cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

KasihAllah

Jadi hamba

Show more
Indonesia98 433The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
228Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Keluar dr toilet hp bunyi. Tanda ada whatsapp. 'Sha.. I really miss u.. Hahah.' Msg dr junior. Pelik. So random. 'Erk, Pagi ni dpt msg pelik. Hmmm.. Knp tbe2 ni?' 'Sbb sye dpt jr. Lmbt wat keje cam sye dlu. She is just exactly like me. Thats y i keep missing u.' Dulu, selalu tertanya2. Knp Allah selalu susun bg aku sama team dgn fresh first poster.. * Paeds. Hari pertama aku masuk wad kanak2 tu, Ak dh kena marah kaw2 disebabkan kesalahan first poster. Padahal masa tu aku baru 2nd poster je pun. And dari surgery ke paeds tu mmg dunia berbeza kot.. So xde beza aku dgn junior tu. Tapi mo expect aku dh pandai itu ini.. * Medical. Renal ward. Hari tu cover the whole ward sorg. Sebab x cukup org. Team leader hantar 2 org 1st poster yg masih tagging utk tolong. Tapi sekejap2.. 'Sorry Sha. Xdapat la insert branula pt tu.' 'Sorry. Vein dia xnampak langsung. Xdapat amek darah.' What do u expect.. Pt renal memang line dorg mencabar kot. Xkan nak marah org yg baru start kerja beberapa hr sbb xdpt insert line pt renal? Aku pun selalu struggle.. Jam dh tunjuk 3 pagi Tp keje masih bertimbun. End up ak termenangis dpan taggers berdua tu sbb sesak sgt dada. Zzzz * Ortho. Allah susun lg bagi 1 team dgn first poster. Dan ditakdirkn colleague tu agak slow. Tapi sgt rajin belajar. Pernah suatu ketika, Pt yg kami jaga berdua banyak xstabil. Aku terpaksa berlari sana sini settlekn isu. Tapi sekejap2 colleague ni akn dtg.. 'Sha.. Anaest suruh senior call..' 'Sha.. Dorg reject referral..' 'Sha.. Xdapat scan ni urgent..' Sampai end up ak termenangis. Again. Sebab terasa berat sgt beban atas bahu. * Hp kembali ditatap. Keypad ditaip, membalas whatsapp. 'Aceceh dh senior skrg. Cuba teka apa inspirasi sy utk cuba bersabar n mengajar?' Sebab.. Masa aku first poster, Allah hantar seorg senior yg super duper baik. Yg ajr aku bertatih.. Sampailah aku mampu berlari. Yg duduk sebelah aku masa ak refer case utk betulkn kesalahan. Yg suruh aku present depan dia sebelum aku pergi request scan. Yg perhatikan setiap step aku bila nak insert branula. Yg back up aku dgn boss bila boss perlekehkan aku. Perlahan2 Allah ajar aku. Allah jawab persoalan aku. Allah bg aku junior colleague sebab Allah nak aku memberi. Sebagaimana aku pernah menjadi org yg menerima. Bila ada masa kesabaran teruji, Allah nak ingatkan aku. Kau pernah berada di takuk yg sama dgn mereka. Jadi apa yg buat kau terasa bongkak bangga diri? Sedangkan segalanya bermula dgn langkah pertama. Baby step. Yg penuh struggle dan air mata. Maka, Rendahkan hatimu. Buktikan syukurmu dgn memberi.. @takeitorleaveit
Show all...
Postnatal. Menunggu ibu masuk bersama bayi mereka. Biasanya pada hari itu, aku akan bersedia untuk check baby dahulu. Baru ibunya. Pintu dibuka. Pesakit masuk. Aku nampak dia bersendiri. 'Postnatal sebulan ke?' Dia angguk. Senyum. 'Baby?' Biasanya hari postnatal, ibu-ibu akan datang bersama bayi-bayi mereka untuk masing-masing diperiksa. Dia geleng. 'Baby meninggal' Terdiam. 'Ohh' Lalu aku mula bertanya perihal ibunya, kandungannya sebelum ini dan memeriksa. Termasuk bertanya emosinya. Risau jika kematian itu memberi kesan kepada psikologinya. Tak berapa lama, selesai. Jika diikutkan yang 'wajib', aku telah selesai memeriksa si ibu tadi.. Namun kemudiannya.. Aku pause beberapa saat. Memandang wajah ibu tadi dalam-dalam. Dia muda, baru berumur 23tahun. Kehilangan anak kembar dalam kandungan pada usia lebih 7 bulan. Wajahnya jelas masih bersisa kesedihan dan persoalan. Aku tahu, di hadapan aku adalah seorang wanita yang ada haknya ke atas aku.. apa yang harus ku katakan padanya. Aku mula mencari baris-baris mula.. 'Dulu, masa kerja kat kl, sy pernah bantu sambut baby kembar lahir. Kembar lelaki. Macam puan' Dia memandang aku.. cuba untuk mengerti apa yang sedang aku cuba beri. 'Masa saya sambut tu saya happy sangat. Kalau say pun happy, apatah lagi ibu dia.. saya rasa ibu dia paling happy dalam labour room masa tu' Separuh seloroh. Riak wajah ibu ini berubah. Seakan lebih berminat untuk mendengar aku berbicara. 'Tak lama lepas tu, saya buka buku pink (antenatal) dia.. Rupanya 13 tahun sebelum tu, pesakit tu pernah mengandung anak kembar jugak, perempuan, tapi meninggal dunia dalam perut..' Dari terdiam membisu, Ibu tadi tiba-tiba bersuara. 'Oh. Dulu meninggal, kembar juga ye? Anak pertama?' 'Ha ah.. anak pertama kembar meninggal. Anak kedua sampai enam, bukan kembar. 13 tahun lepas tu, Allah ganti dengan kembar semula' Matanya membundar. Tersenyum. Aku melihat sinar di wajahnya. 'Ramai lah ek anak2 dia' 'Ramai.. allah ganti dari dua kehilangan pertama' Dia angguk. 'Puan, yakin.. ada dua anak syurga dah tunggu puan. Dan apa pun yang pergi, Allah akan ganti kembali' 'InsyaAllah kembar puan ni, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik lepas ni. Jangan putus asa atau putus doa' 'Jaga diri, jaga makan. Nanti ada rezeki mengandung kita jumpa balik ek. Doa pada Allah' 'Baik dokter.. insyaAllah.. terima kasih banyak2' Ternyata wajahnya yang sugul ketika masuk ke bilik awal tadi, berubah menjadi bercahaya bersama garis senyuman. Aku melepaskan hela nafas.. Lega. Aku cuma mahu dia keluar dari bilik aku dengan satu harapan, dan satu keyakinan dengan qada dan qadar Tuhan. Dan betapa Allah itu sentiasa ada untuk kita berharap dan meminta pertolongan. Dan ini, nyatanya buatku sendiri. Bahawa takdir Allah itu tak pernah salah masa, atau salah arah. Apa jua yang dijadikan, ada hikmah yang tak tergambarkan. Apa jua bentuk kehilangan, akan mengajarkan kita makna kehambaan. Dan satu hari, Allah akan gantikan semula semuanya. Jika tidak di dunia, pasti ada di syurga. 240917 @takeitorleaveit
Show all...
'Kenapa kau nak pergi situ?' Dia berkali kali tanya pada aku. Pandang serius macam nak terkam. Aku tergelak. Bersungguh tanya. Curious betul. Entah apa jawapan yang patut aku berikan pada dia. 'Aku takde anak macam kau.. diorg lah boleh jadi anak-anak aku kat sini' Grin Tahu itu jawapan tak logik langsung untuk dia. Dia pandang, agak tak puas hati dengan muka nakal aku. 'Der. Anak kalau nak, kau kahwin la' 'Kau ingat kahwin macam beli burger?' Dia pula ketawa. Menjeling kemudiannya. Malas lagi dah nak tanya aku agaknya. Petangnya. Di rumah itu. 'Terima kasih la ek dokter. Datanglah lagi' Aku hanya senyum. Memang aku jatuh cinta pada wajah anak-anak itu. 'InsyaAllah nanti dokter ni boleh bantu, kita cari bantuan buat anak-anak ini' Rakan di sebelah aku seakan membuka harapan baru buat wanita itu. Aku senyum. Entah ini adalah hadiah, ataukah ia adalah ujian keimanan buat aku yang masih lagi blurr dengan apa yang ada di depan mata. Jujur semasa awal membuat keputusan untuk mengambil tahu perihal rumah anak-anak yatim di kawasan ini, aku sekadar mahu melihat dan membantu apa daya. Mungkin hanya sedikit huluran dan mungkin juga dengan hadiah keberadaan aku sahaja. Aku mahu melihat senyuman anak-anak yang barangkali tidak pernah kenal erti bahagia. Namun masuk ke rumah itu, lain pula jadinya. Besar harapan 'ibu' kepada anak-anak ini buat aku rupanya.. Aku balik, memandu. Basahnya mata tidak dapat ditahan hati yang seperti baldu. 'InsyaAllah, saya datang lagi. Kita sama² bantu apa boleh' 'Doktor ambil ni' Sambil dia menyerahkan satu pamplet mengenai rumah itu. Aku belek satu-satu. Ayat akhir membuatkan hatiku tersentak. Matlamat : melahirkan generasi yang takutkan Allah dan rindukan nabi. Betapa besarnya harapan si ibu dan ayah pada anak-anak yang diperjuangkan mereka. Sehabis baik mereka mahu pendidikan, agama, keperluan dan segalanya terjaga. Ketika banyaknya yang sarat di kepala. Aku tahu wanita di hadapan aku tadi juga tiada apa-apa. Namun cintanya begitu besar buat anak-anak yang hidupnya tidak indah seperti kita.. Mulialah mereka pasangan suami isteri, kerana mereka memuliakan anak-anak yang tidak ada sandaran dan kasih sayang di dunia. Dan aku. Masih berfikir apa yang boleh aku lakukan dengan posisi aku.. Ketetapan hjrahku di sini. Dalam kebuntuan, iman aku berkata. Lihatlah wajah anak-anak ini, dan betapa mereka adalah wajah yang nabi rindui.. Salam maal hijrah. Doakan anak-anak ini dipelihara dari jahat dan zalimnya dunia. Semoga mereka akan menjadi jalan buatku untuk memaknai cinta Allah dan rasulNya. 'Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka Allah akan menuliskan kebaikan pada setiap lembar rambut yang disentuh tangannya' (HR. Ahmad, Ath-Thabrani) 'Aku dan orang-orang yang menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya' (HR. Bukhari) 210917 @takeitorleaveit
Show all...
Pesakit baru masuk Mengendong bayi di pangkuannya. Aku meminta ibu meletakkan anaknya di katil dan mula memeriksa baby. Sambil tu, berbual. 'Anak ke berapa?' Sengaja aku tanya. Biasanya soalan tu lah dulu yang aku mula.. Ibu-ibu ni memang gembira kalau kita tanya pasal anak dia. Ibunya senyum. 'Pertama' 'Ooh' Aku terdiam sekejap. Tersasar dari jangkaan aku. Pada mulanya aku jangka ini adalah anak ke tujuh ke lapan. Kerana umur pesakit yang melebihi 40 tahun, biasanya di bandar ini anak-anak ramai belaka. Umur 20 tahun dah ada tiga anak. 40tahun, 10 anak. Jangkaanku meleset. Dalam hati. Hm mungkin jodoh dia sampai lambat ni. Bila dah duduk di meja, aku mula bertanya perihal keadaan dirinya, perihal anaknya. Ada apa-apa masalah atau tidak. Tiba-tiba dia bersuara. 'Dah 23 tahun saya kahwin dokter' Sekali lagi aku terkejut. Jangkaan meleset kali kedua. Dah kahwin lama rupanya. Dia senyum, Entah mengapa aku melihat raut yang tenang di wajahnya. 'Lama nak dapat dia ni..' Sambil dia pandang wajah anak dia yang sedang nyenyak tidur di riba. Tanpa sedar, mata aku sendiri berkaca. Di hadapan aku rupanya adalah seorang wanita yang pasti kuat dan teguh kesabarannya. Setenang wajahnya. Tempoh 23 tahun itu sebenarnya telah lama dituliskan Tuhan, sejak wanita ini sendiri belum dilahirkan. Allah memang telah menulis wanita ini akan berkahwin pada usia 18 dan mendapat anak pada usia 41. 23 tahun, Yang tidak dipercepat atau diperlewatkan. Itulah 23 tahun untuknya yang tidak pernah akan sama dengan kita. Kita semuanya berbeza. Apa yang ditulis pada kita juga berbeza. 23 tahun wanita ini mungkin adalah dua tahun, ataupun seratus tahun kita. Namun hidup ini bukanlah mengenai digit dan angka. Selama mana kita menunggu, selama mana kita meminta, selama mana kita berharap dan berdoa, Akhirnya, tidak ada beda.. Semuanya hanyalah satu digit yang tak lebih dari sebuah angka. Sebulan. Setahun. Dua tahun. Atau puluhan tahun. Ia hanyalah satu tempoh yang sebenarnya sama sahaja, Allah berikannya untuk menguji kita sebagai manusia. Yang Allah mahu melihat, apakah tindak balas kita sebagai seorang hamba. Apa yang berlaku pada kita bukanlah persoalannya. Namun apa kesan yang membentuk jiwa kita darinya, itu yang berbeza. Apakah sama dua tahun orang yang sabar, dengan dua bulan orang yang menyalahkan Tuhan? Tidak. Kerana itu, nombor hanyalah angka. Yang berbeza adalah hati kita. Jiwa kita. Iman kita. Apakah kita redha diri kita disusun mengikut kemahuanNya, atau sebaliknya. Apakah kita berbahagia dalam tulisan takdir yang telah lama dilakarkan pada kita, atau kita hanya menangisi nikmat yang diberi percuma? 'Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu, untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya' (al mulk : 2) Pandanglah hidup dengan sederhana. Lihatlah hidup dalaam kaca mata seorang hamba. Baik seperti nabi zakaria yang menunggu, Nabi yusuf yang dibuang, Maryam yang dipulaukan, Atau nabi ayub yang ditinggalkan, Hatta nabi sulaiman yang diberi kerajaan, Hadapilah dengan jiwa seorang hamba. Yang hakikatnya selamanya tidak memiliki apa-apa, bahkan diri kita sendiri dipunya. @takeitorleaveit
Show all...
'Selamat dtg ke department paling dibenci.' Itu ayat intro senior masa lapor diri. Aku macam errr? Knp intro scary sgt ni.. *** Last week first time join m&m (morbidity and mortality) meeting as a mo. Yg dasarnya utk bincang kes utk improvement dlm handling cases. Xsangka stress dia lain macam. Rasa mcm ditembak bertubi² dr pelbagai department. Time tu baru faham kenapa senior bg intro scary mcm tu. The pressure is so real. Sampai satu tahap, they keep pointing their fingers to floating mo. Yg baru habis ho nk jadi mo. Antara cadangan mereka, utk treat floating mo as ho. Time tu, hati berperang. Kita tak boleh expect seorang kanak² dari merangkak terus boleh berlari pecut. Kita kena bagi masa utk kanak² tu belajar sendiri. Kalau jatuh dan belajar utk bangun tu yg buat kanak² boleh berjalan akhirnya, kenapa kita perlu persoalkan? Takkan kita nak suruh kanak² tu teruskan merangkak sbb tu yg lebih selamat? Semua benda dlm hidup ni memerlukan proses. Tambah² lg medical line. Sbb medical line is life long education. Tanya la pakar atau consultant mana pun, Akan ada je benda baru yg dipelajari saban hari. Somehow, rasa dahsyatnya judgement dan expectation manusia. Kadang2 kita xnak beri org peluang. Sedangkan kita terlupa, suatu masa dulu kita pernah diberi peluang yg serupa. Di saat kita masih di fasa belajar merangkak. Keluar dari meeting haritu, dgn satu perasaan. Betapa aku terlupa utk bersyukur atas nikmat bertuhankan Allah. Tak boleh bayang kalau lahir² je ke dunia, Allah expect utk tutup aurat, solat lima waktu. Tak boleh bayang kalau bila masih lagi belajar utk menyebut aa baba mama, Allah expect utk keluar and sebarkan dakwah. Time tu, nak sampaikan satu ayat pun mustahil. Tertunduk menyembah bumi.. Sungguh lah Allah tu paling memahami.. Yg tak pernah jemu membuka jalan utk hambaNya. Yg tak pernah berhenti merawat luka di saat jatuh. Yg tak pernah bosan menanti kita utk bangun dr rebah.. Makin hari makin cinta. Thank you Allah.. @takeitorleaveit
Show all...
"Dr, pt fit kat blkg" -sn, sambil berlari² menuju arah bertentangan. Berkejar mencapai mesin bp Aku lari belakang Then sampai pintu kubikel blkg, i saw the mother is holding the child (dukung peluk). Anak masih sawan Aku lari menuju ke mak, terus grab anak dari dakapan dia "Letak anak" "Letak anak iring ketepi" - sambil turunkan anak dari dakapan mak dan letak di bawah lalu iringkan Gtc (sawan) still ongoing With uprolling of eyeballs Mak muka dah risau sgt Separa menangis, dia hanya mampu biar dan lihat anaknya sawan From the point where i grabbed her child from her hands, and asked her to put the child down, her face looks pale Then tanpa disuruh sn lebih pantas dan cekap, dah letak high flow mask, ambil Bp, spo², temperature, dxt Brp minit, sawan berhenti Mak masih kelihatan tergamam Ni kali kedua anaknya sawan Lalu dia dipindahkan ke katil acute; compex febrile fit Round another new case "Ok we give neb salbutamol hourly first" -mo. Sambil aku tulis dlm bht segala plan utk sorg pt aeba (asthma) Tiba2 "Dokteer tolong anak sy dokter!!" -suara mak menjerit We both looked at the sound, at the end of the cubicle Nampak mak tengah peluk anak yg umur dlm 8tahun sambil mencurah air dari botol ke kepala anak Aku tak dpt lihat jelas bagaimana keadaan anak dia sbb dia dipeluk sambil berdiri Nampak seperti tonic movement of bilateral upper limb and lower limb. Kejang tanpa jerky movement "Letak anak puan" - mo aku bersuara Dua tiga kali mo aku ulang perkara sama. Arahkan mak utk letak anak. Mak sudah seperti histeria, menjerit2 minta tlg "dokter tolong dokter. Anak sy dokter" Tapi dia refuse utk letak anak dia kat bawah, xnak lepaskan dari pelukan dia. I saw she tried hard to stop the fit Dia pekup muka anak dia tolak kepala ke bawah bila anaknya mendongak, dan sekejap2 goncang badan anak dia. Dituang lagi dan lagi air ke kepala anak "Puan kami nak tolong. Letak anak puan skrg" -mo aku sudah meninggikan suara bila mak masih berkeras memegang memeluk anak pada saat genting tu Sekejap diletak namun dia tarik dan berdiri peluk semula Akhirnya anak dalam dakapan dh mula sedar (concious) tapi keadaan still xtenang sepenuhnya Sekejap2 anak tu seperti drowsy dan blank tentang apa yg berlaku. Pandang kiri kanan. Panjat katil tiba2. Jerit tiba² "Mak nak bunuh adik ke?" Diulang². Agak lama situasi nak kembali tenang Kelam kabut selama beberapa minit Air pula dah memenuhi lantai, bekas curahan tadi "Penah ke dia mcm ni mak?" "Xpernah" -mak dh nangis² Dua (tiga sebenarnya) fit berlaku dlm 1 malam Di mana both, dua2 ibu memeluk anak erat masa anak tengah sawan Which is sebenarnya sgt bahaya utk si anak Risiko aspiration (tersedak), tertutup laluan pernafasan (blocked airway) bila kita tak bantu dia dlm situasi seperti tu Silap haribulan dari simple febrile fit boleh choking dan mati Tapi sebab mak taktahu Diorg sangka dengan diorg peluk anak, that would calm their child down Dan diorg sangka, dengan pelukan itu akan membantu anak utk lalui sawan tu dengan ada mak di sisi Mereka sangka bila kita letak anak tu tandanya kita tak buat apa² dan biar sahaja Mungkin ada yg rasa doktor bodoh sebab biar anak sawan mcm tu je Ye lah sape yg sanggup 'tengok je' 'tanpa buat apa²' anak yg tgh sawan? Memberi seseorang dakapan, hadiah, bunga, coklat, atau coki coki bukanlah tanda kita sayangkan mereka Love, its more than that Its much beyond that Its when all u think is about their safety alone Bila apa yg kita fikir adalah keselamatan dan nyawanya sahaja Though all u can do is by hurting them, leaving them Can we imagine His love The most sincere love on the earth? Yang pastinya tak mungkin bisa ditafsir dengan sebuah pelukan Sekeping coklat atau sekotak hadiah Its more than we can imagine Much beyond that we can think He shows love sometimes differently, for the safety of our akhirah It may comes by the things we can never imagine, by laugh or tears, by smile or sorrows Thats Allah Because He loves us more than we can ever think @takeitorleaveit
Show all...
'Doktor, blh tak tlg tgk jantina anak sy?' Aku senyum, Sambil tangan masih memegang scan. 'Sy cuba ek puan. Kadang2 pada umur ni belum nampak. Sy scan yang lain2 dulu' Dia angguk. Selesai aku memeriksa parameter yang lainnya. Aku mula mencari dua tulang paha bayi untuk melihat celah kelangkangnya. Tak berapa lama mengubah-ubah probe, kelihatan sesuatu di celah tersebut. Lelaki. Aku tidak pasti sama ada ini jantina yang ibunya harapkan atau sebaliknya. Namun seringkali aku cuma mampu menerangkan kemudiannya, tak apa jantina apa pun. Asalkan sihat dan soleh kemudiannya. 'Nampak macam lelaki. Tapi, ini cuma jangkaan. Jantina akhirnya wallahualam, kerja Allah' Sambil aku menunjukkan celah kelangkang bayinya. Dia tiba-tiba memekup muka dan mengesat air mata. Suami di hujung katil juga, kelihatan sebak dan terus keluar dari bilik pemeriksaan. Aku terdiam. Entah apa yang aku sendiri rasa. Barangkali hiba. Untukku sendiri, jantina anak itu bukanlah apa-apa. Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah rezeki dan rahmat dariNya. Namun melihat kegembiraan dalam tangisan pasangan ini, aku berfikir barangkali ada sesuatu yang didoa mereka saban hari.. Mungkinkah ada sesuatu yang diingini yang barangkali kita tidak pernah fahami. Aku memandu pulang dengan satu nama Allah yang bermain di fikiran. Al mujib. Yang maha memakbulkan. Pernahkah kita mendengar bahawa Allah itu maha memakbulkan? Bayangkan jika ada manusia di dunia yang paling gemar menunaikan keinginan manusia, jika Allah pula mengatakan bahawa Dia adalah al mujib, pastilah berganda-ganda sifat ini dalam diriNya hingga takkan tercapai akal fikiran kita. 8pm. Aku masih teringat-ingat wajah ibu dan ayah tadi. Membuatkan fikiranku melayang memikirkan apa yang aku sendiri doa selama ini.. Tak semena-mena mataku kabur, Dadaku bergetar. Kelopakku basah. 8 tahun, Dan aku masih tidak putus harap dalam berdoa padaMu ya Allah. 'Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya)' (an-Naml: 62) @takeitorleaveit
Show all...
Jam dh pukul 1 pagi. Waktu bekerja dh sejam tamat. Beberapa hari ni pt ramai betul. Kad terakhir dicapai. No giliran seterusnya dipanggil. 'Ala dr laki ke..' gumam si pesakit. 'Kenapa? Nak dr perempuan ke?' tanyaku. 'Kalau boleh..' 'Hm sorry dik. Malam ni yg keje semua laki.' 'Argh sudah. Kes apa plak ni... x larat dh nk tgk kes pelik2,' dalam hati. Kadnya dibaca. 'Penile discharge.' 'Aduhhh' 'Kenapa ni dik? Dah berape lama jadi?' tanyaku pada remaja awal 20an depanku. 'Dah dua hari.' 'Awak dah kahwin? Kepalanya digeleng. 'Sorry saya tanya. Awk ada..' Belum habis soalanku, laju si adik mengangguk. Mungkin tkmahu aku menghabiskan ayat. Tapi aku xboleh assume dia faham apa yg nak ditanya. 'Awak ada bersama mana2 lelaki ke?' 'Ada..' jawabnya dgn muka bersalah. 'Ada tukar2 partner?' Kepalanya digeleng lagi. 'Adik, kita nak cucuk antibiotik eh.' 'Sakit ke dr?' 'Dah pandai buat, pandailah tanggung,' jawab si kakak yg menemaniku. Kurang senang dgn reaksi si kakak, kubalas soalannya dgn senyuman. 'Pedih sikit la kot dik. Tkpe la. Untuk kebaikan awak jugak.' Entah kenapa, xmampu menghalang rasa sedih membuak² di hati. Kenapa adik.. you are so young. You look soooo innocent. Kalau aku jumpa tepi jalan, i wont expect this at all. Dan aku tahu, utk dia datang pada hari ini, dia memerlukan kekuatan yg bukan sedikit. Dapat merasakan ketakutan yg dirasainya pasti menggunung tinggi. Mana ada org yg sanggup mengadu benda private and mengaku kesalahan sendiri, kalau bukan sebab ada pendorong yg sgt kuat. Dan untuk itu, aku cuba menyantuninya sebagai tanda menghormati kekuatannya. Walau aku sukar menerima perbuatannya. Tgh nak cucuk, dpt merasakan si adik mcm nak cakap sesuatu. 'Kenapa dik? Awk mcm ada benda nak cakap je?' 'Saya menyesal dr. Saya x sangka..' 'Kenapa awak x sangka?' Terkejut. 'Sebab sebenarnya ni kali pertama saya..' 'Hah? Betul ke ni?' Double terkejut. 'Betul dr. Saya xkenal sangat pun dia.' 'Awak serious la. Mcm mana boleh sampai macam ni kalau x kenal?' 'Saya baru je kenal dia. Dia ajak saya keluar sembang je mula². Tapi lepas tu dia goda saya.' 'Adik, benda bertepuk sebelah tangan x jadi dik,' sambung si kakak yg menemaniku. Xtau mahu percaya atau tidak. Tapi riak wajah remaja muda itu membuatkan kupilih utk percaya. 'Sekarang ni mcm mana dr?' 'Sy nak awk berhenti buat benda mcm ni. Jangan dekati lelaki tu lagi.' Melihat mukanya mcm masih xboleh digest dgn apa yg berlaku, 'Xpe la adik. Allah nak selamatkan awak la tu. Cuba awak fikir kenapa Allah bagi mcm ni padahal baru sekali je? Org lain kt luar sana beratus2 kali buat tapi tak ade pape pun. Sebab Allah nak awk belajar. Allah xnak awk terus tenggelam dgn dunia mcm ni.. Allah boleh je biarkan awk hanyut tp Dia sayang awk. Sebab tu Dia pilih awak..' 'Tu la. Ada la benda Dia nak tunjuk..' Selesai semuanya, si adik buka pintu. 'Terima kasih dr.' 'Takde pape la. Awk tu jangan nakal² lagi. Take care.' Dan malam tu pulang dgn seribu satu perasaan. Dahsyatnya godaan wanita. Patutlah sampai boleh jadi fitnah dunia. Dahsyatnya kesan tidak menundukkan pandangan. Semuanya takkn bermula seandainya dua2nya tidak memandang satu sama lain. Betullah bila Allah kata, 'Jangan dekati zina.' Allah guna perkataan 'dekati' instead of 'buat'. Sebab semuanya bermula dgn langkah pertama. Sebab tu kt kena stop dr mula melangkah ke zon merbahaya tu. Once terjebak, padah makan diri. Moga Allah kuatkan umat akhir zaman. Dunia yg segalanya terlalu kelabu. Sukar membezakan antara hitam dan putih.. @takeitorleaveit
Show all...
Red zone. Pt tengah tunggu utk dihantar ke wad. Streptokinase dh habis. ECG pt menunjukkan saluran jantung tersumbat teruk. St elevation everywhere. Teringat perbualan dgn colleague beberapa hari lepas. 'Masa kat new zealand dlu, pt MI (serangan jantung) je semua tolak PCI (masuk balloon dlm saluran yg tersumbat).' 'Serious la? Kayanya new zealand. Kt hospital lama dlu ada jugak PCI tp tgk jugak. Xsemua pt hantar gi PCI.' 'Negara kita miskin. Tambah2 sini. Kesian dgn pt2 yg extensive MI. Susah nak survive punya.' Rasa mcm mimpi. Baru je bersembang isu ni. Tgk2 pt dtg dpan mata. 'Dr, saya nak solat mcm mana eh?' tanya pt. 'Owh jap eh.' Berlari amek spray. Tlg pt tu ambil wudhu sambil duduk di atas katil. 'Ok cik? Solat dulu eh? Papehal panggil saya.' Sambil tlg membetulkan duduknya di katil. Selesai tlg pt ambil wudhu, aku keluar pergi trace result darah pt lain. Beberapa minit kemudian, balik ke red zone. Beberapa org tgh bergegas. Boleh rasa aura Adrenaline rush in the air. 'Eh kenapa ni? Tanyaku curious. 'Pt collapse.' 'Huh? Pt mana?' Langsir diselak. Kelihatan salah sorg tgh CPR, menekan dada pt. Sambil yg lain bersedia utk intubate (masukkan tiub utk bantu pernafasan). 'Ya Allah pt tadi!' Tergamam. I really cant believe my eyes. Hey bukan ke tadi dia yg baru mnta tlg dia nak solat? Bukan ke aku baru tolong dia amek wudhu beberapa minit yg lalu? Ya Allah.. Sedikit sebanyak aku cemburu. Dia pergi dlm keadaan menghadap Ilahi. Tapi.. Sedikit sebanyak aku jadi takut. It just a matter of seconds. Cuba kalau dia menangguh solatnya hanya beberapa saat? Astaghfirullah.. Pergi lah cik. Semoga pemergianmu dlm redha Dia.. Pemergianmu betul2 menyedarkanku yg masih hidup, Bahawa hidup ni hanya bermain dgn ruang masa yg terlalu singkat.. Semoga aku juga bisa pergi dlm keadaan menghadap Ilahi sepertimu.. Ameen. @takeitorleaveit
Show all...
'Dr, saya nak discuss kes.' 'Kes apa?' 'Pt ni complaint pening kepala and susah nak jalan. Dia ada double vision tibe2 pukul 3 ptg td bla bla bla. Neurology examination tangan kaki ok.' 'Cranial nerves? Mata dia?' 'Alamak sy xbuat plak.' 'Pt mana? Jom tgk.' Rupa2nya mata belah kanan pt, ad certain pergerakan yg dia xboleh buat. Bila kita suruh pandang ke kiri, mata sebelah kiri je yg gerak. Mata sebelah kanan xbergerak. Bila mata xbergerak ke arah yg sama, benda tu yg menyebabkan bila pandang benda, dia nampak dua. 'Ya Allah. Kenapa complicated sgt kes awk ni. Ni case study sy masa student niii.' Masa tu 3rd year. Berlegar2 dlm wad cari kes. Sembang2 ambil history dgn sorg pakcik ni. Tapi pakcik ni cm x pandang ke arah aku. Kejap2 dia pejam mata. Lama. Aku cm pelik. 'Pakcik?' 'Ye? Sorry pakcik pening kepala,' Jawabnya sambil memandang ke arah kananku. 'Eh pakcik ni. Dia sembang dgn siapa sebelah aku ni?' Tertanya2 dlm hati sambil menoleh ke kanan. Xde orang. Aku dgn innocentnya masa tu mula rasa seram. 'Pakcik, saya kat sini,' panggilku. 'Eh sebelah ni siapa? Kawan kamu ke?' 'Ohmai pakcik..' Rupa2nya pakcik masuk hospital disebabkan double vision. Apa yg dilihatnya nampak dua. Fail pesakit diselak. 'Internuclear ophthalmoplegia.' Sebaris diagnosis yg sampai sekarang terngiang2. Tanpa kita sedar, mata kita yg kecil ni sebenarnya memerlukan banyak muscle and nerve utk membolehkannya berfungsi. Dan banyak lagi mechanism2 yg membenarkan ia berkhidmat sebagai 'mata yang sempurna.' Mcm dlm kes ni, Allah jadikan salah satu pathway xberfungsi dengan baik, terus manusia jd huru hara. Benda yg dilihat nampak dua. Kt xpernah fikir apa kesan bila mata kita nampak dua, sebab kt xpernah alami. Pt yg ad masalah ni selalu akan datang complaint pening kepala sampai xboleh berjalan. Ye la, mcm mana nak jalan kalau benda dpan mata nampak dua. Pening wo. Mcm dlm kes ni, Allah cuma tarik satu je nikmat pergerakan mata. Sebelah mata je yg xboleh buat satu je pergerakan. Contoh mudahnya, mata belah kanan boleh pandang ke kanan, atas dan bawah tapi xboleh pandang ke kiri. Dgn satu je pergerakan, terus pening dan xboleh berjalan. Tu baru nikmat pergerakan mata. Belum nikmat boleh melihat. Boleh fokus jauh dekat, gelap terang. Boleh nampak warna2. Nikmat air mata. Dan banyakkkk lagi. Tu baru mata. Belum nikmat organ2 lain. Selalu amazed. Setiap malam aku tidur dengan segunung dosa. Dan saban waktu jugak Allah masih beri peluang keesokan harinya, Utk menjadi hambaNya yg bersyukur. Selalu rasa malu. Setiap hari kita xpernah sekali berhenti menggunakan nikmatNya, Tapi kita tetap menjadi hamba yg merungut, Dan menyalahkan takdir.. Selalu rasa kagum. Kasih sayang apakah ini? Kenapa wujudnya kasih sayang yg xpernah berhenti memberi, walau yg menerima xpernah berhenti membuat dosa.. Kerana Dia Al Wahab, yg memberi tanpa sebab. Kerana Dia ArRahman Ar Rahim, yg terus menyayangi tanpa syarat. Dan pagi ni, Seperti biasa, Aku lupa menyintaiNya Di saat aku masih mampu melihat sebaik sahaja kelopak mata dibuka.. Astaghfirullah... @takeitorleaveit
Show all...