es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

Ir al canal en Telegram

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
508
Suscriptores
Sin datos24 horas
+127 días
+1230 días
Archivo de publicaciones
𝗕𝗔𝗜𝗧𝗨𝗟𝗠𝗔𝗤𝗗𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗔𝗧. Daripada Abu Umamah RA, bersabda Rasulullah SAW: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس. “Sentiasa berada dalam kalangan umatku dari kalangan yang menyerlahkan diri mereka secara terbuka dan nyata, menegakkan kebenaran, menghadapi musuh dengan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan (dihentikan) oleh orang-orang yang mengecewakan mereka, sehinggalah datangnya perintah Allah (memenangkan mereka) dalam keadaan mereka terus meneruskan perjuangannya”. Lalu para sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah dan di mana mereka berada?” Sabdanya: “Di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis”. (HR Ahmad) https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

https://vt.tiktok.com/ZSbbLExpw/ 7 Oktober 2023. Tiga tahun sejak Taufan Al-Aqsa. Satu peristiwa yang mengubah perhatian dunia terhadap Palestin dan Al-Aqsa. Hari ini, dunia terus bergerak. Berita silih berganti. Isu datang dan pergi. Tapi persoalannya.. Adakah kita juga sudah melupakannya? Tarikh ini bukan sekadar untuk mengenang apa yang berlaku. Tetapi untuk kita berhenti sejenak dan bertanya: Apa yang sudah kita lakukan? Adakah kita sudah buat yang terbaik? Perjuangan itu masih belum selesai. Dunia mungkin sudah beralih perhatian. Jangan sampai kita turut beralih hati. Simpan. Komen, Kongsi. Sebarkan. Jangan biarkan ia tenggelam di media sosial. #taufanalaqsa #masjidalaqsa #palestine #gaza #bangkitalquds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

https://vt.tiktok.com/ZSbXUHDeX/ 5 & 7 OKTOBER. DUA HARI. LINTASAN DITUTUP. Tebing Barat dan Gaza dikenakan penutupan lintasa
+6
https://vt.tiktok.com/ZSbXUHDeX/ 5 & 7 OKTOBER. DUA HARI. LINTASAN DITUTUP. Tebing Barat dan Gaza dikenakan penutupan lintasan pada 5 dan 7 Oktober 2026. Apa yang berlaku bila lintasan ditutup? 🇵🇸 Pergerakan rakyat Palestin terhad. 💼 Permit kerja terjejas. 🚑 Kes perubatan & kemanusiaan perlu kelulusan khas. 🚚 Kemasukan bantuan ke Gaza dihentikan pada dua hari tersebut. Dan ada satu lagi perkara yang mungkin ramai tak tahu, sekatan ini tidak terpakai kepada warga Israel yang menggunakan checkpoint di Tebing Barat. Swipe untuk faham apa yang berlaku. Jangan sekadar nampak berita. Fahami apa yang ada di sebaliknya. 📲 Kongsikan supaya lebih ramai tahu. @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

🕌 Jom sambung kembara Yusuf & Khadeejah! Kali ini, mereka nak tahu… “Betul ke Masjidil Aqsa pernah menjadi kiblat pertama umat Islam?”👀 Ya! Sebelum umat Islam menghadap Kaabah dalam solat, Masjid Al Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam. Masjidil Aqsa bukan sekadar sebuah tempat suci, tetapi mempunyai sejarah yang sangat dekat dengan perjalanan umat Islam dan Rasulullah ﷺ. Dalam episod kali ini, Yusuf & Khadeejah belajar tentang kiblat pertama umat Islam dan mengapa Masjidil Aqsa begitu penting dalam sejarah Islam. 🤍 🌿 Ikuti Siri Kembara Yusuf & Khadeejah: Kenali Al-Quds — Episod 4. Jom kembara bersama mereka dan kenali Masjidil Aqsa, satu ilmu pada satu masa. ✨ 📚 Selawat & Sirah — 30 Minit Setiap Hujung Minggu 💻 Online Save, Share & Follow @bangkitalquds untuk ikuti kembara seterusnya! #bangkitalquds #masjidalaqsa #kiblat #didikananak #Palestin https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqGwAH7g/ Episod 3 https://vt.tiktok.com/ZSbLNXyoT/ Episod 4 https://vt.tiktok.com/ZSbmqku91/

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarg
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Ali atas pemergian beliau. Pemergian insan yang telah banyak menabur bakti ini pastinya meninggalkan kesan yang mendalam. Segala jasa, sumbangan dan keteladanan beliau akan terus menjadi kenangan serta inspirasi buat generasi akan datang. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya, menerima amal kebajikan beliau serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan dikasihi. Al-Fatihah. 🤲🏻 Sekretariat Bangkit Al-Quds

https://vt.tiktok.com/ZSbkVdgW6/ Bagaimana kalau sesuatu larangan itu dicabul sedikit demi sedikit, sampai akhirnya ia dianggap biasa dan bertukar jadi undang-undang baharu? ​Isu di Masjid Al-Aqsa ni bukan sekadar soal siapa yang masuk melawat. Tapi bila baru ni ribuan warga Israel mula masuk buat ritual Yahudi yang dilakukan secara terbuka, status quo yang dijaga selama ni makin terhakis di depan mata! Siapa sebenarnya yang sedang memegang kuasa penentu kat sana? ​Jom tonton sampai habis. Jangan simpan sorang-sorang, SHARE video ni supaya lebih ramai ramai yang tahu! #masjidalaqsa #statusquo #palestine #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

https://vt.tiktok.com/ZSbNPtq9D/ PULUHAN NEGARA TERMASUK MALAYSIA WALKOUT SAAT UCAPAN NETANYAHU DI PBB “Jika masih ada pengecut yang tidak bermoral dan belum keluar dari dewan ni, segera keluar sekarang.” Kata-kata Benjamin Netanyahu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ini ternyata mengundang reaksi apabila puluhan perwakilan antarabangsa bangun dan melakukan walkout sebaik sahaja beliau memulakan ucapan. Dewan yang tadi dipenuhi perwakilan, mula kelihatan kosong. Netanyahu melabelkan mereka yang keluar sebagai “pengecut”, namun mereka tetap bangun dan meninggalkan dewan sebagai tanda protes. Satu detik yang cukup jelas untuk dilihat dunia. Apa yang berlaku di dewan PBB ini wajar kita ketahui dan fahami. Kebenaran perlu disebarkan. Jom share video ni. Follow Bangkit Al-Quds untuk lebih banyak fakta dan perkembangan tentang Al-Quds, Masjidil Aqsa dan Palestin. #UNGA #netanyahu #israel #freepalestine #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

🕌 Jom sambung kembara Yusuf & Khadeejah! Kali ini, mereka nak tahu… “Sebenarnya, seluas mana Masjidil Aqsa?” Tahukah anda, keseluruhan kompleks Masjidil Aqsa berkeluasan sekitar 144 dunam, lebih kurang seluas 20 padang bola sepak! ⚽ Dalam episod kali ini, Yusuf & Khadeejah belajar tentang betapa luasnya kawasan Masjidil Aqsa dan mengenalinya dengan lebih dekat. 🌿 Ikuti Siri Kembara Yusuf & Khadeejah: Kenali Al-Quds — Episod 3. Jom kembara bersama mereka dan kenali Masjidil Aqsa, satu ilmu pada satu masa. 🤍 📚 Selawat & Sirah — 30 Minit Setiap Hujung Minggu 💻 Online Save, Share & Follow @bangkitalquds untuk ikuti kembara seterusnya! #BangkitAlQuds #MasjidilAqsa #didikanak #Palestine @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqGwAH7g/ Episod 3 https://vt.tiktok.com/ZSbLNXyoT/

🚨 KRITIKAL 2026! REKOD TERTINGGI 1,678 PENCEROBOHAN YAHUDI DI AL-AQSA! Tahun 2026 telah mencatatkan lonjakan paling kritikal dalam sejarah apabila rekod pencerobohan oleh pendatang pelampau Israel ke atas kompleks Masjid al-Aqsa telah dipecahkan. Berdasarkan laporan rasmi daripada Jerusalem Governorate dan agensi berita antarabangsa, sebanyak 1,678 pencerobohan telah direkodkan dalam tempoh dua hari sahaja sempena perayaan Yom Kippur. Apa yang lebih membimbangkan, ia bukan lagi sekadar lawatan biasa. Laporan lapangan mengesahkan tindakan provokasi yang melanggar status quo sejarah, termasuk: 👉 Penyertaan menteri rejim Israel secara terbuka (Middle East Monitor). 👉 Pelaksanaan ritual keagamaan Talmud, sujud, dan tiupan shofar di dalam kawasan masjid. 👉 Sekatan ketat terhadap jemaah Muslim tempatan. Gelombang kecaman global telah diterima. Jangan sesekali menganggap berita ini sebagai perkara biasa. Normalisasi kehadiran dan ritual Yahudi di tapak suci Islam adalah satu agenda jangka panjang yang perlu ditentang melalui kesedaran dan maklumat yang tepat. Berapa ramai yang baru tahu tentang data terbaharu ini? Sebarkan fakta ini sekarang #masjidalaqsa #FreePalestine #YomKippur #IsuTerkini #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

Bila pemimpin tertinggi mereka berani terjah masuk dan buat ritual di tanah suci kita... adakah kita masih nak anggap ini isu biasa? ​Apa yang kita nampak di media sosial hari ini hanyalah permukaan kepada satu perancangan besar. Dari terowong bawah tanah hinggalah pencerobohan terbuka di atas tanah, mereka sedang cuba mengubah identiti sebenar Al-Aqsa! ​⚠️ Fakta penting yang ramai terlepas pandang: 1️⃣ Tembok Al-Buraq (atau Western Wall) sebenarnya adalah sebahagian daripada tembok kompleks suci Al-Aqsa sendiri. 2️⃣ Pengurusan mutlak tapak seluas 144 dunam ini adalah hak sah Jabatan Wakaf Islam Jordan mengikut undang-undang antarabangsa dan prinsip Status Quo. ​Tindakan mereka menceroboh dan melakukan ritual di dalam kawasan suci ini jelas adalah satu pencabulan terang-terangan! ​Kita tak boleh terus membisu. Tugas kita hari ini adalah membongkar naratif palsu mereka, menyebarkan fakta yang benar, dan memastikan kesedaran ini tidak mati di skrin telefon kita sahaja. ​👉 SHARE video ini seluas-luasnya, like, dan terus bersuara untuk Al-Aqsa! #MasjidAlAqsa #Baitulmaqdis #BangkitAlQuds @SahabatBangkitAlQuds

Setiap daripada kita ada kepakaran, ruang dan cara tersendiri untuk menyumbang. Ada yang mendidik. Ada yang berkongsi ilmu. Ada yang mencipta kandungan. Ada yang menggunakan seni, media, penulisan atau kemahiran yang dimiliki. Seperti yang dikongsikan oleh Tuan Khairulrijal Khalid dalam video ini, gunakan apa yang kita ada untuk mengenalkan Al-Quds, menyebarkan kesedaran dan menghubungkan lebih ramai hati dengan Baitulmaqdis. Kerana peranan kita mungkin berbeza, tetapi amanah untuk mengenali dan mengenalkan Al-Quds adalah milik kita bersama. 🕌🤍 Apa yang anda boleh lakukan untuk Al-Quds? #BangkitAlQuds #AlQuds #Baitulmaqdis #MasjidAlAqsa #KenaliAlQuds @SahabatBangkitAlQuds

https://vt.tiktok.com/ZSqc3VqDs/ Kami ingat yang paling teruja dengan VR Al-Aqsa ialah anak-anak. Rupanya, ibu bapa pun sama. Ada yang masuk sebab nak teman anak, tapi keluar dengan macam-macam soalan dan cerita. Sepanjang booth ini, kami jumpa ramai orang dengan pengalaman yang berbeza. Ada yang selama ini mengenali Palestin hanya melalui berita tentang konflik dan peperangan. Bila diperkenalkan kepada Al-Quds dari sudut sejarah, Masjid Al-Aqsa dan kedudukannya, ada yang baru sedar rupanya banyak perkara yang mereka belum tahu. Ada yang pernah sampai sendiri ke Al-Aqsa dan berkongsi pengalaman dengan kami. Ada yang memberi informasi yang sebelum ini kami sendiri tak pernah dengar. Dan ada momen yang cukup menyentuh hati. Ada yang sebak. Ada yang menangis. Ada yang berkongsi rasa tanggungjawab yang mula timbul dalam diri. Ada yang pesan, “Teruskan usaha ini.” Ada juga yang kata, “Nanti balik saya nak cerita pada anak-anak tentang Al-Quds.” Mungkin bagi mereka, itu cuma satu kunjungan ke booth. Tapi bagi kami, setiap pertemuan, soalan, cerita dan kata-kata yang ditinggalkan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga semakin ramai mengenali Al-Quds, memahaminya dengan lebih dekat dan mula merasakan tanggungjawab terhadapnya. Kerana dari situ, lahir kesedaran. Dari kesedaran, tumbuh kecintaan. Dan dari kecintaan, kita bangkit untuk bertindak — berkongsi, menyebarkan kefahaman dan membawa Al-Quds lebih dekat kepada keluarga serta generasi kita. Moga langkah kecil ini terus bersambung, dari seorang kepada seorang, dari satu keluarga kepada keluarga yang lain. 🤍 #masjidalaqsa #bangkitalquds #MasjidAlMunawwarah @SahabatBangkitAlQuds

photo content
+9

photo content
+9