ch
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

前往频道在 Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

显示更多
826
订阅者
-124 小时
无数据7
+330
帖子存档
FORMULA 6T UNTUK KEKAL DALAM KEBAIKAN : 1. TEMPAT BAIK Carilah tempat yang boleh membawa kita kepada kebaikan. Dekatkan diri dengan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu. Tempat yang mampu menyuburkan keimanan dan keislaman. 2. TEMAN DAN LINKUNGAN BAIK Berusahalah menambah teman dan linkungan yang membawa kita dekat kepada Allah. Teman yang boleh mengingatkan tika kita lupa. Menegur dikala mana kita tersalah. 3. TAMBAH KEBAIKAN Sibukkan diri dengan perkara kebaikan hingga kita lupa untuk berbuat keburukan. Jangan memilih kebaikan mana harus kita mulakan. Bermulah dengan yang kecil hingga akhirnya membawa kepada kebaikan yang besar. 4. TEMUKAN MENTOR Carilah guru yang boleh membawa kita kepada jalan kebaikan dengan panduan yang betul. Dengan berguru, perjalanan menuju kebaikan akan menjadi lebih teratur dan terbimbing. 5. TONTON, BACA DAN DENGAR YANG BAIK-BAIK Apa yang kita hidangkan kepada kehidupan, pasti ada pengaruhnya. Bijaklah untuk memilih input yang berlegar di sekitar kita. Kita boleh kawal diri kita untuk menerima apa yang sepatutnya. 6. TOLAK UNSUR NEGATIF / TOKSIK Jauhi perkara yang boleh mengganggu kita menuju kebaikan. Semak siapa kawan yang banyak membantutkan perjalanan kita. Bantu mereka jika mampu. Jika tidak, berhati-hatilah. Takut-takut kita pula yang akan terpengaruh. Jalan menuju kebaikan itu tidak mudah. Ia menuntut kita untuk bermujahadah. #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

Bertuahnya jika kita merindui seseorang, tiba-tiba kita berpeluang bertemu dan bertandang ke rumahnya. Apatah lagi, yang dirindui itu adalah yang mencipta kita dan terpilih pula kerumah-NYA. Ramai yang mendengar seruan-NYA, tapi tidak ramai yang dipilih menyahut seruan tersebut. Jika diamati seruan, "Marilah sembahyang. Marilah menuju kejayaan". Jawapan balasnya, "Tiada daya upaya melainkan dengan izin-NYA". Jika ada azam, tapi tanpa izin-NYA tetap tidak berpeluang. Ia benar-benar satu pilihan. Moga kita diberi ruang untuk bertandang ke rumah-NYA kembali. Dapat bersujud kepada-NYA dengan cara yang terbaik. Hidup dalam redha-NYA. #kongsipositif #positivecircle21

photo content

JEMPUTAN WEBINAR 'SAYANGI DIRI SETIAP HARI' ❤️ Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Jom, Ikuti Segmen Ini💞 -------------------🥳👇🏻👇🏻🥳------ 📌Tarikh: 06 Sept 2021 (Isnin) 📌Masa : 08.30 mlm 📌Youtube Channel Unit Kaunseling KPTM Bangi https://www.youtube.com/watch?v=_FA_tlmztSk Turut Live YouTube: https://youtu.be/-olVOqL80PU Turut Live FB: https://www.facebook.com/796016834117165/posts/1442212416164267/?d=n Ayuh Semua, Ramai-Ramai Kita Sertai!!

MENGAPA PERLU JADI PENULIS? 1. Kewajipan menyampaikan ilmu 2. Kewjipan berdakwah dan mendidik masyarakat 3. Kewajipan berjiha
MENGAPA PERLU JADI PENULIS? 1. Kewajipan menyampaikan ilmu 2. Kewjipan berdakwah dan mendidik masyarakat 3. Kewajipan berjihad menentang musuh Islam dan mempertahankan Islam 4. Membina tamadun pemikiran bangsa 5. Meraih pahala jariah -AUA Anda pula bagaimana? Adakah perlu menulis dan kenapa? #legasimenulis #kongsipositif #positivecircle

Take a look at my Canva design! https://canva.me/FOZ5W5WVdjb
Take a look at my Canva design! https://canva.me/FOZ5W5WVdjb

Kemahiran mendengar dengan aktif bukanlah mendengar dan mendapatkan maklumat melalui telinga semata. Terdapat saluran lain yang perlu digunakan bagi menyatakan itu adalah mendengar dengan aktif. Mendengar Dengan Mata Sewaktu mendengar, perhatian seharusnya difokuskan kepada sipencerita. Fokus ini akan menggalakkan seseorang untuk terus selesa berkongsi. Titik fokus tidak perlu tepat kepada mata, tetapi boleh pada kawasan dahi / antara dua kening. Mendengar Dengan Gerakan Badan Mesej disampaikan bukan melalui verbal (kata-kata) sahaja. Bahkan mesej dalam bentuk non-verbal (gerakan badan) lebih kuat, jujur dan berpengaruh. Kekongruenan (selaras) antara verbal dan non-verbal sangat penting. Jangan abaikan gerakan badan yang berulang ketika mendengar. Ada sesuatu yang ingin disampaikan sebenarnya. Mendengar Dengan Hati Istilah tepat adalah empati. Cuba mendengar atau memahami orang lain dengan meletakkan diri kita di tempat / situasi orang lain. Jika memahami dari sudut kita mungkin kita hanya mampu lahirkan rasa simpati. Empati satu senjata yang sangat ampuh untuk membuatkan orang lain rasa sangat difahami. Cubalah! #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

photo content

BAHAGIA DARI SUDUT SPIRITUAL : 1.Beriman dan Beramal Soleh 2. Banyak Mengingati Allah 3. Bersandar Kepada Allah 4. Sentiasa Mencari Peluang Berbuat Baik 5. Tidak Panjang Angan-Angan Tentang Masa Depan dan Tidak Meratapi Masa Silam 6. Melihat Kelebihan Bukan Kekurangan Diri 7. Jangan Mengharap Ucapan Terima Kasih Manusia #kongsipositif #positivecircle21 Tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Merdekakan diri daripada pemikiran yang merosakkan. Bebaskan diri daripada belenggu emosi yang menyesakkan. Ayuh gerakkan tin
Merdekakan diri daripada pemikiran yang merosakkan. Bebaskan diri daripada belenggu emosi yang menyesakkan. Ayuh gerakkan tingkahlaku yang menyihatkan. Kita bahagia dengan cara kita. Moga Allah sentiasa memberikan kebaikan, kemudahan dan kesihatan dalam kehidupan kita. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2021. #kongsipositif #positivecircle21

Jika kita merasakan banyaknya kerja yang perlu dibuat berbanding baki umur dan masa yang kita ada nescaya setiap detik akan dimanfaatkan sebaiknya. Masa lapang tetap ada, namun akan diisi juga dengan perkara-perkara yang memberi kebaikan. Sihat bukan setakat fizikal, tetapi jauh lebih penting juga adalah akal, rohani dan spiritual. Semua ini membetuk satu sistem kehidupan. Perlu diuruskan dan dipelihara dengan sebaiknya. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menjaga dua nikmat ini dan memelihara kita daripada termasuk dalam golongan yang kufur nikmat-NYA. #kongsipositif #positifcircle21 Tip lain di: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

Photo from Hasbullah Mustafa
Photo from Hasbullah Mustafa

Proses Mencipta IDEA : 1. Tentukan satu masalah yang mahu diselesaikan 2. Jangan segerakan penyelesaian pada waktu itu juga.
Proses Mencipta IDEA : 1. Tentukan satu masalah yang mahu diselesaikan 2. Jangan segerakan penyelesaian pada waktu itu juga. Kita hanya mahu proses berfikir berjalan terlebih dahulu 3. Bentukkan banyak idea sehingga kita memperoleh idea yang lebih baik 4. Jangan bimbang sekiranya akhir sekali kita kembali menggunakan idea awal. Ini akan berlaku apabila idea-idea lanjutan tidak memuaskan hati kita. #kongsipositif #positivecircle21 #bankidea

Menurut laporan kertas putih Verizon, sebanyak 90 % ahli mesyuarat mengelamun dan hilang rentak pada mesyuarat yang berlangsu
Menurut laporan kertas putih Verizon, sebanyak 90 % ahli mesyuarat mengelamun dan hilang rentak pada mesyuarat yang berlangsung. Mesyuarat pula memgambil 33 % waktu seorang pekerja. ... Kebanyakkan mesyuarat: 1. Kelihatan seperti idea seorang sahaja yang mendominasi perbincangan 2. Sangat ketara ahli mesyuarat yang terlibat hanya menguatkan satu-satunya idea yang dilontarkan 3. Idea yang dicetuskan dilaksanakan kerana datang daripada hierarki tertinggi #kongsipositif #positivecircle21

photo content

3 Jenis Manusia 1. Ada peluang, dibiarkan 2. Ada peluang, direbut 3. Ada peluang dan mencipta peluang baru. Kita di mana? #positifcircle21 #kongsipositif

"Kita buat baik bukannya nak tunjuk kita ni baik tapi kerana kita nak sentiasa kekal dalam kebaikan..." #kongsipositif #positifcircle21