ch
Feedback
Info Rasmi Ibu Bapa SMART

Info Rasmi Ibu Bapa SMART

前往频道在 Telegram

Info Rasmi Telegram SMART Bertujuan menyampaikan informasi sekolah yang berkaitan dengan ibu bapa agar mendapat maklumat yang tepat dan segera.

显示更多
1 765
订阅者
+124 小时
-17
+530
帖子存档
ASSALAMUALAIKUM DAN SLAM SEJAHTERA BUAT IBU BAPA/PENJAGA SMART YANG BUDIMAN. Saya Wan Mohamad Zaki bin Wan Mohd Nor PK HEM SMART secara RASMI telah menamatkan PRKHIDMATAN AWAM/BERSARA pada hari ini (1 JULAI 2026) sebagai GURU dan PK HEM di SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberi komitmen dalam semua aspek kepada pihak sekolah. TAHNIAH untuk ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Saya juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan saya sepanjang bertugas di SMART sebagai Guru Subjek, PK Kokurikulum dan PK HEM. Saya doakan semoga anak2 SMART sentiasa cemerlang dalam akademik , kokurikulum dan sahsiah diri . Terima kasih semua… Mohon Undur diri daripada group ini.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada Ibu bapa penjaga. MAKLUMAN.. TERKINI.. Semua murid T1 hg T6 dibenarkan pulang mulai jam 2.00 ptg ( 24/6/2025-Rabu ) akibat gangguan air di sekolah sekarang. Kelas-kelas yang terlibat selepas jam 2.30 ptg dan SMART Bestari ditangguhkan. Sekian, terima kasih. PK HEM b.p. Pengetua

Saksikan malam ni Pasukan Puisi dan Lagu.. 3 org murid SMART turut serta.. doakan Pasukan Phg First👍👍👍

Salam pemgetua. Team Puisi dan Lagu akan bertanding malam ni

photo content

🎭 *SIARAN LANGSUNG FASUS 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN* 🇲🇾 Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara-acara utama Festival Apresiasi Seni Untuk Semua (FASUS) 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Langkawi, Kedah. 📅 *23 Jun 2026 (Selasa)* 🎤 3:30 Petang Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu SSeM ▶️ https://youtu.be/TqRbyTNcAG8 🎤 8:00 Malam Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu SM Harian ▶️ https://youtu.be/UP-rysSoVKU 📅 *24 Jun 2026 (Rabu)* 🎼 8:00 Pagi Pertandingan Simfoni Tradisional Perpaduan MADANI SM Harian ▶️ https://youtu.be/j1TMCaDzbS0 🎼 2:00 Petang Pertandingan Simfoni Tradisional Perpaduan MADANI SSeM ▶️ https://youtu.be/k8xhE_Cs69g 📅 *25 Jun 2026 (Khamis)* 🏆 8:00 Pagi Majlis Penutup FASUS 2026 Peringkat Kebangsaan ▶️ https://youtu.be/D5Wj1Lf561I ✨ Saksikan persembahan terbaik murid-murid dari seluruh Malaysia dalam acara seni yang menghimpunkan bakat, kreativiti dan semangat perpaduan. 📲 Kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan, guru, murid dan komuniti pendidikan. #FASUS2026 #FestivalApresiasiSeniUntukSemua #Langkawi #KPM #MalaysiaMADANI #SeniUntukSemua #PendidikanMADANI #FASUSKebangsaan2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada Ibu bapa penjaga. MAKLUMAN. Sempena Karnival SMARTNiaga, Hari Koperasi, Karnival STEM & TVET dan peringkat sekolah, semua murid T1 hg T6 dibenarkan pulang pada jam 2.30 ptg ( 24/6/2025-Rabu ). Kelas-kelas yang terlibat selepas jam 2.30 ptg dan SMART Bestari ditangguhkan. Sekian, terima kasih. PK HEM b.p. Pengetua

ASSALAMUALAİKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT IBU BAPA/PENJAGA BUDIMAN. MAKLUMAN. PAKAIAN MURID-MURID SMART BAGI PENGGAL KEDUA SESI PERSEKOLAHAN KEMBALI SEPERTI ASAL . Merujuk perkara di atas, makluman dan tindakan ibu bapa/penjaga kepada anak-anak mengikut ketetapan berikut: ISNIN- Uniform Sekolah SELASA-T'Shirt Oren & Tracksuit SMART RABU- Pakaian Unit BerUniform lengkap ( Perubahan Berdasarkan pengumuman kepada murid2) KHAMIS-T'Shirt Primers & Tracksuit SMART JUMAAT- Uniform Sekolah Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sekian. Terima kasih. PK HEM b.p.Pengetua

+4
JW 2026 TINGKATAN 1 BIL 4.pdf2.86 KB

+4
JW 2026 TINGKATAN 1 BIL 4.pdf2.86 KB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terdapat pindaan Jadual Waktu selepas mengambil kira perubahan guru di SMART. Berikut adalah softcopy Jadual Waktu Kelas Bil. 4 2026. Jadual waktu ini mula berkuatkuasa pada hari Isnin 15 Jun 2026. Mohon ibu bapa dan penjaga memaklumkan kepada anak tuan2 dan puan2. Harap maklum. Terima kasih.

ASSALAMUALAİKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT IBU BAPA/PENJAGA BUDIMAN SMART. MAKLUMAN. Kutipan Data Cara MURID-MURID SMART PERGI DAN BALIK SEKOLAH BAGI TAHUN 2026 . Sehubungan dengan perkara di atas, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga @ murid-murid SMART melengkapkan Google Form yang disediakan . https://forms.gle/BWExDgCL3tsibd218 Google Form ini perlu dilengkapkan selewat2nya pada atau sebelum 10 MEI 2026 Kutipan data ini bertujuan melengkapkan sebahagian item yang perlu dilengkapkan dalam SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (SPKS) oleh pihak sekolah. Kerjasama semua, pihak sekolah dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. PK HEM b.p.Pengetua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Ibu bapa/Penjaga. MAKLUMAN. Sesi Persekolahan pada 20 April 2026 (Isnin) akan berakhir jam 2.00 petang yang melibatkan SEMUA MURID (Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6). *Gangguan bekalan air di premis sekolah. Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh mengambil anak2 mulai jam 2.00 petang. Sekian, Terima kasih. PK Pentadbiran b.p. Pengetua

photo content
+2

photo content
+2

photo content
+1

photo content
+1

photo content

MAJLIS PENGUMUMAN SPM 2025 TARIKH: 31 MAC 2026 MASA: 11.00 PAGI Alhamdulillah, setinggi-setinggi kesyukuran atas pencapaian cemerlang SPM 2025 SMK Abdul Rahman Talib. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (AMG 2.0),  Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, semua pentadbir, guru, AKP serta pihak JPN, PPD, PIBG, PIBKS dan semua yang terlibat atas segala komitmen dan sokongan padu yang telah diberikan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan yang mantap dan komitmen yang tinggi terhadap kemenjadian murid. Setinggi-setinggi penghargaan juga kepada ibubapa yang sentiasa prihatin terhadap kecemerlangan anak-anak dan atas pengorbanan yang diberikan. Antara pencapaian SPM 2025 yang membanggakan: -SMART merupakan antara 12 sekolah terbaik Negeri Pahang  yang memperolehi sekurang-kurangnya GPS 2.30. Pencapaian GPS 2.04 meletakkan SMART tempat ke 7 Terbaik Negeri Pahang -SMART antara tiga sekolah menengah harian terbaik Negeri Pahang dan GPS 2.04 meletakkan SMART sebagai Sekolah Harian Terbaik Negeri Pahang. - 2 orang calon SPM 2025 memperolehi straight 9A+ . - 31 orang calon SPM 2025 memperolehi straight As. -112 daripada 139 calon memperolehi keputusan 5A ke atas. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang sangat membanggakan.  Semuga terus melakar kegemilangan di menara gading.