cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

afeefa🌻

Luahan hati si penulis

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
734Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

tengok cerita Nur ni kita bole tahu jodoh kita siapa . orang yang buat kita selalu dekatkan diri kita dengan Allah .
Show all...
there is something happen with a reason. keep patience❤️ @afeefa
Show all...
Selamat bersahur semua ♥️ subuh jangan lupa ye . Doakan saya semoga dimurahkan rezeki 🙌🏻 in shaa Allah saya doakn kalian juga . @afeefa
Show all...
Jaga solat . Walaupun kita bukan orang yang baik :) @afeefa
Show all...
every pain gives a lesson , and every lesson changes a person . @afeefa
Show all...
Salah Faham Konsep Tawakal ================ 1. Terdapat dikalangan kita yang berpandangan bahawa tidak mengapa untuk berhimpun dalam perhimpunan raksasa yang melibatkan ribuan jemaah. Kata mereka, mereka lebih takutkan Allah dari virus. Bahkan sifat tawakal yang tinggi menjadikan mereka yakin dengan tindakan yang dilakukan. 2. Pada hakikatnya, bukan begini sifat tawakal yang dianjurkan oleh Rasulullah. Baginda menasihatkan kita agar berusaha dahulu untuk memelihara sesuatu dahulu sebelum menyerahkan urusan, bertawakal kepada Allah. 3. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki dikatakan telah datang berjumpa Rasulullah. Lelaki itu turut membawa untanya, lalu dia bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah harus aku membiarkan untaku ini dan bertawakal kepada Allah?” Rasulullah dengan tenang memberikan jawapan yang jelas dalam sabdanya yang menyebutkan: “Ikatlah unta itu dan bertawakal kepada Allah.” 4. Saranan Baginda ini nyata mendidik kita bahawa untuk kita memelihara sesuatu, maka usaha yang berpatutan mestilah dilakukan. Dalam situasi hari ini, seharusnya kita berusaha untuk menjaga diri dari sebarang perkara yang boleh menyebabkan kita terjebak kepada wabak penyakit. Setelah segala usaha dijalankan, barulah kita bertawakal kepada Allah. 5. Panduan yang hampir sama juga pernah dinyatakan oleh Saidina Umar. al-Imam al-Baihaqi merekodkan kisah bagaimana Saidina Umar menegur sekumpulan manusia dari Yaman yang datang bermusafir tanpa membawa sebarang bekalan. Mereka mendakwa mereka adalah kumpulan manusia yang bertawakal kepada Allah. Umar membantah dengan berkata: “Kamu bukanlah golongan yang bertawakal tetapi golongan yang membinasakan diri (membiarkan diri binasa kerana tidak berusaha untuk memelihara diri).” 6. Janganlah kita mencemarkan konsep tawakal ini dengan tindakan yang salah. Andai sekiranya kita sendiri tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan, bagaimana mungkin kita mendakwa kita sedang bertawakal kepada Allah sedangkan garis panduan tawakal yang disarankan oleh Rasulullah tidak pula kita patuhi. 7. Sekiranya diteliti hadis-hadis Nabi, kita akan dapati bagaimana Rasulullah adalah manusia yang mempunyai strategi dan perancangan yang tersusun dalam merangka kehidupan rakyat. Dalam usaha membangunkan Madinah, Baginda mempunyai pelan tersendiri bagi menjayakan kemajuan sebuah negara. 8. Begitu juga dalam menangani wabak penyakit, Baginda turut telah memberikan beberapa bimbingan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Baginda pernah menasihatkan setiap muslim agar mengawal pergerakan mereka. Baginda melarang perjalanan masuk dan keluar dari tempat yang dijangkiti wabak. Hal ini bagi memastikan penularan wabak boleh dikawal. 9. Begitu juga dengan konsep kuarantin yang boleh difahami dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Baginda memberikan kita satu garis panduan agar mereka yang telah dijangkiti penyakit hendaklah dikuarintinkan. Sabda Rasulullah: “Janganlah kamu mencampur-adukkan binatang yang sedang menderita ditimpa penyakit dengan haiwan yang masih sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari). 10. Andai sekiranya Baginda sendiri telah memberikan beberapa saranan dalam menangani penularan wabak, adalah menjadi satu kewajipan untuk kita menuruti langkah ini. Setelah semua langkah ini dipatuhi, barulah boleh kita melaksanakan peringkat seterusnya iaitu bertawakal kepada Allah. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya tiada langkah pencegahan diambil, sedangkan kita mendakwa yang kita sedang bertawakal kepada Allah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Show all...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Wanna win free moneh up to rm36 today? https://s.lazada.com.my/s.Z1bWg
Show all...
Group Play

Let's team up to win a share of RM25,000 Today!

Show all...
No.1 Reading app. Get free cash everyday by reading articles & take offers, SGD or RM both can, it is FREE, 0 investment.

Salam Apakah hukum guna duit raya anak yang masih kecil tanpa pengetahuan anak Jawapan kami; Pada asalnya, ibubapa dilarang untuk menggunakan duit anaknya tanpa apa-apa keperluan. Hal ini adalah berdasarkan keumuman sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam; فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا "...maka sesungguhnya darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu adalah haram (dimuliakan dan dilindungi) atas diri kamu, sepertimana haramnya hari kamu ini, di negeri kamu ini dan di bulan kamu ini..."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Disebutkan oleh Syeikh Najib al-Muti‘i; “Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafi‘i, telah mengatakan bahawa bapa tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali hanya sekadar keperluannya, berdasarkan hadis; "Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sepertimana haramnya hari kamu ini, di bulan kamu ini... …”(Takmilah al-Majmuk). Namun, jika ada keperluan bagi ibubapa tersebut untuk menggunakan harta anaknya, maka ketika itu harus bagi mereka menggunakannya. Hal ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis, antaranya: عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يُخَاصِمُ أَبَاهُ فِي دَيْنٍ عَلَيْهِ، فقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنْتَ وَمَالُكَ لِأَبِيكَ Diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu anha, sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam mengadu tentang ayahnya yang berhutang kepadanya. Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: "Engkau dan harta engkau adalah milik bapamu."(Riwayat Ibn Hibban). عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالا وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي فَقَالَ أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu anhu, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan anak. Sedangkan, bapaku ingin mengambil hartaku." Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: "Kamu dan hartamu adalah milik bapamu."(Riwayat Ibn Majah). Menurut Imam al-Munawi, hadis ini membawa erti bahawasanya harus bagi seseorang bapa menggunakan harta anaknya apabila ada keperluan untuk berbuat demikian. Namun, keharusan ini bukanlah secara mutlak (sewenang-wenangnya) kerana tiada seorang ulama pun yang mengharuskan seseorang bapa menggunakan harta anaknya dengan sewenang-wenangnya tanpa apa-apa keperluan (Faidh al-Qadir). Justeru, menggunakan duit raya anak tanpa apa-apa keperluan hukumnya adalah dilarang. Namun, jika ada keperluan untuk ibubapa menggunakan duit tersebut, maka hukumnya adalah harus mengikut kadar keperluan yang diperlukan itu. اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Bolehkah zakat fitrah menggunakan wang ...... Jawapan kami; Mengeluarkan zakat fitrah dengan duit adalah tidak sah mengikut Mazhab Syafi‘i jika diniatkan duit itu sebagai zakat fitrah. Namun, makanan asasi tersebut harus digantikan dengan duit, dengan niat ‘sebagai ganti’ kepada makanan asasi yang wajib dikeluarkannya. Syeikh Syihab al-Ramli pernah menfatwakan bahawa harus bertaqlid kepada Mazhab Hanafi dalam masalah mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk nilaian matawang ‘sebagai ganti’ makanan asasi tersebut. Selain itu, keharusan mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk duit ‘sebagai ganti’ makanan asasi ini adalah kerana darurat (keperluan) dan kehendak daripada pemerintah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel berikut; http://tolibilmi.blogspot.com/2018/05/zakat-fitrah-dengan-duit.html?m=1 اليسع Wallahu a'lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...