5 504
订阅者
无数据24 小时
无数据7 天
+8930 天
帖子存档
Tanda kita mak ayah yang cinta dunia atau akhirat adalah apabila kita melihat anak kita ketinggalan dalam akademik, kita terus risau.
Ironinya, apabila anak kita buruk akhlak, tidak memahami al-Quran, tidak mentadabbur, tidak mahu beramal dan tidak memahami sunnah, kita pula santai. “Esok masih ada. Sampai masa, pandailah dia.” Baca penuh⤵️⤵️
Kita macammana?
Bila anak mula ketinggalan dalam akademik, kita cepat gelisah.
Kita cari kelas tambahan.
Cari guru tuisyen.
Susun jadual belajar.
Pantau kerja sekolah.
Takut anak tertinggal daripada rakan-rakan.
Tetapi bila anak mula meninggalkan solat, buruk akhlaknya, tidak kenal al-Quran, tidak mahu mentadabbur, tidak faham sunnah dan tidak bersungguh dalam amal, kita boleh berkata:
“Tak apa… masih kecil.”
“Esok masih ada.”
“Nanti dia fahamlah.”
Allah berfirman:
> يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.”
— Surah At-Tahrim, 66:6
Anak yang ketinggalan akademik masih boleh mengejar pelajaran.
Tetapi apabila kita membiarkan anak ketinggalan dalam perkara yang menyelamatkannya daripada neraka, apakah kita benar-benar sedang melaksanakan amanah sebagai ibu bapa?
Jangan sampai kita terlalu takut anak tertinggal dalam dunia, tetapi terlalu tenang apabila dia tertinggal menuju akhirat.
أم إلهام
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
Untuk yang baru nak homeschool atau nak dengar real pengalaman. Boleh hubungi https://wa.me/601162570353
"Kita akan berdosa kerana menolak keputusan Allah". Ini luar biasa dalamnya. Saya dengar kata-kata Ustaz Khalid Basalamah ini. Kalau sedang berlaku ujian daripada Allah kepada kita, kalau kita menerimanya—daripada sakit, ditipu orang, lapar dan segala macam ujian—kalau kita terima, maka kita akan mendapat pahala. Kalau kita marah, kita dosa. Baca lagi⤵️
Hari-hari pun ada ujian dengan anak. Sebab hari-hari homeschooling menghadap anak tanpa ada break yang panjang.
Ada hari smooth ada hari teruk. Baru saya faham, kenapa ada orang boleh lalui ujian yang sama dengan sabar, ada yang marah dan mengeluh.
Kesimpulannya kena sabar.
Kenapa?
Nabi ﷺ bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ البَلاَءِ، وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخَطَ فَلَهُ السُّخْطُ
“Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum, maka Ia akan mengujinya, barangsiapa yang redha akan ujian itu maka baginya keredhaan Allah, dan barangsiapa yang marah/benci terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan Allah.” - (Hadis hasan menurut Tirmidzi).
https://www.alquran-sunnah.com/artikel/pilihan/kitab-tauhid/kajian-kitab-tauhid/1283-kitab-tauhid-bab-35-besarnya-pahala-sesuai-besarnya-ujian.html
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
Tadi saya dengar kuliah: Kisah Sukses Ibunda Para Ulama- Ustaz Dr Sufyan Baswedan. Untuk part 1 saya ini, saya simpulkan sentap dengan begini: 4⃣ penyakit malas kita (mak-mak) yang tiada pada ibunda para ulama. Jadi kena move on jadi rajin. Detail di komen⤵️⤵️
First: Ini link. Bolehlah dengar penuh
https://youtu.be/Xj93rKYTwRY?si=BMb71eQLa3fnLZ8D
⭐Faktor kejayaan melahirkan ulama:
- Sebab Syariat: Terdiri daripada doa, taufik, serta kemudahan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
- Sebab Logik (Hukum Sebab dan Akibat): Usaha fizikal dan persekitaran yang mendidik anak-anak.
- Menyingkirkan Penghalang: Usaha menjauhkan pelbagai perkara yang boleh menghalang kejayaan.
Malas 1️⃣: Malas jadi baik
Kebiasaan ibu para ulama adalah berasal daripada nasab dan keturunan yangsoleh:
- Keturunan yang baik dan soleh mempengaruhi perwatakan anak.
- Contoh Sahabat/Ulama Dahulu:
Anas bin Malik RA (anak kepada Ummu Sulaim binti Milhan RA).
Abdullah bin Zubair RA dan Urwah bin Zubair RA (anak kepada Asma' binti Abu Bakar RA dan dididik oleh Aisyah RA).
Ibnu Abbas RA (anak kepada Ummu Ruman/Ummu Mais dan dididik oleh Maimunah RA).
Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar RA (dididik oleh Aisyah RA).
- Rasulullah SAW menganjurkan pemilihan isteri daripada keturunan yang baik dan cerdas kerana sifat genetik diwarisi oleh anak-anak.
Malas 2️⃣: Malas perbaiki akhlak ditunjukkan ibu. (Sentap)
- Sifat terpuji seorang ibu akan diwarisi oleh anak-anaknya.
- Contohnya, sifat tawaduk Asma' binti Abu Bakar RA, kesabaran Ummu Sulaim RA, serta kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW terserlah pada keturunan mereka.
Malas 3️⃣: Malas dan tiada keazaman berdoa kepada Allah SWT:
- Keberkatan doa ibu yang berterusan menjadi faktor utama kejayaan anak.
- Contoh: Ibunda Imam Bukhari RH sentiasa berdoa memohon kesembuhan mata anaknya yang buta sejak lahir. Doa tersebut diijabah oleh Allah SWT sehingga Imam Bukhari dapat melihat, merantau menuntut ilmu, dan akhirnya menyusun kitab Sahih Bukhari.
Malas 4️⃣: Malas beri perhatian dan Ssokongan
- Ibu memberikan dorongan moral dan bahan untuk anak-anak menuntut ilmu.
- Contoh Imam Malik RH: Ibunya mendesak beliau menuntut ilmu dengan Rabiah bin Abi Abdurrahman Ar-Ra'i serta berpesan supaya mempelajari adab gurunya terlebih dahulu sebelum mengambil ilmunya.
- Contoh Sufyan Ats-Tsauri RH: Mendapat sokongan padu daripada ibunya dalam menuntut ilmu (talabul 'ilm).
⭐Hakikat dan kepentingan menuntut ilmu:
- Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan sepenuhnya dari segi tenaga, tumpuan, serta kewangan.
- Pepatah ulama menyatakan bahawa jika seseorang menyerahkan seluruh jiwanya untuk ilmu, beliau hanya akan mendapat sebahagian daripadanya. Namun, jika beliau hanya menyerahkan sebahagian jiwanya, beliau tidak akan mendapat apa-apa.
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
Seringkali isteri/wanita mudah kecewa dengan suaminya, anaknya, rakannya, bosnya, ketuanya. Jarang sekali merasa kecewa dengan dirinya yang solat lewat, tidak khusyuk, tiada masa untuk ilmu, al-Quran dan sunnah, tiada masa untuk tadabbur, banyak mengeluh dan menyalahkan orang lain. Wanita, kita belajar kecewa dengan diri sendiri. Banyak manfaatnya. Baca lagi ⤵️⤵️
Belajarlah kecewa dengan diri sendiri sebelum terlalu kecewa dengan orang lain.
Suami, kawan, bos, anak, mereka semua manusia. Mereka boleh mengecewakan kita kerana mereka juga merupakan ujian dalam kehidupan.
Namun, belajarlah kecewa dengan diri sendiri apabila kita masih tidak menjaga solat dengan baik, masih sukar menghadirkan khusyuk, masih jauh daripada sunnah Nabi ﷺ, terlalu sedikit masa bersama al-Quran, dan masih membiarkan diri terus lalai.
Allah berfirman:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
(Surah al-Mu’minun, 23:1–2)
Dan Allah berfirman:
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka sendiri.”
(Surah al-Hasyr, 59:19)
Maka, kecewalah dengan diri sendiri apabila kita lalai daripada Allah, bukan sampai berputus asa, tetapi sehingga kita terdorong untuk kembali, memperbaiki solat, mendekati al-Quran dan berusaha mengikuti sunnah Nabi ﷺ.
Kerana mungkin selama ini kita terlalu sibuk menghitung apa yang orang lain tidak berikan kepada kita, sampai terlupa menghitung apa yang kita sendiri tidak berikan kepada Allah.
Wallahu'alam
Ilyani Umm Ilham
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
#30daysbarakahproductivity
#suritadabbursuriproduktif
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel 🌹 tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota Umm Ilham نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
🌿 Reflect & Parent: Kompas Juz ‘Amma: An-Naba’- Siri 12- Al-Naba ayat 20.
Berminat sertai siri ini?
Hubungi https://wa.me/601162570353
Masih sekitar diskusi refleksi Allah al-Razzaq.
Soul Resonance: The Resilience Project
✨ Cari Kekuatan Jiwa Melalui Asma'ul Husna ✨
Sertai kami dalam sesi pengisian jiwa khusus untuk membina ketahanan diri dan membincangkan refleksi keibubapaan (parenting) yang mendalam.
🗓️ Hari: Setiap Sabtu
⏰ Masa: 8.30 Pagi
📍 Platform: Google Meet
🔒 Tertutup untuk Komuniti Buku Latihan Asmaul Husna sahaja.
Mari kita tadabbur, refleksi, dan recharge momentum mingguan bersama Umm Ilham & The Loppy Family.
Untuk kelas minggu ini saja, kita tukar Ahad! 👋
#SoulResonance #AsmaulHusna #ParentingReflexion #TheLoppyFamily
Berminat untuk sertai? Hubungi https://wa.me/601162570353
Stop blame diri sendiri kalau dah buat yang semampu kita, ya mak. Ingat At-Talaq ayat 2–3, ingat Al-Qasas ayat 56. Supaya kita tak terlalu merentan dan down.
TAWAKKUL
Andai kita mahu anak yang soleh, baik dan mendengar kata, kita berusaha mendidik, menasihati dan menjadi contoh yang baik.
Namun, jangan terkejut jika setelah kita berusaha sebaik mungkin, anak tetap melakukan kesilapan, memilih jalan yang kita tidak sangka atau tidak menjadi seperti yang kita harapkan.
Kerana usaha kita bukan penentu. Usaha hanyalah asbab.
Allah berfirman:
> إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
— Al-Qasas 28:56
Kita mendidik kerana itu amanah kita. Kita menasihati kerana itu tanggungjawab kita. Tetapi hidayah dan hasil akhirnya tetap di tangan Allah.
Itulah tawakkal:
Berusaha mendidik dengan taqwa, berdoa untuknya, kemudian menyerahkan hasil kepada Allah.
> وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia akan mencukupkannya.”
— At-Talaq 65:3
Kita berusaha. Kita berdoa. Kita mendidik.
Tetapi kita tidak mengambil tempat Allah dalam menentukan hasil.
Kesimpulannya🍁
Stop blame diri sendiri kalau dah buat yang semampu kita, ya mak. 🤍
Dah ajar, dah nasihat, dah tegur, dah tunjuk contoh yang baik—tetapi anak masih buat silap dan tak dengar kata.
Jangan sampai kita merentan dan terlalu down seolah-olah semuanya salah kita.
Ingat Surah At-Talaq ayat 2–3 — Allah yang mencukupkan orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Ingat Surah Al-Qasas ayat 56 — kita tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kita kasihi. Allah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.
Tugas kita ialah berusaha, mendidik dan berdoa.
Hasilnya, serahkan kepada Allah.
Kita bukan gagal hanya kerana anak belum menjadi seperti yang kita harapkan.
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
TAWAKKUL
Andai kita memohon pasangan yang soleh dan baik, kita berusaha menjaga diri dan menasihati dengan taqwa.
Namun, jangan terkejut jika akhirnya kita mendapat pasangan yang zalim atau menyakitkan.
Kerana usaha bukan penentu. Usaha hanyalah asbab.
Kita berusaha kerana Allah memerintahkan kita mengambil sebab, tetapi hasilnya tetap di tangan Allah.
Itulah tawakkal:
berusaha dengan taqwa, kemudian menyerahkan hasil kepada Allah dan redha dengan ketetapan-Nya.
“Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupinya.”
— At-Talaq 65:3
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
#30daysbarakahproductivity
#suritadabbursuriproduktif
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel 🌹 tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota Umm Ilham نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Ibu yang berhenti kerja demi mendidik anak-anak, bila rumah tangganya diuji pula, terus dikatakan: ‘Sepatutnya ada duit sendiri.’ Seolah-olah pengorbanan seorang ibu hanya bernilai kalau dia ada gaji. Kena baca penuh nota saya⤵️⤵️
Saya terbaca satu thread. Ada seorang kakak mengingatkan adik-adik perempuannya, selepas berkahwin jangan berhenti kerja. Katanya perempuan mesti pegang duit dan mesti ada duit sendiri.
Saya faham kenapa nasihat itu muncul, lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan kisah seorang wanita yang sudah 12 tahun menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak, kemudian diuji apabila suaminya berkahwin lagi secara senyap.
Tetapi bagi saya, kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
Bila kita tahu siapa kita sebagai hamba Allah dan apa peranan yang Allah tetapkan untuk kita, kita tidak akan meletakkan seluruh rasa aman kita pada duit, pekerjaan, suami atau keadaan hidup.
Suri rumah bukan bermaksud rezekinya tertutup.
Kalau suatu hari jodohnya tidak panjang, Allah tetap Ar-Razzaq. Rezekinya tidak pernah bergantung sepenuhnya kepada suami.
Begitu juga wanita yang bekerja dan mempunyai simpanan sendiri. Itu juga tidak menjadi jaminan bahawa rumah tangganya akan sentiasa bahagia atau dia tidak akan diuji.
Duit boleh menjadi salah satu ikhtiar. Tetapi duit bukan kayu ukur kebahagiaan.
Sebab akhirnya, seorang wanita tetap akan diuji (Al-Mulk ayat 2) sama ada ketika ada duit atau tiada duit, ketika bersuami atau diuji dengan perpisahan, ketika hidup mudah atau sempit.
Yang kita perlukan ialah hati yang tahu kepada siapa kita bergantung.
Allah berfirman:
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.”
(Surah al-Talaq, 65:3)
Jadi, kalau seorang wanita memilih menjadi suri rumah dan bersungguh-sungguh mendidik anak-anak, jangan kita katakan hidupnya tidak selamat hanya kerana dia tidak mempunyai gaji sendiri.
Dan kalau seorang wanita memilih bekerja, jangan pula kita anggap dia lebih kuat atau lebih terjamin hanya kerana dia mempunyai pendapatan.
Kita boleh berikhtiar. Kita boleh merancang. Kita boleh belajar mengurus kewangan. Tetapi hati tetap bergantung kepada Allah.
Kerana ketenangan bukan datang daripada banyaknya duit yang kita pegang.
Ketenangan datang apabila hati yakin: Allah yang memiliki aku, Allah yang mengatur hidupku, dan Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya.
Wallahu'alam.
أم إلهام
Umm Ilham
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
🌿 Reflect & Parent: Kompas Juz ‘Amma: An-Naba’- Siri 11- Al-Naba ayat 19.
Berminat sertai siri ini?
Hubungi https://wa.me/601162570353
Masih keliru atau rasa takut-takut nak decide homeschooling untuk anak? 🌈
Jangan risau, anda tak bersendirian! Jom selami kisah sebenar, strategi praktikal, dan tip "dari hati ke hati" dalam sesi santai Homeschooling: Heart to Heart anjuran The Loppy Family.
Sesi ini sesuai untuk anda yang:
❇️Baru nak berjinak-jinak & nak faham tujuan sebenar homeschooling.
❇️Nak tahu strategi & tip membina rutin pembelajaran yang efisien di rumah.
❇️Nak dengar perkongsian real journey (pahit manis yang jarang orang cerita!).
Butiran sesi:
❇️Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
❇️Masa: 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
❇️Lokasi: PPAS Selayang
Yuran Komitmen:
🍁RM20 / seorang
🍁RM30 / berpasangan (suami & isteri) — lebih jimat datang bersama!
Tempat adalah terhad untuk memastikan sesi perbincangan lebih close.
📲 Daftar sekarang.
Hubungi / WhatsApp: https://wa.me/6011-62570353
Saya pernah buat anak lelaki saya takut nak berkahwin. Bukan sebab saya cerita tentang buruknya perkahwinan. Tapi sebab sejak mereka kecil, saya selalu pesan: “Kalau nanti kamu nak berkahwin, ingat… kamu lelaki. Kamu ada tanggungjawab. Kamu kena jadi qawwam. Kamu kena fikir nafkah, perlindungan, tempat tinggal, anak-anak dan keluarga.” ⤵️ Baca lagi.
Kata-kata saya kepada anak-anak lelaki saya rupanya membuatkan mereka takut untuk berkahwin. : )
Tapi tak mengapa. Mereka masih kecil. Apa yang mereka katakan itu belum tentu menggambarkan kematangan atau pandangan mereka apabila dewasa nanti.
Saya cuma mahu mereka faham dari awal bahawa apabila mereka sudah dewasa dan memilih untuk berumah tangga, mereka perlu tahu kedudukan dan amanah mereka sebagai lelaki.
Allah berfirman:
> الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita...”
— Surah An-Nisa’, 4:34
Lelaki perlu belajar menjadi qawwam — memimpin, melindungi dan menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Sebab itu saya selalu pesan kepada anak-anak lelaki saya:
jangan berkahwin dengan mindset bahawa isteri mesti bekerja untuk membantu mencukupkan keperluan keluarga.
Nafkah adalah tanggungjawab suami. Kalau suatu hari nanti isteri bekerja, itu tidak bermaksud pendapatannya perlu dijadikan asas kewangan keluarga sehingga keluarga bergantung kepadanya.
Saya mahu mereka membina keluarga dengan keadaan yang gaji suami menjadi asas pengurusan keperluan rumah, supaya jika suatu hari isteri perlu berhenti bekerja kerana anak-anak, keluarga atau keperluan lain, keputusan itu tidak menggoncangkan kewangan rumah tangga.
Dan saya mahu mereka faham bahawa tugas mendidik anak bukan sesuatu yang kecil.
Kalau suatu hari nanti isteri bekerja kerana ada keperluan atau maslahat tertentu, itu perkara yang perlu dibincangkan dan diuruskan dengan baik dalam rumah tangga. Tetapi jangan sampai anak-anak membesar tanpa perhatian dan pendidikan ibu bapa hanya kerana kedua-duanya mengejar pendapatan.
Mungkin sebab itu anak-anak saya sekarang rasa takut nak berkahwin.
Bila mereka melihat sendiri besarnya tanggungjawab seorang ayah sebagai provider, pelindung dan pemimpin keluarga, mereka mula sedar:
“Eh, kahwin ni banyak tanggungjawab rupanya.”
Dan bagi saya, tak mengapa mereka takut.
Takut kepada besarnya amanah tidak semestinya sesuatu yang buruk.
Yang saya mahu ialah mereka bersedia sebelum sampai waktunya, belajar Al-Quran dan Sunnah, belajar tentang tanggungjawab lelaki, belajar mengurus kewangan, belajar mengawal diri, belajar memimpin dengan adil dan belajar bahawa menjadi suami bukan sekadar mempunyai seorang isteri.
Ia adalah amanah di hadapan Allah.
Jadi, saya tak mahu anak lelaki saya sekadar bercita-cita untuk “nak kahwin.”
Saya mahu mereka sampai kepada satu tahap di mana mereka boleh berkata:
“Kalau suatu hari nanti Allah takdirkan aku menjadi suami dan ayah, aku mahu sudah bersedia untuk memikul amanah itu.”
Walaupun sekarang mereka masih kecil dan mungkin hanya nampak perkahwinan sebagai sesuatu yang menakutkan.
أم إلهام Umm Ilham
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
Tak salah hantar anak ke sekolah dengan harapan anak jadi orang berjaya. Yang salah kayu ukur berjaya kita ikut dunia dan hawa nafsu semata-mata. Anak yang berjaya bukan sekadar yang dapat straight As. Bukan yang hebat akademik. Bukan juga yang pandai mengumpul harta. Tapi yang solatnya khusyuk.
Khusyuk ya, bukan sekadar solat. Faham dan amal al-Mu'minun ayat 1-2 akan rewire cara mak ayah melihat kejayaan dan mendidik anak mengikut direction yang betul⤵️⤵️
Bangun pagi, kita hantar anak pergi sekolah. Kita risau kalau dia kena buli. Kita risau keputusan peperiksaan. Kita risau tentang masa depan mereka.
Namun, adakah kita cukup risau tentang akhirat mereka?
Solatnya macam mana?
Al-Quran dia baca, tapi dia faham tak?
Sunnah dia kenal dan cuba amalkan tak?
Istiqamah tak bila tak ada siapa melihat?
Dan yang paling penting, dia kenal Allah atau sekadar kenal dunia?
Allah menyebut ciri orang-orang beriman:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
— Surah al-Mu’minun, 23:1–2
Jadi, pagi ini kita nak prep anak untuk apa?
Bukan sekadar peperiksaan.
Bukan sekadar kerjaya.
Tetapi mendidik mereka supaya menjadi orang beriman yang berjaya di sisi Allah.
Wallahu'alam
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
Ibu ayah yang mahu berusaha menjadi orang bertaqwa dan produktif tidak akan melepas 4 perkara ini setiap pagi: ⤵️⤵️
4 cara mengisi waktu pagi
1⃣Membaca & mentadabburi Al-Quran
Bukan sekadar membaca, tetapi cuba memahami makna dan mengambil pelajaran daripada ayat yang dibaca.
2⃣Mengulang hafalan Al-Quran
Waktu pagi boleh dimanfaatkan untuk murajaah hafalan agar ayat yang telah dihafal tidak mudah terlupa.
3⃣Membaca zikir-zikir pagi
Antaranya membaca zikir pagi, istighfar, Ayat Kursi serta Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
4⃣Menuntut ilmu agama
Boleh membaca kitab, mengikuti majlis ilmu atau belajar ilmu agama yang bermanfaat.
Pagi jangan dibiarkan berlalu sia-sia. Isi dengan sesuatu yang mendekatkan kita kepada Allah.
Umm Ilham أم إلهام
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
Akhirnya, kita tak mahu anak sekadar membesar dengan hanya tahu berapa markah yang dia dapat dalam peperiksaan, berapa A yang dia dapat dalam peperiksaan. Hakikatnya, kita mahu dia tahu siapa dirinya di sisi Allah.
Saya tadi ingatkan anak saya, dalam kehidupan ini kita sebenarnya bukan bersaing dengan orang lain. Kita bersaing dengan diri kita sendiri — dengan diri kita yang semalam.
Kalau semalam kita sudah baik, hari ini kita cuba jadi lebih baik. Kalau semalam kita banyak silap, hari ini kita cuba perbaiki diri.
Sebab itu saya rasa sangat penting anak-anak diberi ruang untuk mengenal diri mereka sebelum mereka terlalu terikat dengan sistem.
Dalam sistem sekolah, kita tidak boleh bina sepenuhnya sistem penilaian kita sendiri. Ada sukatan, ada peperiksaan, ada markah dan ada ukuran tertentu yang digunakan untuk menilai pencapaian anak.
Tetapi apabila kita homeschool, kita boleh bina sistem kita sendiri. Kita boleh tanya:
Apa yang anak saya sudah kuasai?
Apa yang masih perlu diperbaiki?
Apa kekuatan dia?
Apa kelemahan dia?
Apa bakat dan potensi yang Allah kurniakan kepada dia?
Dan yang paling penting — bagaimana akhlak dan taqwanya?
Sebab bagi saya, umur 1 hingga 15 tahun bukan semata-mata masa untuk mengejar peperiksaan.
Itu adalah antara waktu yang sangat berharga untuk anak mengenal siapa dirinya, mengenal kekuatan dan kelemahannya, mencuba pelbagai perkara, menemukan potensi dan membina keyakinan diri.
Dan dalam proses itu, kita mahu anak belajar bahawa nilai dirinya bukan ditentukan oleh markah, ranking, pujian manusia atau penerimaan masyarakat.
Ukuran yang paling penting ialah bagaimana dia melihat dirinya sebagai seorang hamba Allah — berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Kalau suatu hari nanti dia perlu masuk ke dalam sistem peperiksaan, insya-Allah dia boleh belajar menyesuaikan diri dengan sistem itu.
Dia boleh terima kalau suatu ketika dia dapat markah rendah. Dia boleh terima kalau orang lain lebih cemerlang dalam sesuatu bidang.
Sebab dia tahu:
“Markah aku bukan nilai keseluruhan diri aku.”
Dia tahu Allah telah menciptakannya dengan kemampuan, ujian dan amanah yang tersendiri.
Allah berfirman:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
— Surah At-Tin, 95:4
Jadi kita bukan mahu membesarkan anak yang hanya tahu bagaimana untuk mendapat markah yang tinggi.
Kita mahu membesarkan anak yang tahu siapa dirinya, tahu kepada siapa dia akan kembali, tahu apa kekuatannya, tahu apa kelemahannya, dan tahu bahawa nilai dirinya tidak bergantung kepada penilaian manusia.
Sebab bila asas itu sudah kuat, bila dia masuk ke mana-mana sistem sekalipun, dia tidak mudah hilang dirinya.
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna.
Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham
"Bila sangkakala ditiup nanti... kita akan berhimpun dalam kumpulan mana?" 👥✨
Bukan jasad sahaja yang akan dibangkitkan semula dari sekecil-kecil tulang ekor, tapi jiwa dan harapan kita pun Allah berkuasa pulihkan sepenuhnya!
Dalam siri Paradigm Shift Parents (An-Naba': 18) kali ini, kita akan berbincang:
⭐Bagaimana Allah menyusun manusia berbondong-bondong mengikut ikutan mereka di dunia.
⭐Cara bimbing anak memilih "kumpulan" yang betul sebelum melangkah ke akhirat.
⭐Skrip Praktikal Dialog Anak: 4 langkah mudah untuk fahamkan anak tentang Hari Kiamat tanpa rasa takut.
Belajar bina akidah anak dengan bahasa yang tenang dan meyakinkan.
📌 Jom sertai siri refleksi ini sekarang!
Siri 10
🍁Tarikh: 14 September 2026
🍁Hari: Isnin
🍁Masa: 8.30 pg
Jadikan Al-Quran kompas utama dalam mendidik jiwa anak-anak kita.
Dapatkan tiket untuk komitmen menghadiri siri ini. Hubungi admin https://wa.me/601162570353
Surah Az-Zariyat ayat 58 menegaskan:
"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh (Zul Quwwatil Matin)."
Kalau kita yang lemah ni pun sanggup buat apa sahaja untuk rezeki, apatah lagi Allah Zul Quwwatil Matin?
Kalau kita sebagai ibu bapa yang serba kekurangan ini pun punya rasa sayang dan sifat protective yang tinggi pada anak, bayangkan Allah—pemilik sifat Zul Quwwatil Matin. Allah jauh lebih mampu, kukuh, dan tiada tandingan dalam menjaga serta mencukupkan rezeki anak-anak kita.
Jumpa esok pagi insyaAllah seperti biasa.
Soul Resonance: The Resilience Project✨
Cari Kekuatan Jiwa Melalui Asma'ul Husna - Siri 5
Sabtu, 12 September 2026, 8.30-9.00 pg
Berminat beli buku latihan asmaul husna?
Hubungi https://wa.me/601162570353
Tadi terbaca seorang lawyer berkongsi tentang pasangan yang bercerai sebab dah penat dengan kehidupan rumah tangga, ditambah pula dengan anak autism.
Tak ada gaduh pun. Tapi mungkin mereka cuma nak berehat dan stay away daripada triggers.
Mungkin kalau berpisah, ada dua rumah. Boleh gilir-gilir jaga anak. Jadi masing-masing ada ruang untuk rehat.
Sebenarnya, nak rehat.
Saya faham.
Anak saya neurodivergent. Suami pun neurodivergent.
Hidup dalam rumah macam ada orang, tapi sebenarnya lonely in mind. Ya, kita rasa paling lonely pada saat kita terlalu penat tapi tiada yang 'aware' kita penat asbab orang dalam rumah itu ada kesukaran 'membaca' emosi kita.
Tak ada orang yang betul-betul notice feeling dan emosi kita. Kita kena jadi orang yang paling stabil dan paling function.
Kena monitor.
Kena remind semua orang.
Kena pastikan emosi anak stabil.
Kena pastikan rumah berjalan.
Kena fikir macam-macam.
Saya faham masing-masing mungkin rasa kesian kepada satu sama lain. Tapi kadang-kadang tak tahu macam mana nak “skip” semua itu.
Nak duduk seorang.
Nak ada masa seorang diri.
Saya pun sebenarnya sangat value masa seorang tanpa anak dan tanpa suami.
Tapi jarang dapat.
Cuma yang berbeza pada kami, saya cuba susun jadual untuk saya rehat.
Atau, kalau saya yang in charge semuanya dan saya dah hampir burnout, saya akan cakap terus terang apa yang saya perlukan dan apa yang patut dibuat.
Suami ikut sahaja.
Sebab bila pasangan ASD, saya tak expect dia untuk terus faham apa yang saya rasa.
Saya bagi arahan dengan jelas.
Apa yang perlu dibuat, saya beritahu.
Apa yang saya perlukan, saya cakap.
Satu lagi yang kami sangat bersyukur ialah tadabbur al-Quran.
It really does help.
Bukan bermaksud hidup terus jadi mudah.
Tapi al-Quran membantu kami melihat ujian dengan cara yang berbeza.
Anak pertama: ADHD + ASD mild.
Anak kedua: ADHD + disleksia mild.
Anak ketiga: tipikal
Suami: ASD mild.
Saya pula ada bipolar disorder type 2.
Dan saya homeschool.
Semua anak dengan saya hampir 24 jam.
Jadi saya faham bagaimana rasanya hidup dalam keadaan yang sentiasa memerlukan kita untuk function.
Kadang-kadang kita bukan tak sayang.
Bukan tak bersyukur.
Bukan tak sayang pasangan atau anak.
Kita cuma penat.
Sangat penat.
Dan kita perlukan long term solution. Kita nampak berpisah adalah long term solution. Tapi, kalau kita fikir dalam sikit, kita boleh sepakat dengan berfikir dengan framework/ worldview al-Quran dan sunnah.
Kembali kepada peranan masing-masing. Memaknai posisi isteri, ibu dengan worldview wahyu, memaknai posisi suami, ayah dengan worldview wahyu.
Kita akan nampak ruang untuk bernafas. Ruang untuk berhenti sekejap. Rehat dalam solat, rehat dalam tadabbur time, zikrullah.
Untuk tarik nafas.
Untuk berehat.
Untuk kembali stabil.
Dan bagi saya, salah satu perkara yang sangat membantu ialah kembali kepada al-Quran.
Turn back to the Quran.
Rasalah bagaimana al-Quran memandu kita berenang dalam lautan ujian.
Bukan menghilangkan laut itu.
Tetapi mengajar kita bagaimana untuk terus berenang dan survive.
Wallahu a‘lam.
Ilyani Umm Ilham
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
#30daysbarakahproductivity
#suritadabbursuriproduktif
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
