10 407
*[PENCARIAN AJK PROGRAM ANUGERAH PENGIMARAHAN SURAU INASIS]* ✨
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Sahabat Masjid Sultan Badlishah (MASBAD) dan Sekretariat Masjid Imam As-Syafie (SMIAS) akan mengadakan *Anugerah Pengimarahan Surau Inasis*
Program ini merupakan salah satu subprogram yang dianjurkan di bawah Festival Takmir Masjid (FATIMA' 26) yang bertujuan untuk menilai keceriaan, kekemasan dan pengimarahan surau-surau di inasis.
Oleh itu, kami amat mengalu-alukan mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia yang berminat untuk menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi bersama-sama menjayakan program ini.
📌 Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh : *1 Oktober 2026*
🕒 Masa : *1.00 p.m - 4.00 p.m*
📍 Tempat : *Masjid Sultan Badlishah, UUM*
Kepada yang berminat, boleh mengisi maklumat diri melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1m-3bmgMMt-AS83eEaei6GiSeSUrY_Av4UnqNeXedleQ/edit?usp=sharing
Sekian terima kasih.
05 8月, 13:23
