ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 285 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 283,并在 马来西亚 地区排名第 907

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 285 名订阅者。

根据 22 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -387,过去 24 小时变化为 -16,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 9.02%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 23 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 285
订阅者
-1624 小时
-947
-38730
帖子存档
Hari ini kita merdeka, maka mula hari ini merdekakan diri sendiri dahulu dari diikat oleh golongan yang gunakan kita sampai k
Hari ini kita merdeka, maka mula hari ini merdekakan diri sendiri dahulu dari diikat oleh golongan yang gunakan kita sampai kita tak boleh kata “tak”. Kena ingat, belajar untuk menolak jika tak selesa. Tetapkan pendirian untuk kata tak kalau tak boleh nak buat. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/merdekakan-diri-sendiri/

Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli. Ada ahli keluarga yang bertan
Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli. Ada ahli keluarga yang bertanya dan persoal, ada yang begitu ada yang begini. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bangunkan-lagi-tulisan-bermanfaat/

Ready stok gaisss! 6 biskut dalam 1 kotak cantik meletop! Hanya RM39 FREE KURIER seluruh negara! Lekas, esok kami kurierkan t
Ready stok gaisss! 6 biskut dalam 1 kotak cantik meletop! Hanya RM39 FREE KURIER seluruh negara! Lekas, esok kami kurierkan terus! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30. 50% #Fakta. 20% #Emosi. 30% #ImpakPositif. Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting. Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja. * Contoh ayat fakta di media sosial: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. * Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. Contoh ayat yang ditambah emosi: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja! Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus. * Impak postif pula, ia mesti: - apabila orang baca, orang faham. Atau, - apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau - apabila orang baca, orang boleh beli terus. Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis: Jika kalian nak bermula, Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian. Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa. Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai. Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang. (Sampai habis step). * Itu antara mudahnya menulis menggunakan content. Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM.

Antara benda baru yang saya belajar secara online dengan guru-guru saya dalam bab rezeki ialah tentang Ibu Bapa. Selama ini s
Antara benda baru yang saya belajar secara online dengan guru-guru saya dalam bab rezeki ialah tentang Ibu Bapa. Selama ini saya fikir jika kita beri duit, layan dengan baik, semua akan ok. Rupanya... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bahagiakan-ibu-bapa/

Antara soalan yang saya suka nak jawab semasa seminar content ini ialah “boleh tak tuan beritahu beberapa struktur ayat dalam membuat #iklan?” Ia kerana, beza produk, beza juga cara iklan, promosi dan membuat jualan. Saya balik saya tengok semula apa yang perlu dimasukkan dalam ayat-ayat tersebut melalui #content. Namun ia masih perlu dilihat dalam konteks produk masing-masing. Antara perkataan yang kuat untuk membuat iklan ialah: 1. Untuk menarik perhatian, guna perkataan ini: - percuma. - bonus. - eksklusif. - hari ini. - sekarang. - terkini. - rahsia. - jimat. - diskaun. - potongan. - nikmati. 2. Untuk beri orang faham tentang produk / perkhidmatan anda, guna perkataan ini: - senang. - mudah. - lekas. - langkah demi langkah. - semudah ABC. - segera. - boleh guna terus. - beli, buka dan guna. 3. Untuk beri orang rasa hebat apabila guna produk / perkhidmatan kalian, guna perkataan ini: - fabulous. - hebat. - terkini dan sensasi. - power. - sedap gila. - mengagumkan. - elegen. - anggun, kacak, terbaik. Kalian lihat iklan-iklan besar yang biasa keluar di television, atau di bahagian Ads yang kita sering nampak ia lalu di wall kita, perkataan-perkataan di atas sering digunakan. Cuba kalian fokus buka Youtube dan lihat iklan-iklan. Dan kalian akan dapat faham bagaimana ayat itu terbina dan bagaimana nak susun struktur ayat menggunakan perkataan di atas. Cuba okey. Kalau nak saya kongsi lagi tips begini, klik share okey! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini jom https://t.me/ContentKHM

Content yang menarik minat orang di media sosial ialah yang sentiasa mendidik, memberi ilmu serta ditulis dalam mood berkongs
Content yang menarik minat orang di media sosial ialah yang sentiasa mendidik, memberi ilmu serta ditulis dalam mood berkongsi bukannya mengajar-ajar. Perkataan yang sering digunakan dan otomatik jadi mengajar-ajar ialah: Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/perkataan-mengajar-ajar/

Kawan-kawan yang baik, Dapat bangun pagi, bersyukur. Dapat mandi, dapat solat, syukur. Dapat makan sarapan, syukur. Baca sela
Kawan-kawan yang baik, Dapat bangun pagi, bersyukur. Dapat mandi, dapat solat, syukur. Dapat makan sarapan, syukur. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/apa-sahaja-kita-dapat-lakukan-bersyukur/

Bagaimana berhadapan dengan mereka yang tidak sukakan kita di media sosial? 1. Tak perlu lihat apa yang dia tulis tentang kita. Jika ada yang sampaikan, beritahu orang itu untuk berhenti berbuat begitu. 2. Jika dia komen menyakitkan hati. Diamkan sahaja. Jika perlu balas, balaslah dengan sebaiknya. Jika tak, kalian sama sahaja dengan dia. 3. Sekiranya dia masih mengganggu, block sahaja. Ingat, Facebook ini medan membina komuniti positif. Kita tak akan dapat notifikasi jika ada orang unfriend, unfollow atau block kita kerana itu adalah punca kepada banyaknya masam muka dan bersedih gelisah yang membawa kepada permusuhan. Yang kita dapat ialah apabila ada orang komen, orang tag dah sebagainya. Itu semua perkara kebaikan. Namun jika hal kebaikan itu juga membawa keburukan, maka halang ia terus. Nak bermain media sosial menggunakan #content, hati kena kental. Apabila kita beri umpan, bukan ikan, sotong dan udang sahaja yang datang, obor-obor yang menyengat juga hadir bertandang, kasi tendang sebelum dia menikam racun okeh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang-tenang sahaja! Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Kawan-kawan, Kita kawal diri kita untuk dapat apa yang kita nak. Kita putuskan semuanya untuk kita. Bukan orang lain. Baca se
Kawan-kawan, Kita kawal diri kita untuk dapat apa yang kita nak. Kita putuskan semuanya untuk kita. Bukan orang lain. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kita-putuskan-semuanya-bukan-orang-lain/

Kawan-kawan yang baik, jika kita banyak sangat berfikir, kita sedang “makan” diri kita sendiri. Kita mamah dan kunyah setiap isi daging dan otak di kepala. Sebab itu kita sakit, kita murung dan kita bersedih. Boleh jadi kita mudah penat dan sentiasa gelisah. Ini kerana longgarnya kebergantungan kita kepada Allah. Ada 7 Doa yang kalian boleh guna untuk kita lepasi semua ini. Ingat, letak dalam kepala lepas berdoa terus bangun dan terus buat kerja. Elakkan duduk sendirian dan termenung panjang. Ini doa-doanya: 🕋 Doa 1. يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث (Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.) Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi 🕋 Doa 2. اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.) Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh – Sahih Bukhari 🕋 Doa 3. اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ (Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.) Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. – Sahih Bukhari 🕋 Doa 4. اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا (Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla) Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” – Sahih Ibnu Hibban 🕋 Doa 5. لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ (Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.) Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87 🕋 Doa 6. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي (Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli) Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. – Surah Taha Ayat 25-28 🕋 Doa 7. حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (Hasbunallah wanikmal wakil) Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami – Surah Al-Imran Ayat 173 **** Amalkan kawan-kawan, kita adalah jiwa dan tubuh yang kawal diri sendiri. Kita kuatkan semuanya sendiri untuk tempuh berbagai lagi ujian di hadapan. Ujian hebat untuk orang hebat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sama-sama kita kuatkan diri. Bismillah.

Jika kalian sekarang masih bekerja dan mahu berniaga, maka kalian boleh lakukan ini. Saya sendiri buat dan ia dari cikgu saya sendiri. Sebelum bermula untuk susun, terus letak berapa lama lagi mahu bekerja di situ. Sebagai contoh, saya sendiri set mahu makan gaji 10 tahun sahaja. Akhirnya saya berhenti kerja pada 10 tahun 2 bulan. Ini yang saya buat: 1. Kalau kita bekerja dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, maka kita kena ada mind set untuk kerja part time sehingga 12 tengah malam. 2. 8.00 pagi hingga 6.00 petang = 10 jam. Kerja sungguh-sungguh seperti biasa. 3. Balik rumah, layan anak semua. Sekitar selepas isyak dalam 9.00 malam sudah duduk di meja dan lihat checklist kerja “part time” tersebut. Ia mesti duduk, ada pejabat kecil, ada ruang kecil untuk fokus. Setkan waktu kerja itu sehingga 12.00 malam. 4. Susun apa yang mahu dibuat. Sebagai contoh: Nak jual kerepek. Terus buat perancangan bertulis. - Berapa modal nak keluar - jualan di mana. - dekat mana nak belajar. - nak pasang ejen tak. - dan macam-macam soalan lagi. - guna 5W1H pun memadai. 5. Mula dengan menjual secara online. Perlahan-lahan jangan kecoh, jangan gempar beriya. Allah suka orang yang sabar. 6. Setkan terus berapa lama akan kerja begini. Saya dulu set 3 tahun pertama sehingga 12 tengah malam. Kemudian turun ke 11.30 malam. Sampai dah berhenti kerja dan boleh fokus bisnes, maka saya dah dapat tidur macam orang lain. Apabila kita dah set, kita akan fokus. Kita tahu nak rancang apa, nak buat apa. Semua bersusun. 7. Pengorbanan masa, keluarga dan tak dapat keluar jumpa kawan, main futsal bagai adalah benda yang mengecewakan. Namun, hasilnya lumayan. Ia sementara sahaja. Apabila dah elok, duit dah mula masuk, kita akan mula dapat rentak. 8. Cikgu saya kata: “Semua orang ada 24 jam yang sama. Kenapa ada yang kaya ada yang tak. Ada yang boleh urus 20 bisnes ada yang sekadar kerja 1 bidang sahaja. Semuanya tentang pengurusan masa. Manusia yang paling bijak ialah dia susun dan rancang segala kerja dia. Sampai dia tak sedar dia dah kaya.” 9. Penat itu sementara. Nak berjaya, berkorban sekejap. 10. Nak, buat. Tak nak, tak ada masalah. Semua adalah kawalan diri sendiri sahaja. Antara tips menjadi jutawan ialah kita tulis apa kita nak buat. Sebagai contoh: Tahun ini aku akan dapat jualan RM1juta. Tulisan itu akan dorong kita berbuat apa yang kita rancang. Bukan cakap, bukan angan. Ia adalah tulisan yang bersungguh-sungguh kita kejar. ** Kawan-kawan, Allah beri peluang setiap manusia pada setiap pagi. Ada yang guna, ada yang persia. Kita tengok diri kita yang mana. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪💪💪

Cikgu saya pesan “barang yang kita beli itu tanda kita mampu. Maksud mampu ialah apabila kita beli barang, kita masih ada wan
Cikgu saya pesan “barang yang kita beli itu tanda kita mampu. Maksud mampu ialah apabila kita beli barang, kita masih ada wang.” Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/maksud-kemampuan/

Soalan: Saya tak ada bakat, jadi macam mana nak menulis. Jawapan: Oh tak perlu bakat. Yang wajar ada ialah minat. Boleh kata semua hal dalam dunia ini kita boleh belajar, termasuklah menulis. Sekiranya kalian memang ada bakat, itu memang bonus besar dari Allah. Namun jika tiada, ambillah kelas dan belajar. Teknik menulis di media sosial, mirip penulisan buku. Namun ia lebih ringkas dan lebih menjurus kepada perbualan dan interaksi dua hala. Ianya disebut sebagai #content atau #storytelling atau #copywriting. Hari ini, ramai usahawan boleh menulis, ramai juga para pegawai, eksekutif, professional boleh menulis dengan baik di media sosial, kemudian ditawarkan untuk diambil tulisannya itu untuk dibukukan. Mereka semua menulis dengan banyaknya content. Saya sendiri, tulis resipi di Facebook, viral. Sekarang ada 3 buah buku resipi diterbitkan. Ada juga kisah-kisah yang saya tulis di wall saya, juga viral, kini ada lebih 4 buku yang diterbitkan hanya mengambil kisah-kisah itu sebagai cerita di dalam buku tersebut. Gunakan media sosial sebaiknya kawan-kawan. Jika tulis yang baik-baik, sebaran, hebahan serta perkongsian itu akan diguna dan diulang banyak kali. Itu yang best dan seronok. Ianya hanya bermula dengan sebuah penulisan sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doakan semoga Seminar 1,000 Jutawan Suri Rumah sabtu ini berjalan lancar ya! Nak daftar masih boleh! Klik sini ya https://khmonecookies.com/shop/000001

Gais! Dapatkan Kalendar Bulan Islam di sini. Hanya isi borang ini, buh email yang betul, kemudian submit. Kalian akan dapat t
+3
Gais! Dapatkan Kalendar Bulan Islam di sini. Hanya isi borang ini, buh email yang betul, kemudian submit. Kalian akan dapat terus download ya. Ia dalam bentuk PDF. Boleh print atau save dalam phone untuk dijadikan panduan. Semuanya PERCUMA sahaja. Klik sini ya: https://kl.ik.my/kalendar-islam-onecookies https://kl.ik.my/kalendar-islam-onecookies https://kl.ik.my/kalendar-islam-onecookies

1. Siapa pandai bercerita, dia kuasai media hari ini. 2. Siapa pandai bercakap, dia kuasai pentas hari ini. 3. Siapa pandai m
1. Siapa pandai bercerita, dia kuasai media hari ini. 2. Siapa pandai bercakap, dia kuasai pentas hari ini. 3. Siapa pandai menulis, dia kuasai drama dan filem hari ini. 4. Siapa pandai bermain content, dia dikagumi di media sosial hari ini. 5. Siapa pandai membina platform, dia akan kuasai semua orang yang bijak bercerita, bercakap, menulis hari ini. Story-telling adalah industri paling lama bertahan dalam dunia. Semua agama menggunakannya. Al-Quran juga ada kisah, sirah juga menggunakan cerita. Semua dan segalanya dalam sejarah adalah perkisahan. Kuasai ini, anda kuasai segalanya. Mulakanlah dengan membaca buku. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih belajar.

Teruskan hidup. Gembira buat baik, lantaklah orang kata kita sibuk nak cerita kebaikan, udah memang itu yang disuruh. Kita ta
Teruskan hidup. Gembira buat baik, lantaklah orang kata kita sibuk nak cerita kebaikan, udah memang itu yang disuruh. Kita tahu kita riak ke tak, kita tahu kita takabbur atau tak. Kita nilai sendiri bukan orang lain. Orang yang benci, semua benda dia nampak geli dan iri. Matlamat kita ialah sebar kebaikan supaya hal tersebut dapat dicontohi. Itu sahaja. Titik. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/jalan-terus-gais/

Soalan: Tuan, saya buat posting, like dah cecah 100 dah. Namun tak ada pun orang follow. Jawapan: Like = suka. Itu sudah bagus. Biasanya yang suka suki ini datangnya dari kawan (20%) dan follower (80%). Namun, jika elemen suka itu ditambah dengan elemen kongsi, maka butang share akan ditekan. Suka = unsur populis. Kongsi = unsur content. Untuk tambah bilangan pengikut, bukan sekadar suka yang kita cari. Ia wajib ada unsur content. Kena usaha beri impak positif kepada audien. Mesti audien akan nampak perkara apa mereka boleh belajar untuk dibuat terus lepas mereka baca apa yang kita tulis. Ingat, share tinggi = follower naik! Bukannya like tinggi okeehhh! . Khairul Hakimin Muhammad, #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Pendaftaran Webinar 1,000 Suri Rumah Jutawan kini dibuka. Daftar disini: https://khmonecookies.com/shop/000001
+1
Pendaftaran Webinar 1,000 Suri Rumah Jutawan kini dibuka. Daftar disini: https://khmonecookies.com/shop/000001

Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri. 1. Keluar rumah, nampak jiran, kita pun angkat tangan. Dia tak balas malah terus ja berjalan laju. Tenang, tarik nafas dan masuk kereta pergi kerja. Tengok jam, kasi 2 minit fikir, lepas ja 2 minit, terus lupakan. 2. Dalam perjalanan, nampak pula orang buang sampah dari dalam kereta ke luar. Arghhhh. Tengok jam! Kasi 2 minit untuk marah! Lepas 2 minit, lupakan! 3. Sampai tempat kerja, susahnya nak cari parking. Alhamdulillah dapat juga walau jauhnya menapak. Tengok jam, kasi 2 minit untuk penat, lepas itu lupakan! *** Perasan tak yang setiap hari, apabila kita nak positif, Allah akan beri kita ujian berjumpa dengan hal negatif. Jujurnya semua itu untuk kita hadap sama ada dengan hemah atau sebaliknya. Kalau kita dapat lalui dengan positif segala: - fikiran. - kemarahan. - kepenatan. Maka kita akan dapat positif juga. Apa yang saya tulis di atas ialah hasil dari saya dengar dari kuliah maghrib itu hari. Kata ustaz ini, isterinya selalu negatif. Pagi-pagi marah anak, petang nak masak pun sering hangin sana, keluntang sini. Dan beliau akhirnya berjaya sembang dan isteri beliau akhirnya mengubah diri kepada orang yang sangat positif sekarang. Hanya tetapkan berapa minit untuk fikir, berapa minit untuk marah dan berapa minit untuk penat. Semua itu kita boleh kawal. Apabila semua itu ok, maka kita sendiri akan: - lebih ceria. - lebih terbuka. - lebih hormat diri sendiri. Dan itu akan menyebabkan kita kurang penat. Kita dapat tenaga, dan paling best ialah Allah hadiahkan kita dengan rezeki yang mencurah-curah. Kadang-kadang kita tak sedar, #rezeki susah nak masuk hanya kerana banyak benar benda negatif dalam badan. Ada satu kajian (kata ustaz tersebut) kalau kita boleh fikir, marah dan penat selama lebih 15 minit dengan benda yang kita tak boleh kawal, maka badan kita akan penat lebih 2 jam. Dan itu menyebabkan kita jadi perlahan, jadi tak ok sana tak ok sini. Jadi, pilihlah untuk positif! Kita yang kawal diri kita okey! Sekarang baru saya faham kenapa ramainya #jutawan selalu jadi positif dan kerap fikir hal besar sahaja. Yang kecil-kecil, dia jentik sahaja kurang 30 saat dia dah lupakan! Hebat kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari jadi positif!