cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Didik Anak

Berkongsi cerita dan pengalaman membesarkan dan mendidik empat orang anak dan info dari pembacaan serta kehidupan seharian.

Show more
Indonesia114 523The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
183Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Show all...
temy

Tolong aamiin kan doa ini: Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas ketaatan dan agamaMu. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari terpeleset di landasan yang benar setelah mendapat hidayah. Ya Allah! Berkahilah usia kami, sehatkanlah tubuh kami, terangilah hati kami, mantapkanlah iman kami, bantulah kami memperbaiki amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari maksiat dan keburukan, kabulkanlah segala kebutuhan kami baik dalam agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu Ya Allah, anugerahilah aku agar paham dalam urusan agama, tambahan dalam ilmu, kecukupan dalam rizeki, kesehatan tubuh, taubat dan taat yang istiqomah, ketenangan ketika mati, ampunan setelah mati, keberuntungan pada saat hitungan amal, dan bisa melewati titian jembatan shirath, wahai Dzat pemberi keutamaan dan kebaikan, dengan rahmat-Mu, wahai Dzat Maha Pengasih Kabulkanlah permohonan kami Aamiin Ya Rabbal'alamiin. . . Semoga yang Like & Komentar senantiasa dikaruniai…

😠😠😠😠😠😠😠😠😠 Bila Anak Sedang Marah 😡😡😡😡😡😡😡😡😡 Waktu anak sedang marah lah waktu terbaik kita nak ajar anak tentang EQ pada dia Tanya anak kita beberapa soalan ni : ✔️ Adik tengah marah ye? ✔️ Pegang dada anak kita dan tanya dia 'adik rasa macam mana dalam ni? Rasa sakit ke rasa panas ke? ' ✔️ Acknowledge perasaan marah anak kita tu dengan berkata ' mama tahu adik tengah marah. It's ok to get angry adik' Ni la pertanyaan yang berguna untuk pengurusan emosi dan Emotional Intelligence anak kita Link ke Telegram Nota Parenting 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
Show all...
Nota Parenting Taufiq Razif

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Ilmu untuk hari ni... Copy paste... Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong. " Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details. " " Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya. " Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit". Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents. Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. " Oh ya, mama salah tadi..sorry " Ada lagi. " Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang. " Okay... Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu) Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi. Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂 Tq aunty. Kredit : Nurul Atika Mokhtar
Show all...
Balik Rumah, Peluklah Anak ============ 1. Berat mana pun urusan kerja kita, bila sampai dirumah nanti, peluklah anak. Menzahirkan sifat sayang kepada anak ini adalah Sunnah Rasulullah. Abu Hurairah menceritakan bagaimana suatu hari Rasulullah dilihat mencium Saidina Hasan, cucu Baginda Nabi. Melihatkan perkara itu al-Aqra’ ibn Habis berkata: إن لي عشرة من الولد ما قبّلت منهم أحدًا “Aku mempunyai 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium seorang pun dari mereka.” 2. Mendengar kata-kata al-Aqra’ tadi, Rasulullah melihat wajahnya lalu bersabda: من لا يَرحم لا يُرحم “Siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” (HR al-Bukhari) Bererti, Rasulullah sangat menegaskan keperluan untuk menyayangi anak kecil dan menzahirkan rasa kasih kepada anak. 3. Justeru, apabila anak datang berlari meluru kepada kita ketika kita sampai dirumah, peluklah mereka. Kerana dalam tempoh ini mereka masih lagi berlari dan meluru ke arah kita. Esok bila dah besar, belum tentu mereka akan datang dan meluru kepada kita. Sayangi keluarga anda. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi Kredit gambar buat: Sueperdoofus
Show all...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Kata Prof Dr Hasnan Kasan, "Seorang lelaki yang benar benar mendirikan solat, akan mampu untuk mencegah sebarang perkara maksiat yang berlaku di dalam rumahnya. Ini kerana, solat yang didirikan (sebaik mungkin) akan menghasilkan jiwa yang kuat untuk mencegah diri dan ahli keluarganya daripada melakukan sebarang perkara yang keji dan mungkar." . Lalu Prof membacakan dalil ayat ke 45 daripada Surah Al Ankabut ini sebagai penguat kepada hujahnya. Firman Allah SWT; ٱتۡلُ مَاۤ أُوحِیَ إِلَیۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." . Kata Prof lagi, "Allah SWT yang mensyariatkan solat beserta tatacaranya. Lalu Rasulullah SAW yang mengajarkan solat kepada kita. Maka kita hendaklah mendirikan solat bersungguh sungguh dengan ilmu dan jangan ambil mudah. Kerana apabila kita ambil mudah, boleh jadi solat yang kita tidak bersungguh untuk melakukannya itu tidak diterima oleh Allah." . "Solat yang tidak menepati tatacara yang telah disyariatkan oleh Allah SWT tidak akan membuahkan jiwa orang yang melakukan solat itu kekuatan untuk mencegah diri daripada melakukan perkara maksiat." . "Perhatikan solat yang kita dirikan. Pastikan ianya didirikan dengan ilmu. Ketahui hukum hakam setiap perbuatan solat agar kita tidak terjerumus melakukan perkara yang dibenci (makruh) dan haram oleh Allah SWT." ... Sebenarnya kita perlu risau apabila kita selesai mendirikan solat, kita masih lagi gemar kepada perkara perkara maksiat. Mata yang seronok melihat perkara yang haram, telinga yang seronok mendengar perkara yang sia sia dan lidah yang suka berbicara perkara yang tidak berfaedah adalah diantara contoh contoh serta bukti bahawa solat yang kita lakukan tidak memberi kesan kepada jiwa kita. Wal'iyyazubillah. . #AkhiAdifGorment 23 May 2019
Show all...
Dalam pada berpuasa fizikal makan minum, sebenarnya paling menguji adalah berpuasa emosi.♨️❤️ Berpuasa dari : ❗️emosi geram kejut anak, tak bangun bangun lagi nak sahur ni, ❗️emosi tak percaya anak puasa ke hari ini? nampak cergas aja😅 ❗️emosi marah anak minta nak buka awal? 😑 ❗️emosi marah dan bebel anak tak siap awal nak terawikh.⏳ . Jika sama aja macam bukan ramadhan, baik fikir balik, puasa apakah aku ini. . Itulah cabaran dan latihan karektor di bulan puasa. . Tarik nafas dan sebut astaghfirullahal'azim banyak kali. . Kita dah besar bukan anak kecil yang puasa fokus pada fizikal makan minum aja. . Salam ramadhan ibu ayah semua, Anda terbaik. pejam mata 💆‍♀ tarik nafas 💆‍♀ hembus dan 😙 senyum 😊😊😊 Maznah Ibrahim
Show all...
Cara Hilangkan Sifat Berdendam Anak Ajar anak kita 3 benda ni untuk hilangkan sifat suka berdendam : 👶 Ajar anak selalu berfikir dari sudut positif 👶 Ajar anak memaafkan orang 👶 Ajar anak kita meluahkan emosinya 📛 Jangan marah atau remehkan anak bila anak mengadu kerana ia membuatkan anak lebih suka memendam emosinya #notaparentingTaufiqRazif
Show all...
Assalamualaikum ibu2 . Bercerita tentang kata - kata ibu, agak - agaknya jika diadakan exam subjek komunikasi ibu dan bapa dengan anak, rasanya kita lulus tak ? Waktu paling mudah untuk kita gagal dalam exam ini rasanya waktu pagi . Waktu puncak . Anak nak ke sekolah, ibu nak pergi kerja, jika tak kerja nak menguruskan berbagai kerja rumah . Kerana fokus pada kerja yg banyak cuaca pagi ibu paling mudah berubah. Bapa susah sedikit nak berubah cuaca kerana " kesabaran tahap tinggi " yang mereka ada. Situasi pagi ibu. Nak kejut anak...bapa sabar. Nak sediakan sarapan dalam masa yg sama ada anak masih tak mandi, bapa sabar. Yang ada anak kecil, perlu banyak perkara nak diurus. Jika ibu bekerja, urusan menghantar ke pengasuh...bapa sabar . Di sinilah akan mula keluar perkataan - perkataan "canggih menusuk jiwa" . "Kan! Ibu dah kata, siap cepat, siap cepat ..." Di sinilah syaitan masuk jarum . Di sinilah peranan Al Quran sebagai petunjuk " huda" yg disebut dalam Al Baqarah yg boleh kita aplikasi dalam kehidupan . Bila cuaca ibu nak bertukar dari kucing miow miow kepada hari harimau ....ucaplah auzubillah. Ulanglah berkali2 ayat2 Al Quran ( potongan ayat pendek utk motivasi diri) utk soothing diri sendiri dgn izin Allah . Bila ada waktu free, bukalah Al Quran dan hafal siap - siap serta makna dan faham sungguh - sungguh . Contohnya, bila marah . Nak marah jer teringat ayat "laa taghdob wa lakal jannah ...Laila, jgn marah, untukmu syurga Laila, jgn marah " Tarik nafas dan.duduk sekejap . Kita pilih yg mana ? Pilih utk melukakan hati anak/ pasangan atau syurga? Jujurnya....tulis memang mudah. Untuk bercakap waktu dalam seminar sangat mudah. Untuk realisasikan dalam kehidupan inilah mujahadah. Jom ibu2, terus memohon kepada Allah, agar Allah sentiasa membimbing kita menjadi ibuguru yang sentiasa berusaha. #berusahaselagibernafas
Show all...