cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Dakwah & Tarbiyah

" Tatkala Allah mendatangkan ujian, pandanglah dengan pandangan iman," " Di saat Allah mengirimkan musibah, hadapilah dengan hati yang tabah," " Di kala Allah mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba." telegram.me/dakwahhh

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
189
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Photo unavailableShow in Telegram
تمضي بنـــــا أيــام العمر سريعا .. فما الحيــــــاة سوى رحلة قصيرة. وَ أثناء الرحلة .. قد نضحك .. وَ قد نبكي .. نفرح .. أو نحزن ..! Umur kita berlalu dengan begitu pantas . Tidaklah kehidupan ini melainkan suatu pengembaraan yang singkat. Di tengah tengah pengembaraan tersebut  kadang kadang kita ketawa , kita menangis , kita gembira dan kita sedih.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
لن تجد السعادة حتى تنظف قلبك من الحسد والحقد والشح . Kamu tidak akan dapat merasai kebahagiaan sehingga Kamu membersihkan hati kamu daripada hasad , dengki  dan  kedekut.
Mostrar todo...
إذا بكت قلوبكم وأعينكم عندما تسمعون أو تذكرون اسم النبي محمدا ﷺ فاستبشروا لأن قلوبكم قد امتلئت وممتلئة من محبتهﷺ Jika hati atau mata kalian menangis saat mendengar atau menyebut nama Nabi Muhammad ﷺ maka bergembiralah, kerana hati kalian telah diisi bahkan dipenuhi mahabbah (cinta) kepadanya (ﷺ). —Habib Umar bin Hafidz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Mostrar todo...
‏أكثروا من الاستغفار في بيوتكم وفي طرقكم وفي أسواقكم وفي مجالسكم فإنكم لاتدرون متى تنزل المغفرة "Perbanyaklah beristighfar di rumah, di jalan, di tempat membeli-belah, dan tempat perbincanganmu, kerana kamu tidak tahu bila masa turunnya pengampunan." ~ Imam Hasan Al-Basri
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Menasihat bagaikan memaku Terlalu kuat paku bengkok Terlalu perlahan paku tak masuk Terlalu mengejut tukul patah
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” [Riwayat al-Bukhari (5997)]
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
لا تجعل مشاغل الحياة تنسيك ذكر الله Jangan jadikan kesibukan hidup melalaikan Kamu daripada mengingati Allah.
Mostrar todo...
Syeikh Dr Said al-Kamali dalam perkongsian di Bangi malam tadi ada berkongsi suatu kisah yang meruntun hati dan perasaan. Ketika itu beliau sedang mensyarahkan ayat 107 dari Surah Al-Anbiya': وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Syeikh bercerita, suatu ketika Nabi SAW masuk ke dalam sebuah kebun. Tiba² ada seekor unta datang kepada Nabi SAW. Lalu Nabi SAW menggosok belakang telinga unta tersebut. Tiba², air mata unta ini mengalir kesedihan. Menurut syeikh, unta adalah haiwan yang keras hatinya sehingga dijadikan analogi dan permisalan dalam menunjukkan kekerasan hati. Tapi unta ini, air matanya berguguran. Kemudian Nabi SAW bertanya: "من صاحب هذا البعير؟" "Siapakah pemilik unta ini?" Lalu seorang pemuda Ansar menjawab: "Aku wahai Rasulullah SAW." Lalu Rasulullah bersabda: "أفلا تتقي الله في هذه البهيمة التي مَلَّكَك الله إياها؟ فإنه يَشْكُو إلي أنك تُجِيعه وتُدْئِبه" Apakah kamu tidak takut pada Allah? Tentang haiwan ternakan yang Allah benarkan kamu milikinya ini? Sesungguhnya ia telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membiarkannya lapar dan membiarkannya melakukan kerja² secara berterusan tanpa henti." Lalu syeikh mengulangi semula ayat tadi, وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ Syeikh kata, janganlah kita menyangka hanya kita sahaja yang terkandung dalam al-Alamin itu. (Kita hanya salah satu bahagian sahaja daripada keseluruhan al-Alamin) Subhanallah. Lihatlah bagaimana Nabi SAW menjadi rahmat bagi sekalian alam, hatta unta pun mendapat naungan rahmat dari Rasulullah SAW. Salam Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم
Mostrar todo...
KEDUA PULUH, memperingati Maulid Nabi SAW bererti menghidupkan ingatan (kenangan) tentang Rasulullah, dan itu menurut kita disyariatkan dalam Islam. Sebagaimana yang Anda lihat, sebahagian besar amaliah haji pun menghidupkan ingatan tentang peristiwa-peristiwa terpuji yang telah lalu. KEDUA PULUH SATU, semua yang disebutkan sebelumnya tentang dibolehkannya secara syariat peringatan Maulid Nabi SAW hanyalah pada peringatan-peringatan yang tidak disertai perbuatan-perbuatan mungkar yang tercela, yang wajib ditentang. Adapun jika peringatan Maulid mengandung hal-hal yang disertai sesuatu yang wajib diingkari, seperti bercampurnya laki-laki dan perempuan, dilakukannya perbuatan-perbuatan yang terlarang, dan banyaknya pemborosan dan perbuatan-perbuatan lain yang tak diredhai shahthul Maulid, tak diragukan lagi bahawa itu diharamkan. Tetapi keharamannya itu bukan pada peringatan Maulidnya itu sendiri, melainkan pada hal-hal yang terlarang tersebut. Diambil dari kitab Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki (1365 H -1425 H)
Mostrar todo...
21 DALIL KEHARUSAN MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDURRASUL Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Yang pertama merayakan Maulid Nabi SAW adalah Sohibul Maulid sendiri, iaitu Nabi SAW, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sohih yang diriwayatkan Muslim bahawa, ketika ditanya mengapa berpuasa di hari Isnin, Baginda menjawab, “Itu adalah hari kelahiranku.” Ini nas yang paling nyata yang menunjukkan bahawa memperingati Maulid Nabi adalah sesuatu yang dibolehkan syara’. Banyak dalil yang boleh kita jadikan sebagai dasar untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. PERTAMA, peringatan Maulid Nabi SAW adalah ungkapan kegembiraan dan kesenangan dengan beliau. Bahkan orang kafir saja mendapatkan manfaat dengan kegembiraan itu (Ketika Tsuwaibah, budak perempuan Abu Lahab, bapa saudara Nabi, menyampaikan berita gembira tentang kelahiran sang Cahaya Alam Semesta itu, Abu Lahab pun memerdekakannya. Sebagai tanda suka cita. Dan kerana kegembiraannya, kelak di alam baqa’ siksa atas dirinya diringankan setiap hari Isnin tiba. Demikianlah rahmat Allah terhadap siapa pun yang bergembira atas kelahiran Nabi, termasuk juga terhadap orang kafir sekalipun. Maka jika kepada seorang yang kafir pun Allah merahmati, kerana kegembiraannya atas kelahiran sang Nabi, bagaimanakah kiranya anugerah Allah bagi umatnya, yang iman selalu ada di hatinya? KEDUA, Baginda sendiri mengagungkan hari kelahirannya dan bersyukur kepada Allah pada hari itu atas nikmat-Nya yang terbesar kepadanya. KETIGA, gembira dengan Rasulullah SAW adalah perintah Al-Quran. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira’.” (QS Yunus: 58). Jadi, Allah SWT menyuruh kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya, sedangkan Nabi SAW merupakan rahmat yang terbesar, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran, “Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.” (QS Al-Anbiya’: 107). KEEMPAT, Nabi SAW memperhatikan kaitan antara waktu dan kejadian-kejadian keagamaan yang besar yang telah lepas. Apabila datang waktu ketika peristiwa itu terjadi, itu merupakan kesempatan untuk mengingatnya dan mengagungkan harinya. KELIMA, peringatan Maulid Nabi SAW mendorong orang untuk membaca selawat, dan selawat itu diperintahkan oleh Allah Ta’ala, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuknya dan ucapkanlah salam sejahtera kepadanya.” (QS Al-Ahzab: 56). Apa saja yang mendorong orang untuk melakukan sesuatu yang dituntut oleh syara’, bererti hal itu juga dituntut oleh syara’. Berapa banyak manfaat dan anugerah yang diperoleh dengan membacakan salam kepadanya. KEENAM, dalam peringatan Maulid disebut tentang kelahiran beliau, mukjizat-mukjizatnya, sirahnya, dan pengenalan tentang peribadi beliau. Bukankah kita diperintahkan untuk mengenalnya serta dituntut untuk meneladaninya, mengikuti perbuatannya, dan mengimani mukjizatnya. Kitab-kitab Maulid menyampaikan semuanya dengan lengkap. KETUJUH, peringatan Maulid merupakan ungkapan membalas jasa beliau dengan menunaikan sebahagian kewajiban kita kepada beliau dengan menjelaskan sifat-sifatnya yang sempurna dan akhlaqnya yang utama. Dulu, di masa Nabi, para penyair datang kepada beliau melantunkan qasidah-qasidah yang memujinya. Nabi redha (senang) dengan apa yang mereka lakukan dan memberikan balasan kepada mereka dengan kebaikan-kebaikan. Jika beliau redha dengan orang yang memujinya, bagaimana beliau tidak redha dengan orang yang mengumpulkan keterangan tentang perangai-perangai beliau yang mulia. Hal itu juga mendekatkan diri kita kepada beliau, iaitu dengan menarik kecintaannya dan keredhaannya KELAPAN, mengenal perangai beliau, mukjizat-mukjizatnya, dan irhas-nya (kejadian-kejadian luar biasa yang Allah berikan pada diri seorang rasul sebelum diangkat menjadi rasul), menimbulkan iman yang sempurna kepadanya dan menambah kecintaan terhadapnya.
Mostrar todo...
21 DALIL KEHARUSAN MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Yang pertama merayakan Maulid Nabi SAW adalah Sohibul Maulid sendiri, iaitu Nabi SAW, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sohih yang diriwayatkan …

Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.