ch
Feedback
Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻

Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻

前往频道在 Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For inquiries, directly ask in a discussion group ✨

显示更多

📈 Telegram 频道 Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻 的分析概览

频道 Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻 (@pendidikanislamspmnotes) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 20 432 名订阅者,在 教育 类别中位列第 9 766,并在 马来西亚 地区排名第 1 818

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 20 432 名订阅者。

根据 08 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -42,过去 24 小时变化为 16,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 16.83%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 430 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 5

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For inquiries, directly ask in a discussion group ✨

凭借高频更新(最新数据采集于 09 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 教育 类别中的关键影响点。

20 432
订阅者
+1624 小时
+1107
-4230
帖子存档
credit : Ustazah Saufiyah 🫶🏻

SPM 2021-2024
+7
SPM 2021-2024

Assalamualaikum, Adik-adik form 4 & form 5 2026 tu blh join tau kelas dah nak mula.

Khulafa Ar-Rashidin.pdf1.61 MB

📘 SEJARAH ISLAM / PAI SUSAH? KERAJAAN KHULAFA’ AR-RĀSHIDŌN BUAT ANDA KELIRU? 🤯 Jangan risau — lepas kelas ini, nama khalifa
📘 SEJARAH ISLAM / PAI SUSAH? KERAJAAN KHULAFA’ AR-RĀSHIDŌN BUAT ANDA KELIRU? 🤯 Jangan risau — lepas kelas ini, nama khalifah, sumbangan, strategi pemerintahan & bukti kejayaan semua jadi jelas! 🌟 ✨ Apa yang anda akan kuasai? 🕌 Empat Khalifah Secara Sistematik — Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali: tempoh, cabaran & kejayaan. ⚖️ Model Pemerintahan Islam — Syura, keadilan, perluasan dakwah & pembangunan ummah. 🗺️ Perkembangan Wilayah — teknik ingat peta & kawasan taklukan dengan mudah. ✍️ Format Jawapan A+ — isi → huraian → contoh → impak — penanda kertas suka! 📊 Latihan Ala SPM — objektif, struktur & esei fokus markah tinggi. 🇲🇾 Terbuka kepada semua pelajar di seluruh Malaysia! Beginner pun boleh join — target: faham konsep, bukan hafal kosong. Link Google Meet: Jika ada masalah,sila rujuk kepada @RyzenHorizontal @Tikanottiqa @playful_hannani

+1
EXERCISE.pdf3.42 KB

some exercises that will be used in the class later

[NAK TUKAR 'G' KEPADA 'A+' UNTUK ADDMATH? 📈] Ramai yang give up dengan AddMath sebab rasa susah sangat. Tapi sebenarnya, kal
[NAK TUKAR 'G' KEPADA 'A+' UNTUK ADDMATH? 📈] Ramai yang give up dengan AddMath sebab rasa susah sangat. Tapi sebenarnya, kalau tahu teknik yang betul, AddMath ni macam main game je! Ahad ini, Young Teacher @addmathssensei akan tunjukkan shortcut untuk: • F4 Bab 3 (Sistem Persamaan): Topik wajib skor yang selalu keluar exam! • Rahsia KBAT: Cara faham kehendak soalan supaya tak hilang markah sia-sia. Jangan biarkan cuti anda berlalu tanpa ilmu. Jom jadi "legend" AddMath! 🔗 : https://meet.google.com/xxc-ekdw-vbz

🧪 SAINS F4 SUSAH? BAB 8 (UNSUR & BAHAN)? TAK LAGI SELEPAS INI! 🚀 Ramai pelajar sangkut bila masuk topik jadual berkala, sim
🧪 SAINS F4 SUSAH? BAB 8 (UNSUR & BAHAN)? TAK LAGI SELEPAS INI! 🚀 Ramai pelajar sangkut bila masuk topik jadual berkala, simbol unsur, formula kimia, sifat logam dan bukan logam, serta beza unsur–sebatian–campuran. Sebab itu kami bawakan Kelas Intensif Sains Cuti Sekolah khas untuk anda! ✨ Apa yang anda akan kuasai? 🔬 Kenal Unsur Dengan Mudah — faham lambang & nombor proton tanpa hafalan membuta tuli. ⚗️ Beza Unsur, Sebatian & Campuran — tak keliru masa jawab objektif & struktur. 📘 Formula Kimia Ringkas & Tepat — teknik tulis formula yang betul supaya elak hilang markah. 📊 Analisis Jadual Berkala — faham kumpulan & kala, bukan sekadar hafal. Link Google meet: https://meet.google.com/nht-soqq-zqa Jika ada masalah,boleh rujuk kepada @JueKaiYap

BM SPM SUSAH? TAK LAGI SELEPAS INI! ✅ Ramai pelajar sangkut kat bahagian Karangan Berformat dan Rumusan. Sebab itu SPMNETIC b
BM SPM SUSAH? TAK LAGI SELEPAS INI! ✅ Ramai pelajar sangkut kat bahagian Karangan Berformat dan Rumusan. Sebab itu SPMNETIC bawakan khas kelas intensif cuti sekolah untuk anda: 🧠 Strategi Penjanaan Idea - Tak ada lagi masalah 'blank' depan kertas exam. ✍️ Format Karangan Tepat - Elak hilang markah teknikal. 📊 Skor Rumusan - Teknik ringkas tapi padat markah. Terbuka kepada semua pelajar di seluruh Malaysia! 🇲🇾 Link google meet: meet.google.com/eqt-efhj-fzq Jika ada masalah,boleh rujuk kepada @khunash

Want to improve your essay writing skills with effective techniques? Join our SPMNETIC Holiday Class with Sophie, an English
Want to improve your essay writing skills with effective techniques? Join our SPMNETIC Holiday Class with Sophie, an English Young Teacher from MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens! 🗓 Date: Sunday, 21 December 2025 ⏰ Time: 9:00 AM – 11:00 PM 📌 Topic: Peer Technique for Essay Writing 🎓 *FREE for all students across Malaysia! link google meet: https://meet.google.com/jdk-ekng-beo 📩if you have any questions,feel free to contact : @Sophness_Salihen @Vimala05 ⚠️ don’t miss this opportunity to level up your essay writing skills!

Doa untuk Ujian Bertulis Sains Komputer Ya Allah, Tuhan yang Maha Mencipta aturan dan logik, Maha Mengetahui setiap sistem, kod dan susunan, Engkaulah yang mengilhamkan akal manusia untuk berfikir, mencipta algoritma, menyusun data dan membina teknologi dengan hikmah. Ya Allah, bukakanlah hati dan fikiran kami untuk memahami segala konsep dalam ilmu Sains Komputer.Permudahkan kami memahami algoritma, pseudokod, carta alir, struktur kawalan, pengaturcaraan, pangkalan data dan sistem komputer.Kurniakan kami kefahaman yang jelas, teratur dan mendalam agar kami mampu menyusun langkah penyelesaian dengan tepat dan logik. Ya Allah, kuatkan ingatan kami terhadap sintaks, istilah dan konsep penting.Jauhkan kami daripada kekeliruan logik, kesilapan langkah dan kecuaian ketika menulis kod atau jawapan berstruktur.Bimbinglah kami supaya dapat mengesan kesalahan dengan cepat, membetulkannya dengan tenang dan menulis jawapan dengan kemas serta tersusun. Ya Allah, ketika kami membaca kertas soalan, tenangkanlah hati dan fikiran kami.Hilangkan rasa cemas, gugup dan tekanan yang mengganggu fokus dan keyakinan kami.Kurniakanlah ketenangan, ilham dan kebijaksanaan dalam menganalisis soalan, merancang jawapan dan menyelesaikan setiap masalah dengan bijaksana. Ya Allah, jadikanlah minda kami tajam, pemikiran kami kritis dan pena kami lancar.Permudahkanlah kami mengurus masa dengan baik, menjawab setiap bahagian dengan teratur dan yakin serta menulis jawapan yang difahami dan diterima pemeriksa dengan rahmat dan ihsan-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains Komputer ini sebagai tanda keberkatan atas usaha kami, doa ibu bapa kami dan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kami.Limpahkanlah ganjaran dan rahmat yang besar kepada guru-guru kami atas segala kesabaran dan pengorbanan mereka. Ya Allah, jadikanlah ilmu Sains Komputer yang kami pelajari ini sebagai manfaat yang berpanjangan dan penuh keberkatan.Bimbinglah kami agar menggunakan teknologi dengan amanah, beretika, bertanggungjawab dan memberi kebaikan kepada manusia.Jauhkanlah kami daripada penyalahgunaan ilmu dan dekatkan kami dengan nilai kejujuran dan integriti. Ya Allah, berkatilah masa kami, hafalan kami dan usaha kami.Luaskanlah rezeki ilmu kami dan bukakanlah pintu kejayaan yang diredhai dan diberkati oleh-Mu.Jadikanlah kami hamba-Mu yang berjaya, bukan hanya dalam keputusan peperiksaan tetapi juga dalam kehidupan yang Engkau rahmati di dunia dan di akhirat. Ya Allah, jadikanlah kejayaan kami sebagai jalan menuju redha-Mu, cahaya dalam hati kami dan sebab kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat.

Bi taufiq wannajah to those who are sitting for Sains Komputer Paper 1 today.May Allah ease everything for us 🌷.

Doa untuk Ujian Bertulis SPM Sains Sukan Ya Allah, Tuhan yang Maha Pencipta tubuh dan gerak, Maha Mengetahui setiap otot yang bekerja, setiap degupan jantung, setiap nafas yang hidup.Engkau yang mengurniakan kekuatan, keseimbangan dan kesihatan sebagai amanah kepada manusia. Ya Allah, bukakanlah hati dan fikiran kami untuk memahami ilmu Sains Sukan yang kami pelajari.Permudahkanlah kami menguasai konsep fisiologi, anatomi, biomekanik, latihan fizikal, pemakanan sukan dan sistem tenaga.Kurniakanlah kami kefahaman yang jelas tentang fungsi tubuh, prinsip latihan dan kesan aktiviti fizikal terhadap kesihatan. Ya Allah, kuatkanlah ingatan kami terhadap fakta, istilah, rajah dan penerangan yang telah kami ulang kaji.Bimbinglah kami menjawab soalan dengan tepat, tersusun dan berfakta.Jauhkanlah kami daripada kekeliruan konsep dan kesilapan mentafsir soalan. Ya Allah, ketika kami membaca kertas soalan, tenangkanlah hati kami.Hilangkanlah rasa gementar, letih dan tekanan yang melemahkan fokus kami.Kurniakanlah ketenangan, keyakinan dan kebijaksanaan untuk berfikir dengan waras dan menulis dengan jelas. Ya Allah, jadikanlah minda kami cerdas, tangan kami tenang dan pena kami lancar.Permudahkanlah kami menghuraikan jawapan dengan bahasa yang tepat, contoh yang sesuai dan struktur yang kemas.Berikanlah kami masa yang cukup untuk menjawab setiap soalan dengan teratur dan sempurna. Ya Allah, kurniakanlah kami kejayaan yang cemerlang dalam subjek Sains Sukan ini sebagai hasil usaha kami, doa ibu bapa kami dan tunjuk ajar guru-guru kami.Limpahkanlah rahmat dan ganjaran kepada guru-guru kami atas ilmu dan pengorbanan mereka. Ya Allah, jadikanlah ilmu Sains Sukan ini sebagai bekalan hidup yang bermanfaat.Didiklah kami untuk menghargai kesihatan, menjaga tubuh badan dan mengamalkan gaya hidup seimbang.Jauhkanlah kami daripada kelalaian, penyalahgunaan kekuatan dan sikap yang merosakkan diri. Ya Allah, berkatilah masa kami, hafalan kami dan usaha kami.Bukakanlah pintu kejayaan yang Engkau redhai.Jadikanlah kami insan yang cemerlang bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi juga dalam kehidupan yang sihat, berdisiplin dan berakhlak mulia. Ya Allah, jadikanlah kejayaan kami jalan menuju redha-Mu, cahaya dalam hati kami kekuatan dalam langkah kami dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.

Assalamualaikum semua 🫶🏻

untuk batch 09, there are still a lot of time untuk baiki diri korang. lagi 2 hari nak cuti ni, korang bole ambik masa sikit untuk study dalam sejam sehari consistently. mula awal lagi bagus kan 🙈 maybe ada yang risau nak study awal sebab takut lupa. yana sarankan korang buat nota time korang study tu.. nanti masuk je form 5 rujuk je nota tu auto ingat apa yang korang study.. ehh ni real tauu kalau tak percaya cuba..by the way, yana harap kamu orang semua yang baca ni dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.. aamiinn

asalamualaikum semua, admin yanaa di sini. since ramai yang dah merdeka, saya nak ucapkan tahniah sebab dah buat yang terbaik dan dah berusaha sebaik mungkin sepanjang spm dijalankan 🥹🫶🏻 korang dah doa, usaha and ikhtiar.. sekarang tiba masanya korang kena tawakal dan berserah kepada Allah.. most of us mungkin ada rasa macam tak buat yg terbaik, jawab entah pape dalam exam tapi percayalah kalau korang keep on berdoa and banyak dekatkan diri kepada Allah, inshaAllah akan ada keajaiban menanti korang 🙈 boleh paksa diri untuk solat 5 waktu awal mulai sekarang, bangun untuk solat tahajud, solat dhuha dan sebagainya. nanti keluar result spm, korang akan happy sebab korang dapat result yang gempak and unexpected. sebab apa? sebab Allah dengar doa korangg. yana doakan semua batch 08 memperoleh keputusan yang cemerlang dalam spm nanti aamiin 🤲🏻

NOTA PADAT PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 KSSM.pdf1.34 MB

Before start paper blh amalkan ni 1. Baca Surah Al-Inshirah 🌷 Untuk lapangkan dada dan hilangkan nervous. 2. Baca Surah Al-Alaq 🌷 Supaya diberi kefahaman dan ilham dalam ilmu. 3. Zikir Sebelum Masuk Dewan 🌷 Ya Fattah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid➡️ 11 kali 4. Doa 🌷 Ya Allah, ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku dengan kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu.

Assalamualaikum semua 🫶🏻. Bi taufiq wannajah to those who are sitting for Perakaunan Paper 1 & Paper 2 today. May Allah ease everything for us 🌷.