cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

RM10k Seminggu

Dunia kan sujud padamu, di saat dikau bersujud kepada-Nya. {As-Syura [42]: 20}

Mostrar más
El país no está especificadoEl idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Publicaciones publicitarias
254
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Repost from Neelofa
Itu sudah cukup buat Haji saya. “Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat Menunaikan Haji.” “Tetapi anda batalkan ?” - Tanya Ulama tersebut. “Benar tuan.” - Jawab Si Tukang Kasut. “Jadi apa yang berlaku ?” - Tanya Ulama itu. “Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi disaat itu, isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” “Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini ?”- Isteri Tukang Kasut. “Ya sayangku.” - Jawab Si Tukang Kasut. “Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehinggakan baunya sedap begini. Mintalah sedikit untuk saya.” - Isteri Tukang Kasut meminta pada suaminya. “Maka tuan, saya telah mencari sumber bau masakan itu, ia datang daripada sebuah pondok buruk yang berhampiran dengan rumah saya. Disitu terdapatnya seorang balu dan enam orang anaknya.” Saya memberitahukan kepadanya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia telah masak, walaupun hanya sedikit. Ibu tunggal itu hanya terdiam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya : Akhirnya dengan perlahan dia berkata; “Tidak boleh tuan !” “Saya sanggup membeli walaupun dengan harga yang tinggi,” kata saya dengan tegas. “Makanan ini bukan untuk dijual tuan” - Katanya sambil berlinangan air mata. Saya bertanya kenapa ??? Sambil menangis, wanita itu berkata; “Ini adalah daging HALAL untuk kami dan HARAM untuk tuan” - Katanya. Didalam Hati saya; “Bagaimanakah HALAL baginya, tetapi ia adalah HARAM untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim ? Kerana itu, saya telah menggesa beliau lagi; “Kenapa ?” “Sudah beberapa hari kami tidak makan. Dirumah kami tidak adanya makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai yang mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang HALAL, kerana jikalau kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini adalah HARAM.” Mendengarkan kata-kata wanita itu, saya pun terus menangis, lalu saya pun pulang kerumah. Saya telah memberitahukan kepada isteri saya mengenai kejadian itu, maka dia pun turut menangis. Lalu kami akhirnya pun memasakkan makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi; “Ini masakan untuk kamu.” Peruntukan wang Haji saya sebanyak 350 Dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakanlah wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.” Ya Allah… Di sinilah HAJI aku... ! Ya Allah di sinilah MEKKAH aku ! Setelah Mendengarkan kisah tersebut, maka Abdullah bin Mubarak pun tidak dapat menahan air matanya... * KESIMPULANNYA. Fikirkanlah bagi orang-orang yang pergi berkali-kali HAJI dengan mengejar-ngejarkan MABRUR, Tetapi sedangkan dia adalah seorang yang bakhil, tamak, rakus, sombong, Riya', Al-Wahn' dan pentingkan diri semata-mata... Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda; "TIDAK BERIMAN salah seorang di antara kamu hingga dia MENCINTAI UNTUK SAUDARANYA apa yang dia CINTAI UNTUK DIRINYA SENDIRI..." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Renung-renungkanlah...
Mostrar todo...
Repost from Neelofa
*HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN* "SI KAYA berulang-alik ke Mekkah kononnya mencari Redha Allah. Sedangkan jaraknya dengan SI MISKIN hanya disebelah rumahnya sahaja..." Seorang Ulama telah Bermimpi melihat Dua Malaikat yang datang didalam Mimpinya. Dengan Mendengarkan perbualan mereka itu telah membuatkan beliau menangis teresak-esak... Suatu ketika, selepas selesai sahaja melakukan salah satu Ibadah Haji, maka beliau pun berehat dan tertidur. Didalam Mimpinya itu beliau melihat Dua Malaikat telah turun dari langit, beliau terdengarkan perbualan mereka; “Berapa ramai Jema'ah yang datang pada tahun ini ?” - Tanya Malaikat itu kepada Malaikat yang lainnya. “Tujuh ratus ribu.” - Jawab Malaikat yang satunya lagi. ”Berapa ramaikah orang-orang yang diterima Hajinya itu ?” “Tiada satu pun...” Perbualan Malaikat itu telah membuatkan beliau gementar dan ketakutan, “Apa ?” - Beliau menangis didalam Mimpinya kerana terkejut. “Kesemua orang-orang ini datang daripada pelbagai belahan bumi yang jauh, dengan bersusah payah dan keletihan sepanjang jalan, menggembara melalui padang pasir yang luas, mengorbankan hartanya dan akhirnya kesemua usaha mereka itu hanyalah sia-sia sahaja ?” Walaupun dengan rasa gementar dan ketakutan, beliau tetap terus mendengarkan perbualan Kedua Malaikat tersebut. “Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan Haji, tetapi Ibadah Hajinya diterima dan kesemua Dosa-Dosanya telah Diampunkan. Diatas Keberkatan daripada lelaki itu, seluruh Haji para Jema'ah akan diterima oleh Allah.” “Bagaimanakah ia boleh terjadi begitu ?” “Itu adalah KEHENDAK ALLAH SWT.” “Siapakah orang tersebut ?” “Sa’id bin Muhafah, Si Tukang Kasut Fakir Miskin di kota Damsyik.” Mendengarkan saja ucapan itu, maka Ulama itupun terus terjaga daripada tidurnya... Pulang sahaja daripada Hajinya, beliau tidak terus balik ke rumah. Tetapi beliau terus pergi ke kota Damsyik, Syria. Sesampai sahaja disana, beliau pun terus pergi mencari-cari Si Tukang Kasut yang disebut-sebutkan oleh Malaikat didalam Mimpinya itu. Hampir kesemua tukang-tukang kasut ditempat itu dia bertanya, apakah benar adanya Si Tukang Kasut Fakir Miskin yang bernama Sa’id bin Muhafah ? “Di sana, di pinggir bandar” - Kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila sampai sahaja disana, maka Ulama tersebut telah menemui seorang Tukang Kasut yang Berpakaian Lusuh dan Serba Kefakiran. “Assalamualai'kum... Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah ?” - Tanya Ulama itu. “Betul, siapakah tuan ?” “Saya Abdullah bin Mubarak.” Si Tukang Kasut itu terharu dan berkata; “Tuan adalah Ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya ?” Sejenak Ulama itu agak terkeliru, dimanakah beliau ingin memulakan persoalannya, dan akhirnya beliau memberitahu akan perihal Mimpinya itu. “Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang kamu telah berbuat, sehinggakan kamu layak mendapatkan PAHALA HAJI MABRUR dan bahkan kamu telah menjadi gosip Para Malaikat ?” “Wah ! saya sendiri tidak tahu !” - Si Tukang Kasut terkejut. “Beritahulah kepada saya bagaimanakah kehidupan kamu selama ini ? ” - Tanya Ulama itu. Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, bahawa; “Disetiap tahun, setiap Musim Haji tiba, saya selalu Mendengarkan : Labbaika Allhuma Labbaika… Labbaika La Syarika Laka Labbaika… Innal Hamda… Wanni’Mata… Laka Wal Mulka… La Syarika Laka…” Maksudnya : Ya Allah, aku datang kerana Panggilan-MU. Tiada sekutu Bagi-MU. Segala Pujian dan Nikmat adalah Kepunyaan-MU dan Kekuasaan-MU. Tiada sekutu Bagi-MU... Setiap kali saya mendengarkannya, saya akan sentiasa menangis dan berbicara didalam Lubuk Hati saya yang terdalam; “Ya Allah aku rindu Mekkah… Ya Allah aku rindu melihat Ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…” Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu disetiap hari saya akan mengenepikan sedikit wang daripada hasil kerja saya sebagai Tukang Kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan wang saya dengan Niat dan Tujuan saya... Akhirnya, pada tahun ini saya telah mendapatkan 350 Dirham.
Mostrar todo...
JODOH TAK PERNAH SALAH ALAMAT, IA HADIR PADA SAAT PALING TEPAT Tulisan ini khusus saya tujukan kepada sesiapa saja yang sedang berusaha mencari jodoh ketika ini. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman & jika ada yang dapat menuai manfaat, alhamdulillah 'ala kulli hal wa nikmah. Untuk makluman, saya telah mengikat tali pertunangan dengan 'Mr Fiance' pada Nisfu Syaaban yang lalu & insyaAllah akad nikah coming soon in a few months. #pleaseprayforme • Tetapkan niat KENAPA mahu kahwin? Personally, saat saya serius berniat untuk cari calon suami, saya tetapkan dalam hati bahawa saya mahu cari orang dekat. Apa sebab? Sebabnya.. saya mahu terus jaga ummi yang sudah 6 tahun terlantar akibat sakit Parkinson. It's been 6 good years that I've come back home & niat saya untuk terus berbakti pada ummi tak pernah luput. Maka, andai saya kahwin dengan orang dekat, tak perlulah saya risau tentang keadaan ummi kerana jarak bukanlah satu penghalang. Syukur pada Allah, rumah Mr Fiance hanyalah 15-20 minit jaraknya dari rumah saya & dia izinkan saya untuk terus jaga ummi hatta setelah nikah. TQ Mr Fiance, may Allah bless you. Seorang sahabat iman pernah share : Jika niat kita disertakan sekali dengan niat untuk ibu/bapa, insyaAllah doa lebih mudah makbul. Maka, betulkan niat, luruskan hasrat, bernikah kerana Allah atau kerana apa? • MINTA ORANG LAIN DOAKAN Perkara paling utama, minta ibu ayah doakan. Saya selalu minta agar ummi doakan jodoh terbaik untuk saya - supaya Allah kurniakan ummi seorang menantu yang memahami situasi kami. Andai waktu hari raya nanti ada makcik makcik yang asyik tanya 'bila nak kawin?', 'dah ada calon ke belum?' & soalan sewaktu dengannya, usah cepat melatah atau mudah tersinggung tau.. Just smile your brightest smile & say : "Doakan jodoh saya hadir pada saat yang tepat." 😊 Saya juga sering minta orang sekeliling agar doakan saya - kawan-kawan, mak mak saudara, atau kenalan terdekat - whoever they are. Tak perlu malu ya ☺️ • DOA, DOA & DOA Percaya pada KUASA DOA. Usah ragu pada Allah al-Mujib yang Maha Memakbulkan doa hamba-Nya. Andai doa belum terkabul, check balik niat + periksa amal + muhasabah diri. "TALK TO HIM. Tell Him how you feel, why you feel the way you feel. Show Him how needy you are of Him. Beg Him. Cry out to Him." (Ustaz Nouman Ali Khan) Nangis & ngadu kat Allah tentang urusan jodoh kita. . Beberapa jam sebelum pertunangan, saya sempat mengaji dan antara ayat yang dibaca adalah doa (Al-Furqan ayat 74) : “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan & keturunan sebagai penyejuk hati & jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” Allahu, nangis terharu :’) Terasa Allah itu dekat & sentiasa pandang kita. Sempena hari Jumaat 27 Ramadan yang mulia lagi penuh barakah, saya doakan setiap gadis/teruna yang sedang menanti hadirnya bakal imam/makmun - peneman jalan ke syurga - supaya Allah ya Jami' ya Wajid (Maha Mengumpulkan + Maha Menemukan) mempersatukan kalian dalam keredhaan-Nya. Aamiin ya Mujib 🤲🏻 Yakinlah bahawa jodoh itu tak pernah salah alamat, ia pasti hadir pada saat yang tepat. InsyaAllah.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Allah سبحانه وتعالى berfirman, أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى “Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih) “Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.” (Imam Shafie)
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Ubat hati ada 5 perkara : Yang pertama baca Quran & maknanya Yang kedua solat malam dirikanlah Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh Yang keempat banyakkan berpuasa Yang kelima banyakkan zikir malam (Opick)
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
“Don’t expect your spouse to be perfect. He/She is the dunya version of themselves. Their ‘perfect’ version is saved for Jannah.”
Mostrar todo...
“Lower your gaze, then Allah will raise you in status.”
Mostrar todo...
Free ebook untuk semua 😊
Mostrar todo...