Study bestie's 📚✨️
前往频道在 Telegram
166
订阅者
无数据24 小时
-27 天
-730 天
帖子存档
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan
pada 31 Mac 2026 (Selasa). Seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk
menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 di 3,350 pusat peperiksaan
seluruh negara.
PUTRAJAYA – Teka-teki sama ada tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diumumkan sebelum atau selepas Aidilfitri, dijangka diketahui Isnin depan.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, Lembaga Peperiksaan (LP) akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu nanti.
“Sebenarnya semua dah sedia, tapi kita telah mengambil kira pandangan pada semua pihak dan kita akan menunggu bila akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bila keputusan SPM akan keluar.
“Kita sudah berdoa untuk anak-anak kita sebab Ramadan ini waktu yang paling mustajab, detik yang dikabulkan doa,” katanya ketika ditemui selepas Program Jaulah Ramadan KPM Tahun 2026 Wilayah Putrajaya, di sini hari ini.
Katanya, pengumuman tarikh itu diharap memberi keselesaan kepada semua termasuk ibu bapa, masyarakat dan calon SPM 2026 itu sendiri.
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
