6 582
订阅者
-224 小时
-217 天
-7830 天
帖子存档
6 582
Kita sanggup mengumpul wang bertahun-tahun untuk bercuti ke luar negara, tetapi gagal meluangkan sedikit masa dan usaha untuk melangsaikan hutang yang sepatutnya dibayar.
- Admin Info Maulid
6 582
Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H
الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله والله
أكبر، الله أكبر ولله الحمد
Semoga pada Aidiladha yang mulia dan penuh keberkatan ini, Allah menerima segala amal soleh kita, khususnya ibadah korban yang kita laksanakan. Buat para jemaah haji yang sedang berada di Tanah Suci, semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur serta diterima di sisi-Nya.
Semoga juga kita semua dapat mencontohi kesabaran, ketabahan, kekuatan iman, keteguhan hati serta pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail عليهما السلام dalam peristiwa agung ibadah korban ini.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال، كل عام وأنتم بخير، تقبل يا كريم… آمين يا مجيب السائلين
Link Channel Info Maulid: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Doa Arafah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، كَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا كُلَّهَا، دِقَّهَا وَجِلَّهَا، أَوَّلَهَا وَآخِرَهَا، عَلَانِيَتَهَا وَسِرَّهَا، وَتُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوحًا
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدَيْنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَأَهْلِنَا وَجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَارْزُقْنِي فَهْمًا وَحِكْمَةً وَاجْعَلْ عِلْمِي نَافِعًا لِي وَلِلنَّاسِ
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا رِزْقًا حَلَالًا طَيِّبًا وَاسِعًا مُبَارَكًا فِيهِ، وَاكْفِنَا بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
اللَّهُمَّ احْفَظْ أَوْلَادَنَا وَذُرِّيَّاتِنَا مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَجَنِّبْهُمُ الزِّنَا وَالرِّبَا وَالْمُخَدِّرَاتِ وَالسُّوءَ وَرِفْقَةَ الْفَاسِدَةِ وَالْمَعَاصِيَ كُلَّهَا، وَاجْعَلْهُمْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِالْحَسَنَاتِ، وَتَوَفَّنَا عَلَى الْإِيمَانِ وَالتَّوْحِيدِ وَالسُّنَّةِ، وَأَجِرْنَا مِنَ النَّارِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ
آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
6 582
Jangan perlakukan semua orang dengan cara yang sama, kerana tidak semua orang yang sakit memerlukan ubat yang sama.
Link Channel Info Maulid: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Malam Ini - Majlis Cinta Ilmu: Teratak Ayah Ibu Azizah
Sabtu | 9 Mei 2026 | 5:00 Petang
📍Teratak Ayah Ibu Azizah, Lot 925, Kg Petani, Mukim Guar Kepayang, 06700 Pendang, Kedah
https://maps.app.goo.gl/FSE7dVtzhUtChXPC6?g_st=ic
Bersama:
Datuk Kamil Din
Ustaz Wadi Annuar
Ustazah Farhatul Fairuzah (Johan Qariah Antarabangsa 2019)
Syabab El-Mustofawiyah
Semua dijemput hadir
Link Channel Info Maulid: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Repost from InfoMaulid
Jom Follow Channel Whatsapp Info Maulid
Link Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Akaun Instagram asal milik Info Maulid telah diambil alih tanpa kebenaran dan persetujuan, kini telah ditukar nama pengguna (username) oleh pihak tersebut.
Walau ditukar username, akaun itu tetap merupakan *hak milik asal Info Maulid*, dan segala kandungan yang dipaparkan tidak mewakili kami.
Mohon kerjasama semua untuk *tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun tersebut* bagi mengelakkan kekeliruan.
https://www.instagram.com/majlisstation?igsh=MTRrM211NXUxZ3hhcg==
6 582
Akaun Instagram Info Maulid telah diambil alih oleh pihak lain tanpa kebenaran, tanpa persetujuan dan segala kandungan atau aktiviti yang dibuat di akaun tersebut tidak mewakili Info Maulid.
Pihak admin telah berusaha untuk mendapatkan semula akses, namun tidak berjaya setakat ini.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama semua agar:
1. Unfollow akaun tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham.
(https://www.instagram.com/infomaulid.my?igsh=MTRrM211NXUxZ3hhcg==)
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda semua.
6 582
PENAFIAN RASMI INFO MAULID
Dimaklumkan bahawa 'akaun Instagram Info Maulid' yang lama bukan lagi di bawah kendalian pihak admin rasmi Info Maulid.
Akaun tersebut telah diambil alih oleh pihak lain tanpa kebenaran,tanpa persetujuan dan segala kandungan atau aktiviti yang dibuat di akaun tersebut tidak mewakili Info Maulid.
Pihak admin telah berusaha untuk mendapatkan semula akses, namun tidak berjaya setakat ini.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama semua agar:
1. Unfollow akaun tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham.
(https://www.instagram.com/infomaulid.my?igsh=MTRrM211NXUxZ3hhcg==)
2. Ikuti akaun rasmi Info Maulid yang baharu untuk sebarang maklumat dan hebahan yang sah. (Akan dimaklumkan kemudian)
📌 Makluman Tambahan:
Bagi mana-mana pihak yang sebelum ini berurusan melalui akaun Instagram tersebut, kini boleh terus berhubung dengan founder melalui nombor rasmi Info Maulid untuk sebarang urusan atau kerjasama akan datang.
https://www.wasap.my/601154474066
Segala sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai.
— Admin Rasmi Info Maulid
6 582
+1
Syarahan Kitab: Al-Tawali’ Al-Sadiyyah fi Bayan Maham Al-Da’wah Al-Fardiyyah
Jumaat | 1 Mei 2026 | 8:30 Pagi – 12:00 Tengah Hari
📍Admin Lecture Theater 1, International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak
Bersama: Habib Zaid bin Abdurrahman Benyahya
Link Pendaftaran: https://forms.gle/YwbnFpt7LZYbbjTV9
Semua dijemput hadir
Link Channel Info Maulid: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Repost from InfoMaulid
Jom Follow Channel Whatsapp Info Maulid
Link Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Repost from InfoMaulid
Jom Follow Channel Whatsapp Info Maulid
Link Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Panduan Ulama Dalam Mencari Malam Lailatulqadar
Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari (4/309) menyebutkan bahawa terdapat lebih daripada 40 pendapat ulama mengenai waktu berlakunya malam tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan yang paling kuat (rajih), Lailatul Qadr lebih diharapkan berlaku pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir bulan Ramadan, sebagaimana yang dijelaskan oleh beliau dalam Fath al-Bari (4/312–313).
Berdasarkan pandangan tersebut, Imam al-Ghazali dan beberapa ulama lain telah menyusun satu kaedah sebagai panduan untuk menganggarkan kemungkinan berlakunya malam Lailatul Qadr berdasarkan hari pertama Ramadan:
• Jika 1 Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu → Lailatul Qadr diharapkan pada malam ke-29
• Jika 1 Ramadan jatuh pada hari Isnin → malam ke-21
• Jika 1 Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat → malam ke-27
• Jika 1 Ramadan jatuh pada hari Khamis → malam ke-25
• Jika 1 Ramadan jatuh pada hari Sabtu → malam ke-23
Namun begitu, kaedah ini hanyalah panduan ijtihad para ulama, bukan penentuan yang pasti. Hikmah malam Lailatul Qadr dirahsiakan adalah supaya umat Islam bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada setiap malam dalam 10 malam terakhir Ramadan.
Semoga Allah mempertemukan kita dengan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Sumber: http://tolibilmi.blogspot.com/2016/06/lailatul-qadr.html?m=1
Link Channel Info Maulid: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Repost from Berita AlHijrah
Ilmuwan ulung tanah air, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilaporkan telah meninggal dunia, sebentar tadi. https://alhijrahnews.com/tan-sri-dr-syed-muhammad-naquib-meninggal-dunia-pada-malam-ke-19-ramadan/
6 582
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa guru kita, Profesor Diraja Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, 18 Ramadan 1447H, kira-kira pada jam 6:47 petang.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengampuni segala dosa beliau, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan Allahyarham di Syurga Firdaus bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
Jenazah Allahyarham dijadualkan akan disolatkan esok pagi di Masjid Al-Taqwa, sebelum dikebumikan di Perkuburan Muslim Kiara.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman
Sumber Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
https://www.facebook.com/share/p/1a7hjwUmcU/?mibextid=wwXIfr
Link Channel Whatsapp Info Maulid: https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
Repost from InfoMaulid
Jom Follow Channel Whatsapp Info Maulid
Link Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Va4ANcRFi8xZJlLJN93E
6 582
*Jom Bantu Cut Price Untuk Kegunaan Dakwah*
Kami sedang berusaha mendapatkan microphone Hollyland Lark M2 untuk kegunaan rakaman video ceramah para asatizah, khususnya di negeri Kedah, supaya penyampaian ilmu dapat dirakam dengan audio yang lebih jelas dan berkualiti.
Sekiranya ada kelapangan, kami mohon bantuan sahabat semua untuk tekan sahaja butang “Cut Price” pada pautan TikTok ini bagi membantu menurunkan harga barang tersebut.
Tekan Disini: https://vt.tiktok.com/ZS9dUsKBM96Vm-EjhfM/
Sedikit bantuan dari anda sangat bermakna untuk usaha menyebarkan ilmu.
Terima kasih atas sokongan semua.
Semoga Allah membalas dengan kebaikan.
— Admin Channel Info Maulid
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
