cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Doa dan Amalan

Mostrar más
Malasia30 440El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad56 195
Publicaciones publicitarias
1 369
Suscriptores
Sin datos24 horas
+27 días
+530 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Photo unavailableShow in Telegram
👍 1
Amal Jariah Amal Jariah bermaksud amal yang mengalir.. Bermaksud, amal atau perbuatan yang pahalanya mengalir in syaa Allah tak putus hingga ke Syurga.. ♥️♥️♥️
Mostrar todo...
Amal itu adalah perbuatan.. Amal soleh itu bermaksud perbuatan baik, dlm bahasa melayu..😍
Mostrar todo...
By now, setiap dari kita harus sudah ada sekurang2nya, amalan simple dan sempoi yang boleh kita buat, dgn mudah, kan.. Kita pegang amalan yang warid, yang memang Nabi suh buat, ADA hadis yang sahih dan jelas.. Selawat.. Istirghfar.. Paling kurang 300 sehari Cantiknya 1000-1500 sehari Zikir 4serangkai 100 pgi, 100ptg Selawat Ibrahimiyah 10pg 10ptg Allahumma a'inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni/a 'ibaadatik (jgn lupa doa selalu lps solat)
Mostrar todo...
👍 2
Video from aspAQ
Mostrar todo...
1
Jumaat dari 7.09pm tadi.. Skrg hmpir 11pm Mulalah baca AlKahfi.. Nikmati pembacaannya, lat lat baca terjemahannya... Nikmati bacaannya Cantikkan bacaannya Emm.. Syahdu dan menyentuh kalbu.. Berdoalah di sela² bacaan❤️❤️
Mostrar todo...
2
Photo unavailableShow in Telegram
2
Selamat Hari Guru Kepada setiap GURU Termasuklah ibu2, bapa2, dan setiap dari kita yang berkongsi ilmu bermanfaat عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ Daripada Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Hasan 💧Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah. 💧Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan soleh dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air. 💧Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit." 💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦 Media penyampaian ilmu yang benar dan bermanfaat kepada orang lain boleh melalui pelbagai relung dan penjuru. Menyampaikan ilmu bukan hanya di sekolah, madrasah, masjid juga di universiti malah dipelbagai medium termasuk media sosial seperti Tiktok, whatsapp, telegram, FB dan sebagainya. Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani Credit to Dakwah Ikram With editions to layout, headlines telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
1 Hari 1 Hadis

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

2
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kalian yg diRahmati Allah... hari ini dah 7hb Zulka'dah 1445, dah masuk bulan special dlm Islam.. Bulan haram, bulan yg digandakan pahala bagi amal/perbuatan baik, dan vice versa, yakni gandaan dosa bagi perbuatan Allah larang Dari AlQuran, Allah berfirman إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, *di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, *maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. [al-Taubah:36] Dari Sabda Nabi saw yang mulia Di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat *empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.  [Riwayat al-Bukhari (4054)]  Sumber Portal muftiwp.gov.my 💦💦💦💦💦💦💦 Perkara pertama yang baginda ucapkan semasa tiba di Madinah semasa hijrah Baginda adalah: ‘Wahai sekalian manusia, 1..sebarkanlah salam, 2..berilah makan, 3..sambungkan silaturrahim, 4..dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” Jom kita banyakkan buat seperti yg Nabi SAW telah unjurkan
Mostrar todo...
3
Buka puasa kat mana hari ni yob? 10, 20 minit sebelum buka puasa, ekau tengoh buek apo? Motivasi Hari Ini 💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮 KISAH JUTAWAN HARI2 BERBUKA PUASA DI MASJID Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini, “Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya” Beliau jawab, “Insyaa ALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka” Saya kehairanan lalu bertanya kenapa... Beliau menjawab : “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tengok dah azan... RUGI!!! ” “Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulillah makbul”. Berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya. “RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa” Tambah beliau dalam loghat Utara… “Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS pada DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib... ” “Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… Allahu Akbar.. !!!” kata beliau lagi… “Buatlah… In sya ALLAH lain you rasa dan Insyaa ALLAH apa hajat you akan tercapai… Insyaa ALLAH ” akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan. Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan haji jutawan tersebut. Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati. Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan. Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka. Saya terbanding diri saya dengan beliau. Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah. Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE ! 1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. 2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah… ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka. Terima kasih tuan haji jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan. Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan… Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna. Dipersilakan kongsikan ke grup2…
Mostrar todo...
2👍 1