646
订阅者
无数据24 小时
+17 天
+930 天
帖子存档
646
Repost from Serene NotesChannel ʕっ•ᴥ•ʔっ
Mesti KELUAR dari comfort zone untuk berjaya
Getting Straight A+ is not easy but not impossible
Belajar dengan hati❤️ pastikan hati bersih daripada dengki dan perasaan tidak baik terhadap orang lain
646
FORMAT MENJAWAB KADAR TINDAK BALAS - TEORI PERLANGGARANF4CHP7 P1 - perbandingan kadar tindak balas P2 - perbandingan faktor P3 - perbandingan penerangan P4 - perbandingan frekuensi perlanggaran P5 - perbandingan frekuensi perlanggaran berkesan
646
Repost from Physics Spmnetic!™ 🔭
𝗖𝗛𝗔𝗥𝗔𝗖𝗧𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗖𝗦 𝗢𝗙 𝗜𝗠𝗔𝗚𝗘 𝗙𝗢𝗥 𝗔 𝗖𝗢𝗡𝗩𝗘𝗫 𝗟𝗘𝗡𝗦
𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴𝗲 𝗮𝗿𝗿𝗼𝘄 = object
𝗿𝗲𝗱 𝗮𝗿𝗿𝗼𝘄 = image
𐙚 if the image is on the 𝘀𝗮𝗺𝗲 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗮𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗼𝗯𝗷𝗲𝗰𝘁, the image is 𝘃𝗶𝗿𝘁𝘂𝗮𝗹
𐙚 if the image is on the 𝗼𝗽𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗲 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝘁𝗵𝗲 𝗼𝗯𝗷𝗲𝗰𝘁, the image is 𝗿𝗲𝗮𝗹
𐙚 easy to remember combo :
- 𝘃𝗶𝗿𝘁𝘂𝗮𝗹 comes with 𝘂𝗽𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁
- 𝗿𝗲𝗮𝗹 comes with 𝗶𝗻𝘃𝗲𝗿𝘁𝗲𝗱
646
𝗖𝗜𝗥𝗜-𝗖𝗜𝗥𝗜 𝗜𝗠𝗘𝗝 𝗞𝗔𝗡𝗧𝗔 𝗖𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚
𐙚 if imej on 𝘀𝗮𝗺𝗲 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗮𝘀 𝗼𝗯𝗷𝗲𝗰𝘁, imej adalah 𝗺𝗮𝘆𝗮
𐙚 if imej on 𝗼𝗽𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗲 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗼𝗯𝗷𝗲𝗰𝘁, imej adalah 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮
𐙚 easy to remember combo :
- 𝗺𝗮𝘆𝗮 comes with 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗸
- 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 comes with 𝘀𝗼𝗻𝗴𝘀𝗮𝗻𝗴
646
𐙚 fermentasi asid laktik dalam sel otot manusia :
- berlaku semasa aktiviti cergas apabila kadar penggunaan oksigen melebihi kadar yang dibekalkan oleh sistem peredaran darah
- otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen, iaitu mengalami 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻
- glukosa tidak dapat diuraikan sepenuhnya. setiap molekul glukosa hanya menghasilkan 𝗱𝘂𝗮 𝗺𝗼𝗹𝗲𝗸𝘂𝗹 𝗔𝗧𝗣 (𝟭𝟱𝟬𝗸𝗝)
- asid laktik yang dihasilkan semasa fermentasi terkumpul sehingga mencapai satu kepekatan yang menyebabkan 𝗸𝗲𝗹𝗲𝘀𝘂𝗮𝗻 dan 𝗸𝗲𝗸𝗲𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝘁𝗼𝘁
- setelah aktiviti cergas berhenti, pengambilan oksigen berlebihan akan mengoksidakan asid laktik kepada karbon dioksida, air dan tenaga
𐙚 apabila semua asid laktik sudah dioksidakan, 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿
646
𝗙𝗘𝗥𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗦𝗜𝗗 𝗟𝗔𝗞𝗧𝗜𝗞
𐙚 proses penguraian glukosa kepada 𝗮𝘀𝗶𝗱 𝗹𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸 dan 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮
𐙚 persamaan perkataan : 𝗚𝗟𝗨𝗞𝗢𝗦𝗔 ➡️ 𝗔𝗦𝗜𝗗 𝗟𝗔𝗞𝗧𝗜𝗞 + 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 (𝟭𝟱𝟬𝗞𝗝)
𐙚 fermentasi asid laktik dalam lactobacillus :
- bakteria ini menjalankan fermentasi susu untuk menghasilkan dadih
- lactobacillus bertindak ke atas laktosa (gula susu) dan menukarkan laktosa kepada asid laktik
- asid laktik akan menggumpalkan kasein (protein susu) menjadi dadih atau yogurt
- asid laktik juga merupakan punca rasa masam yogurt
646
𝗙𝗘𝗥𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗟𝗞𝗢𝗛𝗢𝗟
𐙚 proses penguraian glukosa tidak lengkap kepada 𝗲𝘁𝗮𝗻𝗼𝗹, 𝗸𝗮𝗿𝗯𝗼𝗻 𝗱𝗶𝗼𝗸𝘀𝗶𝗱𝗮 dan 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮
𐙚 persamaan perkataan : 𝗚𝗟𝗨𝗞𝗢𝗦𝗔 ➡️ 𝗘𝗧𝗔𝗡𝗢𝗟 + 𝗞𝗔𝗥𝗕𝗢𝗡 𝗗𝗜𝗢𝗞𝗦𝗜𝗗𝗔 + 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 (𝟮𝟭𝟬𝗞𝗝)
𐙚 fermentasi alkohol dalam yis :
- pembuatan bir dan wain yang menggunakan etanol
- yis dalam roti menghasilkan karbon dioksida untuk menaikkan adunan roti
𐙚 fermentasi alkohol dalam tumbuhan :
- berlaku pada pokok padi yang tumbuh di kawasan berair dan kekurangan oksigen
- etanol yang dihasilkan semasa fermentasi adalah toksik kepada kebanyakan tumbuhan, tetapi sel pokok padi mempunyai toleransi terhadap etanol yang lebih tinggi
- pokok padi menghasilkan banyak enzim alkohol dehydrogenase yang akan menguraikan molekul etanol kepada karbon dioksida tidak toksik
646
𝗙𝗘𝗥𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗜
𐙚 definisi : proses penguraian glukosa tidak lengkap dalam keadaan 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 atau 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻
𐙚 faktor berlaku fermentasi : 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻
𐙚 apabila keadaan oksigen terhad atau tiada oksigen, piruvat menjalani fermentasi selepas glikolisis
𐙚 terdapat dua jenis fermentasi :
- 𝗳𝗲𝗿𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗮𝘀𝗶𝗱 𝗹𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸
- 𝗳𝗲𝗿𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗮𝗹𝗸𝗼𝗵𝗼𝗹
646
𝗥𝗘𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗘𝗥𝗢𝗕
𐙚 definisi : proses 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗴𝗹𝘂𝗸𝗼𝘀𝗮 dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗶𝗺𝗶𝗮
𐙚 hasil respirasi aerob : 𝗸𝗮𝗿𝗯𝗼𝗻 𝗱𝗶𝗼𝗸𝘀𝗶𝗱𝗮, 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 dan 𝗮𝗶𝗿
𐙚 bermula dengan proses 𝗴𝗹𝗶𝗸𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 dan kemudiannya 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸𝘀𝗶𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗶𝗿𝘂𝘃𝗮𝘁
𐙚 proses 𝗴𝗹𝗶𝗸𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀, yang bermaksud penguraian glukosa oleh enzim, berlaku di dalam 𝘀𝗶𝘁𝗼𝗽𝗹𝗮𝘀𝗺𝗮
- 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗺𝗼𝗹𝗲𝗸𝘂𝗹 𝗴𝗹𝘂𝗸𝗼𝘀𝗮 diuraikan menjadi 𝗱𝘂𝗮 𝗺𝗼𝗹𝗲𝗸𝘂𝗹 𝗽𝗶𝗿𝘂𝘃𝗮𝘁
- 𝗴𝗹𝗶𝗸𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗸𝘀𝗶𝗴𝗲𝗻
𐙚 peringkat kedua, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸𝘀𝗶𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗶𝗿𝘂𝘃𝗮𝘁 berlaku di dalam 𝗺𝗶𝘁𝗼𝗸𝗼𝗻𝗱𝗿𝗶𝗼𝗻
- piruvat mengalami pengoksidaan melalui satu siri tindak balas untuk menghasilkan 𝗸𝗮𝗿𝗯𝗼𝗻 𝗱𝗶𝗼𝗸𝘀𝗶𝗱𝗮 dan air serta membebaskan 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 yang digunakan untuk menghasilkan ATP
𐙚 sebahagian besar tenaga digunakan untuk menghasilkan molekul 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗼𝘀𝗶𝗻𝗮 𝘁𝗿𝗶𝗳𝗼𝘀𝗳𝗮𝘁 (𝗔𝗧𝗣)
𐙚 tenaga yang dihasilkan disimpan sementara melalui penghasilan molekul 𝗔𝗧𝗣
- 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗳𝗼𝘀𝗳𝗮𝘁 ditambahkan kepada 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗼𝘀𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗳𝗼𝘀𝗳𝗮𝘁 (𝗔𝗗𝗣)
- 𝗔𝗗𝗣 + 𝗙𝗢𝗦𝗙𝗔𝗧 (dengan menggunakan tenaga) ➡️ 𝗔𝗧𝗣
- molekul 𝗔𝗧𝗣 mempunyai 𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗳𝗼𝘀𝗳𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵
- ikatan fosfat diputuskan apabila sel memerlukan 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 bagi menjalankan aktiviti harian
- 𝗔𝗧𝗣 (membebaskan tenaga) ➡️ 𝗔𝗗𝗣 + 𝗙𝗢𝗦𝗙𝗔𝗧
𐙚 tenaga yang dibebaskan semasa respirasi sel disimpan sementara dalam molekul 𝗔𝗧𝗣
𐙚 persamaan perkataan respirasi aerob : 𝗚𝗟𝗨𝗞𝗢𝗦𝗔 + 𝗢𝗞𝗦𝗜𝗚𝗘𝗡 ➡️ 𝗞𝗔𝗥𝗕𝗢𝗡 𝗗𝗜𝗢𝗞𝗦𝗜𝗗𝗔 + 𝗔𝗜𝗥 + 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 (𝟮𝟴𝟵𝟴𝗞𝗝)
p/s : we still have fermentasi but rn my fingers are shouting for a break 🤓🤓
