cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

المُربي الحبيب عمر ماليزيا

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Instagram: @habibomar_malaysia Facebook Page: Kalam Ulama ڤنچينتا الحبيب عمر ماليزيا 🇲🇾

Show more
Malaysia6 770The language is not specifiedReligion & Spirituality5 363
Advertising posts
15 866Subscribers
-224 hours
-227 days
-18430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Imam Maulana Syeikh Ali Jum'ah berkongsi pengalaman beliau ketika memasuki Masjidil Aqsa. "Baitul Maqdis adalah CAHAYA, Apabila aku memasukinya, aku telah memasuki khemah cahaya. Apabila aku mula berjalan di dalamnya, cahaya itu segera memasuki mulutku, sehingga ia memenuhi ruang tubuhku, dan cahaya itu sentiasa melakukan ini. Setiap kali teringat cahaya itu, pasti aku rasa kagum, kerana ia adalah cahaya yang istimewa, ia tidak ada di Kaabah, ia tidak ada pada sidna Rasulullah ﷺ, cahaya itu unik, mungkin ia kesan daripada doa para anbiya'. Lebarnya adalah 144,000 meter, dan seorang manusia boleh mengambil 1 meter darinya, dan telah berdoa kepada Baginda ﷺ bersama 124,000 nabi, baki 20,000 malaikat, ini adalah tempat di puncak yang penuh dengan ketinggian. Dan solat yang dilakukan seolah-olah telah menerangi tempat ini dengan cahaya yang istimewa. Pada masa itu, akhirnya diriku dapat memahami apa yang diriku tidak faham sebelum ini, tentang Sayyidi al Bayyumi, yang sebelum ini digelar 'orang yang pengsan dalam cahaya'! Aku berasa sedikit terkejut dan menyangka ia mungkin 'majaz'. Bagaimana seseorang boleh tenggelam dalam cahaya?. Jadi apabila diriku memasuki Al Aqsa, aku akhirnya tenggelam dalam cahaya.." Sumber: Pencinta Rasulullah
Show all...
Voice note seorang mujahidin menceritakan keadaan yang dilaluinya ketika operasi menentang Zionis. بَلَىٰٓۚ إِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأۡتُوكُم مِّن فَوۡرِهِمۡ هَٰذَا يُمۡدِدۡكُمۡ رَبُّكُم بِخَمۡسَةِ ءَالَٰفٖ مِّنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ مُسَوِّمِينَ Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. -Ali 'Imran: 125
Show all...
ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَٰنٗا وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". Ali 'Imran: 173
Show all...
Bilakah Muslimin akan menang di Palestine?
Show all...