ch
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

前往频道在 Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

显示更多
828
订阅者
-124 小时
+37
+430
帖子存档
Papan permainan pendidikan berkisar peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Hijrah Rasulullah Education Board Game (HiREG 2.0) #positivecircle21 #kongsipositif #HiREG

photo content

4 Jenis Manusia dan Buku: 1. Menulis dan membaca 2. Menulis tapi tak siap-siap 3. Baca tapi tak pernah habis-habis bukunya 3.
4 Jenis Manusia dan Buku: 1. Menulis dan membaca 2. Menulis tapi tak siap-siap 3. Baca tapi tak pernah habis-habis bukunya 3. Tak menulis dan tak pun membaca #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

SIRI POSITIF: Tanggungjawab Milik Semua, Bukan Isu Gender Tanggungjawab bukan soal pilihan, ia adalah kewajipan yang perlu dipikul setiap individu, tanpa mengira gender. Terdapat salah faham yang sering berlaku, di mana tanggungjawab tertentu dilabel sebagai tugas lelaki atau wanita sahaja. Namun, kebenarannya, semua manusia bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan masing-masing. Mengelak daripada tanggungjawab bukan sekadar soal malas, tetapi ia menunjukkan kekurangan rasa hormat kepada diri sendiri dan orang lain. Dalam hidup, kita akan berdepan dengan situasi yang menuntut kita untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Setiap orang bertanggungjawab untuk memainkan peranan mereka, baik sebagai pasangan, ketua, pekerja, anak, atau kawan. Mereka yang berani memikul tanggungjawab menunjukkan kekuatan dan kematangan. Jika ada yang lari daripada tanggungjawab, itu bukan kerana jantina mereka, tetapi kerana pilihan individu itu sendiri. Hidup ini tidak sempurna, dan ada kalanya tanggungjawab yang kita pikul terasa berat. Namun, ingatlah bahawa setiap tanggungjawab yang ditunaikan, walau sekecil mana, membentuk peribadi yang lebih baik dan memberi impak positif kepada orang di sekeliling. Kita semua perlu sedar, sikap bertanggungjawab mencerminkan integriti dan kejujuran seseorang. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 72, bahawa amanah (tanggungjawab) yang diberikan ini adalah satu perkara besar yang perlu dijaga. Jadi, jangan pernah lari daripada tanggungjawab, kerana ia adalah cerminan siapa kita sebenarnya. Bangkitlah, pimpinlah hidup dengan keberanian, dan ingatlah, kita bukan sahaja bertanggungjawab kepada diri sendiri, tetapi kepada orang yang kita sayangi, dan lebih penting, kepada Allah. Teruslah menjadi individu yang berintegriti dan bertanggungjawab! #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

photo content

SIRI POSITIF: Hidup Lebih Bermakna! 6 Komponen Kesejahteraan Psikologi Menurut Carol Ryff (PWB): Nak hidup lebih bermakna dan bahagia? Jom kita lihat apa yang Carol Ryff jelaskan tentang Psychological Well-Being (PWB), kesejahteraan psikologi yang membantu kita mencapai potensi penuh dalam hidup! 1. Autonomi: Berani buat keputusan sendiri, kawal hidup ikut prinsip dan nilai kita. 2. Penguasaan Alam Sekitar: Pandai urus kehidupan, kerja, dan hubungan. Kita tak mudah rasa overwhelmed. 3. Pertumbuhan Peribadi: Sentiasa berkembang, belajar, dan menjadi lebih baik setiap hari. 4. Hubungan Positif: Ada hubungan yang mendalam dan bermakna dengan orang lain, sebab itu yang buat kita lebih bahagia. 5. Tujuan Hidup: Hidup dengan matlamat yang jelas. Kita tahu apa yang kita kejar dan kenapa! 6. Penerimaan Diri: Sayang diri sendiri, terima kelemahan dan kekuatan kita. Diri kita sempurna dengan segala kekurangan. Kesejahteraan psikologi ni bukan setakat rasa bahagia, tapi lebih kepada hidup dengan makna, berkembang, dan mencapai potensi diri! Mana satu komponen yang korang paling rasa relate? 👆 #kongsipositif #projekbuku

photo content

SIRI POSITIF: Merancang Masa Depan dengan Tawakal kepada Allah Setiap insan pasti ingin merancang masa depan yang terbaik. Kita berusaha sedaya upaya, menggunakan ilmu dan hikmah yang ada untuk merancang perjalanan hidup kita. Namun, dalam segala perancangan, kita tidak boleh lupa bahawa perancangan Allah itu lebih sempurna. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” Kita merancang, tetapi Allah yang menentukan hasilnya. Jangan pernah putus harap kepada rahmat dan pertolongan-Nya. Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, itu bukan bererti Allah tidak mendengar doa kita, tetapi mungkin ada kebaikan yang lebih besar di sebalik ujian tersebut. Jadi, teruskan usaha dan jangan lupa bertawakal kepada-Nya. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita, dan setiap perkara yang berlaku adalah sebahagian daripada rencana indah-Nya. "Barang siapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya." (Surah At-Talaq, ayat 3) Teruskan berdoa, berusaha, dan percayalah, masa depan yang cerah sedang menanti dengan izin Allah. #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

photo content

Saat usia kian bertambah, kita makin mendambakan ketenangan. Konflik yang dulu terasa besar, kini hanya ilusi yang membebanka
Saat usia kian bertambah, kita makin mendambakan ketenangan. Konflik yang dulu terasa besar, kini hanya ilusi yang membebankan jiwa. Keutamaan kita berubah, dari mengejar untuk menerima, kepada hasrat untuk memberi. Dalam memberi, kita temui makna kehidupan yang sebenar—iaitu kebahagiaan yang lahir dari rasa ikhlas dan kasih sayang. Kita tak lagi mahu fikir yang rumit, hanya ingin langkah-langkah yang sederhana namun bermakna. Hidup ini singkat, jadi mengapa bebankan hati dengan hal yang remeh, sedangkan tenang itu jauh lebih indah dan memadai. Semoga rasa tenang itu sentiasa ada bersama kita, hingga ke hujung nyawa... #kongsipositif #positivecircle21

Siri Positif: Betul ke kanak-kanak tak menipu? Jom baca di sini kupasannya: https://www.facebook.com/share/p/s3uR5Zaqg1s5tsKP
Siri Positif: Betul ke kanak-kanak tak menipu? Jom baca di sini kupasannya: https://www.facebook.com/share/p/s3uR5Zaqg1s5tsKP/ #kongsipositif #positivecircle21

photo content

photo content

Mulakan pagi dengan sarapan minda! Seperti tubuh perlukan sarapan untuk bertenaga, minda kita juga perlu "makanan" – membaca
Mulakan pagi dengan sarapan minda! Seperti tubuh perlukan sarapan untuk bertenaga, minda kita juga perlu "makanan" – membaca buku. Buku memberi inspirasi, membuka idea baharu dan mencerdaskan pemikiran. Jadikan membaca rutin pagi untuk hari yang lebih produktif! #kaunselorinovasi #kongsipositif #positivecircle21 #projekbuku

SIRI POSITIF: Cari Barang Dalam Handbag? Kadang-kadang, kita mengalami situasi di mana kita mencari sesuatu dalam handbag tet
SIRI POSITIF: Cari Barang Dalam Handbag? Kadang-kadang, kita mengalami situasi di mana kita mencari sesuatu dalam handbag tetapi tidak menjumpainya, walaupun benda itu sebenarnya ada. Dari sudut psikologi, ini boleh dijelaskan melalui konsep “inattentional blindness”, iaitu apabila otak kita fokus pada satu perkara sehingga mengabaikan maklumat lain yang ada di hadapan mata. Dalam kes ini, kita mungkin terlalu cemas atau tergesa-gesa, menyebabkan otak gagal memproses dengan baik apa yang dilihat. Siapa pernah jadi macam ni, cuba komen sikit kat bawah? #kaunselorinovasi #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

Bagi yang nak buat video, design atau kerja-kerja grafik, suka saya cadangkan anda explore Renderforest pula lepas ni. Serius menarik sangat! Selamat mencuba. #kongsipositif #kaunselorinovasi

SIRI POSITIF: Pena Seorang Guru Cikgu Sara duduk di mejanya selepas tamat kelas. Ruang bilik darjah yang sunyi mengingatkannya pada awal kerjayanya sebagai guru. Bertahun-tahun dia mengajar, mendidik generasi demi generasi, namun di hatinya terbit satu persoalan: "Apa lagi yang aku boleh tinggalkan selain dari kelas yang berlalu?" Suatu hari, seorang bekas pelajarnya, Aiman, datang melawat. “Cikgu, terima kasih sebab dulu selalu tulis nota di belakang buku kerja kami. Kata-kata cikgu buat saya teruskan belajar, walaupun saya pernah rasa nak putus asa,” kata Aiman, suaranya penuh rasa syukur. Cikgu Sara terharu. Dia ingat nota kecil yang ditulisnya pada helaian kertas-kertas pelajarnya, hanya sepatah dua kata motivasi yang tidak bermakna. Tidak disangka, kata-kata ringkas itu memberi kesan besar dalam hidup Aiman. Malam itu, Cikgu Sara terfikir panjang. Dia membuka sebuah buku nota kosong dan mula menulis—bukan sekadar untuk dirinya, tetapi untuk semua pelajar yang pernah ditemuinya. Kisah-kisah yang dia ajarkan, nilai-nilai hidup yang dia kongsikan, semuanya kini direkodkan. Dia tahu, walaupun suatu hari dia tiada, tulisan ini akan terus hidup, membantu, dan memotivasikan lebih ramai insan. .... Seorang guru bukan hanya mengajar di kelas, tetapi meninggalkan legasi melalui setiap tulisan dan kata-katanya. Pena seorang guru boleh menjadi cahaya yang tak pernah padam. #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

photo content

Ayuh bangunkan potensi diri Hidup untuk lebih memberi Bersungguh membina legasi Hidup pasti bererti.... #kaunselorinovasi #ko
Ayuh bangunkan potensi diri Hidup untuk lebih memberi Bersungguh membina legasi Hidup pasti bererti.... #kaunselorinovasi #kongsipositif #positivecircle21 #projekbuku

Apa kata anda semua? 🤭 #kongsipositif #positivecircle21
Apa kata anda semua? 🤭 #kongsipositif #positivecircle21