengan waris. Hanya admin sahaja boleh menyampaikan maklumat di sini. Mohon alert
Mostrar más916
Suscriptores
Sin datos24 horas
+17 días
-530 días
Archivo de publicaciones
🏃🏃 JOM SERTAI SK@S FUN RUN KEBANGSAAN 2026! 🏃🏃
Persatuan Guru
Besar Malaysia Daerah Seberang Perai Utara (PGBMSPU) menjemput guru, murid dan staf menyertai SK@S FUN RUN KEBANGSAAN 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 25 Julai 2026
🕢 Masa : 7.30 Pagi
📍 Tempat: Vision Park Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang
🏃 Jarak : 5 KM
💰 Yuran: RM34 sahaja
🎁 Setiap peserta akan menerima:
✅ T-Shirt Sublimasi Eksklusif
✅ Medal Penyertaan
✅ Sijil Pencapaian & Sijil Pengiktirafan Sekolah
✅ Air Minuman & Roti
✅ Peluang Cabutan Bertuah
👨Terbuka kepada murid sekolah rendah & menengah
👩Guru-guru
👨 Waris dan orang awam
⚠️ Penyertaan terhad kepada 2,500 peserta sahaja!
📌 Daftar sekarang melalui QR yang tertera di poster atau melui pautan ini
https://bit.ly/43zOkKM
📅 Tarikh tutup penyertaan: 10 Julai 2026
Jom Pakat Up SK@S & PAJSK sekolah Kita! 💚💙
#FunRunKebangsaan2026
#PGBMSPU
#JomPakatUpSKASKita
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Tahniah. Selesai sudah Karnival Kokurikulum dan Keusahawanan SK Jawi 2026 dengan meriah dan jayanya. Program berlangsung dengan sambutan di luar dugaan daripada pihak ibu bapa dan penajaan sumbangan daripada syarikat-syarikat yang di pohon. Terima kasih diucapkan.
Semoga kebersamaan ibu bapa dengan pihak sekolah seiring ke arah 'SEJAWI TERSOHOR'.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dijemput semua yang berkelapangan esok untuk sama-sama hadir memeriahkan karnival kokurikulum dan usahawan SKJ.
*TINDAKAN SEGERA*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
PENGISIAN SOAL SELIDIK BERKAITAN IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP PENGOPERASIAN SEKOLAH BAGI PENYEDIAAN KERTAS PEMBENTANGAN SEKTOR PENDIDIKAN DALAM MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA (MTEN)
YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras maklumat berkaitan impak krisis tenaga global terhadap pengoperasian sekolah. Perbincangan bersama-sama Kementerian Ekonomi pada 3 Jun 2026 telah menetapkan kertas cadangan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) perlu diserahkan kepada pihak urus setia Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 18 Jun 2026.
3. Sehubungan dengan itu, bagi penyediaan kertas cadangan tersebut, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mendapatkan input daripada pihak pengetua/guru besar, pengusaha kantin dan ibu bapa/penjaga selewat-lewatnya pada 5 Jun 2026 (Jumaat) melalui soal selidik di pautan berikut:
a.
Soal selidik Pengetua/Guru Besar
https://bit.ly/4viUN8u
b.
Soal selidik Pengusaha Kantin
https://bit.ly/4voGnUi
c.
Soal selidik Ibu Bapa/Penjaga
https://bit.ly/43ciKCs
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Dr. Azizah binti Hamid (azizah.hamid@moe.gov.my) di talian 03-88846391/0125193083.
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan terima kasih.
Sekian.
BPSH - KPM
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌟
TVPSS SK Jawi telah menyertai Pertandingan Video Kreatif TVPSS anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 🎬
Jom sama-sama kita sokong usaha murid SK Jawi!
👉 Mohon like & share video tersebut
Sokongan anda amat bermakna untuk kejayaan mereka 💪🔥
Terima kasih semua!
https://www.facebook.com/share/v/18JSQDLkmN/
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PERUBAHAN LALU LINTAS DI PINTU MASUK UTAMA SK JAWI.
1. Laluan masuk sahaja semua kenderaan melalui laluan di hadapan pencawang elektrik
2. Laluan keluar sahaja semua kenderaan melalui laluan pintu utama.
Perubahan ini berkuatkuasa mulai isnin 20 April 2026. Diharap semua ibu bapa dapat memberi kerjasama sepenuhnya
KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SK JAWI 2026
TARIKH : SABTU (11 APRIL 2026)
MASA : 7.30 - 10.30 PAGI
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK JAWI
**Acara sukan bagi kategori tertentu telah dilaksanakan di sekolah pada minggu ini. Pihak sekolah mengambil maklum akan faktor cuaca tidak menentu ketika ini. Suka diingatkan bahawa pelaksanaan aktiviti adalah selaras dengan garis panduan KPM. Waris dijemput hadir.
