Muassis
Ir al canal en Telegram
Tarbiah | Dakwah | Komuniti Platform Tarbiah Pilihan Anda Menghidangkan anda tazkirah dan taujihat yang santai tapi menggugah jiwa!
Mostrar más5 663
Suscriptores
-224 horas
-27 días
-2030 días
Archivo de publicaciones
5 662
Repost from Terjemahan Al Banna
Menuju ke Kemuliaan
Pernah satu ketika Abu Muslim Al-Khaulani masuk ke dalam sebuah masjid.
Beliau melihat satu halaqah, lalu menyangka mereka sedang berzikir kepada Allah.
Maka beliau duduk bersama mereka.
Namun rupa-rupanya mereka sedang berbicara tentang dunia.
Lalu beliau berkata:
“Subhanallah!
Tahukah kalian perumpamaan aku dengan kalian?
Ia seperti seorang lelaki yang ditimpa hujan lebat yang mencurah-curah.
Lalu dia ternampak sebuah rumah besar dengan dua pintu, maka dia berkata:
‘Kalaulah aku masuk ke dalam rumah ini sehingga hilang daripadaku gangguan hujan ini.’
Maka dia pun masuk.
Namun rupa-rupanya rumah itu tidak mempunyai bumbung.
Aku duduk bersama kalian dengan harapan kalian berada dalam kebaikan dalam zikir kepada Allah tetapi rupa-rupanya kalian adalah pencinta dunia.”
Perumpamaan ini sangat memberi kesan kepadaku.
Aku melihat di dalamnya gambaran keadaan sebahagian kelompok da‘i apabila mereka lalai daripada tarbiyah.
Apabila perbualan mereka dipenuhi tentang harta, harga barang, wanita dan kereta…
Maka tunduklah tengkuk-tengkuk mereka kepada dunia…
Sedangkan jalan menuju kemuliaan menolak semua itu.
Dan ayat-ayat Allah pula datang memberi peringatan agar manusia bersifat qana‘ah.
Allah Ta‘ala berfirman:
“Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia untuk Kami menguji mereka dengannya. Dan rezeki Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.”
Surah Taha: 131
Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
5 662
Repost from Terjemahan Al Banna
Ketika seorang pemuda yang cerdas, mulia, bersederhana dan menjaga kehormatan dirinya sedang berjalan, tiba-tiba dia dihalang oleh seorang lelaki tua yang mulia.
Lelaki itu bertanya kepadanya:
“Siapakah engkau, wahai anak muda?”
Pemuda itu pun menjawab.
Lalu lelaki itu bertanya lagi:
“Siapakah datukmu dan apakah asal-usul keturunanmu?”
Pemuda itu menjadi bingung, tidak mampu memberikan jawapan.
Maka lelaki tua itu menggoncang bahunya lalu berkata:
“Datukmu adalah si fulan, wahai anakku.
Engkau dibesarkan sebagai anak yatim dan mereka telah menahan daripadamu hak warisanmu.
Padahal engkau memiliki kekayaan yang telah mereka rampas ketika engkau masih kecil.
Maka bangkitlah, sedarlah, dan ubatilah kefakiranmu.”
Kemudian dia mengajarnya asas-asas perniagaan, sehingga pemuda itu menjadi kaya dan mencapai kedudukan yang tinggi.
Demikianlah engkau, wahai pendakwah yang asing, yang membesar di tengah orang-orang yang tamak dan tetap berpegang dengan fitrah di tengah golongan yang menyimpang.
Sesungguhnya para pendahulumu telah meninggalkan untukmu warisan berupa hikmah, nasihat, pengalaman, dan prinsip-prinsip muamalah.
Namun engkau telah dihalang daripadanya oleh media yang memutarbelit dan sistem pendidikan yang melemahkan.
Padahal engkaulah yang paling berhak menikmati pemandangan terbitnya fajar cita-cita itu agar engkau menyelusuri medan amal dengan manhaj yang jelas dan terang.”
Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
Artikel-Apabila cita-cita menguasai
5 662
Repost from Terjemahan Al Banna
Pembinaan Hati sebelum Akal
Adakah kita hidup di zaman “Keyatiman Tarbawi”
5 662
Repost from Terjemahan Al Banna
Mungkin dalam umat ini terdapat orang-orang berilmu, orang-orang kaya, dan mereka yang memiliki kekuatan.
Namun, mereka tidak memberi manfaat apa-apa kepada umat mereka yang memerlukan tidak dengan ilmu mereka, tidak dengan harta mereka dan tidak dengan kekuatan mereka.
Sebabnya ialah mereka tidak dididik dengan tarbiah yang membuka mata mereka tentang cara memanfaatkan dengan sebaiknya segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka.
Akhirnya, harta, bakat dan kekuatan mereka pun tumpah begitu sahaja ke tanah tanpa memberi sebarang hasil.
5 662
Anda dah mula berpuasa sunat enam Syawal?
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)
Ayuh! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran berpuasa selama setahun! 😊
5 662
Repost from Dunia Palestin 🇵🇸
Hari ini rakyat Palestin memperingati ulang tahun ke-22 pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin terdahulu gerakan Hamas.
Pada tarikh ini pada tahun 2004, Israel melaksanakan satu operasi pembunuhan berprofil tinggi ketika ulama berusia 67 tahun yang lumpuh sepenuhnya itu sedang ditolak keluar dari sebuah masjid di Bandar Gaza selepas menunaikan solat Subuh.
Operasi tersebut dilaksanakan menggunakan helikopter Apache Israel yang menembakkan tiga peluru berpandu Hellfire secara langsung ke arah syeikh, mengakibatkan beliau terbunuh serta-merta bersama beberapa pengawal peribadi dan orang awam yang berada di lokasi.
Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
5 662
Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata dalam kitab Al-Haqq al-Murr:
“Aku pada awalnya hairan, mengapa kebenaran itu disifatkan sebagai pahit dan begitu banyak kerongkong yang tersedak kerananya?
Sehinggalah aku berjalan dalam kafilah dakwah kepada Allah, lalu aku melihat bahawa berkata benar itu adalah satu jihad yang berat bebannya, sukar tuntutannya..
Suatu jihad yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan nyawanya apabila berhadapan dengan ‘Firaun’ yang zalim lagi angkuh!
Dan mungkin pengorbanan yang paling mudah ialah seseorang itu berundur ke belakang dalam masyarakat yang dipimpin oleh para pelawak dan pendusta.
Orang-orang yang membimbing manusia dengan kebenaran dalam keadaan seperti ini mesti memiliki keyakinan yang menjadikan mereka tidak terpesona dengan kedudukan yang diraih oleh golongan batil, serta menjadikan kehidupan dunia ini kecil pada pandangan mereka, jika mereka tidak mampu berkata benar dan memberi petunjuk dengannya.
Alangkah agungnya kebenaran, dan alangkah mulianya para pejuangnya!
Demi diriku, merekalah para wira yang memijak bisikan kelemahan, membesar mengatasi segala bentuk godaan, bersinar di tengah timbunan manusia awam, berpaling daripada realiti yang mereka benci dan mengorbankan diri demi masa depan yang mereka bayangkan.
Mereka terus melangkah ke hadapan menuju tujuan mereka sama ada berjaya atau gagal!
Sesungguhnya kejayaan dan kegagalan tidak menentukan nilai niat dan tidak mengurangkan pahala!
Hamza ibn Abd al-Muttalib yang gugur di Perang Uhud tidaklah lebih rendah daripada Khalid ibn al-Walid yang menang dalam puluhan peperangan bahkan mungkin lebih baik.
Sesungguhnya kita mahukan lelaki-lelaki yang mencintai kebenaran, hidup dengannya dan untuknya, bersikap terus terang walaupun kerana ketegasan mereka itu seribu raja dan menteri menjadi marah!
Mereka tetap lurus di atas tauhid, walaupun orang-orang jahil bersepakat memuja berhala dan membakar kemenyan di hadapannya.
Mereka mulia dengan diri mereka, tidak peduli jika arahan ‘atas’ menyingkirkan mereka daripada majlis rasmi dan jawatan besar.
Mereka marah kerana Allah dengan keteguhan dan keazaman, serta membenci kebatilan dengan jiwa yang tinggi dan penuh penghinaan terhadapnya.
Kita mahukan lelaki-lelaki kebenaran dalam dunia yang semakin kurang penolong bagi kebenaran dan dalam negeri yang menjadikan agama sebagai bahan permainan, sebagaimana dunia dijadikan alat untuk menjaga para pemerintah zalim dan memuja golongan fasik kerana kekuasaan berada di tangan mereka.
Kita mahukan lelaki-lelaki yang tidak menginjak-injak prinsip luhur atas nama ‘fleksibiliti politik’, dan tidak terlebih dahulu menjamin keselamatan diri, harta dan penyokong mereka, kemudian barulah mengumumkan jihad untuk menolong Islam seolah-olah menolong Islam itu sesuatu yang mudah!
Sesungguhnya membiarkan kebatilan berlalu tanpa ditegur adalah perkara yang sangat berbahaya.
Bukanlah yang penting engkau mampu mematahkannya dengan kekuatanmu kerana mungkin engkau lemah ..
Tetapi yang penting,apabila engkau melihat golongan batil terus melakukan kejahatan mereka secara terbuka, maka katakanlah ketika engkau tidak mampu menentang mereka seperti ucapan hamba yang soleh,Nabi Lut kepada kaumnya:
“Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu lakukan. Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada apa yang mereka kerjakan.”
Adapun mendatangi pelaku kemungkaran dan menunjukkan penghormatan kepadanya ,tidak sama sekali!
Atau turut serta bersama orang ramai bersorak untuk penjenayah ,tidak sama sekali!
Dan betapa ramai manusia yang melampaui batas dengan bersorak untuk para penjenayah.
Sesungguhnya umat yang suara kebenaran menjadi bisu dalam kalangan besar dan kecilnya, dan mewarisi kebisuan yang memalukan ini, sedang berjalan pantas menuju kehancuran.
Dan kehidupan yang bersih berhak untuk bebas daripada mereka.”
5 662
Jadikan Al-Quran sebagai Az-Zikr, bukannya sekadar Zikroyat
Hari ini merupakan tarikh bersejarah turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW.
Dengan turunnya Al-Quran, bermulalah satu kelahiran yang agung.
Kelahiran sebuah tamadun Islam menjadi rahmat bagi seluruh alam.
Allah SWT telah menetapkan bahawa Al-Quran ini diturunkan kepada bangsa Arab di Makkah
Sebuah tempat yang kering kontang dan terpencil, jauh daripada perebutan kuasa besar dunia ketika itu.
Namun dengan berpandukan Al-Quran, Rasulullah SAW berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi terbaik,yang akhirnya memimpin pertempuran dan menewaskan dua kuasa besar dunia ketika itu.
Rom dan Parsi.
Sehingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Tetapi malangnya pada hari ini, peranan Al-Quran dalam memimpin perjuangan umat Islam di atas muka bumi telah dihilangkan.
Al-Quran hanya tinggal sebagai sebuah “zikroyat”.
Kenangan manis dari masa lalu.
Ia hanya membangkitkan rasa kagum, sedih atau gembira dalam jiwa individu.
Sedangkan hakikatnya Al-Quran bukan sekadar zikroyat.
Ia adalah Az-Zikr ,peringatan.
Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai peringatan yang membimbing mereka untuk terus berjuang menegakkan Islam.
Di Makkah, Al-Quran menjadi panduan dakwah.
Di Madinah, Al-Quran menjadi peringatan untuk membina daulah dan berjihad menghadapi kekufuran.
Kadangkala peringatan itu lembut.
Namun adakalanya keras dan tegas.
Ketika Perang Badar, para sahabat bertanya tentang harta rampasan perang.
Namun Al-Quran membimbing mereka bahawa ketaqwaan dan keimanan jauh lebih besar nilainya daripada harta rampasan perang.
Tetapi apa yang berlaku dalam Perang Uhud?
Sebahagian sahabat meninggalkan posisi mereka di atas bukit ketika peperangan masih berlangsung kerana terpukau dengan harta rampasan perang.
Lalu datanglah peringatan yang keras.
Dalam bentuk kekalahan.
Dalam bentuk kematian,
Dan dalam bentuk pengkhianatan golongan munafik.
Di sinilah Al-Quran berfungsi sebagai Az-Zikr .
Peringatan yang meluruskan kembali langkah para sahabat agar mereka jelas tujuan hidup mereka di atas muka bumi ini.
Kerana itulah Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hijr:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.”
Pemeliharaan ini bukan sekadar menjaga tulisan dalam mushaf, tetapi Allah menjaga peranan Al-Quran sebagai Az-Zikr yang membimbing umat.
Kerana itu, Al-Quran perlu dikembalikan sebagai Az-Zikr.
Peringatan yang memandu umat dalam misi menegakkan kalimah Allah dan menumbangkan kalimah kekufuran di atas muka bumi.
Bukan sekadar menjadi zikroyat.
Kenangan yang hanya melahirkan emosi, tetapi gagal melahirkan tindakan.
Semoga sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini melahirkan umat yang bergerak, membina kekuatan dan memimpin perubahan, bukan sekadar merintih dan menonton kekuatan umat diratah satu persatu.
Muassis
Platform Tarbiyah Pilihan Anda
5 662
Repost from Dunia Palestin 🇵🇸
TULARKAN KEMPEN INI
#OpenAqsaMosque
Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1ayyfYX1ak/
Instagram: https://www.instagram.com/p/DViJBFUEb9i/?igsh=MWNxamY4ZmJmZXA3Zw
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuRDyoXp/
X: https://x.com/i/status/2029811765966688700
5 662
Repost from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗢𝗣𝗘𝗡 𝗔𝗤𝗦𝗔 𝗠𝗢𝗦𝗤𝗨𝗘
Masjid al-Aqsa telah ditutup selama 7 hari berturut-turut oleh penjajah Israel, termasuk pembatalan solat Jumaat di dalamnya atas alasan "darurat".
Penjajah Zionis mempergunakan situasi perangnya ke atas Iran sebagai alasan untuk mengawal Masjid al-Aqsa.
Umat Islam perlu bersuara untuk pembukaan semula Masjid al-Aqsa. Buka Masjid al-Aqsa sekarang!
Kongsikan poster dan mesej ini di WhatsApp Story, Facebook Story, Instagram Story dan media sosial lain.
Kita tidak boleh lagi berdiam diri!
#OpenAqsaMosque
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin
5 662
JOM SERTAI PERKAMPUNGAN TARBIYAH RAMADHAN 2026!
Assalamualaikum!
Sedar tak sedar, telah berlalu 10 hari yang pertama dibulan Ramadhan.
Bagaimanakah momentum dan prestasi iman dan amal kita?
Masih bersemangat 🔥 atau dah mula kendur? 🥺
Perlukan bekal dan booster untuk all out dalam baki 20 hari lagi Ramadhan? 🥴
Jom sertai Perkampungan Tarbiyah Ramadhan 2026 untuk kita sama sama lebih menghayati Ramadhan dan hidup dibawah bayangan Al Quran? 😎
🗓️28 Februari 2026, Sabtu
⏰8:30 pagi - 10:30 malam
🕌Surau Bangi Perdana
Nantikan pelbagai slot dan aktiviti penghayatan Al Quran dengan kawan soleh/ah circle daripada pelbagai lapisan umur 🔥🦾
Jom sertai hari ini?
Terbuka kepada semua:
✅Sekolah
✅SPM Leavers
✅Kolej Persediaan
✅Universiti
✅Belia/Khaulah Circle
https://tinyurl.com/RegisterPerkampunganTarbiyah
https://tinyurl.com/RegisterPerkampunganTarbiyah
https://tinyurl.com/RegisterPerkampunganTarbiyah
Dibawakan kepada anda oleh Muassis dan Youth Quranic Circle dengan kerjasama Surau Bangi Perdana.
5 662
Suka atau tidak, dakwah di zaman moden ini memerlukan pada dua't tampil ke hadapan menjadi contoh dan ikutan anak-anak muda di luar sana.
Lihatlah rapper Central Cee yang telah diberikan hidayah untuk kembali kepada Islam ini. Dia mungkin tidak pernah menyangka yang keputusannya untuk kembali kepada fitrahnya telah menginspirasikan ribuan pengikutnya untuk sama-sama masuk Islam!
Nah, senang-senang sahaja Aqil (nama Islamnya) kini telah memperoleh saham syurga yg tidak ternilai harganya!
Maka dua't juga perlu membina pengaruh di media-media sosial, agar menjadi pilihan dan ikutan anak-anak muda. Jangan biarkan influencer jahil entah apa-apa yang menawan hati mereka; kita wajib 'step up' agar algorithm media-media sosial ini cenderung menonjolkan mesej-mesej dakwah dan kebaikan yg mahu kita sebarkan.
Bukan nak suruh anda menari tergelek-gelek atau buat lawak-lawak bodoh pun. Tak tak. Tapi dua't mesti kreatif dalam menjadikan mesej-mesej kebenaran menarik untuk ditonton dan seronok untuk dibaca.
Ayuh!
5 662
DIPLOMASI PERMAIDANI MERAH: DI MANA MARUAH KITA?
Baru-baru ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi disambut sebagai tetamu kehormat negara. Di sebalik jabat tangan diplomatik dan senyuman kamera, kita tidak boleh memejamkan mata terhadap realiti ngeri yang menimpa saudara seagama kita di bawah rejim Hindutva pimpinannya. Adakah pelaburan ekonomi lebih berharga daripada nyawa umat Islam?
FAKTA YANG TIDAK BOLEH DIPADAM
Tragedi Gujarat 2002: Ketika Modi menjadi Ketua Menteri Gujarat, rusuhan berdarah menyaksikan sekurang-kurangnya 1,044 hingga 2,000 nyawa terkorban. Majoriti mangsa adalah umat Islam yang dibakar hidup-hidup, wanita dicabuli dan ribuan kediaman diranapkan. Laporan BBC UK menyifatkan ia sebagai "pembersihan etnik"!
Lonjakan Keganasan Era BJP (2014-Sekarang): Semenjak Modi memegang jawatan Perdana Menteri, keganasan terhadap Muslim melonjak secara drastiknya. Statistik menunjukkan:
🩸97% serangan berkaitan 'Cow Vigilantes' (keganasan terhadap penternak lembu) berlaku selepas 2014 dengan 84% mangsa adalah umat Islam!
🩸Lynchings (Pembunuhan Ala Mob): Ratusan Muslim dibunuh oleh kumpulan ekstremis Hindu hanya kerana syak wasangka membawa daging lembu atau sekadar membawa identiti Muslim!
🩸Pemusnahan Terancang: Antara 2020-2022 sahaja, lebih 2,840 hartanah dan tempat ibadat Muslim dirobohkan secara "buldozer justice" tanpa proses mahkamah yang adil!
🩸Diskriminasi Perundangan: Akta Kewarganegaraan (CAA) dan NRC jelas bersifat diskriminatif, bertujuan menjadikan 200 juta Muslim di India sebagai warga kelas kedua atau "stateless".
IMAN BUKAN UNTUK DIKOMPROMI
Islam bukan sekadar agama ritual, ia adalah agama yang menuntut pembelaan terhadap yang dizalimi. Allah SWT berfirman:
“Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya...” (Surah An-Nisa’: 75)Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih:
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh anggota tubuh ikut merasakan sakit dengan tidak boleh tidur dan demam." (HR. Muslim)TEGASKAN PRINSIP! Kita tidak menolak hubungan diplomatik, tetapi kita menolak sikap berlembut dan "normalisasi" terhadap penzalim yang tangannya masih basah dengan darah umat Islam. Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat sepatutnya menjadi suara yang paling lantang mengecam dasar rasis BJP, bukannya sekadar meraikan mereka demi angka-angka ekonomi. Hentikan layanan istimewa kepada musuh umat. Doa dan solidariti kita sentiasa bersama saudara kita di India yang sedang bertahan di bawah kuku besi Hindutva! Tegakkan aqidah, daulatkan syariah! Inche gabbana Aktivis Muassis #StandWithIndianMuslims #NoToModi #UkhuwahTanpaSempadan #MaruahIslam
5 662
Epstein Files: Bila Topeng "Moral High Ground" Barat Pecah Berderai
Anda perasan tak? Selama bertahun-tahun, media dan segelintir puak sana tak habis-habis nak tuduh Islam bukan-bukan. Ada yang kata agama kita ni "menggalakkan pedofilia", "kejam pada kaum wanita" dan tak habis-habis nak 'liberate' wanita Muslim kononnya kita ni tertindas.
Tapi tengoklah apa yang jadi dalam Epstein Files!
1. Hipokrasi Level Langit
Pendedahan ni betul-betul menelanjangkan hipokrasi Barat. Mereka sibuk tuduh orang lain, tapi dalam masa yang sama, "elite" mereka; daripada ahli politik, saintis, sampailah ke golongan bangsawan, terlibat dalam rangkaian jijik yang mengeksploitasi wanita dan kanak-kanak bawah umur!
Mana pergi nilai human rights yang diorang banggakan tu Rupanya hanya topeng untuk tutup aktiviti luar tabii di pulau peribadi!
2. Bila Kekayaan Menjadi Punca Kezaliman
Kes Epstein ni bukti nyata betapa gagalnya sistem perundangan dan keadilan mereka. Bila duit dan kuasa berada di tangan orang yang tak takutkan Tuhan, mereka rasa merekalah 'Tuhan'.
Allah SWT dah beri amaran keras tentang golongan yang hanyut dengan kemewahan ini dalam Surah Al-Isra’, ayat 16:
"Dan apabila Kami hendak membinasakan sesebuah negeri, Kami perintahkan orang-orangnya yang hidup mewah (supaya taat), lalu mereka melakukan kefasikan (derhaka) pada negeri itu; maka selayaknya lah ia menerima hukuman (binasa), lalu Kami hancurkan ia sehancur-hancurnya."Ayat ni jelas menunjukkan bahawa selalunya golongan yang ada "access" dan kekayaan melampau inilah yang paling awal melampaui batas dan bertindak zalim sesama manusia sebab mereka rasa mereka untouchable! Dunia mungkin boleh kena tipu dengan imej acah-acah bertamadun dan pejuang hak asasi manusia mereka ni, tapi sistem manusia ni memang rapuh kalau moral dah ke laut! Ingatlah pesanan Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 42:
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka ke suatu hari yang padanya terbeliak biji mata..."Mesej yang saya nak anda bawa pulang: Berhentilah rasa inferior dengan naratif Barat. Mereka yang paling kuat menjerit pasal "hak asasi" selalunya mereka yang paling rakus mencabulinya bila pintu tertutup rapat. Kekayaan tanpa iman cuma akan melahirkan hantu dan raksasa yang kejam dan melampaui batas! Stay woke, stay faithful! Inche gabbana Aktivis Muassis
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
