cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Tips Rezeki Deras

Assalamualaikum wbt, Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕

Show more
Advertising posts
2 017Subscribers
No data24 hours
+67 days
-1430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Fokus dan istiqomah pada satu doa iaitu doa yang mana yang menjadi kepentingan pada diri kita. Jika masalah utama kita adalah sering GAGAL menjaga ISTIQOMAH, maka fokuskan kepada doa khusus bagi tujuan tersebut agar kita tidak terlalai atau tersasar atau terhanyut dari pengaruhi duniawi dan nafsu. Justeru , fokus pada doa ini iaitu dibaca setiap hari samada di dalam sujud solat, ketika mood menurun, ketika diuji dan ketika di dalam kesenangan. Kaya harta tetapi miskin amal adalah SIA-SIA. ~MRJ
Show all...
*DAPAT HADIAH BARANG KEMAS HABIB SELEPAS AMALKAN TEKNIK ND* Sebelum masuk dewan akak ni dah buat *Teknik Nafas Doa* siap2 dan berdoa untuk dapat lucky draw HABIB Tengoklah happy wajahnya dapat sebijik apa yg akak ni nak. Alhamdulillah Allah yg izinkan.. Nak jadi sebahagian daripada keluarga Nafas doa boleh pm sy personal Atau daftar di sini https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Show all...
[Separuh Harga] Setel Masalah dalam hidup anda‼️ Ingat lagi Nafas Doa? Dah ada 24 ribu peserta yg belajar ND. Terbaru, ND ada pakej Jimat. ❌Bukan RM100 ❌Bukan RM90 ❌Bukan RM80 ❌Bukan RM70 Bukan dan bukan. Yang pasti, ianya lebih *Mampu Milik*. Boleh terus tengok sini : https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Show all...
Wanita itu... 1. Wanita hebat itu bukanlah yang tidak pernah menangis tetapi wanita itu terus istiqamah di tengah ujian, cabaran dan godaan. 2. Dia tahu...Jauh lebih baik kehilangan sesuatu untuk Tuhan daripada kehilangan Tuhan untuk mendapatkan sesuatu. 3. Cintanya tidak pernah padam. 4. Memiliki dua kecantikan, zahir yang tertutup rapi dan batinnya yang terhias dengan akhlak terpuji. 5. Menggunakan mulutnya untuk mengucapkan kebaikan, suaranya untuk menyebar kasih sayang, telinganya untuk sifat ihsan dan hatinya untuk tetap mencintai orang yang tidak menyukai dan membenci. 6. Dia seperti perhiasan, cantiknya menyejukkan hati dan lembutnya mendamaikan kemarahan. 7. Wanita yang baik itu bila mata melihatnya memberi rasa bahagia. 8. Mulianya dia kerana setia pada agama dan cinta pada PenciptaNya. 9. Sentiasa dan tidak pernah jemu melazimi lidahnya dengan Zikrullah. 10. Sentiasa mengukir senyuman sekalipun hatinya terluka 11. Berinteraksi dengan Allah adalah jalan dia meluahkan beban dan sengsara. 12. Rumah Allah tempat healing terbaik. 13. Cinta tertingginya bukan untuk makhluk namun pada Allah dan RasulNya. Aminah Mat Yusoff #BicarakuKeranaAllah #AllahSentiasaDhati
Show all...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa hari Ahad بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ A’udzubillah – aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim Aku memuji Dia di atas pujian semua yang memuji Ya Allah, Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.. Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku Dengan kitab-Mu, legakan dadaku Dengan bacaannya, ringankan bebanku Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku, Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Show all...
*[Separuh Harga]* Setel Masalah dalam hidup anda‼️ Ingat lagi Nafas Doa? Dah ada 24 ribu peserta yg belajar ND. Terbaru, ND ada pakej Jimat. ❌Bukan RM100 ❌Bukan RM90 ❌Bukan RM80 ❌Bukan RM70 Bukan dan bukan. Yang pasti, ianya lebih *Mampu Milik*. Boleh terus tengok sini : https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Show all...
1
Bermanfaat Bukan Untuk Popular Hiduplah seperti akar… yang rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tidak pernah melihatnya ke bawah Hiduplah seperti akar… yang memberi makanan dan air kepada pohon serta tidak pernah meminta kembali Hiduplah seperti akar… yang berperanan utama menghidup dan mengukuhkan pohon, meskipun tidak pernah ada yang memujinya Hiduplah seperti akar… yang menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun tidak pernah ada yang memberikan penghargaan buatnya Rasulullah SAW bersabda: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48) Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW: أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. (Riwayat at-Tabarani) Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ : 6/139 Jadilah kita bermanfaat kepada orang lain serta rela berbagi dan ikhlas memberi. Hadirnya kita sentiasa dinanti dan ketiadaan kita amat dirindui. Jika engkau tidak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan buah yang lebat, maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberikan teduhan bagi yang lelah Jika engkau tidak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman bagi dunia, maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan-haiwan penternak Jika engkau tidak mampu menjadi bunga, maka janganlah menjadi duri #SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
Show all...
1
Kalau memang NIAT nak tolong suami cari duit lebih jangan sampai kewajipan diri sendiri terabai. . Contoh AURAT dan SOLAT. . Kadang sebab sibuk nak tolong cari duit lebih untuk bantu suami, solat kita pun dihujung-hujung waktu. . Kadang kita nak tolong suami sampaikan aurat kita sendiri kita tak amik kisah. . Fikir kita tak apalah, suami yang tanggung dosa kita. . Yaaa. Suami tu dapatlah dosa sebab DAYUS tak tegur isteri, tak TEGAS jaga maruah isteri. . Yang kita ni isteri pun berdosa jugak. . Bukan tak tahu jaga aurat tu WAJIB. Kewajipan atas diri sendiri. . Takkan nak jaga aurat sendiri pun nak nanti BERSURUH dari suami. . Tu PERINTAH Allah kan. JAGA lah. Suami suami lah. Kita ni tak kan nak biarkan diri tu buat maksiat. . Sebab tu jangan lah pelik kenapa makin nak ditolong suami tu makin rasa SEMPIT tetap rasa tak CUKUP duit tu. . Sebab dalam pencarian rezeki tu sendiri kita dah buat maksiat pada Allah. . Tak jaga aurat tu. Solat sambil lewa. Tak jaga TAQWA pada Allah. Lupa nak jaga REDHO Allah. Lupa nak jaga KEBERKATAN REZEKI. . Nak rezeki LANCAR kena jaga apa yang Allah SURUH. Kena tinggal apa yang Allah LARANG. . Jaga aurat ni kewajipan atas diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas aurat sendiri. . Suami kalau suruh buka aurat pun isteri WAJIB engkari. Sebab tiada ketaatan kepada suami dalam perkara maksiat. . Fikir fikirkan lah. Sebelum nak tolong suami kena tolong diri sendiri dulu. Tolong jaga kewajipan diri sendiri dulu. . Jangan aniaya diri sendiri. Kita ni isteri ada HAK untuk dilayan baik, disantuni suami. . Tapi kalau diri kita sendiri tak pandai nak hormati, nak sayangi diri sendiri, macam mana Allah nak CAMPAK dalam hati suami tu untuk menyantuni kita sebagai isteri yang selayaknya? . Kita isteri kena hargai diri sendiri dulu dengan jaga kewajipan diri. . Jaga aurat ni kewajipan diri. Suami sekadar membantu menasihat mengingatkan je. Yang kena BERTINDAK diri kita sendiri. . Bila isteri BERHATI-HATI jaga aurat dan maruah diri, nanti Allah GERAK kan hati suami tu untuk menyantuni MARUAH kita pula. . Suami kalau nampak isteri yang pandai jaga maruah diri, nanti suami tu akan TIMBUL rasa HORMAT. . Dia akan rasa nak hormati kita selayaknya sebagai seorang wanita yang islam sendiri dah angkat maruah wanita ni dikedudukan yang BAIK. . Bukan macam wanita zaman jahiliah dulu yang mana wanita nya diperhambakan. Direndah-rendahkan maruah tu. . Bila islam datang, islam angkat darjat wanita ni. Jaga lah baik-baik kemuliaan yang Allah dah bagi tu. . Jaga aurat sesempurna mungkin. Bukan sebab nak tunjuk kita ni baik. Tapi sebab nak PATUH perintah Allah yang satu ni. . Jadi isteri kena tahu hak diri. Mana yang lebih UTAMA kena utamakan 😊 . Bila isteri BERTAQWA urusan suami Allah bagi jadi mudah
Show all...
3
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. . Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. . 13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. . . – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. . Kredit kepada Penulis Asal
Show all...