POSITIVE CIRCLE
前往频道在 Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
显示更多828
订阅者
+124 小时
+17 天
+530 天
帖子存档
FEELINGS FLASHCARDS
EMOSI merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku.
Terdapat 6 asas emosi iaitu kebahagiaan, kesedihan, ketakutan, jijik, kemarahan dan kejutan yang telah diperkenalkan oleh Paul Ekcman.
4 kemahiran penting dalam Kebijaksanaan Emosi (EQ) ialah :
1. Mengenalpasti emosi sendiri dan orang lain
2. Menggunakan emosi sewajarnya
3. Memahami punca emosi
4. Mengurus emosi dengan efektif
Jom amalkan 4 kemahiran di atas ini dengan menggunakan FEELINGS FLASHCARDS yang dikongsikan agar hidup kita lebih bermakna.
#kongsipositif
#positivecircle21
Keyakinan kepada diri sendiri dan keyakinan kepada Allah SWT adalah dua senjata yang cukup ampuh. Kedua-dua ini saling berkait bagi mencapai kejayaan.
Keyakinan kepada diri sendiri hasil mengingati Allah, detik kematian dan hari akhirat. Di dalam dirinya tertanam sifat taqwa yang utuh. Hatinya terikat dengan Allah.
Setiap ujian dilalui dengan tenang apabila mengenangkan azabnya mati. Kesusahan hidup dihadapi dengan yakin kerana menyedari itulah bekalan untuk hidup di akhirat nanti.
Kita lemah. Tetapi, apabila bergantung harap kepada Allah Yang Maha Hebat, insyaAllah tiada yang mustahil. Allah sentiasa ada. DIA tidak pernah meninggalkan kita.
Ayuh, terus perteguhkan hati-hati kita!
#kongsipositif
#positivecircle21
"Sesungguhnya kejayaan dan kebahagiaan perlukan pengorbanan. Ia tidak mudah dicapai tanpa daya tahan. Dalam masa yang sama kita percaya kepada pertolongan Tuhan...."
Salam Aidiladha 1443
#kongsipositif
#positivecircle
Matang;
Dia cenderung mencari apa yang betul. Bukan siapa betul. Elak rasa diri sentiasa betul.
#kongsipositif
#positivecircle
#notamatang
Matang;
Rasionalnya lebih dahulu dari emosinya. Jika beremosi dikawalnya dulu. Tidak mudah melulu.
#kongsipositif
#positivecircle
#notamatang
Mesti sangat best bila ada satu canvas yang boleh bantu kita lihat apa masalah sebenar dalam hidup kita. Dan keluarkan solusi tepat melaluinya.
Antara masalah terbesar sesetengah orang adalah untuk mengenalpasti apa masalah sebenar. Ramai yang beranggapan bahawa kesan sebagai masalah. Sedangkan kesan timbul selepas sesuatu masalah itu berlaku.
Apabila masalah gagal dikenalpasti secara tepat, maka solusi yang dicari dan dilaksanakan gagal menyelesaikan masalah yang timbul.
Dengan #SoluC diharapkan dapat bantu kita mengenalpasti masalah sebenar, lihat situasi secara mendalam, secara satu per satu dan akhirnya bantu keluarkan solusi yang tepat.
#kongsipositif
#SoluC
#positivecircle
Matang;
Tindakannya sederhana. Tidak berlebih-lebih. Pandai mengalah tika berbalah.
#kongsipositif
#notamatang
#positivecircle
Matang;
Cara fikirnya jauh. Kepentingan semua diambil kira. Janji sama gembira.
#kongsipositif
#notamatang
#positivecircle
Matang;
Kata-katanya penuh hikmah. Ramah. Bukan marah-marah.
#kongsipositif
#notamatang
