ch
Feedback
Dindaa Mansor 📓💌

Dindaa Mansor 📓💌

前往频道在 Telegram

Terima kasih sudi join telegram ini! Khas untuk pembaca yang datang dari pelbagai platform untuk support Dindaa! Terima kasih semua ❤️

显示更多
913
订阅者
无数据24 小时
-37
-930
帖子存档
Assalamualaikum dan hi semua 👋🏻 Selamat pagi. Terima kasih untuk semua orang yang sudi claim ebuku Dream 🥹. Jangan lupa tag dindaa yaa di story nanti untuk feedback hehe 💖

E-BOOK DREAM 💌.pdf1.53 MB

E-buku percuma | Dream Boleh claim e-buku percuma ni di Telegram Channel saya, tetapi e-buku percuma ni hanya untuk hari ni d
E-buku percuma | Dream Boleh claim e-buku percuma ni di Telegram Channel saya, tetapi e-buku percuma ni hanya untuk hari ni dan hari esok sahaja. Selepas 10/10 ianya kembali normal dengan harga rm8 🫣✨ Saya harap selepas semua baca, saya mengharapkan feedback dari semua. Untuk diri saya, untuk saya improvekan lagi penulisan saya dan terima kasih juga buat semua yang masih setia di dalam channel telegram ni. Love, Dindaa 🩷✨

Assalamualaikum and hi korang semua 🥹 Dindaa minta maaf ya sebab dah lama pulak berdiam diri (hiatus) dan takde update apa apa dekat sini. Dindaa bersyukur sangat korang semua masih ada dalam ni and masih support dindaa 🥹💙 Dindaa nak bagitahu yang dindaa sekarang focus dengan projek bunga hihi rasanya haritu ada laa dindaa post story pasal bunga tuu. Oh yaa! Kalau korang berminat nak purchase some flowers from Niniee Floral Studio boleh lah tekan link dekat bawah hihi 💗 www.wasap.my/60103372703/ninieefloralstudio

RANDOM SHORT STORY | Aqashah x Aini | PART 3 SEGAN dengan pandangan orang yang sedang memerhati ke arah aku, laju langkah kaki menapak ke arah pintu kereta yang sudah pun di buka oleh pemilik kereta itu. Aqashah macam biasa wajahnya garang itu. Gerun aku dibuatnya untuk bertentangan mata dengannya ketika ini. Usai meloloskan diri ke dalam perut kereta miliknya, terasa kekok sungguh! “Lain kali kau tak boleh tolak offer aku untuk tumpang. Bukannya aku orang luar.” Pesanan itu aku balas dengan satu anggukkan saja. Lidah jadi kelu pula untuk berbica ketika ini. “Kenapa kau diam?” Automatik kepala menoleh ke arahnya yang sedang fokus memandu. Wajahnya sudah kurang garang, dan dahi juga sudah tidak berkerut seperti awal tadi. “Hah?” Itu saja yang keluar dari mulut aku. Tak dapat nak pandang lelaki ini lama - lama. Risau jantung aku melompat keluar saja! “Kau dah kenapa Aini? Kau sihat ke tak? Lately ni kau macam pelik.” Ujar Aqashah bersama kerutan di dahinya. Aku kembali fokus memandang ke luar tingkap. Memerah otak untuk berfikir apa alasan yang aku perlu beri pada dia kali ini. “Tengah fikir alasan lah tu, kan? Kalau dengan Haris bukan main mulut kau pot pet sana sini, dengan aku senyap aje?” Terasa di tembak tepat di jantung dan hati, perit sungguh. Aqashah memang sentiasa menang kalau bab macam ini. Dan mood membela diri aku terus aktif akibat kata - kata yang keluar dari mulutnya. “Mana ada! Saya cuma tak ada topik nak bercakap dengan awak.” “Apa kata kalau kita mula dengan topik minggu lepas? The confession between us.” Aku terus kaku, apa pulak aku nak cakap sekarang? Deringan telefon milik Aqashah mematikan kata - kata yang hampir keluar dari mulut aku. Jari milik lelaki itu menekan punat di stereng keretanya dengan perlahan. Dari skrin petak di bahagian tengah itu aku dapat tahu siapa si pemanggil. Ianya Haris. “Assalamualaikum Shah, kau dah nak sampai office ke? Boleh singgah belikan barang yang aku pesan semalam tak?” “Waalaikumsalam, barang apa?” Soal Aqashah kebingungan sambil mata melirik ke arah aku sekilas. “Barang untuk birthday mama kau lah. Kau lupa? Kau ni anak derhaka lah.” “Amboi mulut kau bro, nak kena sebat ke?” Soal Aqashah dengan suara garangnya. Terbahak - bahak Haris di hujung talian. “Ada hati nak sebat aku, aku mengadu dengan Aini nanti baru kau tau!” Ugut Haris di hujung talian. Automatik mata aku membulat dan memandang Aqashah. Dah kenapa nama aku pulak di sebut antara mereka? “Dah lah kau, nanti aku update.” Punat merah ditekan geram. Tawa aku terus meletus sambil mata memandang ke arahnya. “So… awak takut dengan saya ke?” Soalku sinis bersama tawa kecil. “Mana ada, itu memang habit si Haris suka sebut nama bakal isteri aku.” Dan kali ini giliran aku untuk terdiam dan terkedu, lidah jugak kelu.Senyuman Aqashah melebar hingga ke telinga. TO BE CONTINUED SOON

Hi korang 🫣
Hi korang 🫣

Assalamualaikum semua, maaf buat sekian kali daripada insan yg sentiasa sibuk dan juga sentiasa lambat update! Dindaa akan hiatus buat masa sekarang hingga hujung tahun, hiatus tapi janji dindaa pada semua akan di tunaikan. EBOOK PERCUMA : ERINA MINE FOREVER SHORT STORY Aqashah X Aini Amirul x Amaya InsyaAllah, sebelum hujung tahun Dindaa akan share ebook dan short story dekat atas di dalam channel ni. Terima kasih buat semua yang sentiasa support dindaa and always waiting for me 💗

Hi korang 👋🏻 Kalau korang dah tgk ni dekat Igs Dindaa. Dindaa ada mention pekerjaan ‘diaorang’ : Erina dan Sayf adalah Insp
Hi korang 👋🏻 Kalau korang dah tgk ni dekat Igs Dindaa. Dindaa ada mention pekerjaan ‘diaorang’ : Erina dan Sayf adalah Inspektor Polis. Mungkin Dindaa akan short kan cerita Erina dan ubab 100% dan tak akan ada kena mengena dengan POLIS. Sebelum ni, Dindaa kurang ilmu pasal polis dan siasatan polis. Tapi lepas dah belajar dan ambil tahu pasal POLIS Dindaa decide untuk tak nak jadikan watak watak dalam ebook/buku Dindaa sebagai pegawai polis. Jadilah askar/doctor tapi bukan POLIS. Harap dengan penjelasan ringkas ni, korang faham. Apa - apa pun! Korang stay tuned dengan cerita ERINA ya!

AQASHAH X AINI AS
Anonymous voting

Assalamualaikum korang! Hiii! Dindaa nak tanya korang ni 🤣 aceh tak habis duk tanya kan HAHA tapi kali ni serius nak tahu apa pendapat korang berkenaan cerita Aqashah X Aini ni. Korang nak Dindaa update macam yang dekat atas atau pun! Korang nak Dindaa buat as free ebook? Yelah sementara menunggu ebook ERINA tu kan 🥹💗 So! Korang votelah dekat poll nanti okay! And! Bagi lah pendapat korang jugak tau 💗

RANDOM SHORT STORY | Aqashah X Aini | PART 2 TIDUR aku tak lena malam ini, hampir saja tangan ni mahu mendail nombor telefon Aqashah. Tetapi cepat aku sedarkan diri! Tak mahu aku jadi perigi cari timba! Nasihat Haris pula terbalik! Dia suruh aku kejar kawan baiknya tu! Geram aku dengan nasihat dia yang kurang bernas tu. “Adik? Kau okey tak? Apahal aku tengok lain macam je ni?” Soalan Kaklong buatkan aku tersentak, terus aku bangun untuk duduk di barai katil. “Adik dah luahkan perasaan pada Aqashah.” Ujarku dan tawa Kaklong meletus di dalam bilik ini. “Baguslah kalau macam tu, esok lusa dah boleh masuk meminang lah kan.” Aku tayang wajah tidak puas hati. “Jangan lah main - main kaklong.” Ujarku pula dan kali ini kaklong terus tayang wajah serba salahnya. “Apa yang kau risaukan sangat? Dia dah reject kau ke?” “Dia tak reject, tapi dia cakap dia sukakan adik jugak.” “Ya Allah budak bertuah ni, kan bagus tu? apa yang kau risaukan sangat?” Soal kaklong tidak puas hati. “Ameera.” Ujarku sepatah. “Adik, dia bukan penentu jodoh kau. Yang kau takut sangat dengan dia kenapa?” “Bukan takut kak, cuma sebolehnya adik nak jaga hati dia.” Kaklong tawa kecil. “Sepanjang korang berkawan, ada ke dia jaga hati kau? Tak kan? Tak perlu lah kau nak baik sangat dengan orang yang macam dia.” “Jangan mengelak daripada Aqashah, dia tu budak baik tau.” Ujar kaklong sebelum melangkah keluar daripada bilik tidur aku. KAKI terasa sangat berat untuk melangkah, apatah lagi apabila hujung minggu kali ini terasa cepat sungguh berlalu. Aku belum pun bersedia untuk berjumpa dengan Aqashah. Aku malu! “Nak tumpang?” Suara garau itu buatkan tas tangan yang aku genggam tadi melorot jatuh ke tanah. Entah mengapa, hari ini Aqashah terlihat sangat kacak! Nampak luar biasa sangat kali ini. “Hah?” Itu saja ayat yang terkelur dari mulut aku. “Aku tanya kau nak tumpang ke? Kan satu office.” Ujarnya perlahan. Bunyi kunci kereta yang dia sedang main di dalam genggaman itu sangat menarik perhatian aku. Tetapi yang lebih utama ialah lengan sasanya. Aku menelah liur seketika dan cuba menjauhkan diri daripada lelaki itu. “Itsokay, saya boleh naik bas.” Ujarku dan terus berjalan keluar dari perkarangan kejiranan. Lelaki itu tak memaksa dan dia terus meloloskan diri ke dalam kereta miliknya. Aku mengeluh kecil selepas dua puluh minit menunggu ketibaan bas. Tak kan aku lambat pulak? Aku rasa macam dah awal sangat dah tadi masa aku keluar. PIN! PIN! Bunyi hon kereta milik lelaki itu buatkan aku terkejut, bukan saja aku malah semua orang yang sedang menunggu ketibaan bas juga. “Masuk.” Ujarnya selepas cermin tingkap di turunkan. Kaca mata hitam juga dia tanggalkan. TO BE CONTINUED…

Assalamualaikum / hi semua 👋🏻 Dindaa harap semua sihat sihat selalu ya 💗 Ada nak tanya korang sikit ni 👉🏻👈🏻, boleh ke jawab poll dekatatas ni? Ini hanya survey saja hihi

Korang Dah Beli Ke Ebook Dream Dindaa?
Anonymous voting

RANDOM SHORT STORY | Aqashah X Aini | PART 1 “Kau nak pergi mana?” Suara garau yang amat dikenali itu buatkan aku mematikan langkah. Lelaki itu pula melangkah mendekati aku dengan “Aku tanya, nak pergi mana?” Soal Aqashah sekali lagi bersama kerutan di dahi. “Saya ada hal, kita borak lain kali ya?” Terus aku melangkah pergi tanpa berpaling ke arah lelaki itu semula. Risau kalau Aqashah perasan dengan perangai pelik aku hari ini. Mana tak peliknya! Aku malu lepas luahkan perasaan pada dia semalam dalam keadaan marah pulak tu. Rasa macam tak sanggup dah nak berdepan dengan lelaki tu, makin buat aku bertambah runsing bila teringat yang dia jiran sebelah rumah. Puas aku berguling dan menangis di bucu katil semalam! “Lajunya Aini, kau nak ke mana tu?” Suara yang datang dari arah belakang itu makin buatkan aku berdebar - debar. Tetapi selepaa memandang si empunya suara aku jadi lega! “Mana kau pergi semalam? Kenapa kau tinggalkan aku dengan best friend kau tu!” Marahku pada Haris. Jelas wajahnya agak terkedu akibat dimarah oleh aku. “Woah, sabar. Mengucap banyak - banyak.” “Bila masa aku tinggalkan kau? Kau yang seronok sangat dapat jumpa crush sampai lupa aku dekat belakang semalam tau!” Wajah muram Haris jelas terpancar. Terbit rasa serba salah di dalam diri. “Maaf marahkan kau.” Ujarku sambil menunduk. “It’s okay, so kau dah luahkan perasaan pada Aqashah atau belum?” soal Haris pula. Aku sempat tersenyum, tetapi senyuman aku mati selepas teringatkan apa yang terjadi semalam. “Dia reject kau ke?” Soal Haris perlahan. Aku menggeleng kecil. “Habistu?” “Dia cakap dia pun sukakan aku.” TO BE CONTINUED…

Hi Korang semua 👋🏻 Selamat berkenalan dengan Erina 🌷

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua 🤍 Semoga korang berada dalam keadaan baik baik saja.

Korang semua okay ke tu? dah lunch ke belum?

Congratulations on SPM 2023 takers 💌

tadaaaa✨
tadaaaa✨