cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

MasakApaHariNi (KaKi MaSaK)

CHANNEL INI LEBIH KEDAPA MENU HARIAN & BELAJAR MEMASAK. CHANNEL RESEPI MasakApaHariNi ============================= https://t.me/MasakApaHariNi GROUP MasakApaHariNi(KakiMasak) ============================== https://t.me/joinchat/E3aM60IshRFPV7RozKd7kw

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
12 500Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Aiskrim beryls homemade Coklat beryls double boil & sejukkan. Ais krim base ; Susu cair 1tin Air 1 1/2 Liter Susu pekat 1tin 1sk esen vanilla 1sk garam 2sb tepung jagung 2sb susu tepung (saya guna Fernleaf) Campurkan semua dlm periuk masak sekejap sampai semua sebati lebih kurang 10minit. Kena selalu kacau ye. Sejukkan & boleh tuang ke dlm plastik aiskrim malaysia. Siap. Hajatnya nak tambah almond nibs dlm coklat beryls tu, saja galak nk letak tapi dah habis. Nnt lepas ni try lain tgk rasa mcm mana pulak. Tips : *Bancuh semua bahan terlebih dahulu sebelum bukak api. *Air jangan terlebih, kalau tak nanti aiskrim tak moist@gebu. Resepi asal Azlina Ina.
Show all...
Daging Masak Merah Terangkat Bahan-bahan 400 g daging (tak perlu potong lagi) 1 inci halia (dihiris nipis) 1/2 biji bawang besar (potong memanjang) 5 biji cili hijau (diketuk) 2 biji cili merah (dipotong serong) 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos cili 2 sudu makan cili giling 1 cawan air rebusan daging Garam dan gula secukup rasa Cara memasak 1. Ambil daging, rebus sehingga ia empuk. Kemudian, potong nipis nipis daging tersebut. Biarkan. 2. Tumis halia dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili giling. Goreng sehingga pecah minyak. 3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan air rebusan daging.Kacau sebati dan tambah gula dan garam secukup rasa 4. Boleh masukkan daging yang dipotong tadi. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Dah sedia untuk dihidang. Kredit : Bahiah Saeipuddin
Show all...
Kayu kamat/keramat atau roti kamat sgt sinonim di pantai timur, rupa seperti cakoi tapi rasa berbeza, mkn panas2 crunchy di luar lembut di dalam..nikmat rasa nya ada sedikit manis bukan plain semata,itu belum cicah kari atau kopi..inilah croissant pantai timur Resepi kayu kamat 1 plastik tepung Mauripan 1 plastik Gula 10 sudu(sy wat manis2 skit,budok2 brehi mkn saje) Telur sebiji Soda 1 sudu kecik Planta 5 sudu Cara2 Bancuh mauripan dgn air suam2 kuku je,jgn panas,kekgi mapuh yis (maksudnya x buih la)..tunggu dia naik buih bukit Selepas tu Dlm mangkuk,masukkan tepung,gula,planta,soda..ramas2 ia sampai jadi mcm serbuk roti,lps tu pecah telur masuk dlm tu berserta air yis yg berbuih tadi,uli sampai x letak tgn..uli uli uli sapa kilat (ni bahagian tok laki)klu ade BM lagi senang,ambe takdok guna teknik tradisional je😁.. lps siap uli,ttup dgn plastik wrap tgu la doh naik.. lps tu bentuk comey2 terus masukkan dlm kuali yg ade minyak panas,.goreng la garing2 skit,baru comey..siap😁 Sumber : Haadi Nadia
Show all...
Resepi Mee Bandung Segera 🍜 1/2 bj bwg merah besar 1/2 bj bwg holland 2 ulas bwg putih 1inch halia 2sb udang kering 5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit) Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit) 2sb sos cili 2sb sos tiram Ayam&udang 1sb chicken stock powder Gula&garam 500ml air Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus). Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap. Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang Sumber : puan elise rose
Show all...
Jagung Manis Leleh 🌽 5 biji jagung- potong 2@3 ikut pd kesukaan anda nak kecik ke besar. 5 sudu besar Tepung kastard. 1 cawan susu pekat manis. 1 tin susu cair. Sedikit garam. - Rebus jagung tanpa garam @ gula. Kalau tak nanti jagung mudah kecut. Xcantik. - Jagung dah masak elok, angkat tos letak tepi. Tinggal sedikit shj air rebusan jagung. (Dalam 3,4 cawan shj). - Perlahankan api,masukkn susu cair. Bila nk mendidih sedikit, masukkn susu pekat dan sedikit garam(1 sudu teh). - Dah mendidih elok, masukkn tepung kastard. Kacau sampai pekat ikut pada citarasa anda nak, jika terlalu pekat tambah air pnas sdikit. *sentiasa kacau ye selepas masukkn tepung kastard. - Manis dan pekat ikut pada citarasa masing2 ye, kalau saya nak manis lemak baru best 🤗 - Dah siap! Kalau yg suka chesse boleh tambah chesse last skali ye. Selamat mencuba resepi yg xseberapa ini 😘 Sumber : Nor Ashima Mohd Utama
Show all...