cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

PRISMA OFFICIAL

Channel ini dibuat bagi menyalurkan note-note usrah serta kata2 hikmah PRISMA

Mostrar más
El país no está especificadoEl idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Publicaciones publicitarias
746
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

💖 SEBARKAN RASA CINTA DI BULAN MULIA 💖 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera buat semua. 🤗 🌸 Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami dari D'Syabab PRISMA Consultancy akan mengadakan program Iftar Jamaie bersama pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Dar As-Thaqofah pada 19 Mei 2019 bersamaan 15 Ramadan 1440H. 🌹Bagi menjayakan program ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak Dato'/Datin/Tan Sri/Puan Sri/Hj/Hjh/Tuan/Puan untuk sama-sama menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit. ☁ Sesungguhnya amalan sedekah itu tidak akan mengurangkan walau sedikitpun harta kita kecuali BERTAMBAH, BERTAMBAH, dan BERTAMBAH. 🌻Salurkan SUMBANGAN anda kepada :🌻 ❄CIMB ❄7621190989 ❄ANIS SHAFIQAH BINTI IDRIS Resit sumbangan boleh diberikan kepada salah satu nombor dibawah (WhatsApp): 1. https://www.wasap.my/60176890567 2. https://www.wasap.my/60183593985 😊 Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Jika tidak mampu menderma, sebarkan pun InsyaAllah ada ganjarannya di Akhirat nanti. Syukran Jazilan ☺ ✨ Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya, dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk, serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” (HR Thabrani) #DSPC #PRISMA #IftarJamaie #Sebarkan
Mostrar todo...
Assalamualaikum semua ahli channel yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT sekalian 🇲🇾 In shaa Allah channel ini akan *dipindahkan* ke channel baharu yang lebih baik atas faktor-faktor tertentu. Jadi mari semua , ramai2 klik link di bawah untuk masuk ke channel baharu 😊 🐣 @dsyababprisma P/S : Channel ini akan dihapuskan dalam masa seminggu dari sekarang . Jadi semua boleh left dari channel ini selepas masuk ke channel baharu . Jazakumullahu Khairan ❤️
Mostrar todo...
Maksud berjaya ni sangat subjektif . Lain orang , lain definisi nya . Bagi students , berjaya adalah bila pass exams and dapat dekan or jadi pelajar terbaik Bagi pekerja , berjaya adalah dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan dapat bonus Bagi ibu bapa , berjaya adalah berhasil membesarkan anak2 sehingga berjaya Bagi anak2 pula adalah apabila dapat membanggakan parents dan mengubah nasib keluarga Dan mungkin bagi para suami , berjaya adalah apabila dapat membahagiakan dan memenuhi semua permintaan isteri tercinta . Jadi dapat saya simpulkan pendefinisian berjaya ini sebagai satu imbalan kebaikan atas setiap perkara yang kita usahakan . Sabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun ' (Riwayat Abu Daud). Namun saya lebih tertarik dengan definisi berjaya bagi seorang hamba kerana siapa pun kita , pelajar , pekerja , ibu bapa , suami itu semua adalah hamba kepada yang Esa . Jadi apa definisi berjaya bagi seorang hamba Allah ? Rasulullah SAW bersabda dari Sayyidina Umar Al Khattab ra : " Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. " [HR Imam Ahmad] Ini adalah definisi berjaya yang sebenar . Apabila seorang hamba di iktiraf berjaya oleh Si Penciptanya . Dan imbalan nya tidak lain tidak bukan adalah syurga Allah swt yang kekal abadi . Dan gagal pula membawa makna sebaliknya . Wallahua'lam @syababulmuslimeen
Mostrar todo...
Jangan jadikan putus asa itu rakan karib kita, tapi jadikanlah utuh asa itu sebagai sahabat baik kita. Jadi, kita akan terus dan tetap berusaha sekalipun penat tak terkata. @syababulmuslimeen🌵
Mostrar todo...
Mana mungkin hidup di dunia hanya bersenang-lenang. Kita pasti bersusah payah melalui duri dan badai ujian. Hingga nanti segala luka tersiram dengan reda Allah dan segala lelah terubat dengan syurga-Nya. @syababulmuslimeen🌵
Mostrar todo...
Amalan yang paling makbul (diterima Allah) tanpa halangan tanpa alasan. Diterima terus oleh Allah adalah SELAWAT KE ATAS NABI SAW. Solat belum tentu diterima. Puasa belum tentu diterima. Sedekah belum tentu diterima. Amal apa pun belum tentu Allah terima kalau tak bersih hati ni. Ttetapi selawat walaupun dalam keadaan riya' sekalipun adalah DITERIMA ALLAH SWT Dalam sebuah syair dikatakan: أَدِمِ الصَّلاَةَ عَلَى مُحَمَّدٍ #  فَقَبُوْلُهَا حَتْمًا بِغَيْرِ تَرَدُّدٍ أَعْمَالُنَا بَيْنَ الْقَبُوْلِ وَرَدِّهَا  # اِلاَّ الصَّلاَةَ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ “ Istiqamahlah untuk membaca selawat, kerana selawat pasti diterima tanpa ada keraguan. Amal-amal kita antara diterima dan ditolak, kecuali selawat ke atas Nabi pasti diterima. ” Wallahua'lam 🌸 @syababulmuslimeen
Mostrar todo...
Sunnah Rasulullah SAW itu sangatlah banyak . Ada yang dari perbuatan , pakaian , percakapan dan apa2 sahaja yang terkait dengan Rasulullah SAW, maka itu adalah sunnah yang perlu diikuti. Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa banyak sunnah Baginda SAW yang akan dilupakan di akhir zaman kelak . Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika zaman kerosakan ummat , maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Cubalah untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sedikit demi sedikit . Bermula dengan sunnah minum dan makan duduk , berpakaian sunnah dan seterusnya ke peringkat2 yang lebih afdhal . Imam Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah , kerana sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (dalam kalangan manusia) ” Wallahua'lam 🌸
Mostrar todo...
Akan ada satu golongan di akhirat nanti yang akan berjalan di atas titian surat dalam keadaan merangkak/mengesot membawa dosa2 mereka . Teringat saya akan satu hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang gambaran titian sirat ini : “ As Sirat sangat licin dan menggelincirkan, di atasnya ada  *khathaif* ( besi yang mudah tersangkut padanya ), *kalalib* ( besi bercabang – cabang yang sangat tajam ),   *haskah*  ( pohon berduri tajam yang sangat keras ), ia mempunyai duri melingkar .. " Semoga kita dijauhkan daripada termasuk golongan ini . Ameen 🌸 @syababulmuslimeen
Mostrar todo...
Rasulullah SAW pernah bersabda : " Orang yang bijak adalah orang yang menghitung dirinya sendiri, dan beramal untuk bekalan selepas mati.. " Diakhirat kelak , kedua2 kaki seseorang itu tidak akan berganjak sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara mengenai urusan dirinya sendiri iaitu ; umur , Ilmu, harta dan tenaga/tubuh badan. Jadi mengapa mesti ada sikap menunding jari melihat kesalahan orang lain ? Sedangkan diri kita sendiri masih terkapai2 lemas dalan ombak nafsu yang tidak pernah reda ? " Sebesar-besar aib adalah kamu mengaibkan (memburukkan orang lain) , tetapi aib tu sebenarnya terdapat pada diri kamu sendiri juga ” - Sayyidina Ali Ra @syababulmuslimeen
Mostrar todo...
Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.