Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Ir al canal en Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Mostrar másEl país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 843
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-1430 días
Archivo de publicaciones
🚆 Naik LRT3, Mudah Sampai! 🚆
Nak ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) Klang 2.0? Pilih pengangkutan yang lebih mudah dan selesa!
✅ Elak jem
✅ Tak perlu pening cari parking
✅ Perjalanan lebih tenang bersama keluarga dan rakan
🚌 Perkhidmatan Shuttle PERCUMA disediakan dari stesen LRT3 ke lokasi program.
🕐 Waktu Operasi Shuttle :
1:00 Petang – 11:00 Malam
Jadikan perjalanan anda lebih lancar dan nikmati pengalaman menghadiri MBMD Klang 2.0 tanpa kerisauan.
Naik LRT3, Mudah Sampai!
Elak Jem • Elak Cari Parking
📘 Sebelum hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, pastikan anda menyemak terlebih dahulu Media Kit serta panduan yang disediakan di Linktree rasmi MJMD
🔗 https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Di dalamnya tersedia pelbagai maklumat penting termasuk tentatif program, panduan kehadiran, lokasi, peta acara, bacaan selawat, soalan lazim dan informasi lain bagi membantu melancarkan perjalanan anda sepanjang program.
📄 Anda juga boleh memuat turun fail PDF Media Kit MBMD 2.0 melalui pautan di bawah ini.
Semoga bermanfaat. Jumpa anda di MBMD 2.0, insya Allah.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
✨ Hari Ini! Warisan, Selawat & Muafakat Menanti Anda di MBMD 2.0
Alhamdulillah, hari yang dinanti telah tiba.
Hari ini, marilah bersama keluarga menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, mengeratkan ukhuwah serta menghayati warisan Islam dan Kesultanan Alam Melayu.
Sepanjang hari menanti anda :
🎨 Pertandingan Mewarna & Seni Khat
🎶 Qasidah, Silat, Kompang, Dikir Barat & Syair
🏹 Demonstrasi Memanah Tradisional
🕌 Pameran Warisan & Aktiviti Komuniti
🌙 Pengisian ilmu, Selawat & Doa Munajat pada sebelah malam
Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0
🗓️ Hari Ini | Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
Jangan hanya melihat di media sosial. Hadirlah dan rasai sendiri kemeriahan serta keberkatan MBMD 2.0.
📍 Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Info lanjut : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Jumpa anda hari ini, insya Allah!
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatMembawaBerkat
HARI INI
Selamat Datang ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat ihsan dan memberi kepada kaum kerabat, serta melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.”
— Surah an-Nahl : 90
Hari yang dinanti akhirnya tiba.
Pada hari ini, kita berhimpun dengan satu niat yang sama — menghidupkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, mengeratkan ukhuwah, menyuburkan muafakat serta menghayati nilai yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah masyarakat beradab.
Semoga setiap pengisian, setiap pertemuan dan setiap langkah yang diatur pada hari ini menjadi wasilah untuk memperkukuh kecintaan kepada agama, memelihara warisan bangsa dan menjunjung kedaulatan negara berteraskan nilai Islam.
Selamat datang ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga Allah SWT menerima segala usaha, memberkati setiap amal dan menghimpunkan hati-hati kita dalam rahmat serta kasih sayangNya.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Persiapan kini memasuki fasa terakhir.
Setiap sudut sedang diperhalusi. Setiap amanah sedang dilaksanakan sebaik mungkin. Di sebalik sebuah majlis yang bakal berlangsung, ada usaha, doa dan pengorbanan ramai pihak yang berganding bahu demi menjayakannya.
Mudah-mudahan segala persiapan ini dipermudahkan Allah SWT dan menjadi wasilah lahirnya sebuah majlis yang menyuburkan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ serta menyatukan hati-hati umat.
Kini hanya tinggal satu perkara yang melengkapkannya… kehadiran anda.
Insya Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Repost from Sahabat Bangkit Al-Quds
🎥 Pernah terbayang bagaimana rasanya berada di dalam Masjid Al-Aqsa?
Kini anda boleh merasainya melalui pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa, hasil kolaborasi Bangkit Al-Quds bersama Yayasan MyAQSA. Jelajahi Baitul Maqdis secara maya sambil mengenali sejarah, kedudukan dan kepentingannya sebagai salah satu daripada tiga kota suci umat Islam.
Cara untuk sertai sangat mudah:
✅ Imbas kod QR
✅ Ikuti media sosial Bangkit Al-Quds
✅ Isi Google Form
✅ Terima nombor giliran dan slot masa
✅ Hadir ke booth mengikut waktu yang diberikan
📌 Tempat adalah terhad, jadi daftar awal untuk memastikan anda tidak terlepas peluang merasai pengalaman yang bermakna ini.
Kami nantikan kehadiran anda di Booth Bangkit Al-Quds!
#BangkitAlQuds
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MasjidAlAqsa
#AlifMimSin
Dalam membina sebuah peradaban yang kukuh, wanita merupakan tiang seri sesebuah masyarakat. Daripada seorang wanita bermulanya madrasah pertama kehidupan. Di tangannyalah lahir didikan yang membentuk generasi berilmu, beradab dan berjiwa luhur.
Apabila wanita diperkasa dengan iman, ilmu dan akhlak, maka kukuhlah institusi keluarga. Apabila keluarga kukuh, lahirlah masyarakat yang sejahtera. Daripada masyarakat yang sejahtera, terbinanya sebuah negara yang maju, beradab dan bertamadun.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Sharniza Mahat, wakil daripada i-Madina, atas kesudian bersama-sama mempromosikan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga usaha ini menjadi asbab semakin ramai masyarakat hadir mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
ESOK KITA BERTEMU
Esok, insya Allah ribuan langkah akan menuju ke destinasi yang sama.
Allah SWT berfirman :
”…dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu lahir daripada ketakwaan hati.”
— Surah al-Hajj : 32
Barangkali yang akan kita bawa pulang esok bukan sekadar gambar atau kenangan, tetapi hati yang lebih tenang, ukhuwah yang lebih erat dan rasa syukur kerana dipertemukan dalam sebuah majlis yang penuh keberkatan, bahkan mengingatkan kita kepada nilai persaudaraan sesama insan serta tanggungjawab memelihara adab, warisan dan kedaulatan yang diwariskan kepada kita.
Jumpa esok, insya Allah.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
+1
📢 SATU PAUTAN. SEMUA PLATFORM RASMI MJMD.
Baru mengenali Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)?
Mulakan di sini. Semua platform rasmi kami dihimpunkan dalam satu pautan.
“Macam mana nak sertai Telegram?”
“Di mana nak dapatkan info program?”
“Facebook rasmi yang mana satu?”
Tak perlu cari satu demi satu.
Platform Rasmi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) menghimpunkan semua saluran rasmi dalam satu tempat agar anda tidak terlepas sebarang hebahan, perkongsian ilmu, pengumuman dan perkembangan terkini termasuk hebahan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
📲 Imbas kod QR atau klik pautan rasmi sekarang.
🔗 Linktree
https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
📲 Telegram
https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
📘 Facebook
https://facebook.com/muafakatjelata
📧 Emel
muafakatjelatamenjunjungdaulat@gmail.com
Satu Imbasan. Semua Pautan. Sebarkan Kebaikan.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Terima kasih kepada Alumni Akademi Al-Ghazali yang turut mengajak seluruh lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, untuk bersama-sama mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Ayuh hadir memeriahkan majlis yang menghimpunkan selawat, ilmu, adab serta semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air dalam suasana penuh mahabbah dan keberkatan.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Majlis Selawat Yang Menyatukan Ribuan Hati
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua Kampung Pendamar, Tn. Hj. Mohd Shah bin Harun, serta Timbalan Nazir Masjid Kampung Pendamar, Tn. Mohd Khairul bin Ibrahim, atas sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
Seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Klang dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan majlis penuh keberkatan ini. Pelbagai pengisian ilmiah, kerohanian, kemasyarakatan dan aktiviti kekeluargaan menanti anda sepanjang hari.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
Ayuh bersama-sama menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menyatukan ribuan hati dalam mahabbah, memperkukuh ukhuwah serta mengangkat semangat muafakat demi agama, bangsa dan negara.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
﴿ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ ﴾
“Baldatun Ṭayyibatun Wa Rabbun Ghafūr…”
Apakah rahsia sebuah negara yang aman, makmur dan mendapat keberkatan Allah?
Ikuti perkongsian penuh oleh Ustaz Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan, Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor, yang menghuraikan makna ayat ini serta mengajak kita mensyukuri nikmat keamanan, perpaduan dan kemakmuran yang dikurniakan Allah kepada negara kita, di samping menghayati peranan institusi diraja dalam kerangka Perlembagaan dan kedudukan Islam di Malaysia.
Semoga perkongsian ini menjadi asbab untuk kita bersama mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Menzahirkan Kecintaan Kepada Baginda Rasulullah ﷺ
Kecintaan kepada Baginda Rasulullah ﷺ bukan sekadar diungkapkan dengan kata-kata, tetapi dizahirkan melalui selawat, mencontohi akhlak mulia serta menghidupkan sunnah dalam setiap aspek kehidupan. Selawat menjadi jambatan yang menghubungkan hati umat dengan insan agung yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, marilah bersama-sama mengimarahkan majlis penuh keberkatan ini dengan alunan selawat yang menyatukan ribuan hati. Hayati pengisian yang mendidik jiwa melalui tazkirah, pameran sejarah dan kebudayaan, persembahan seni warisan Islam, serta perkongsian ilmiah yang mengangkat nilai adab, perpaduan dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
Inilah medan untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang sesama insan, serta menyemai semangat mencintai agama, menjunjung Institusi Raja Berperlembagaan dan memelihara warisan peradaban yang menjadi asas kekuatan ummah.
Ayuh hadir dan zahirkan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah serta bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab meraih syafaat Baginda ﷺ di akhirat kelak.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Oleh : Muhammad ‘Ariff Ryan Abdullah
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Oleh : Muhammad ‘Ariff Ryan Abdullah
Terbitan : Sekretariat MJMD
🌏 Jom Singgah ke Reruai Warisan & Peradaban Nusantara
Setiap artifak menyimpan sebuah kisah. Setiap kisah membentuk sebuah peradaban.
Di Reruai Warisan & Peradaban Nusantara, anda bukan sekadar melihat bahan pameran, bahkan dibawa menelusuri kisah-kisah yang membentuk tamadun Islam di Alam Melayu serta hubungan eratnya dengan dunia.
Antara yang menanti anda :
• Pameran Sheikh Jumadil Kubra dan jaringan dakwah Nusantara
• Sejarah Wangsa Mahkota Selangor dan legasi pemerintahan Melayu Islam
• Khazanah Fathaniyah, pusat keilmuan yang melahirkan ramai ulama besar
• Pelita Dhihin, warisan yang menyinari sejarah masyarakat Melayu
• Kaligrafi Cina & Buku Tamadun Cina oleh Yusuf Liu, memperlihatkan keharmonian dakwah merentas budaya
• Pameran Budaya Cina & India sebagai cerminan kepelbagaian yang hidup dalam masyarakat Nusantara
• Seni Jalanan Chow Kit yang merakam denyut nadi budaya masyarakat kota
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
🌸 Singgah. Lihat. Bertanya. Hayati.
Semoga setiap kunjungan menjadi langkah untuk menghargai perjuangan para ulama, memahami jaringan peradaban Nusantara dan menyambung legasi ilmu kepada generasi akan datang.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
📜 PAMERAN SEJARAH & WARISAN DAERAH KLANG
Tahukah anda, Daerah Klang menyimpan sejarah dan warisan yang membentuk identiti Bandar Diraja sejak sekian lama?
Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, jangan lepaskan peluang mengunjungi Pameran Sejarah & Warisan Daerah Klang hasil kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
• Kenali sejarah Klang dari dahulu hingga kini.
• Jejaki warisan Bandaraya Diraja Klang.
• Saksikan koleksi sejarah yang jarang dipamerkan.
• Hayati khazanah warisan negeri bersama seisi keluarga.
Berselawat, menimba ilmu dan menghargai warisan dalam satu majlis yang penuh keberkatan.