cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

CHANNEL : ADMIN 1-MALAYSIA ® BANTERAS Penipu Online MALAYSIA ( Official )

CHANNEL INFORMASI https://telegram.me/BanterasPenipuOnline SUPERGROUP PERBINCANGAN https://t.me/joinchat/O-VoKmIPRKks3QpU FB PAGE https://www.facebook.com/groups/BanterasPenipuOnlineAdmin1MALAYSIA/ WA | IG | TW @BanterasPenipuOnline

Show more
Malaysia5 057The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
1 437Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1430 days
Posts Archive
Polis kesan lebih 80,000 akaun keldai 17 Oktober 2020 KUALA LUMPUR - Lebih 80,000 akaun keldai digunakan ahli sindiket penipuan dalam talian yang dikesan dari 1 Januari 2019 hingga 9 Oktober lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Zainuddin Yaacob berkata, akaun keldai merujuk kepada akaun yang dibenarkan individu atau diberikan pemiliknya kepada sindiket keldai akaun untuk pihak ketiga tanpa mengetahui tujuan sebenar penggunaan akaun itu. Menurut beliau, ahli sindiket memperdaya mangsa hingga sanggup 'meminjamkan' kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pin dengan bayaran antara RM200 hingga RM2,000 bagi setiap transaksi. “Modus operandi sindiket ini untuk mendapatkan akaun berkenaan adalah melalui tawaran iklan di media sosial atau ditawarkan melalui rakan dengan jumlah bayaran tertentu. “Antara alasan yang digunakan ialah untuk tujuan perniagaan dan sebagainya yang sasaran mereka terdiri daripada golongan yang memerlukan seperti penagih dadah, suri rumah dan pelajar,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini. Jelasnya lagi, dalam kes tertentu ada juga individu yang membuat pinjaman wang daripada along yang kemudiannya diarahkan untuk memberikan kad ATM dan nombor pin sebagai syarat untuk pembayaran semula. Zainuddin berkata, pada tahun lalu sebanyak 18,130 akaun keldai disita dan dibekukan manakala tahun ini sehingga 9 Oktober lalu sebanyak 16,429 akaun juga diambil tindakan sama. "Seramai 6,409 pemilik akaun itu didakwa pada tahun lepas dan seramai 3,176 orang dituduh setakat 9 Oktober tahun ini. "Mereka ini didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki harta curi," katanya. Beliau berkata kebanyakan pemilik akaun ini tidak menyedari akaun mereka digunakan sindiket namun ada antara mereka yang sengaja memberikan nombor akaun untuk tujuan penipuan dalam talian. Zainuddin berkata, perkara itu jelas melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda atau kedua-duanya sekali. “Orang ramai diingatkan untuk tidak bekerjasama dengan sindiket penipuan dalam talian ini dan sengaja memberikan nombor akaun mereka. Jika melihat ada transaksi yang mencurigakan, cepat-cepat buat laporan supaya tindakan segara boleh diambil,” katanya. Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa bekerjasama erat dengan institusi kewangan dan telekomunikasi serta penguat kuasa luar negara bagi membanteras dan mencari penyelesaian terbaik untuk kes-kes komersial khususnya jenayah siber. Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai agar sentiasa membuat rujukan dengan bank berkaitan, serta portal kendalian Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu ccid.rmp.gov.my/semakmule atau laman sosial rasmi PDRM. - Bernama https://www.sinarharian.com.my/article/105692/BERITA/Jenayah/Polis-kesan-lebih-80000-akaun-keldai
Show all...
Saya nak share apps yang baik. Boleh nampak SCAMMER yang call kita. Sama ada nombor yang orang ada report scam atau tidak. Boleh la install ya. Sebagai langkah awal pencegahan penipuan melalui telefon. Daftar guna link ini untuk dapatkan penggunaan premium percuma https://truecaller.com/r/opsHtOkOYo/hi .
Show all...
Banyak perkara Ejen tidak beritahu tentang insurans nyawa dan perubatan https://youtu.be/_5YVJE4-Kcs Dapatkan info semasa berkaitan di T.me/BanterasPenipuOnline
Show all...
Jangan beli pada peniaga online tiada SSM dan akaun bank syarikat! https://youtu.be/gGtFPCdjWcw .
Show all...
Sebelum bank in duit pastikan nama dan no akaun betul. https://youtu.be/MOmg4kkHYQ4 .
Show all...
Assalammualaikum Cara terbaik untuk hindarkan orang lain tertipu ialah untuk buat report polis Sekarang ni setiap report pada account yang terlibat akan dipaparkan di website PDRM InsyAllah 👇👇👇 http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Show all...
Due to COVID-19, people are spending more time online, but this also exposes everyone to cyberthreats. According to CyberSecurity Malaysia, cybercrimes have increased by 82.5% during MCO!
Show all...
26 BAU-BAU SCAM Ramai sangat yang Berhutang sebab PENIPUAN dalam PELABURAN .... MOGA PERKONGSIAN INI BANTU ANDA SEMUA . https://youtu.be/rSpd1doeQqA .
Show all...
Ekonomi rumah tangga terkesan dengan situasi wabak? Apa patut buat untuk hadapai krisis ini dan bersedia hadapi krisis seterusnya? Anda perlukan Plan B. Video training akan dibuka pada: 📣 Pukul 8 malam 📣 Selasa, 7 April 2020 JOM JOIN TRAINING KHAS SECARA ONLINE PERCUMA.. Klik SINI: 👉🏻 https://brc.my/plan-b/hai/865 👉🏻 https://brc.my/plan-b/hai/865 👉🏻 https://brc.my/plan-b/hai/865
Show all...
Saya nak share apps yang baik. Boleh nampak siapa yang call kita. Sama ada nombor yang orang ada report scam atau tidak. Boleh la install ya. Sebagai langkah awal pencegahan. https://truecaller.com/r/opsHtOkOYo/ia .
Show all...
PERHATIAN ‼ Kaedah pelaksanaan bayaran bantuan kerajaan sepanjang tempoh PKP mungkin akan diberitahu nanti. ELAKKAN dari download dan isi apa apa borang yang melibatkan sebarang bentuk bantuan kerajaan. Anda seronok dengar nak dapat duit bantuan, RIBUAN SCAMMER juga sedang bergembira dan menanti mangsa. Hati2... JANGAN senang2 isi maklumat peribadi... pastikan sumber sahih baru isi... #SCAMMERALERT #STAYATHOME #Covid19 T.me/BanterasPenipuOnline .
Show all...
Polis siasat kes tipu jual beli 'facemask' Zatul Iffah Zolkiply [email protected] POLIS membuka lapan kertas siasatan berhubung kes penipuan penjualan cecair pembasmi kuman serta penutup mulut dan hidung membabitkan kerugian RM10,488. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, laporan itu diterima pihaknya sejak 18 Mac lalu membabitkan urusan jual beli secara atas talian melalui media sosial terutama Facebook. “Polis mengesan wujudnya kegiatan penipuan ketika negara bergelut dengan wabak penyakit Covid-19 memandangkan permintaan yang tinggi terhadap dua barangan berkenaan. “Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan penjualan kedua-dua barangan ini di media sosial sebaliknya mendapatkannya melalui pembekal sah. “Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Dalam pada itu, Roslee berkata, operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di pusat perbankan akan berjalan seperti biasa dan tidak tertakluk kepada arahan penutupan operasi dan premis perniagaan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Katanya, pihaknya menafikan penutupan operasi mesin ATM dan CDM seawal jam 6 petang yang dikeluarkan PBT susulan Perintah Kawalan Pergerakan. “Sebarang maklumat yang mengatakan mesin ATM dan CDM hanya beroperasi bermula 7 pagi hingga 6 petang adalah tidak benar dan orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan itu seperti biasa dengan mengamalkan langkah penjarakan sosial (social distancing),” katanya.
Show all...
Penipuan face mask! Penipu paling suka orang tengah terdesak, sebab mudah sangat untuk dieksploitasi. Hati-hati semua!
Show all...
Ikuti channel telegram MKN Rasmi Informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat. Terima kasih https://t.me/MKNRasmi
Show all...
Rugi RM1.3 juta Nurul Hidayah Bahaudin [email protected] JUAL rumah dan kereta bagi membayar ganti rugi kepada 60 pelabur lain berjumlah RM558,000. Itu nasib menimpa seorang daripada mangsa penipuan pelaburan bitcoin, Dino Amir, 39, yang mengalami kerugian lebih RM1.3 juta. Dino berkata, dia mengetahui mengenai pelaburan itu melalui kenalannya Mei 2016. “Saya dijanjikan keuntungan satu peratus setiap hari daripada jumlah pelaburan bitcoin. “Saya kemudian tertarik menyertai pelaburan itu dan turut menawarkan kepada rakan dan ahli keluarga supaya ikut serta melabur. “Bagi tempoh beberapa bulan, saya berjaya mengumpul 60 pelabur lain yang turut sama melabur bagi 200 bitcoin membabitkan pelaburan RM1.3 juta diletakkan dalam 10 akaun. “Jumlah pelaburan itu membabitkan RM558,000 wang pelabur lain manakala selebihnya iaitu RM800,000 pula pelaburan dibuat saya sendiri,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam. Dia yang bekerja sendiri berkata, pihaknya hanya menyedari mereka ditipu selepas akaun bitcoin berkenaan tidak dapat diakses selepas beberapa bulan menerima keuntungan dijanjikan. “Selepas tiga bulan membuat pelaburan, kami tidak dapat mengakses akaun bitcoin selepas ia ditukarkan kepada pelaburan mata wang lain. “Disebabkan itu, saya terpaksa menjual rumah dan kereta bagi membayar semula wang pelabur kerana desakan mereka yang mahukan wang semula,” katanya yang juga ketua wakil mangsa penipuan sindiket berkenaan. Dino bersama 29 mangsa lain hadir di IPD Kajang untuk membuat laporan bersabit tangkapan seorang suspek yang dipercayai menjadi dalang penipuan pelaburan itu, Sabtu lalu. Sementara itu, seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Jacky, 42, berkata, dia dan 20 ahli keluarganya kerugian RM1.28 juta selepas melabur untuk 80 bitcoin dengan sindiket berkenaan. “Kawan memperkenalkan saya dengan pelaburan itu pada April 2016. Dalam tempoh beberapa bulan, saya mendapat pulangan kira-kira RM96,000 selepas menjual enam bitcoin yang diperoleh hasil keuntungan pelaburan. “Disebabkan keuntungan meyakinkan, saya mengajak 20 ahli keluarga lain menyertai pelaburan sebanyak 80 bitcoin berjumlah RM1.28 juta menerusi empat akaun sebelum mengetahui akaun itu tidak dapat diakses selepas ditukar kepada pelaburan mata wang asing lain,” katanya. Jacky yang juga eksekutif jualan berkata, dia kini menanggung hutang ekoran membuat pinjaman bank untuk membiayai pelaburan itu selain terpaksa berdepan dengan desakan pelabur lain. “Banyak masalah timbul apabila akaun bitcoin berkenaan tidak dapat diakses. Saya kerap dimarahi ahli keluarga kerana kehilangan wang pelaburan itu. “Malah, gaji saya kini hanya mampu untuk menampung bayaran pinjaman bank yang dibuat untuk membiayai pelaburan itu sebelum ini,” katanya. Seorang lagi mangsa, A Arokianathan, 41, berkata, dia bukan saja kerugian wang RM57,000, malah turut kehilangan kerja serta dibelenggu hutang akibat ditipu sindiket berkenaan. “Saya juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri akibat terlalu tertekan susulan pelaburan berkenaan,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 8:45 AM https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/541199/rugi-rm13-juta
Show all...
Public advised not to get involved in MLM business with Fingo: Chong 10 AUG 2019 / 19:24 H. KUCHING: The Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs has advised the public not to be involved in multi-level marketing (MLM) business with Fingo (M) Sdn Bhd and market their products on the company’s e-commerce online platform. Deputy Minister Chong Chieng Jen said this is because the ministry did not issue any direct selling licence to the company to conduct MLM business and market products over its e-commerce online platform. “The ministry has only issued a direct selling licence to Fingo to market their five products as per listed below through traditional and conventional methods (through agents or face to face), and not through online apps or e-commerce,” he said during a press conference at the Democratic Action Party’s (DAP) office here, today. The five products are An-Nur Agar Shampoo, Sucian Dara, Sniper, 9030 Mix Honey with Cordyceps and Lunia Bird Nest Ess Facial Mask. The company had launched Fingo, its e-commerce platform, in Malaysia last month. Chong said the ministry had received complaints from the public that they would receive some money if they were able to recruit new members for the company and could also get commissions when those members buy the company’s products. “It is the advice of the ministry that if any MLM scheme or direct selling scheme promises high returns on minimal work or high returns on mere recruitment of members, that is probably money scam or pyramid scheme which is against the law,” he said. Chong said under the Direct Sales and Anti Pyramid Scheme Act 1993, no person shall promote or cause to be promoted a pyramid scheme and any person who contravenes this shall be guilty of an offence. If that person is a body corporate, partnership or society, that person can be fined not less than RM1 million and not more than RM10 million, and if it is not a body corporate, partnership or society, that person can be fined not less than RM500,000 and not more than RM5 million or to imprisonment for a term not exceeding five years or both. Chong said under the terms and conditions of direct selling licence, the company is also not allowed to market its product through online unless permitted by the controller to do so, and so far no permission had been granted. “So far, the ministry has received a few complaints that Fingo is promoting its apps or e-commerce platform in a manner similar to a direct selling method and thus investigation is underway,” he said. He advised the public to lodge complaints to the ministry through its website portal [email protected] or via WhatsApp to 019-2794317 or visit any of the ministry’s offices nationwide if they sense that Fingo is conducting a multi-level method of doing business to attract people and promote any kind of schemes that promise returns that are too good to be true. — Bernama https://www.thesundaily.my/local/public-advised-not-to-get-involved-in-mlm-business-with-fingo-chong-XY1247541
Show all...
Jika anda tidak mengikuti, kini sedang berlangsung perbicaraan ke atas Myanmar yang dituduh melakukan ‘genocide’ atau ‘ethnic cleansing’ ke atas orang-orang Islam Rohingya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice ICJ) di The Hague, Belanda. Kes ini telah difailkan oleh Gambia, sebuah negara di Benua Afrika yang mewakili 57 negara Islam lain yang telah memfailkan permohonan yang sama untuk membawa Myanmar ke muka pengadilan. Gambia diwakili oleh peguam dari Amerika Syarikat, Paul Reichler dan Britain, Philippe Sands yang pakar dalam undang-undang maritim & antarabangsa. Reichler pernah mewakili beberapa negara seperti Filipina dalam pertikaian dengan China berkenaan Laut China Selatan, serta pernah mewakili Nicaragua menentang Amerika Syarikat pada tahun 1986. Reichler mempunyai pengalaman selama lebih 40 tahun dalam bidang undang-undang antarabangsa & maritim. Sands pernah mewakili Georgia menentang Russia dan pernah mewakili Australia dalam kes Antartika. Sands juga merupakan antara pengkritik terbesar Perang Iraq dan menyifatkan bekas PM Tony Blair sebagai telah melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan bertindak menyerang Iraq. “Myanmar tidak boleh dipercayai menjaga hak orang Islam Rohingya!” Reichler memulakan ucapan awal beliau di hadapan panel 17 Hakim dari pelbagai negara seluruh dunia. Reichler mendedahkan laporan dari PBB pada tahun 2018 yang mendedahkan bagaimana tentera Myanmar membunuh bayi, merogol wanita-wanita Rohingya dan membakar mereka hidup-hidup. Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi dalam keterangan pembelaan beliau mempertahankan tindakan tentera Myanmar dan berkata ia merupakan langkah untuk mengekang kegiatan pengganas di Rakhine. Reichler membidas keterangan Aung San dan berkata ia sukar dipercayai kerana mustahil Myanmar tidak dapat membezakan antara pengganas, wanita dan kanak-kanak serta berhujah tindak balas tersebut sangat sangat keterlaluan. Aung San mengakui tindakan tentera beliau ‘sedikit keterlaluan’ tetapi menafikan ia melakukan pembersihan etnik serta menuduh pihak antarabangsa yang ‘tidak sabar’ dan tidak memahami geopolitik Myanmar. Gambia memohon suatu perintah ‘provisional measures’ untuk melindungi warga Rohingya. Ini bermakna Mahkamah boleh memerintahkan beberapa langkah untuk dipatuhi oleh Myanmar dalam mempastikan warga Rohingya mendapat pembelaan termasuk membenarkan pasukan dari PBB untuk memasuki Myanmar serta dari negara-negara lain yang berkenaan. Jika Myanmar ingkar dengan perintah ICJ, Myanmar boleh dikenakan tindakan oleh PBB seperti sekatan ekonomi, bantuan kewangan sehingga termasuklah tindakan ketenteraan. Ini kerana berdasarkan Artikel 94 UN Charter, semua negara yang mengiktiraf perlu patuh kepada perintah oleh ICJ. *** Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA 🇲🇾’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia 🇲🇾! Click to join now!👇🏻👇🏻👇🏻 https://www.facebook.com/groups/332053270624408/ Subscribe to our Youtube channel 📺 https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A Follow us on Instagram 📷 instagram.com/jumpakatmahkamah Follow us on Twitter 🐦 twitter.com/JumpaKatCourt Visit our website 🌐 jumpakatmahkamah.blogspot.com .
Show all...
Saya nak share apps yang baik. Boleh nampak siapa yang call kita. Sama ada nombor yang orang ada report scam atau tidak. Boleh la install ya. Sebagai langkah awal pencegahan. Accept my invite for the Truecaller app & get 1 week Premium for free! Get it from: https://truecaller.com/r/opsHtOkOYo/ia
Show all...
Alhamdulillah, sudah 68 responden, Terima kasih atas bantuan semua. Target adik ni untuj kajian beliau keseluruhan adalah 150 responden.
Show all...
Assalamualaikum, Saya, Asyraf, pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka, sedang menjalankan satu kajian di mana saya memerlukan pihak Tuan/Puan membantu menjawab beberapa soalan di servey yang telah disediakan oleh saya. Servey ini tidak mengambil data peribadi Tuan/Puan sekalian. Servey ini juga hanya mengambil masa selama 5-10 minit sahaja. Link untuk servey; https://bit.ly/2WLw6WD Terima kasih kerana sudi meluangkan masa & memberi kerjasama kepada saya.
Show all...
IDENTITY THEFT SCAMS Kecurian identiti sebagai jenayah yang serius Di bawah undang-undang Malaysia, iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233, adalah menjadi satu kesalahan apabila seorang individu mendaftar perkhidmatan komunikasi dan multimedia dengan niat untuk melakukan penipuan atau khianat. Perenggan di atas membawa maksud bahawa mana-mana individu yang mendaftar perkhidmatan komunikasi dan multimedia dengan menggunakan identiti individu lain untuk tujuan penipuan atau khianat adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Malaysia dan boleh dikenakan DENDA maksima RM 300,000.00 atau 3 tahun PENJARA atau kedua-duanya sekali. Jom sertai Team Admin 1 Malaysia /Banteras Penipu Online Sila share dan viralkan #SuperAdmin #Banteraspenipuonline @BanterasPenipuOnline
Show all...
ASSALAMUALAIKUM HARAP MAKLUM KAMI DAPAT INFO ADA YG GUNA NAMA SALAH SEORG ADMIN BPO UNTUK KEPENTINGAN DIRI MEREKA SENDIRI. DI SINI KAMI MAKLUMKAN ADMIN BPO YANG SAHIH 👇👇👇 ADMIN BPO YANG AKTIF @ridzuanxyz @HapizRajali @CikguFalihinCintaRindu @asalniatbaik @YMTMJ @put3yunabintanngdilangit JIKA ADA YANG CUBA MENYAMAR JADI ADMIN BPO, HARAP ANDA BERIKAN KERJASAMA DAN BOLEH INFO DGN ADMIN BPO YG SAHIH DI ATAS☝️ DAN DITEGASKAN SETIAP ADMIN BPO TAK PERNAH DI ARAHKAN UNTUK MEMINTA SEBARANG IMBUHAN DARI PENGADU. SEMUA ADMIN DI SINI ADALAH SUKARELA SAHAJA. JIKA BERLAKU KEPADA ANDA, SILA TOLONG PM ADMIN ☝️ UNTUK KEPASTIAN DAN KEPADA YANG CUBA MENCURI IDENTITI ATAU MENYAMAR MENJADI ADMIN, KAMI TAHU SIAPA ANDA DAN PIHAK KAMI TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MENERUSKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG SEWAJARNYA TERHADAP ANDA. --->SILA HENTIKAN PERBUATAN JENAYAH ANDA TERSEBUT DENGAN SERTA MERTA INI AMARAN KERAS DAN SERIUS DARI ADMIN BPO YE.
Show all...
Tazkirah Ramadhan. Orang yang ada iman, bila dia buat satu dosa tak kisah kecil ke besar, seolah-olah ada gunung besar nak hempap dia. Tapi orang munafik, dosa tu macam lalat. Lalat datang, dia cuma tepis je. - Ustaz Adnin Roslan -
Show all...
1. Jangan beri wang kepada pengemis kanak-kanak. 2. Cuba tangkap gambar mereka. Kalau dapat, tangkapkan gambar close-up yang jelas supaya senang untuk pihak berkuasa mengenali mereka nanti. 3. Laporkan kepada pihak berkuasa, polis atau organisasi bukan kerajaan yang mengendali kes pemerdagangan orang, seperti Tenaganita. Talian 24-jam mereka adalah: +6012 335 0512 +6012 339 5350 atau 4. Hubungi Talian Nur 15999
Show all...
Kredit: Public Health Malaysia
Show all...
Guru tak puas hati, labur RM190,000 dapat pulangan hanya RM37,950 Sharin Nahar, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 17, 2019 13:07 MYT KUANTAN: Seorang guru wanita di sini berputih mata kerugian RM152,050 selepas membuat pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal sejak 2015. Mangsa berumur 48 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam selepas tidak lagi menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan. Menurut ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, kejadian bermula pada April 2015 apabila mangsa diperkenalkan oleh rakannya satu pelaburan oleh sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal. "Sebanyak empat pakej ditawarkan kepadanya iaitu berjumlah RM1,000, RM3,000, RM5,000 dan RM10,000, dimana ahli yang melaburkan akan menerima satu perempat pulangan (dalam bentuk produk termasuk kopi) dan tiga perempat pulangan (dalam berbentuk wang). "Mangsa secara keseluruhan sudah melabur sebanyak RM190,000 dan hanya menerima pulangan dalam lebih kurang RM37,950," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Beliau berkata, bermula dari November 2016, mangsa tidak lagi menerima sebarang pulangan dan pihak syarikat memberikan alasan bahawa program serta pakej sedang dinaiktaraf bagi keuntungan yang lebih tinggi untuk semua ahli. "Namun sehingga kini, tidak mendapat sebarang maklum balas yang positif daripada pihak syarikat. Mangsa berasa tidak berpuas hati dan membuat laporan polis semalam," katanya. Mohd Wazir berkata, susulan laporan dibuat mangsa, polis membuka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. "Kita juga sedang mengesan suspek utama kes ini iaitu pemilik syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-tak-puas-hati-labur-rm190-000-dapat-pulangan-hanya-rm37-950-201365
Show all...
4PM salur bantuan masalah perbankan AZRUL HAKIMIE ANUER 20 Februari 2019 1:11 PM KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengguna yang mengalami masalah perbankan, kredit, sivil serta zakat kini mempunyai saluran baharu untuk mengadu iaitu melalui Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM). Presiden 4PM, Rosland Mohd. Arif berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira usia termasuk warga asing dengan syarat mereka berurusan dengan bank di negara ini. Katanya, orang ramai yang bermasalah boleh datang ke pejabat 4PM di pusat membeli-belah Spectrum, Ampang Baru dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam. “Kami selesaikan pelbagai masalah, kalau mereka nak mengadu tentang bank lelong rumah tanpa notis, tarik kereta tanpa notis inilah tempat dia. “Kita bantu ke tahap maksimum, sasaran kami adalah orang-orang yang teraniaya yang tertekan dengan masalah bank, kami tidak pernah beri ruang kepada bank,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perasmian Biro Pengaduan Awam 4PM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE http://www.utusan.com.my/berita/nasional/4pm-salur-bantuan-masalah-perbankan-1.844810
Show all...
Lelaki didakwa terima deposit tanpa lesen HANIZA HASSAN 20 Februari 2019 1:47 PM KUALA LUMPUR 20 Feb. - Seorang lelaki yang sebelum ini pernah didakwa atas pertuduhan menipu dalam satu skim pelaburan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tham Yik Keong, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zamri Bakar atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM500,000, dua tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Yik Keong didakwa menerima deposit daripada seorang ahli perniagaan, Lew Yoke Fah, 59, berjumlah RM484.635 tanpa lesen sah yang diberikan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 di RHB Bank Kepong, di sini, antara 22 Mei hingga 2 Jun 2017. Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/lelaki-didakwa-terima-deposit-tanpa-lesen-1.844829
Show all...
BUKAN BIASA BIASA PUNYA SCAM Minum kopi dikatakan anti racun dan dan anti kanser .. ?? Menangis saintis perubatan seluruh dunia tengok "ubat" ni. Clorox tuu. Peluntur baju! https://youtu.be/P5Qv3t_EiHo
Show all...
PERJUANGAN YG BELUM SELESAI "Pelanduk selalu melupakan jerat, tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk" - Pepatah Melayu "Mangsa selalu melupakan scammer, tapi scammer tak pernah melupakan mangsa" - Pepatah Afyan Selepas Pak Man Telo ditangkap, dibicarakan dan dihukum dibuang daerah 30 tahun lepas, muncul beribu-ribu Pak Man Telo baru dengan seribu satu idea bisnes dgn modus operandi sama dengan nama berbeza yg wujud sehingga ke zaman millenia ini. Tatkala runtuhnya skim Highway Group, terbina lagi seribu highway-highway palsu yg menjanjikan jalan pintas menjadi jutawan tapi rupanya hanyalah jambatan rapuh yg penuh khayalan. Tatkala Norsham dan Alfafa terkantoi selepas 3 tahun menawarkan banglo murah tak masuk akal, tumbuh 1001 lagi projek-projek banglo murah ala-Alfafa dgn harga langsung tak masuk akal. Apabila seorang Tok Belagak tersontot dan tertangkap, lahir lebih banyak lagi Tok Belagak-Tok Belagak junior dgn skim dan program emas baru yg menawarkan untung gila-gila. Ketika Sheikh Saidey ditangkap dan dibicarakan, muncul berpuluh-puluh sheikh-sheikh dari Mecca yg baru dari penunggang agama menjanjikan seribu satu macam skim atas nama agama yg menjanjikan hibah bulan-bulan yg sangat mengiurkan. Entah sampai bila fenomena ini akan berakhir. Entah bila bangsaku akan terus menjadi mangsa atas nama bangsa oleh bangsa sendiri. Jadi, aku harapkan andainya aku gugur di tas jalan ini, akan muncul seribu lagi financial fighter utk menyambung dan terus berlawan dan berjuang. Moga ALLAH berikanku kekuatan. "Agi Idup Agi Ngelaban". Afyan Mat Rawi 12 Januari 2017 10:35 pagi Gombak
Show all...