Penjelasan tentang amalan “Meluaskan belanja kepada ahli keluarga pada hari ‘Asyura”.
Terdapat sebuah hadis yang berbunyi, "Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kaum keluarganya pada hari 'Asyura', maka Allah subhanahu wa ta'ala akan melapangkannya pada tahun tersebut seluruhnya".
Hadis ini diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat. Antaranya ialah :-
📗 Sayyidina Jabir radhiyallahu 'anhu. (Ibn 'Abd ul-Barr, al-Istidhkar 10:140).
Hafiz al-Iraqi rahimahullah menyatakan bahawa jalur riwayat ini adalah yang paling sahih bagi hadis ini. Beliau juga menyatakan bahawa ianya sahih seperti syarat Imam Muslim rahimahullah. (As-Sakhawi, al-Maqasid ul-Hasanah 1193)
📗 Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu. (Al-Baihaqi, ash-Shu'ab ul-Iman 3515, Al-Mundziri, at-Targhib 2:115-116).
Jalur riwayat ini telah disahihkan oleh Hafiz Ibn Nasr rahimahullah. (As-Sakhawi, al-Maqasid ul-Hasanah 1193)
📗 Sayyidina Abu Said al-Kudri radhiyallahu 'anhu. (Al-Baihaqi, ash-Shu'ab ul-Iman 3514)
📗 Sayyidina Abdullah ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu. (Al-Baihaqi, ash-Shu'ab ul-Iman 3513).
Selepas merakamkan hadis ini, Imam Baihaqi rahimahullah mengulas seperti berikut, "Apabila kesemua jaluran riwayat ini dikumpulkan, ia menjadi kuat."
Kenyataan Imam Baihaqi rahimahullah ini telah dinukilkan untuk diakui kebenarannya oleh beberapa ulama hadis yang pakar seperti Imam al-Mundziri rahimahullah, Hafiz Ibn Hajar rahimahullah, Allamah as-Sakhawi rahimahullah dan Allamah as-Suyuti rahimahullah. (Al-Mundziri, at-Targhib 2:116, Ibn Hajar, al-Amali il-Mutlaqah ms.30, As-Sakhawi, al-Maqasid ul-Hasanah 1193, as-Suyuti, al-La'ali il-Masnu'ah 2:95)
📗 Sayyidina Abdullah ibn Umar radhiyallahu 'anhuma. (Ad-Daraqutni, al-Afrad, Ibn 'Araq, Tanzihu ush-Shari'ah 2:158).
Jalur riwayat ini juga dikatakan baik atas kenyataan Sayyidina Umar radhiyallahu 'anhu. (Ad-Daraqutni, al-Afrad, As-Sakhawi, al-Maqasid ul-Hasanah 1193, Ibn 'Araq, Tanzihu ush-Shari'ah 2:158).
Tambahan pula sebahagian daripada perawi hadis ini telah dilaporkan mengakui perkara ini dengan kata-kata mereka, "Kami telah mencuba perkara ini dan telah mendapati bahawa ianya benar-benar berlaku." (Ibn 'Abd ul-Barr, al-Istidhkar 10:140). Pengakuan mereka ini menambahkan lagi kekuatan riwayat hadis ini.
Bahkan seorang perawi hadis ini yang merupakan seorang muhaddis dan faqih, Sufyan ibn 'Uyainah rahimahullah mengatakan, "Aku telah melakukan perkara ini 50 ke 60 tahun dan ia benar-benar berlaku." (Ibn Rajab, Lataif ul-Ma'arif ms.113).
Imam al-Bajuri rahimahullah menulis, "Apabila kesemua jaluran riwayat ini dikumpulkan, ia menjadi kuat." (Al-Qastalani, al-Mawahib ul-Ladunniyyah ms.492)
Saya telah menukilkan kesahihan hadis ini daripada 10 orang muhaddis. Ini sudah cukup bagi sesiapa sahaja untuk mengakuinya.
1⃣ Hafiz al-Iraqi rahimahullah
2⃣ Hafiz Ibn Nasr rahimahullah
3⃣ Imam Baihaqi rahimahullah
4⃣ Imam al-Mundziri rahimahullah
5⃣ Hafiz Ibn Hajar rahimahullah
6⃣ Allamah as-Sakhawi rahimahullah
7⃣ Allamah as-Suyuti rahimahullah
8⃣ Ibn 'Abd ul-Barr rahimahullah
9⃣ Sufyan ibn 'Uyainah rahimahullah
🔟 Imam al-Bajuri rahimahullah
Akhir sekali, hadis ini memberi jalan keluar kepada kesempitan ekonomi global pada masa kini. Perkara ini tidak terhad kepada makanan sahaja. Seseorang itu boleh berbelanja dalam apa-apa sahaja bentuk yang dirasakan paling sesuai. ('Ala ud-Din ibn 'Abidin, al-Hadiyyat ul-'Alaiyyah ms.311)
Meluaskan perbelanjaan ini bergantung kepada keadaan seseorang itu. Namun janganlah sehingga ke tahap membazir atau meniru-niru gaya orang bukan Islam berbelanja.
Nota : Hadis ini hanya menyatakan tentang meluaskan perbelanjaan kepada ahli keluarga sahaja. Perkataan 'ayalihi diterjemahkan sebagai 'orang di bawah tanggungannya'.
Kredit Penulisan : Maulana Muhammad Bin Maulana Haroon Abasoomar.
📣 (Hari 'Asyura tahun ini iaitu tanggal 10 Muharram 1444H jatuh pada masuknya waktu Maghrib pada hari Ahad 7 Ogos 2022)
Show more ...