ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Info MPP UiTM

Info MPP UiTM

前往频道在 Telegram

📈 Telegram 频道 Info MPP UiTM 的分析概览

频道 Info MPP UiTM (@infomppuitm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 20 137 名订阅者,在 教育 类别中位列第 10 017,并在 马来西亚 地区排名第 1 746 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 20 137 名订阅者。

根据 05 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 130,过去 24 小时变化为 -8,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 18.84%。内容发布后 24 小时内通常能获得 7.08% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 796 次浏览,首日通常累积 1 426 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

尚未提供频道描述。

凭借高频更新(最新数据采集于 06 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 教育 类别中的关键影响点。

20 137
订阅者
-824 小时
-337 天
+13030 天
帖子存档
KHAMIS | 5 NOVEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PROGRAM RECHARGE WITH MPP X MATCHA FESTIVAL] Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 akan menganjurkan program Recharge with MPP X Matcha Festival sebagai ruang santai dan hiburan buat mahasiswa UiTM Shah Alam. Program akan menampilkan Matcha Festival pada sebelah petang, diikuti dengan pengisian Recharge with MPP pada sebelah malam. 📅 Tarikh: 5 November 2026 (Khamis) 📍 Tempat: Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam 🎬 RECHARGE WITH MPP 📺 Filem: Papadom ⏰ Masa: 8.00 malam sehingga selesai Ruang santai untuk mahasiswa menikmati malam bersama rakan-rakan dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.4 🍵 MATCHA FESTIVAL ⏰ Masa: 5.00 petang – 10.00 malam Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman berasaskan matcha daripada vendor mahasiswa. Terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Shah Alam. Jumpa anda di Recharge with MPP X Pesta Matcha! Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, AHLI JAWATANKUASA RECHARGE WITH MPP X MATCHA FESTIVAL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

RABU | 4 NOVEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PROGRAM RECHARGE WITH MPP X MATCHA FESTIVAL] Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 akan menganjurkan program Recharge with MPP X Matcha Festival sebagai ruang santai dan hiburan buat mahasiswa UiTM Shah Alam. Program akan menampilkan Matcha Festival pada sebelah petang, diikuti dengan pengisian Recharge with MPP pada sebelah malam. 📅 Tarikh: 5 November 2026 (Khamis) 📍 Tempat: Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam 🎬 RECHARGE WITH MPP 📺 Filem: Papadom ⏰ Masa: 8.00 malam sehingga selesai Ruang santai untuk mahasiswa menikmati malam bersama rakan-rakan dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan. 🍵 MATCHA FESTIVAL ⏰ Masa: 5.00 petang – 10.00 malam Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman berasaskan matcha daripada vendor mahasiswa. Terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Shah Alam. Jumpa anda di Recharge with MPP X Pesta Matcha! Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, AHLI JAWATANKUASA RECHARGE WITH MPP X MATCHA FESTIVAL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

SELASA | 3 NOVEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PEMAKLUMAN KEJOHANAN UiTM LIONS LEAGUE 2026] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa Kejohanan UiTM Lions League 2026 akan berlangsung seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh: 12 hingga 23 November 2026 📍 Tempat: Kompleks Sukan dan sekitar UiTM Shah Alam Sebanyak tujuh (7) acara sukan akan dipertandingkan, iaitu: ⚽ Bola Sepak 🏐 Bola Jaring 🏐 Bola Tampar 🏸 Badminton 🎯 Petanque ⚽ Futsal 🎳 Boling Padang Sehubungan dengan itu, seluruh warga mahasiswa UiTM Shah Alam diseru untuk mengambil peluang menyertai serta memberikan sokongan terhadap kejohanan ini sebagai wadah memupuk semangat kesukanan, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan mahasiswa. MPP UiTM Shah Alam turut menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukanan sebagai salah satu platform untuk mencungkil bakat, membina kepimpinan dan mengasah semangat kerja berpasukan. 📲 Pendaftaran dan maklumat lanjut: Sila imbas kod QR yang tertera pada poster kejohanan. 📞 Sebarang pertanyaan: • Pn. Shuhada: 019-374 7868 • Cik Nur Shazreen: 011-1161 2116 Marilah bersama-sama memeriahkan UiTM Lions League 2026 dan membawa semangat juang pasukan masing-masing! Yang menjalankan amanah, EXCO SUKAN DAN REKREASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #UiTMLionsLeague2026 #FightTogetherWinTogether

SELASA | 3 NOVEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI AKADEMIK 20272 (AMBILAN MAC 2027)] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Pra Diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Sesi Akademik 20272 (Mac 2027) kini akan dibuka seperti ketetapan berikut: 📆 Tempoh Permohonan: 1 November 2026 – 15 Januari 2027 📌 Kelayakan: Terbuka kepada lepasan SPM 2025 dan lima (5) tahun sebelumnya, tertakluk kepada syarat kemasukan yang ditetapkan. 📌 Program Ditawarkan: 1. Pra Diploma Pengajian Islam 2. Pra Diploma Sains 3. Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) 4. Pra Diploma Perdagangan 5. Pra Diploma Agroteknologi 📌 Kelebihan Program: ✅ Laluan ke lebih 81 program Diploma UiTM. ✅ Yuran pengajian PERCUMA bagi pelajar yang layak. ✅ Elaun sara hidup bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan. 📌 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui: 🔗 https://online.uitm.edu.my/pra 📌 Semakan Syarat Kemasukan: 🔗 https://selangkah.uitm.edu.my 📆 Tarikh Hebahan Keputusan: 25 Januari 2027 Sehubungan itu, para pelajar lepasan SPM yang berminat diseru untuk merebut peluang ini dan membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk melalui portal rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM: 🔗 https://pengambilan.uitm.edu.my Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

RABU | 28 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [HEBAHAN BANTUAN YARA GRADUATE SUPPORT SCHEME (YGSS) 2026] Dimaklumkan bahawa **Yayasan YARA menawarkan Bantuan YARA Graduate Support Scheme (YGSS) 2026* kepada pelajar semester akhir atau graduan tahun 2026 yang masih mempunyai tunggakan yuran pengajian dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. 📌 Syarat Kelayakan: ✔️ Pelajar Diploma atau Sarjana Muda semester akhir tahun 2026 atau telah tamat pengajian pada tahun 2026 ✔️ *&Masih mempunyai tunggakan yuran pengajian** ✔️ Pendapatan isi rumah RM5,250 dan ke bawah 🔗 Pautan Permohonan: https://tinyurl.com/yw5ay6cx 📅 Tarikh Tutup Permohonan: 3 NOVEMBER 2026 (SELASA) ‼️Peringatan Penting: Pemohon WAJIB menggunakan akaun e-mel rasmi pelajar UiTM sahaja Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP IZYAN: https://wa.me/601136940622 📞 *&MPP DANISH:** https://wa.me/601114319751 Sekian, terima kasih. "Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung" Yang menjalankan amanah, EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

RABU | 21 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [HEBAHAN PERKHIDMATAN TECHBUDDY UiTM: SERVIS LAPTOP DAN TELEFON] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa TechBuddy UiTM menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan laptop, telefon serta peranti digital untuk warga kampus. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pembaikan LCD, penukaran bateri, pemasangan perisian, naik taraf RAM/SSD dan pembersihan laptop. Selain itu, harga khas pelajar dan konsultasi teknikal percuma turut disediakan. 📍 Lokasi: Menara 2, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Bilik Keusahawanan, Aras 11 Sehubungan itu, warga kampus digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan ini bagi memenuhi keperluan penyelenggaraan peranti masing-masing. Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

RABU | 21 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PENGAMBILAN BARISAN KEPIMPINAN KELAB TECHNOPRENEUR UiTM SHAH ALAM] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa pengambilan barisan kepimpinan Kelab Technopreneur UiTM Shah Alam kini dibuka kepada mahasiswa yang berminat dalam bidang keusahawanan, teknologi dan inovasi melalui kerjasama bersama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM. Antara fokus pembangunan kelab: • Memberikan pendedahan berkaitan keusahawanan teknologi dan inovasi dalam pelbagai bidang kepada mahasiswa. • Membina jaringan kerjasama antara mahasiswa dengan pihak industri. • Meneroka peluang penyertaan dalam program keusahawanan di peringkat antarabangsa. 🔗 Pautan Permohonan: https://forms.gle/jaAwbEHECWQXq6yw6 📅 Tarikh Tutup Permohonan: 25 Oktober 2026 (Ahad) 📅 Garis Masa Pengambilan: • 19–25 Oktober 2026: Tempoh permohonan dibuka. • 26–27 Oktober 2026: Saringan permohonan. • 28–30 Oktober 2026: Sesi temu duga dan tugasan ringkas. • 31 Oktober–1 November 2026: Pemakluman keputusan dan pengesahan calon. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 Aniq Aiman : https://wa.me/60126538249 Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

ISNIN | 19 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [TINJAUAN WARGA UiTM YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR PANGKOR] Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 sedang melaksanakan tinjauan khas bagi mengenal pasti warga UiTM yang terjejas akibat bencana banjir di Pangkor. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan warga UiTM yang terkesan agar tindakan susulan dan bentuk bantuan yang bersesuaian dapat dipertimbangkan. Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM yang terjejas akibat bencana tersebut dimohon untuk mengisi borang tinjauan melalui pautan berikut: 🔗 https://forms.gle/gi4GMvhvLKXbFuEs9 Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amatlah dihargai. Semoga segala urusan warga UiTM yang terjejas dipermudahkan dan mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi: 📞 MPP TAUFIK: https://wa.me/60124542125 📞 MPP IZYAN: https://wa.me/601136940622 Sekian, terima kasih. "Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SE-MALAYSIA SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #260MPPUiTM

photo content
+1

JUMAAT | 16 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PROGRAM PEMANTAPAN DESTINI SISWA (PDS) SESI SEPTEMBER 2026 – FEBRUARI 2027] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa program Pemantapan Destini Siswa (PDS) akan diadakan seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang 📍 Platform: YouTube HEPi Media Program ini adalah khusus kepada pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda, lepasan asasi dan lepasan diploma penerapan sebagai persediaan awal dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. ✅ E-Merit akan diberikan kepada pelajar yang menyertai program ini. Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat disarankan untuk mengambil bahagian dalam program ini bagi memperoleh pendedahan dan manfaat yang disediakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP ZUHAIR: https://wa.me/60105641017 Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

KHAMIS | 15 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [MAKLUMAN: KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN & BPF 2026] Dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) UiTM sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tahun 2026. Seluruh warga UiTM dialu-alukan untuk menjawab soal selidik ini bagi membantu pihak universiti menilai dan menambah baik kualiti fasiliti kampus kita. Butiran soal selidik adalah seperti berikut: 📅 Tarikh: 15 September – 31 Oktober 2026 🔗 Pautan: fms.uitm.edu.my/soalselidik/ 📱 (Atau imbas Kod QR pada poster) Sekiranya terdapat sebarang aduan fasiliti atau pertanyaan lanjut, sila hubungi: 📞 MPP AIMAN: https://wa.me/60197204691 📞 MPP NAZMIE: https://wa.me/601174747198 Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO FASILITI DAN PENGANGKUTAN **MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin

photo content

RABU | 14 OKTOBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [PELUANG JOB ON CAMPUS (JOC) : DUTA MAHASISWA MYALUMNI UiTM] Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa peluang Job on Campus (JOC) dibuka kepada mahasiswa UiTM sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 bagi membantu pendaftaran MyAlumni Virtual Card. 📌 Kadar Bayaran: RM6.00/jam 📌 Syif Bertugas: Pagi dan petang (7 Orang bagi setiap syif) 📌 Tempoh: Sepanjang Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 Skop tugas: 📌 Mengedarkan dan menunjukkan kod QR rasmi MyAlumni Virtual Card kepada graduan, ibu bapa serta pengunjung yang merupakan alumni UiTM. 📌 Menggalakkan mereka mengimbas kod QR dan membantu proses pendaftaran melalui telefon masing-masing. Mahasiswa yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini bagi memperoleh pengalaman bekerja sambil menyumbang kepada usaha memperkukuh jaringan alumni UiTM. 🔗 Pautan Permohonan: https://forms.gle/BeFEwBhNxmMpX39Z7 Sekian, terima kasih. “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2025/2026 #UiTMDiHatiku #30MPPCakna #30MPPPrihatin