ch
Feedback
Panduan Telegram

Panduan Telegram

前往频道在 Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

显示更多

📈 Telegram 频道 Panduan Telegram 的分析概览

频道 Panduan Telegram (@telegramtipsms) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 32 045 名订阅者,在 电报 类别中位列第 257,并在 马来西亚 地区排名第 1 036

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 32 045 名订阅者。

根据 03 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -884,过去 24 小时变化为 -3,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 已认证(Telegram 官方确认)
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 19.04%。内容发布后 24 小时内通常能获得 4.05% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 6 105 次浏览,首日通常累积 1 297 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

凭借高频更新(最新数据采集于 04 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 电报 类别中的关键影响点。

32 045
订阅者
-324 小时
-2147 天
-88430 天
帖子存档
Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya: 🤝 Formal 🎯 Short 🍖 Tribal 🗿 Zen 🕯 Biblical 💼 Corp Editor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon. Untuk buka editor, tekan ikon ✨ yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.

Log Masuk Dengan Telegram. Anda boleh daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web mengguna Telegram anda hanya dengan beberapa tekanan. Cara ini membolehkan anda kongsi nombor anda untuk verifikasi mudah – dan anda boleh benarkan mesej dari servis untuk keselesaan notifikasi. Juruprogram boleh baca panduan terperinci kami untuk informasi lanjut.

Pemformatan Tarikh. Opsyen performatan ‘Tarikh’ membolehkan anda set tarikh dan waktu tertentu untuk tambah acara ke kalendar atau set peringatan. 15 Ogos jam 3:00 AM dengan secara automatik disesuaikan untuk setiap penerima tarikh dan masa tempatan.

Kapsyen untuk GIF. Bila memilih GIF di panel GIF, anda boleh tambah kapsyen secara terus kepadanya, dan kirimnya semua sebagai satu mesej. GIF juga boleh disunting sebelum dikirim – untuk tambah teks, lukisan dan emoji atau untuk nipiskan GIF dan tukar panjangnya. Untuk tambah kapsyen atau sunting GIF, tekan lama di panel dan pilih ‘Sunting’.

⭐️ Nyahdaya Berkongsi di Bual Privat. Pelanggan Telegram Premium kini boleh nyahdaya berkongsi dalam bual 1 lawan 1. Ini menghadkan memaju atau menyalin mesej dan mencegah ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual. Untuk nyahdaya berkongsi dalam bual, buka profil pengguna, tekan ➕ atau ➕ dan pilih ‘Nyahdaya Berkongsi’.

Tag Ahli. Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka – untuk mengetengah peranan dan tunjuk minat mereka. Pentadbir pilih sama ada ahli grup boleh set tag mereka sendiri atau hanya pentadbir diberi kuasa. Tag untuk pentadbir grup mempunyai warna berlainan dari ahli. Untuk memboleh ahli set tag mereka dalam grup anda, sila ke Tetapan Grup > Permisi dan ON ‘Sunting Tag Sendiri’.

Pengkrafan Hadiah. Koleksi hadiah boleh digabung untuk kraf versi eksklusif dengan kesan unik. Satu kraf boleh guna hingga 4 hadiah, dengan setiap satu menaikkan peluang untuk berjaya. Mengguna berbilang hadiah dengan sifat yang sama boleh menambah lebih peluang bagi sifat tersebut muncul dalam item akhir.

Ringkasan AI. Pos panjang dalam saluran boleh dengan segera diringkaskan dengan menekan ↔️. Artikel dalam Paparan Segera akan tunjuk ringkasan AI di bahagian atas halaman. Ringkasan guna model AI sumber terbuka pada Cocoon – satu rangkaian berselerak dibina oleh Telegram untuk memaksimum privasi.

Tawaran Pembelian Hadiah. Bila menyemak hadiah, anda boleh buat tawaran untuk beli hadiah dengan Star atau TON. Tawaran hadiah dilindungi oleh Telegram – memastikan pembeli dan pemilik hadiah selamat daripada skam (penipuan). Untuk buat tawaran, tekan ➕ atau ➕ ketika melihat hadiah dan pilih 'Tawaran untuk Beli'.

Log Masuk Dengan Kunci Laluan. Selepas mencipta kunci laluan pada peranti anda, anda boleh gunanya untuk masuk ke akaun anda tanpa guna kod SMS. Bukan seperti kod SMS, kunci laluan sentiasa tersedia – dan tidak perlukan nombor fon anda atau pembekal servis. Dengan kunci laluan anda masih boleh pilih untuk log masuk menerusi SMS – jadi pastikan akaun anda didaftar ke nombor fon aktif dalam kawalan anda.

Kunci Laluan. Anda boleh cipta kunci laluan di peranti anda untuk log masuk secara serta merta dengan kod PIN atau biometrik anda tanpa memerlukan kod SMS. Kunci laluan berfungsi di mana sahaja dan setiap waktu, walaupun jika anda tiada servis – dan boleh segerak dengan aplikasi pengurusan kata laluan anda. Untuk cipta kunci laluan, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Kunci laluan pada mana-mana peranti. Untuk maklumat lanjut, sila semak di Soalan Lazim kami.

Lelongan Hadiah. Telegram Hadiah edisi terhad dikeluarkan menerusi sistem berdasarkan lelongan untuk pastikan pengagihan yang adil. Lelongan membenarkan anda untuk letak bida dengan Star. Hadiah kemudian diagihkan kepada pembida tertinggi selepas beberapa pusingan. Bida yang lebih rendah dibawa ke pusingan seterusnya – dan dibayar balik dengan serta merta selepas pusingan terakhir jika anda tidak memenangi.

Mesej Berulang. Mesej berjadual dan peringatan juga boleh diset untuk diulangi dengan kekerapan tertentu seperti setiap hari atau dua kali sebulan. Untuk set mesej berulang, pilih kekerapan untuk diulang di medan ‘Ulang’. Selepas jadual diset, anda boleh tekan ikon 📅/🕓 dalam bar mesej untuk sunting teks atau kekerapan mesej diulang.

Menghos Stori Langsung. Stori Langsung sokong kunci RTMP untuk integrasi tanpa batas dengan apl luaran. Pencipta konten juga boleh set harga per komen di stori langsung mereka – dan naik taraf pentadbir untuk bantu urus bual. Untuk kawal komen, tekan 'Tetapan Langsung' ketika menstrim. Untuk pentadbir bual, beri mereka permisi pentadbir 'Urus Bual Video / Strim Langsung' dalam grup atau saluran anda.

Stori Langsung. Setiap pengguna boleh hos strim langsung di stori Telegram mereka, di mana penonton boleh kirim komen dan derma Star untuk sokong pencipta konten. Stori Langsung boleh diunjur dari akaun pengguna, dan juga sebagai grup dan saluran yang telah membuka kunci mengepos Stori melalui tingkat. Stori Langsung memberi anda tetapan privasi terperinci sama seperti stori lain – dapat dilihat oleh Setiap Orang, Kenalan, Rakan Karib atau Pengguna Terpilih.

Apl Mini Kutu dan Cadangan. Sesiapa boleh lapur kutu dengan pantas atau cadang ciri dari mana-mana aplikasi Telegram dengan apl mini @bugs.

⭐️ Hadiah Terkumpul: Warna Profil. Hadiah terkumpul anda boleh diguna untuk set gaya unik untuk sampul profil anda, link yang anda kirim dan balasan kepada mesej anda. Untuk tukar penampilan profil anda, pergi ke Tetapan dan tekan ‘Tukar Warna Profil’.

Nota untuk Kenalan. Bila menambah atau menyunting kenalan Telegram, anda boleh masukkan nota privat yang hanya boleh dinampak oleh anda. Untuk menambah seseorang sebagai kenalan, tekan pada foto mereka dalam mana-mana bual untuk buka profil mereka dan tekan Tambah ke Kenalan.

Komen dan Reaksi di Panggilan Grup. Peserta dalam panggilan grup dan bual video boleh kirim komen dan reaksi secara terus dalam interfes panggilan. Ini adalah mesej sementara yang akan terpapar beberapa ketika pada skrin panggilan – untuk kongsi emosi, tanya soalan dengan pantas dan lagi. Untuk kirim komen, tekan butang 'Mesej'. Jika anda kirim hanya emoji, peserta panggilan akan nampak reaksi beranimasi.

Nilai Hadiah. Anda boleh lihat anggaran harga jualan semula hadiah terkumpul dalam atributnya. Jika anda tekan untuk kembangkan seksyen ‘Nilai’, anda boleh lihat banyak lagi statistik mengenai harga semasa dan jualan terbaru.