es
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Ir al canal en Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 857
Suscriptores
+424 horas
+497 días
+5730 días
Archivo de publicaciones
Terima kasih kepada Tuan Mohd Rusydan bin Yusof, Pengarah Ekong Auto Sdn. Bhd., atas sokongan dan kesudian membantu menyebarkan hebahan dan berkongsi video promosi Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Melalui jenama EKONG Auto Air Conditioning Services, beliau mengusahakan lima cawangan iaitu tiga di Terengganu, satu di Kuantan dan satu di Bandar Saujana Putra, menawarkan kepakaran dalam perkhidmatan penghawa dingin kenderaan. Buat yang berada di kawasan berkenaan dan memerlukan servis penghawa dingin kereta, bolehlah mendapatkan perkhidmatan di cawangan-cawangan EKONG yang berhampiran. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Biarkan selawat Asyghil bergema. Kerana ada saatnya kita tidak mampu mengubah dunia dengan tangan dan kata-kata. Namun kita masih mampu menadah tangan dan memohon kepada Allah. Moga Allah memelihara keselamatan umat, mengangkat kesusahan mereka yang ditimpa musibah, serta mengurniakan keamanan buat kita dan saudara-saudara kita di Palestin dan seluruh bumi yang sedang bergolak. Selawat bukan sekadar alunan di bibir, tetapi doa yang terbang membawa harapan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih Ustazah Siti Hajar Ghazali atas sokongan dan kesudian menyampaikan jemputan kepada seluruh masyarakat untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga seruan yang penuh kasih dan mahabbah ini menjadi asbab lebih ramai hati terpaut untuk bersama-sama menghidupkan malam yang dipenuhi selawat, ukhuwah dan muafakat. Insya Allah, kita bertemu pada Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

NR Therapy Centre⁠ menjemput seluruh masyarakat untuk hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan di adakan di Masjid Bandar Saujana Putra. Raikan malam yang penuh keberkatan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sambil mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat muafakat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dan yang paling menarik, jangan lupa singgah ke booth kami! 🧠 Dapatkan Pemeriksaan Gelombang Otak secara PERCUMA dan ketahui rahsia disebaliknya dalam hanya beberapa minit. Pelbagai promosi istimewa turut menanti anda di sana. Ayuh, bersama kami! Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Al Ghazali atas sokongan dan jemputan yang penuh ceria. “Kami tak sabar nak berj
+1
Terima kasih Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Al Ghazali atas sokongan dan jemputan yang penuh ceria. “Kami tak sabar nak berjumpa dengan kawan-kawan serta ibu ayah semua. Semoga kita dapat bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Jumpa semua di sana! “ Semangat yang dipamerkan oleh anak-anak ini menjadi gambaran indah bagaimana nilai mahabbah, adab dan muafakat dapat disemai sejak usia muda. Semoga usaha yang baik ini terus melahirkan generasi yang mencintai Rasulullah ﷺ, menghargai keharmonian masyarakat dan menyumbang kepada pembinaan peradaban yang lebih baik. Insya Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih Ustazah Nurul Syahida Arifin atas sokongan dan perkongsian yang sangat bermakna. Perkongsian yang disampaikan telah merumuskan dengan baik aspirasi dan tujuan penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga menjadi asbab lebih ramai hadir untuk bersama-sama berselawat, mengeratkan muafakat dan menyuburkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Masih ingat malam yang menyatukan ribuan hati pada 16 Mei lalu? Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi saksi kecintaan umat kepada Rasulullah ﷺ, di tengah-tengah kota yang tidak pernah tidur. Daripada momen penuh mahabbah itu, kita melangkah ke sebuah himpunan yang membawa aspirasi baharu. 17 Jun 2026 | Awal Muharram Kita akan bertemu sekali lagi dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat Mengangkat semangat mahabbah, muafakat dan perpaduan. Semoga selawat terus menjadi jambatan yang menyatukan hati-hati kita. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Terima kasih Pak Lang Z (Zack Budak Kacamata). Sokongan dan kesudian para pempengaruh serta penggiat media sosial membantu menyebarkan hebahan program amat kami hargai. Semoga usaha ini menjadi asbab semakin ramai masyarakat hadir menghidupkan majlis selawat, memperkukuh silaturrahim dan menyemarakkan semangat muafakat dalam kalangan rakyat. Jazakumullahu khairan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

KOTA MADINAH, KOTA MELAKA, NEGARA MALAYSIA Melaka : Kota Dunia yang Menyatukan Kepelbagaian Empayar Melaka pernah muncul sebagai antara pusat perdagangan dan ketamadunan terpenting di dunia. Catatan sejarah menyebut bahawa terdapat sehingga 83 bahasa yang dipertuturkan oleh para pedagang dan masyarakat dari pelbagai bangsa yang berhimpun di Melaka. Kehadiran masyarakat dari Arab, India, China, Jawa, Bugis, Parsi, Siam, Champa dan pelbagai wilayah lain menjadikan Melaka sebuah kota kosmopolitan yang kaya dengan budaya, ilmu dan ekonomi. Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa dan latar belakang, Melaka berjaya mewujudkan suasana yang aman, stabil dan harmoni. Keamanan inilah yang menjadi faktor utama sehingga Melaka berkembang sebagai pelabuhan entrepot yang disegani dunia. Keadaan ini mempunyai persamaan dengan Malaysia hari ini yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Kepelbagaian bukanlah satu kelemahan, bahkan menjadi kekuatan apabila diurus dengan hikmah, toleransi dan saling menghormati. Hakikatnya, model kehidupan masyarakat majmuk ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia mengambil inspirasi daripada sebuah kota yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW, iaitu Kota Madinah. Melalui kepimpinan yang berteraskan kasih sayang, keadilan dan penghormatan terhadap hak setiap komuniti, Madinah menjadi contoh bagaimana masyarakat yang berbeza latar belakang mampu hidup bersama dalam keamanan dan kemakmuran. Melaka membuktikan bahawa kepelbagaian boleh menjadi asas kekuatan sesebuah tamadun, manakala Malaysia hari ini membuktikan bahawa warisan tersebut masih boleh diteruskan. Apabila keadilan, toleransi dan nilai kemanusiaan dijadikan asas, perbezaan bukan lagi sebab perpecahan, tetapi menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat menuju kemajuan bersama. 'Kita hanyalah penerus pada apa sudah ada, tanggungjawab kita untuk terus memeliharanya'. Oleh : Izzuddin Al Jitrawiy Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Izzuddin Al Jitrawiy Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Izzuddin Al Jitrawiy Terbitan : Sekretariat MJMD

Gamelan Rindu Baginda bukan sekadar sebuah lagu, tetapi luahan rasa cinta dan kerinduan kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad ﷺ. Melalui alunan yang menyentuh jiwa dan bernuansa warisan, karya ini mengajak kita menghayati makna mahabbah, adab dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ yang menjadi asas kekuatan umat sepanjang zaman. Moga setiap alunan menjadi wasilah menyuburkan cinta, melembutkan hati dan menyatukan masyarakat dalam semangat muafakat serta kasih sayang. “Gamelan Rindu Baginda” Karya : BangTam Forte Dipersembahkan oleh Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulatl #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

HADIR BERBUSANA Busana tradisional adalah lambang adab, jati diri dan warisan yang diwariskan turun-temurun oleh generasi ter
+1
HADIR BERBUSANA Busana tradisional adalah lambang adab, jati diri dan warisan yang diwariskan turun-temurun oleh generasi terdahulu. Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, para hadirin digalakkan hadir dengan pakaian busana Melayu atau busana yang sopan dan kemas bagi memeriahkan suasana majlis. Bertanjak, bersongkok, berbaju Melayu, berkebarung, berkurung atau berbusana Muslimah yang labuh dan sopan — semuanya mencerminkan keindahan budaya yang dibentuk oleh nilai hormat, kesantunan dan kemuliaan akhlak. Bersama-sama kita berhimpun dalam mahabbah kepada Rasulullah ﷺ, mengeratkan silaturrahim, memperkukuh muafakat dan menyemarakkan semangat peradaban yang berteraskan adab dan kasih sayang. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

2 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Antara sebab utama Islam berkembang dan membina tamadun yang kuat ialah
2 HARI LAGI MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Antara sebab utama Islam berkembang dan membina tamadun yang kuat ialah kerana wujudnya persaudaraan, kesatuan hati dan semangat saling membantu sesama umat. Hari ini, dalam dunia yang semakin mencabar, semangat muafakat, saling menghormati dan kasih sayang sesama masyarakat tetap menjadi asas kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Rasulullah ﷺ bersabda : ❝ Hendaklah kamu berjemaah dan jauhilah perpecahan. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpisah daripada kumpulannya. ❞ — Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i Hadis ini mengingatkan kita bahawa kekuatan terletak pada kebersamaan, bukan perpecahan. Mudah-mudahan semangat muafakat terus subur dalam masyarakat demi agama, negara dan generasi akan datang. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Dari Nabi Ibrahim AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS, sehinggalah kepada Rasu
Dari Nabi Ibrahim AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS, sehinggalah kepada Rasulullah ﷺ , Al-Quds menjadi saksi perjalanan risalah para nabi sepanjang zaman. Di bumi inilah mereka berdakwah, beribadah dan meninggalkan jejak perjuangan yang menjadi sebahagian daripada sejarah umat Islam. Sebab itu Al-Quds bukan sekadar warisan sejarah. Ia adalah warisan akidah dan peradaban umat Islam. Jom hadir ke program MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT untuk rasai pengalaman VR 360° di Booth Pameran Cinta Al-Quds. 📅 17 Jun 2026 🕒 3.00 petang - 10.00 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Baitulmaqdis Milik Ummah #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih Ustaz Izzhar Nazri (Daie Izhar). Sokongan dan doa daripada para asatizah amat bermakna dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga ikatan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ terus menjadi asas kepada muafakat, perpaduan dan keharmonian masyarakat. Jazakumullahu khairan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA : APAKAH MAKNA DI SEBALIK IKATAN INI? Pernahkah kita bermuhasabah, mengapa ungkapan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada begitu mendalam kesannya dalam jiwa bangsa kita? Ia bukan sekadar satu slogan warisan, bahkan merupakan teras kestabilan dan identiti negara yang menyatukan kita merentasi kepelbagaian. Mari kita renungi tiga perkara utama mengapa hubungan ini begitu istimewa dalam peradaban kita : 1. Hubungan pohon dan akar Ibarat sebuah pohon yang besar, institusi Raja adalah tunjang yang memayungi, manakala rakyat adalah akar yang mengukuhkan. Tanpa akar, pohon tidak teguh; tanpa rakyat yang bersatu, institusi Raja tidak akan lengkap. 2. Prinsip timbal balas Hubungan ini dibina atas dasar tanggungjawab Raja yang memimpin serta melindungi kebajikan rakyat, dan di sisi lain, rakyat memberikan taat setia yang tulus. Inilah kontrak sosial yang menjamin keharmonian negara kita kekal terpelihara. 3. Kesetiaan sebagai jiwa bangsa Dalam Rukun Negara, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara mengingatkan kita tentang pentingnya semangat kebersamaan dan perpaduan. Ia bukan sekadar simbol ketaatan, tetapi satu nilai yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang sebagai satu bangsa yang bermaruah di bawah satu payung naungan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat merupakan satu medan untuk kita merawat jiwa dan memperkukuh ikatan ini. Bayangkan keindahan apabila kita berkumpul, melantunkan selawat bersama-sama, dan membina semula semangat muafakat yang telah sekian lama menjadi kekuatan nenek moyang kita. Ia adalah saat untuk kita menenangkan jiwa sekaligus memperbaharui tekad sebagai rakyat yang cintakan kedaulatan. Jemput hadir bersama keluarga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 🕒 Bermula jam 3.00 petang 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Oleh : Abammard Terbitan : Sekretariat MJMD ——— Sumber Rujukan : https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=raja-dan-rakyat-berpisah-tiada https://www.utusan.com.my/nasional/2019/07/raja-dan-rakyat-berpisah-tiada-2 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Abammard Terbitan : Sekretariat MJMD

Repost from N/a
🕌 Ramai mengenali kisah Al-Quds melalui berita… Tetapi sebenarnya, Allah sudah memperkenalkannya kepada kita melalui Al-Quran. “Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya.” (Al-Isra’ : 1) Sebuah bumi yang Allah sendiri muliakan. Namun hari ini… Sejauh mana kita benar-benar mengenalinya? Ayuh bersama-sama hadir ke “Malam Berselawat Menjunjung Daulat” di Masjid Bandar Saujana Putra, di mana Sekretariat Cinta Al-Quds bersama Yayasan MyAqsa akan mengadakan Booth Pameran Cinta Al-Quds yang membawa kita lebih dekat mengenali kisah, sejarah dan kedudukan Al-Quds dalam Islam. 📅 17 Jun 2026 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Jumpa di sana. Kongsikan kepada sahabat dan keluarga. #malamberselawatmenjunjungdaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #CintaAlQuds #TigaKotaSuci #baitulmaqdis

Apakah yang menjadikan Kesultanan Alam Melayu terus relevan sehingga hari ini? Adakah ia sekadar warisan sejarah, atau masih
Apakah yang menjadikan Kesultanan Alam Melayu terus relevan sehingga hari ini? Adakah ia sekadar warisan sejarah, atau masih mempunyai peranan dalam memelihara agama, perpaduan dan kestabilan negara? Sertai Forum Perdana sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan mengupas sejarah, peradaban dan peranan Institusi Kesultanan dalam pembinaan sebuah masyarakat yang harmoni, beradab dan sejahtera. Panel: • Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan • Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Moderator: • Ustaz Angah Sunan FORUM PERDANA MBMD “Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu” 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕣 8.40 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

ULAMA & UMARA’ DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA Di sebalik kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa, berdiri para ulama yang membimbing pemerintah, mendidik masyarakat dan mengembangkan syiar Islam. Hubungan erat antara ulama dan umara’ inilah yang menjadi antara asas kekuatan Melaka sehingga muncul sebagai sebuah tamadun yang disegani di Alam Melayu. Antara tokoh yang sering dikaitkan dengan perkembangan Islam di Melaka ialah Sayyid Abdul Aziz yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai ulama yang datang dari Jeddah dan mengajar agama kepada pemerintah Melaka. Selain itu, Maulana Abu Bakar pula terkenal sebagai pembawa kitab Durr al-Manzum dan dikaitkan dengan pengajaran ilmu agama kepada Sultan Mansur Shah serta para pembesar Melaka. Tradisi keilmuan ini diteruskan oleh tokoh-tokoh lain seperti Kadi Maulana Yusuf, Kadi Munawwar, Maulana Sadar Jahan dan beberapa ulama yang disebut dalam sumber-sumber sejarah Melayu. Kehadiran mereka menunjukkan bahawa Melaka bukan sekadar pusat perdagangan yang penting, bahkan turut berperanan sebagai pusat ilmu, dakwah dan perkembangan tamadun Islam di rantau Nusantara. Hubungan antara ulama dan pemerintah pada zaman tersebut memperlihatkan bagaimana ilmu, kepimpinan dan dakwah saling melengkapi dalam pembinaan sebuah masyarakat yang teratur dan berperadaban. Namun demikian, sejarah sentiasa terbuka kepada penelitian dan penemuan baharu. Sebahagian tokoh mempunyai sandaran yang lebih kukuh dalam manuskrip dan kajian akademik, manakala sebahagian yang lain masih memerlukan kajian lanjut oleh para sarjana dan pengkaji sejarah. Oleh : Zawawi Omar Terbitan : Sekretariat MJMD ——— Sumber Rujukan :Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) https://www.sabrizain.org/malaya/library/sulatus.pdfMelaka Sebagai Pusat Islam Abad Ke-15 Masihi (UKM) https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/SARI/SARI-1983-0101-02.pdf.pdfSumbangan Madrasah Pulau Besar Terhadap Perkembangan Islam di Melaka https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JTuah/article/view/680/537Peranan Ulama Dalam Penyebaran Ajaran Islam di Pulau Besar https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/download/17134/10868/45826Sulalatus Salatin (Wikipedia BM) https://ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin