cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Sebarkan kebaikkan

Tips menjemput rezeki

Show more
Advertising posts
532
Subscribers
-124 hours
-17 days
-530 days
Posts Archive
BERKIRA-KIRA MENYEMPITKAN REZEKI. "Berkira-kira" yang Saya nak share kali ni bukanlah pasal bakhil. Tapi lebih kepada berkira-kira dalam pekerjaan. Biasanya orang niaga akan set berapa sales dia nak buat. Tak salah pun, cuma kalau salah langkah, baik-baik nak dapat rezeki lebih, malah jadi sebaliknya. Terlampau fokus mengejar, maka rezeki akan lari. Sepertimana yang kita faham, dan Saya selalu share, rezeki BUKAN untuk dikejar. Tapi DiPANCING, DiJEMPUT atau DiTARIK. Selalunya bila nak kejar sales, hari-hari kita akan kira. Cukup tak, achieve ke tidak. Lama-lama kita jadi stress fikir. Bila stress hati dan fikiran tak tenang, macam mana nak buat kerja? Akhirnya yang kita tulis, yang kita kongsi jadi tak ikhlas. Bila tak ikhlas, kita stress rezeki pun makin jauh. Sebab asas utama rezeki adalah hati yg tenang. Satu lagi, selalunya kalau dah fokus sales (dunia) fokus pada urusan akhirat sedikit sebanyak akan terjejas. Betul tak? sebab kita akan terkejar-kejar masa. Jadi, lebih baik nikmatin saja. Fokus untuk Tarik Rezeki bukan KEJAR REZEKI. Itu lebih mudah. Sebab kejar akhirat, dunia pun akan menyusul. Assalamualaikum Wbt Salam Dhuhah
Show all...
Nikmat itu ujian. Ujian itu nikmat. Allah bagi nikmat bermakna Allah sertakan sekali ujiannya. Begitulah maksudnya. Nak explain lelebih tak larat pulak pagi ni 😅 Jangan dukacita tak dapat nikmati apa yang orang lain nikmati kerana kita tak tahu ujian apa yang ditanggungnya. Sentiasalah bersyukur dan laluinya dengan tabah. 😪 Semoga dipermudahkan semuanya. Jom selawat dan istighfar. Sungguh! itulah ubat yang paling mustajab untuk menghilangkan kegusaran hati. Assalamualaikum Wbt Salam Dhuhah
Show all...
MUHASABAH DIRI Ada Banyak Beza Antara Hari Ini Dengan Esok Jika Mahu Buat Baik Jangan Tunggu Esok Jika Mahu Berubah Jangan Tunggu Esok Jika Mahu Bertaubat Jangan Tunggu Esok Jika Ingin Beribadah Jangan Tunggu Esok BermulaLah Pada Hari Ini KembaliLah pada Allah Usia di bagi pada 3 bahagian Semalam yang tidak mungkin berulang lagi Esok belum pasti milik kita. Hari ini Hari ini peluang untuk kita melakar sejarah buat yang sehabis baik Kerena mungkin saja hari ini hari terakhir kita di bumi ini. Sentiasa muhasabah diri Murni Usman Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud 10/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Hati adalah anggota badan yang paling letih dalam mengharungi kehidupan . Sepertimana mata , tangan , kaki dan seluruh badan memerlukan rehat , begitu juga dengan hati . Rehat dan rawatan untuk hati itu ialah dengan mendekatkan diri kita kepada Allah . Bagaimana ? Dengan solat , taubat , munajat , istighfar dan selawat . Salah satu waktu yg TERBAIK Di waktu Tahajjud Amat2 menenangkan hati Apa saja yg tak terluah Dengan manusia Saya akan luahkan Segalanya di solat2 TAHAJJUD saya Cubalah Ianya sangat berkesan Hati tenang, Datanglah Badai melanda Hati kita tenang Jew Jom Semua Solat tahajjud Alhamdulillah 🤲 09/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Kematian bukan titik terakhir Kita ,tetapi ianya titik permulaan untuk kehidupan yang kekal. Kita semua bakal jenazah Kita semua sedar dan tahu akan Itu. Tetapi sedih ramai di antara kita Yang sepanjang masa memikirkan Harta untuk menjamin masa hidup Takut di hari mendatang ataupun di hari Tua tiada harta Sehingga kita terlupa yang mungkin Saja kita tak sampai usia tua Dan lagi malang kita juga langsung Terlupa mempersiapkan bekalan Menuju Negeri Abadi Yang KEKAL Dan ketahuilah sebelum sampai Ke negeri abadi terlalu panjang Dan berliku-liku perjalanan yang Perlu kita tempuhi Dan adakah kita sudah cukup Bekal untuk perjalan itu? Pernah kita pikirkan? Renungan2kan wahai diriku Dan semua bakal jenazah . Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 08/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Dimana pun kedudukan kita sekarang, Diatas atau dibawah Didepan atau dibelakang Jangan terlalu menyelesakan diri. Mahu pun terlalu menyalahkan takdir. semua itu hanya sementara. Terpulang kepada tindakan kita hari ini untuk menentukan kedudukan kita di masa hadapan. Usaha berserta dengan doa yg tiada henti InsyaAllah Semua Akan indah pada waktunya Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud 07/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Kita tak dapat rewind masa lalu Ataupun mengintip apa yang akan jadi esok Yang pasti kita boleh melakukan sesuatu Yang awesome hari ini, Untuk memperbaiki masa lalu dan mengukir masa depan Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲
Show all...
Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof Dr Muhammad Sholeh, solat tahajud yang dilakukan secara rutin, ikhlas dan khusyuk dapat menurunkan kadar hormon kortisol (yang boleh menyebabkan tekanan) dalam darah. Justeru, dengan mengamalkan solat tahajud yang mampu menghadirkan ketenangan ini, sistem ketahanan tubuh badan juga dapat ditingkatkan. Demikian maklumat berdasarkan kajian yang telah dilakukan secara saintifik tentang keadaan otak dan fikiran ketika Solat Tahajud. Maka benarlah kata-kata Allah bahawa, dengan mengingati Allah, hati manusia itu akan menjadi tenang. “Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati manusia” (Surah Ar-Ra’d 13:28) [ credit to islam itu indah & tzkrh] JOM TAHAJJUD. Semoga dengannya kita senantiasa beroleh ketenangan & kebahagiaan
Show all...
APA YANG BERLAKU KEPADA OTAK ANDA APABILA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD..? Tahajjud adalah solat sunat tambahan yang sangat digalakkan. Malah dalam satu riwayat, ia adalah solat sunat yang berada di tempat pertama selepas solat fardu. Nabi SAW bersabda: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ. Maksudnya: Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud) (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Shiyam, no. 1163) Daripada Al-Quran dan hadis, kita dapat mengetahui tentang fadilat atau kelebihan yang diperoleh oleh orang yang selalu bangun solat malam. Antaranya ialah diampunkan dosa, dianggap sebagai seorang yang banyak berzikir oleh Allah malah mendapat tempat istimewa di sisi Allah. Namun kali ini penulis ingin membawa para pembaca mengetahui pula apa yang sebenarnya berlaku kepada otak kita apabila menunaikan solat tahajud dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada tubuh badan. Gelombang Fikiran Waktu Tahajud Otak kita sebenarnya tidak ‘tidur’ walaupun kita sedang tidur. Ia masih aktif dan berlaku banyak proses di dalamnya contohnya aktiviti neuron yang berlaku tanpa henti. Jika anda masih ingat iklan susu bayi di kaca televisyen, yang diselangi dengan paparan video menunjukkan aktiviti otak dan penekanan ayat ‘sel-sel otak yang bersambung’, maka itulah yang dinamakan ‘firing neurons’. Aktiviti ini berlaku setiap masa tanpa kita sedar. Aktiviti neuron yang menghasilkan gelombang otak ini boleh dikesan dan dibaca menggunakan satu alat bernama electroencephalograph (EEG). Hasilnya, anda dapat melihat beberapa jenis garisan dengan corak turun naik yang pelbagai. Salah satu jenis gelombang tersebut dinamakan gelombang Alfa. Gelombang Alfa ini biasa terjadi apabila anda bangun daripada tidur, atau baru ingin terlelap atau ketika melakukan meditasi. Kerana solat tahajjud biasanya dilakukan setelah bangun daripada tidur, maka minda ketika itu juga sedang berada dalam fasa gelombang Alfa. Memperoleh Ketenangan Yang Maksimum Ketika dalam fasa gelombang Alfa, minda berada dalam keadaan tenang dan tenteram . Ditambah lagi, amalan solat tahajjud adalah salah satu medium meditasi yang sangat efektif untuk mencapai ketenangan yang maksimum. Menurut kajian, minda dalam fasa gelombang Alfa mempunyai lebih keupayaan untuk fokus berbanding dalam gelombang Delta. Maka, tahajjud adalah masa yang sesuai untuk berdoa dan berkomunikasi dengan Allah kerana kita dapat memusatkan sepenuh perhatian dan fokus kepada apa yang ingin didoakan. Otak Merembeskan Hormon Kegembiraan Di dalam badan kita, terdapat hormon kegembiraan yang dipanggil Serotonin. Ia berfungi membuatkan seseorang itu berasa tenang, nyaman dan bahagia. Di dalam fasa gelombang Alfa, rembesan hormon serotonin dan endorfin yang berlaku juga berupaya membuatkan imunisasi tubuh badan meningkat, pembuluh darah lebar dan jantung menjadi stabil. Ketenangan Meningkatkan Sistem Ketahanan Tubuh Badan Dalam kehidupan yang serba laju ini, kita lebih cepat terdedah dengan tekanan. Ia boleh berpunca daripada beban kerja yang melebihi kebolehan dan kemampuan diri, masalah dalam perhubungan atau apa jua masalah yang tidak dapat diuruskan dengan baik. Kadar ketahanan serta cara setiap orang menguruskan masalah juga berbeza. Kadang-kadang hal yang dilihat kecil pada pandangan orang lain boleh jadi besar dan mampu menyumbang kepada tekanan bagi mereka yang menghadapinya sendiri. Banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan kesan tekanan atau stres kepada tubuh badan contohnya mendedahkan seseorang kepada penyakit, mengganggu sistem pencernaan dan juga mempercepatkan perkembangan sel kanser.
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Belajarlah untuk bersikap sederhana dan tak berlebih-lebihan dalam apapun. Sederhana bila suka, sederhana bila benci, sederhana bila marah, sederhana bila kecewa. Sikap berlebih-lebihan biasanya membawa kerosakan dan keburukan kepada diri kita sendiri. Nasihat untuk diri sendiri dan buat semua yang sewaktu dengannya Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud semua 04/02/202 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Tahajjud perlu di paksa, Sampai la ketahap Korang rasa ianya keperluan Tak lengkap hidup tanpa Tahajjud Dan akhirnya korang akan temui iklas (Pesan guru) Assalamualaikum semua Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲
Show all...
Apabila kita mula bersedekah, ia bermakna kita ada banyak duit. Ia bermakna kita adalah orang kaya. KERANA MAMPU MEMBERI. Dengan bahasa mudahnya kita memberi bukan tanda kita kaya dan ada banyak duit. Tapi hakikatnya kita tidak ada apa-apa pun. "When you start giving, you are rich" - Azizan Osman Masalah mereka yang bersedekah ini ialah sering kali khuatir dan risau bersedekah kerana mahu cepat kaya. Inginkan mandapay balasan 70 kali ganda, 700 kali ganda, 10 kali ganda dan sebagainya. Adakah ianya salah..?? Benar Allah janjikan 70,000% ROI (Return of Investment), mana ada kerajaan bumi yang berani janji sebegini melainkan kerajaan langit. "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah 2:261) Allah telah berjanji, barangsiapa yang bersedekah sekian-sekian, sebanyak sekian-sekian akan mendapat balasan sekian-sekian. Adalah tidak salah kerana kita mengharapkan balasan dari Allah. Sama jugalah halnya jika kita mengerjakan kebajikan kerana ingin mendapatkan bidadari cantik di syurga. Jika kita membuat kebaikan ini, kita akan mendapat balasan ini. Buatlah!! Kerana Allah telah berjanji, engkau buat ini, Aku bagi balasan ini. Jadinya, dalam hal sedekah ini, buatlah seberapa banyak sedekah jika asbab kita mahu menjadi cepat kaya. Hal ini tidak ada masalah kerana Allah telah berjanji dengan ganjaranNya. Maka bergembiralah mengerjakan sedekah yang ikhlas. "Yang menjadi kesalahan ini ialah kita bersedekah kerana mahukan pujian manusia dan mengharapkan manusia. Hal ini salah sama sekali. Berharaplah pada Allah. Selamat bersedekah. Semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat." - Ustaz Azhar Idrus. Ada orang tanya saya, Macam mana nie Tuan? Saya nak duit banyak nie, nak selesai masalah hutang, banyak tu tapi tak tahu nak buat macam mana ni. Nak segera! Jawapannya: Solatlah taubat dulu dua rakaat. Lepas tu pergilah sedekah 10% banyak yang nak sama dengan jumlah yang nak tu. Contoh, Nak RM3000 pergi sedekah RM300 lah. Begitu Semoga bermanfaat buat, murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus. Aamiin Ya Mujib Assalamualaikum Wbt Salam Jumaat Salam Tahajjud Semua 2 Feb 2024 Murni Usman #shareuntukbaikihati
Show all...
Setinggi mana pun pangkat , harta dan kekayaan kita , taraf kita semua sama sahaja sebagai hamba Allah . Oleh itu , jangan bersikap sombong dengan apa yang Allah kurniakan . Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Sahabat ku Allah SWT kan Maha pemurah Alhamdulillah
Show all...
Setinggi mana pun pangkat , harta dan kekayaan kita , taraf kita semua sama sahaja sebagai hamba Allah . Oleh itu , jangan bersikap sombong dengan apa yang Allah kurniakan . Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Sahabat ku Jom PUASA SUNAT Isnin Ataupun ganti puasa ke In Shaa Allah Fahala pahala puasa sunat Isnin pun dapat Allah SWT kan Maha pemurah Alhamdulillah
Show all...
KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN Ketika berbicara soal Kematian, ianya satu perkara yang menggerunkan. Kematian itu suatu kenikmatan bagi pencinta Allah. "Tiap² yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu". (Surah al-Imran:185) Assalamualaikum Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 31/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Ujian itu seumpama jambatan yang membawa kita kepada kegembiraan hasil dari sebuah kesabaran Semoga dipermudahkan segala urusan kita, dunia dan akhirat.
Show all...
Saat Solat Tahajud Adalah Saat Kita Betul2 Rasa Allah Swt Sedang Pandang, Tenung, Hayati setiap bicara kita. Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Pada waktu berkenaan malaikat turun ke bumi. Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan ‘tartil’. Ketahuilah Solat Tahajud Adalah Penyelesaian Segala Persoalan, Amanah, Tanda Tanya di samping mempunyai kelebihan tersendiri. Solat tahajud dilakukan paling minimum iaitu dua rakaat dan paling maksimum tiada batasannya serta diakhiri dengan solat witir sebagai penutup. Ayuh 💪😊 Jom Kita Mula Bertahajud. Jika Tak pernah tahajud atau dah lama tinggalkan tak mengapa kerana boleh mulakan hari ini dan cuba istiqamah dengan bermula solat jam 5am Lama2 InsyaAllaah akan dipermudahkan Untuk istiqamah dan solat lebih awal. Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Show all...
Sabar itu indah, Dan takdir Allah itu lebih baik, Pasti ada hikmah semua yang berlaku. Kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Terus bersangka baik. Pasti indah pada Akhirnya. Rezeki Sabar itu adalah yang paling hebat Salam Isyak
Show all...
Bangun lebih awal dari masuknya waktu subuh, Kita btahajjud & bermunajat kepada Dia Yang Maha Penyayang, Dan kita sambut masuknya hari baru dengan solat subuh di awal waktu.. Jangan sesekali timggalkn tahajjud kita. Itu penyataan ikhlas syukur kita kepada DIA Assalamualaikum DUNIA Selamat bertahajjud semua Alhamdulillah 🤲 JOM TAHAJJUD
Show all...
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita. Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh? 1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa. 2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah! 3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit. 4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah. 1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga. Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Show all...
Terbangun di hujung malam Mencari setitik cahaya di dalam kelam Sedang nafsu merangkul erat Payah Sukar Lelah Seakan tak mampu di tolak hangatnya berbalut gebar. Namun sejalur cahaya di hujung sana Bagai menggamit membakar semangat Bangunlah. Bersujudlah. Berdoalah. Bersyukurlah. Jom TAHAJJUD Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 27/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Moga yang sedang berjuang menggapai impian, Allah lorongkan kemudahan. Moga yang sedang dihempap masalah, Allah hantarkan jalan penyelesaian. Moga yang sedang bersedih dengan musibah, Allah berikan kekuatan InsyaAllah segalanya mudah bagi ALLAH Dan tiada yang mustahil bagi Allah. Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Salam jumaat Alhamdulillah 🤲 26/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Doa di kala Tahajjud adalah seperti anah panah yang tepat menuju sasaran..! Pada waktu ini, pintu langit akan terbuka, dan do’a menjadi Mustajab. PANAH MALAM ( DUA TANGAN YANG MENADAH PADA ALLAH DI MALAM HARI ), TAK AKAN PERNAH KEMBALI DENGAN SESUATU YANG HAMPA - Imam Syafie’ Assalamualaikum semua Jom solat Tahajjud Alhamdulillah 🤲 25/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Hidup, satu perjalanan perjalan menuju kebaikan perjalanan mencari nikmat akhirat Dalam perjalanan ini ada yang tersesat dan ada yang melepasinya Ingat lah selalu firman Allah: Demi masa, sesungguhnya maknusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan menasihati untuk menaati kebenaran dan menasihati untuk menaati kesabaran. -Al Asr- Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Pagi Rabu 24 Jan 2024 Murni Usman
Show all...
Jika kamu tidak mampu untuk bersangka baik Cukuplah utk tidak sebarkan keburukan, jangan kamu sengaja bantu syaitan memudahkan kerjanya Buruk tetap buruk, sebarkan keburukan hanya menambahkan keburukan bukan kebaikan, Jaga lisan Anda. Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 23/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
MASALAH TAKKAN PERNAH HILANG! Masalah akan sentiasa ada. Selesai masalah 1, ada masalah 2, 3, 4 dan seterusnya. Ada masalah kecil, ada masalah besar. Ada masalah libatkan diri sendiri je, ada masalah libatkan orang lain juga Masalah: besar atau kecilnya tergantung pada cara kita melihat nya dan cuba mengatasinya. Saya suka memilih "hikmah" selepas sesuatu masalah utk memujuk hati saya. Siapa hadirkan masalah? ALLAH. ALLAH izinkan masalah berlaku kepada kita. Bila kita buntu, bila rasa seperti tiada solution, rasa blurr blank segala, kita kena kembali kepada? ALLAH kerana ALLAH juga yang akan berikan kita penyelesaiannya Dapat sesuatu? Masalah ini umpama EXAM, ALLAH beri untuk lihat, saat kita jatuh, pada siapa kita tuju, manusia yang tidak sempurna, atau DIA Yang Menciptakan kita? Maka bergembiralah dengan EXAM yang tiba, sekejap je tu tauu sekejap ja kalau cemerlang dapat hadiah, kalau tak cemerlang haaa ada EXAM lain lagi. Keep moving forward! Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud 22/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
HIASAN TAKDIR Kita tak akan dapat ubah takdir.. Namun kita boleh hiasi jalan takdir itu mengikut kehendak kita.. Walaupun takdir itu pahit namun kita sudah hiasi sepanjang jalan sebelum tiba di takdir itu dengan bunga-bungaan ,wangi-wangian.. Ia tetap indah walaupun pahit.. Namun andai hiasan itu kita tidak guna peluang sebaiknya membiarkan ia kosong takdir yang manis pun boleh Jadi Kering dan gersang Hiasilah Setiap sudut kehidupan Agar ia tetap indah dihati kita Sebaik Baik hiasan takdir Adalah Ketaqwaan. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 21/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Tiga musibah diselesaikan dengan tiga perkara: 1. Jika anda diuji cintakan nafsu syahwat, sila muhasabah dan perbaikilah kualiti solat. (Rujuk Surah Maryam: 59) 2. Jika anda rasa hidup penuh kesengsaraan dan selalu tidak bernasib baik, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan ibumu. (Rujuk Surah Maryam: 32) 3. Jika anda dapati perasaan anda selalu tertekan dan rasa sempit, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan Al-Quran. (Rujuk Surah Taha: 124) Semoga bermanfaat. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 20/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Lahirnya kita dengan tarikh yang tak diduga, Perginya kita dengan tarikh yang tak dapat ditunda. Sentiasa muhasabah Diri Murni Usman Assalamualaikum Wbt Salam Jumaat Salam Tahajjud Alhamdulillah
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Ketenangan dan rahmat daripada ALLAH tidak dijual secara terus atau secara atas talian. Ia hanya diperoleh dengan kembali kepada al-Quran. Berpegang dengannya pasti akan tenang. Menentangnya pasti hidup kehilangan punca. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 18/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
PANAH MALAM (DUA TANGAN YANG MENADAH PADA ALLAH DI MALAM HARI ) TAK AKAN PERNAH KEMBALI DENGAN SESUATU YANG HAMPA - Imam Syafie’- Doa di kala Tahajjud adalah seperti panah panah yang tepat menuju sasaran Pada waktu ini, pintu langit akan terbuka, dan segala do’a, akan menjadi mustajab Maka dari itu, bangunlah, bertahajjudlah, dan berdoalah, Insya Allah apa jua pinta kita, akan diqabulkan oleh Allah SWT. Cuma, Lakukan ia dengan penuh istiqamah, tidak hanya unt satu malam sahaja.. Terus berusaha di samping berdoa, dan tidak mudah menyerah kalah. Terus lah bersabar, kerana belum tentu kita berdoa malam ini, esok hari sudah dimaqbulkn. InsyaAllah doa kala tahajjud, akan diperkenankan oleh Allah, pada saat dan ketika yang terbaik untuk kita memilikinya Jadi mari kita teruskn perjuangan tahajjud kita. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 17/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Renungi kisah semalam. Ambil hikmah dari segala kebaikan dan keburukan. Hari ini, kita perbaiki diri dan teruskan perjalanan untuk masa depan
Show all...
Jangan terus menyesali kesilapan lalu. Belajarlah daripadanya. Iringi kesilapan dengan kebaikan. Perbaiki diri dan teruskanlah kembara menuju Ilahi. Assalamualaikum Selamat Pagi Semua Alhamdulillah 🤲 16/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Tanda cinta Allah kepada hambaNya ialah Allah sentiasa menanti kita di setiap sepertiga malam untuk menyambut harap dan doa dengan tahajjud. Tanda cinta kita kepada Tuhan ialah kita sentiasa menanti sepertiga malam untuk sujud dan mminta, mengharapkan Allah menerima ibadah dan doa kita di lewat sujud tahajjud. Assalamualaikum DUNIA Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 15/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Tertanya² sebab selalu jumpa orang yang Tak baik dalam hidup Kita? "Sebenarnya apabila kita benar² baik Allah akan sentiasa jumpakan Kita dengan orang baik" "Macam Kita lah, baju bersih takkan nak campurkan dalam baju Kotor, Kita yang Kena jadi bersih dulu" Macam mana nak jadi baik? Mula² sekali baiki hubungan dengan Allah,Mohon ampun perbanyakkanlah Solat sunat Taubat, Solat tahajjud jangan tinggal. InsyaAllah Semua nya akan Jadi baik². Assalamualaikum DUNIA Selamat Berhujung Minggu Alhamdulillah 🤲 14/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
Kita semua diuji sekarang. Ada yang diuji dengan isu bisnes dan kewangan.Ramai juga yang diuji dengan banjir, sakit, pasangan dan isu keluarga. Benar 2023 adalah tahun ujian. Begitu juga dengan permulaan 2024. Dan setiap kali diuji, ada mesej yang ingin disampaikan oleh Allah Selagi kita tidak faham makna yang Allah cuba sampaikan ini, selagi itulah Allah akan uji kita berkali-kali sampai kita faham. Sebab itu kita kena cepat faham bahasa Allah ini. Supaya ada jalan keluar, dan kita lulus dalam ujian-ujian ini. Ada 3 perkara yang Allah nak kita faham di sebalik setiap ujian. InsyaAllah, memahami 3 perkara ini akan membuatkan kita berjaya berkali-kali walaupun diuji! 1. SEMUANYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI Letakkan heartset "mata lebah" yang sentiasa mencari kebaikan di sebalik keburukan. Elakkan heartset "mata lalat" yang mencari keburukan sedangkan banyak kebaikan dan rezeki di sekeliling kita. Kajian menunjukkan, orang yang positif lebih cepat dapat selesaikan sesuatu masalah kerana mereka lebih bersemangat, inovatif dan konsisten. Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) . 2. TAQWA DULU, BARU ALLAH BAGI SOLUTION Ramai orang yang cari maklumat untuk sokong pendirian masing-masing. Ini kurang tepat. Sepatutnya kita cari maklumat untuk cari kebenaran. Ini lebih tepat dengan konsep taqwa. Percayalah, bila kita taqwa, Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang kita sendiri pun tak sangka. "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (surah At-Talaq: 2-3) . 3. BERGANTUNG DENGAN DIA, BUKAN DENGAN USAHA Mesej paling utama dalam setiap ujian ialah "Kembali kepadaNya". Mencari Tuhan lebih penting daripada penyelesaian. Untuk itu, teruskan berdoa dan berharap kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan. Firman Allah S.W.T : “ Berdoalah kepada ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina” (Surah Al Mu’min: 60). Moga bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Pagi 14 Jan 2024 Murni Usman #SebarkanKebaikan
Show all...
Dosa terkumpul di hati ibarat kotoran degil dan karat di belakang kuali, PERLU DISENTAL kuat menagih tenaga dan sabun terbaik. Sekiranya ingin hati kita bersih, sentalannya adalah amal ibadah, LEBIH kuat rasa letih dan sukar ditunaikan, LEBIH BERSIH hasilnya, Lebih kemas ibadah disandari oleh ilmu yang sahih dan ikhlas, itulah SABUN terbaik. Alhamdulillah 🤲 Salam Tahajjud Semoga Allah sudih pandang kita, Terima taubat kita semua Aamiin Ya Mujib 🤲 13/01/2024 Murni Usman 🌹❤️
Show all...
MASA TAK AKAN BERPUTAR KEMBALI. Kadang, selalu terlintas difikiran kita, alangkah indahnya kalau ada mesin masa, boleh kembali semula ke masa silam untuk baiki segala kesilapan lalu. Tapi, semestinya ia amat mustahil Yang hanya mampu kita lakukan adalah menangis mengenang kesilapan lalu, berusaha untuk kembali bangkit dan terus kuat menghadapi segala ujian mendatang. Akhirnya, inilah kehidupan dunia. Ujian takkan pernah berhenti. Hakikat bahagia yang kita kejar itu adalah disyurga. Di dunia ini, selagi hidup, selagi itulah ujian akan datang bertalu-talu. Ya Allah, kuatkanlah kami🤲 Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam Jumaat..
Show all...