es
Feedback
DARUL MUJTABA

DARUL MUJTABA

Ir al canal en Telegram

Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.

Mostrar más
2 045
Suscriptores
+124 horas
Sin datos7 días
-630 días
Archivo de publicaciones

Adakah kita sedar, siapa kita yang sebenarnya? Seringkali kita terlupa bahawa Nusantara bukan sekadar tanah yang kaya dengan hasil bumi. Ia pernah menjadi pusat peradaban dunia yang maju, makmur, dan disegani seantero dunia. Kini, tiba masanya untuk kita bangkit! Bagaimana sejarah masa lalu boleh menjadi kunci utama untuk kita mendepani pelbagai cabaran masa hadapan? Sertai kami dalam SEMINAR BANGKIT PERADABAN TIMUR, Kami akan bongkarkan rahsia kekuatan akar umbi warisan kita untuk mengembalikan jati diri bangsa. 📍 Lokasi : Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 Tarikh : 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ Waktu : 9.00 pagi - 1.00 petang Barisan Panel Penceramah : ✨ Tuan Khalid Yahya – "Dunia Menuju Perubahan - dari Timur ke Baitulmaqdis" ✨ Bonda TunSuzana – "Menelusuri Sejarah dan Warisan Peradaban Nusantara" ✨ Tuan Haji Razali – "Gagasan Alif Mim Sin bina Insan Bangkit Peradaban" Ayuh, bangkitkan kembali jati diri bangsa! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perubahan! Daftar sekarang melalui pautan di bawah : 🔗 Daftar Di Sini : https://nuranirelief.onpay.my/order/ #BangkitPeradabanTimur #Nusantara #JatiDiriBangsa #SeminarKualaLumpur #PeradabanTimur

MALAM INI DI PUTRAJAYA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MALAM INI DI PUTRAJAYA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H Hijrah yang sebenar bukan sekadar perpindahan langkah, tetapi perpindahan hati daripada k
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H Hijrah yang sebenar bukan sekadar perpindahan langkah, tetapi perpindahan hati daripada kelalaian kepada kesedaran, daripada mencintai dunia kepada mencintai Allah, dan daripada melihat diri kepada menyaksikan kebesaran-Nya. Semoga tahun baharu ini menjadi asbab terbukanya hijab-hijab hati, diperdalamkan makrifat, diperindahkan akhlak, serta dipertemukan kita dengan hakikat ubudiyyah yang sebenar di bawah naungan rahmat Allah SWT. “Barangsiapa berhijrah menuju Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya.” 🤍 Salam Maal Hijrah 1448H Daripada kegelapan nafs kepada cahaya makrifat. ✨ Dari Maulana Iqbal Zain dan seluruh keluarga Darul Mujtaba. #darulmujtaba

Busana Melayu disarung. Samping dililit. Tanjak diperkemaskan. Awal Muharam. Langkah diatur menuju Masjid BSP. Jika berkelapa
Busana Melayu disarung. Samping dililit. Tanjak diperkemaskan. Awal Muharam. Langkah diatur menuju Masjid BSP. Jika berkelapangan, marilah hadir lebih awal untuk bersama menunaikan Solat Zohor berjemaah sebelum memulakan rangkaian program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Bersama mengimarahkan majlis yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah, selawat dan doa. Moga setiap kilometer yang dilalui menjadi saksi perjalanan menuju keberkatan. Anda dah di mana? Kongsikan gambar anda berbusana dan kita hidupkan gelombang media sosial dengan dua hashtag ini : #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat Jumpa di sana, insya Allah. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac

ESOK SUBUH DI TTDI JAYA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
ESOK SUBUH DI TTDI JAYA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

3 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT. RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA. Akar yang kuat menjadikan pohon teguh
3 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT. RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA. Akar yang kuat menjadikan pohon teguh berdiri. Begitulah juga sesebuah negara yang dibina atas muafakat, saling menghormati dan kasih sayang antara sesama masyarakat. Kitab Sulalatus Salatin mengingatkan : ❝Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.❞ Manakala Rasulullah ﷺ mengajarkan bahawa orang-orang beriman ibarat satu tubuh; apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasainya. Maka kekuatan sesebuah negara tidak lahir daripada kekuasaan semata-mata, tetapi daripada hati-hati yang bersatu, masyarakat yang bermuafakat dan nilai adab yang terus dipelihara. 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Hikam Ibnu Athailah ~ Hikmah Ke 89 Perjalanan menuju Allah bukanlah perjalanan daripada satu tempat ke satu tempat, kerana Allah Maha Suci daripada bertempat dan berarah. Ia juga bukan perjalanan daripada jauh kepada dekat, kerana Allah tidak pernah jauh daripada sesuatu. Bahkan kedekatan Allah kepada hamba-Nya mendahului kewujudan hamba itu sendiri. Sebelum engkau mengenal dirimu, Dia telah mengenalmu. Sebelum engkau mencari-Nya, Dia telah melimpahkan kewujudan-Nya kepadamu. Maka para arifin berkata bahawa tidak ada sesuatu yang menghalangmu daripada Allah kecuali sangkaanmu bahawa ada sesuatu selain Allah. Hakikat perjalanan itu bukan menuju Allah, tetapi keluar daripada hijab dirimu sendiri. Kerana selama engkau masih melihat kewujudanmu, kehendakmu, pilihanmu, kekuatanmu dan amalmu, selama itu engkau masih terpenjara dalam alam nafsu walaupun zahirnya engkau sedang beribadah. Inilah rahsia hikmah Ibn ’Athaillah. Jika bukan kerana medan nafsu, nescaya tidak akan ada perjalanan para salik. Kerana Allah tidak pernah ghaib sehingga perlu dicari, tidak pernah jauh sehingga perlu dihampiri, dan tidak pernah meninggalkanmu sehingga perlu ditemui semula. Yang ghaib hanyalah penyaksianmu. Yang jauh hanyalah hatimu. Yang terhijab hanyalah dirimu. Oleh sebab itu, perjalanan para salik bukan perjalanan menuju Wujud al-Haq, tetapi perjalanan menghapuskan dakwaan kewujudan diri. Setiap maqam yang dilalui bukanlah untuk menambah sesuatu yang belum ada, tetapi untuk menanggalkan sesuatu yang tidak sepatutnya ada. Maqam taubat menanggalkan maksiat. Maqam zuhud menanggalkan kecintaan dunia. Maqam sabar menanggalkan keluh kesah. Maqam tawakkal menanggalkan pergantungan kepada makhluk. Maqam redha menanggalkan bantahan terhadap qadha’. Sehinggalah akhirnya fana’ menanggalkan dakwaan diri itu sendiri. Ketika itu salik mula memahami bahawa hijab yang paling tebal bukan dunia, bukan syaitan, bukan makhluk, tetapi perasaan “aku”. Aku yang beribadah. Aku yang berzikir. Aku yang mengenal. Aku yang hampir. Aku yang sampai. Selagi “aku” ini masih berdiri, maka perjalanan masih panjang. Para arifin menyebut bahawa nafsu bukan sekadar keinginan kepada makanan, harta atau syahwat jasad. Nafsu yang paling halus ialah kecintaan kepada kedudukan diri di sisi Allah. Seseorang boleh meninggalkan dunia tetapi masih menyukai kemuliaan rohaninya. Dia meninggalkan harta tetapi masih melihat dirinya sebagai ahli zuhud. Dia meninggalkan makhluk tetapi masih memandang dirinya sebagai arif billah. Inilah hijab yang tidak dapat dilihat oleh kebanyakan manusia. Maka kematian nafsu yang sebenar bukan sekadar meninggalkan dosa, tetapi hilangnya tuntutan diri terhadap Allah. Hamba tidak lagi beribadah kerana syurga, tidak meninggalkan maksiat kerana takut neraka, bahkan tidak melihat dirinya memiliki apa-apa selain kefakiran mutlak di hadapan Tuhan. Pada saat itu, dia tidak lagi berjalan menuju Allah kerana dia telah menyaksikan bahawa tiada sesuatu yang bergerak menuju Allah melainkan dengan Allah, daripada Allah dan untuk Allah. Dia melihat bahawa permulaan perjalanan adalah daripada Allah. Kekuatan perjalanan adalah daripada Allah. Penyempurnaan perjalanan adalah daripada Allah. Bahkan yang berjalan, jalan yang dilalui dan tujuan perjalanan semuanya berada di bawah tajalli Allah Yang Maha Esa. Inilah makna terdalam ubudiyyah. Bukan sekadar engkau menyembah Allah, tetapi engkau menyaksikan bahawa tidak ada yang mampu menyembah Allah melainkan Allah memberi kemampuan untuk menyembah-Nya. Maka akhirnya perjalanan menuju Allah berakhir dengan lenyapnya dakwaan perjalanan itu sendiri. Salik menyangka dia sedang mencari Allah. Tetapi apabila hijab tersingkap, dia menyedari bahawa selama ini Allah-lah yang mencarinya, menariknya, membimbingnya dan membawa dirinya kepada-Nya. Lalu gugurlah segala dakwaan. Tinggallah kehambaan yang murni. Dan di situlah bermulanya musyahadah para arifin. #darulmujtaba

Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 📖 THARIQAH Menempuh Jalan Menuju Allah Karangan Al Habib Muhdhor bin Ahmad Assegaf Ramai yang ingin sampa
+1
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 📖 THARIQAH Menempuh Jalan Menuju Allah Karangan Al Habib Muhdhor bin Ahmad Assegaf Ramai yang ingin sampai kepada Allah, tetapi tidak semua mengetahui adab perjalanan menujuNya. Kitab ini ditulis sebagai bekalan buat para pencari. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi panduan untuk membimbing hati, memperbetulkan niat, menghidupkan zikir dan memperindahkan perjalanan suluk menuju keredhaan Allah. Sebuah karya yang sangat sesuai dimiliki oleh para pencinta ilmu, pengamal zikir dan sesiapa sahaja yang ingin mengenal jalan para salihin. 💚 Harga Promosi: RM50 📦 Pos Semenanjung: RM8 📲 Tempahan terus: https://wassap.my/60122617221 🛒 Atau dapatkan di Shopee: https://s.shopee.com.my/gNXJtiKLm #darulmujtaba 🤍

🚨 PERANG TERAKHIR ATAU PERMULAAN DUNIA BAHARU? Ketika ramai masih melihat konflik di Timur Tengah sebagai berita biasa, ada
🚨 PERANG TERAKHIR ATAU PERMULAAN DUNIA BAHARU? Ketika ramai masih melihat konflik di Timur Tengah sebagai berita biasa, ada yang percaya dunia sebenarnya sedang memasuki fasa peralihan yang besar. Adakah peperangan yang sedang berlaku sekadar konflik wilayah… atau sebahagian daripada rangkaian peristiwa yang telah lama diramalkan? 📖 Sebuah naskhah yang menggabungkan: 🔥 Geopolitik Semasa 🔥 Eskatologi Akhir Zaman 🔥 Teori Konspirasi Global Dihimpunkan dalam satu kupasan yang mengajak pembaca berfikir lebih jauh daripada apa yang dipaparkan di media. ❓Mengapa kuasa-kuasa besar semakin bertembung? ❓Siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada peperangan? ❓Adakah dunia sedang menuju kepada satu “reset” yang lebih besar? 💥 Harga Promosi Pelancaran RM35 Sahaja 🎁 Percuma Akses Webinar Bedah Buku Eksklusif ⚠️ Terhad untuk yang terawal. 📲 Tempahan: wassap.my/60123709569 (Andak Alif) “Setuju atau tidak dengan teorinya, buku ini akan membuatkan anda melihat dunia dengan sudut pandang yang berbeza.”

MENYERU NAMA NABI MUHAMMAD ﷺ KETIKA KAKI MERASA KEBAS Imam Ibnu Taymiyah dalam kitabnya berjudul al-Kalim al-Tayyib telah membuat subtopik khusus mengenai apakah ucapan yang patut disebut ketika kaki merasa kebas atau sesemut. Subtopik tersebut bertajuk Faslun fi al-Rijli Idha Khadirat yang mana Imam Ibnu Taymiyah rahimahuLlah mengemukakan riwayat bahawa Sayyidina Abdullah Ibnu Umar (ra) pada suatu ketika telah mengalami sesemut dan kebas pada kakinya maka seorang sahabat telah berkata kepadanya, “Serulah nama orang yang paling kamu cintai!”, maka beliau terus menyeru, “Ya Muhammad!”. Kejadian ini berlaku setelah kewafatan RasuluLlah ﷺ. Selamat beramal. _Maualana Dr. Iqbal Zain al-jauhari #darulmujtaba

سلام عيد الأضحى 🤍 شريعة ممبرسيهكن توبوه. طريقت مڽوچيکن قلبي. حقيقت تڠݢلم دالم راس. معرفت اياله ڤڽاکسيان اکن نور محمد ﷺ، ڤمباوا معلومت کتوهنن دان اخلاق کههمبأءن يڠ منجادي چونتوه دان تلادن يڠ سمڤورنا. سموݢ عيد الأضحى اين مڠهيدوڤکن کمبالي روح ڤڠوربانن، مڽوچيکن نيت، ملوروسکن لڠکه، دان مڠيکت هاتي کيتا هاڽ کڤدڽ. تياد چنتا يڠ ککال، ملاينکن چنتا يڠ ممباوا کيتا کمبالي کڤدڽ. تقبل الله منا ومنكم 🤍 #دارالمجتبى

photo content

Khamis, 21 Mei 2026 • Pengajian pada malam ini di SPAA. Semua dijemput hadir bersama keluarga. 📌 Jom berinfak ke Tabung Peng
Khamis, 21 Mei 2026 • Pengajian pada malam ini di SPAA. Semua dijemput hadir bersama keluarga. 📌 Jom berinfak ke Tabung Pengimarahan SPAA : https://toyyibpay.com/InfakPengimarahanSPAA • Bank Islam • 16027010002189 • Surau Putra Al-Amin • Ref : InfakSPAA #SPAASurauKita #SurauPutraAlAmin #KeArahPengurusanBertaraf5Bintang

Sollu ‘Alan Nabi ﷺ Hari Raya Qurban semakin hampir. Penyertaan Qurban & Aqiqah bersama Darul Mujtaba masih dibuka, namun haiw
+1
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ Hari Raya Qurban semakin hampir. Penyertaan Qurban & Aqiqah bersama Darul Mujtaba masih dibuka, namun haiwan qurban semakin terhad. 🇮🇳 Qurban India kini hanya RM230 Masukkan kod kupon: DISKAUN50 untuk mendapatkan potongan RM50. Kini hanya berbaki 30 bahagian sahaja lagi untuk harga diskaun. Kadang satu bahagian yang kecil… boleh menjadi asbab besar di sisi Allah. 🌿 Ebook & sijil disediakan Daftar di sini: https://ezy.la/MisiQurbanUstazIqbalZain2026 Info lanjut : wassap.my/60182274621 (Along Wan) Jangan lepaskan peluang untuk turut sama dalam ibadah dan pengorbanan ini 🤍 #darulmujtaba

SENYUMLAH 😊 SENYUMLAH terhadap setiap ujian yang datang kerana ia sebenarnya hadiah dari Allah. SENYUMLAH terhadap kata nista yang dilemparkan orang kepada kita kerana Allah ingin tingkatkan darjat kita dengan bersabar. SENYUMAN adalah simbol akhlak yang mulia. SENYUMLAH kepada teman dan musuh, kepada kawan dan lawan. SENYUMAN adalah dakwah oleh mereka yang tak pandai sampaikan dakwah. SENYUMAN memberikan KEBAHAGIAAN di rumah, memberi SEMANGAT di tempat kerja, dan memperindah PERSAHABATAN. SENYUMAN tulus tidak boleh diminta, dibeli, dipinjam atau dicuri. SENYUMAN tulus diberikan dengan kerelaan hati. Kadang orang-orang di sekitar kita terlalu susah untuk memberi SENYUMAN, tak salah jika kita yang terlebih dahulu TERSENYUM kepada mereka, kerana SENYUMAN itu sungguh meredupkan. SENYUMAN sangat diperlukan oleh orang yang sudah tidak boleh lagi memberi, namun kerinduan untuk memberi itu masih berkobar-kobar di hati. SENYUMAN adalah sedekah, ibadah, sunnah dan keberkatan yang dapat kita berikan sesama kita. Senyumlah....☺️ #darulmujtaba

Assalammualaikum WRH Penyertaan Qurban 1447H bersama Darul Mujtaba masih dibuka, tetapi slot semakin terhad. 🔥 PROMO INDIA S
Assalammualaikum WRH Penyertaan Qurban 1447H bersama Darul Mujtaba masih dibuka, tetapi slot semakin terhad. 🔥 PROMO INDIA Serendah RM230 sahaja/sebahagian (Guna code: DISKAUN50) Jangan tunggu “nanti”. Kita tak tahu ini peluang qurban yang ke berapa Allah masih beri. 📌 Daftar: https://ezy.la/MisiQurbanUstazIqbalZain2026 Semoga Allah terima setiap pengorbanan kita 🤍 #darulmujtaba

MALAM INI DI SINGAPURA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MALAM INI DI SINGAPURA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Ramai tanya, “Kenapa buat program selawat di Bukit Bintang?” Bukit Bintang dipilih bukan kerana apa yang ada di situ, tetapi kerana kita percaya, setiap tempat berhak disentuh dengan barakah Selawat dan dakwah hikmah. Jom dengar respon daripada Ustaz Muhaizad. Dr UMAY https://www.facebook.com/share/v/17QW9r3htz/ Mohon Share

ESOK 🌙 Di tengah hiruk kota, kita berhimpun bukan untuk melalaikan, tetapi untuk menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ Sela
ESOK 🌙 Di tengah hiruk kota, kita berhimpun bukan untuk melalaikan, tetapi untuk menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ Selawat yang menghubungkan hati. Adab yang mengangkat manusia. “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” — Riwayat Ahmad 📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur 🗓 16 Mei 2026 • Sabtu #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #SolidaritiPalestin