ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 264 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 283,并在 马来西亚 地区排名第 908

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 264 名订阅者。

根据 23 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -379,过去 24 小时变化为 -8,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 9.20%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 24 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 264
订阅者
-824 小时
-987
-37930
帖子存档
Soalan: Bang saya jual Takaful. Saya tak tahu bagaimana nak tulis #content apa di media sosial. Bila up pasal insuran, hal Takaful haram tak ada orang suka. Macam mana bang? Jawapan: Asingkan content untuk kehidupan dan juga untuk jana wang. Tak boleh semua posting itu tentang duit duit duit. Ia akan ubah mentaliti orang lain kepada akaun media sosial kita. Kalau hari-hari kita kemaskini tentang hal sama yang menjana duit, posting itu pula semuanya berbentuk iklan, maka orang akan kata akaun kita ini adalah KEDAI, bukan MANUSIA. Dan itu menyebabkan orang akan mula berundur perlahan-lahan. Akaun kita ini kita yang jaga. Dan kita kena jadi manusia biasa. Hal kehidupan, kita up content kehidupan. Tak perlu peribadi sangat. Sekadar kemaskini perkara yang orang boleh ikut dan faham terus. Dari situ akan naik rasa percaya. Dari percaya, terus kepada setia. Saat sudah setia, jual produk dan perkhidmatan. Di situ akan mula jana kewangan. Ingat kawan, Susun posting. Sekejap-sekejap kehidupan, sekejap-sekejap iklan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jual buku, kelas dan periuk. Hihihi. Nak tips content lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140,000 sebulan, saya tanya dia, dia buat apa dengan duit banyak begitu? Dia jawab, Sesudah semua hutang selesai (kecuali rumah), buat haji untuk diri, isteri dan ibu bapa, maka: 50% kebajikan = RM70,000. 20% saving = RM28,000. 10% perbelanjaan bulanan = RM14,000. 10% hutang rumah = RM14,000. 5% investment emas = RM7,000. 5% belanja sendiri = RM7,000. (Ini kiraan kasar saya sahaja lepas dengar beliau beritahu. Boleh jadi ada tolak KWSP semua). Saya tanya lagi, “biar benar 50% tu kebajikan. Maksudnya bagi duit ke orang? Mak aih banyaknya.” Dia jawab, “Sikit ja tu dari apa yang Allah dah beri kepada saya sekarang. Masa saya muda saya sibuk kerja. Nak sedekah kat masjid pun hari jumaat sahaja. Sekarang ada duit, bagi jelah. Duit tak habis pun. Lagi pun duit boleh cari dan habis. Pahala pula kekal jika kita tak buat jahat. Saya masih boleh menyimpan, boleh travel, boleh belanja cucu, itu pun duit masih ada. Alhamdulillah. Ingat ini Khairul, masa gaji kita RM1,000, kita rasa kecil sangat. Belajar beri RM100 untuk kebajikan. Masa gaji kita RM3,000, beri RM300. Mula ja dengan 10% dari gaji. Setiap 10 tahun umur kita meningkat, tambah lagi 5-10% untuk disalur ke badan kebajikan. Lepas itu tengoklah melimpah ruah kekayaan Allah beri. Sihat, anak cucu pun selalu ziarah, lebih dari itu bersepah rezeki lain yang mencurah-curah. Cuba buat, cuba mula hari ini. Jangan culas.” Huhuhu. Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana. Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan. Patutlah makin kaya, ini resipinya. Huhu Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sorry gais, beliau tak kasi up nama dan gambar selfie 😭 P/s: Ada yang tak percaya ada manusia yang bergaji RM140,000 sebulan. Sebenarnya yang bergaji RM1.juta sebulan pun ada, Kalian boleh baca di sini atau boleh baca Annual Report mana-mana syarikat besar: http://www.majalahlabur.com/saham/senarai-gaji-pengarah-syarikat-top-30-fbmklci/

Malam ini kita sembang tentang buku wajib baca okeh! Saya senaraikan beberapa buah buku untuk kalian baca supaya kalian senan
Malam ini kita sembang tentang buku wajib baca okeh! Saya senaraikan beberapa buah buku untuk kalian baca supaya kalian senang dapat tangkap bagaimana nak guna fakta, emosi dan impak positif dalam bermain dengan content. Jumpa jam 9.15 nanti!

Salam semua. Saya baru buat Youtube channel. Haha. Jemput Subscribe semuaaa! Klik sini https://youtube.com/user/wkhaihwm

Sekiranya kalian nak mula menulis, medan media sosial boleh jadi lapangan praktis dan latihan yang baik dalam menulis #content. Di sini kalian boleh tulis sahaja apa yang kalian minat secara konsisten. Boleh jadi, ianya akan menjadi kesukaan kepada orang lain. Saya mula menulis resipi di wall saya ini pada tahun 2015. Peringkat awal ianya tidak menjadi. Sekadar dapat 2 atau 3 share sahaja. Kemudian saya tukar penulisan resipi saya itu kepada banyaknya content supaya ia beri manfaat kepada orang lain. Content mesti ada Fakta, Emosi, menjaga Bahasa dan memberi Impak Positif kepada audien. Pada tahun 2016, banyak resipi saya yang menjadi viral. 20,000 share, 60,000 share dan banyak lagi. Tahun yang sama saya ditawarkan oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf untuk menulis buku resipi bersama mereka. Dan pada tahun 2017, buku resipi pertama saya dikeluarkan. Prosesnya memang makan tahun, namun sabar dan terus buat itu yang jadikan ada hasil. Seperti kita menanam pokok. Boleh jadi selepas siram, beri baja, jaga baik-baik, barulah ia berbuah. Dan selepas berbuah, nak kena jaga sampai siap boleh tuai. Kemudian nak kena fikir bagaimana nak jual pula. Itulah prosesnya. Kena buat walau ambil masa yang lama. Namun hasilnya Ya Allah seronok sangat! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 3 buku resipi setakat ini walau saya bukan cef. Tips ini hanya ada di sini: https://t.me/ContentKHM

Soalan: Tuan, saya pergi kelas sebelum ini, cikgu itu ajar kita reka-reka cerita supaya viral. Saya terus terkejut. Ingat kelas itu ajar menulis tapi dah jadi ajar menipu. Apa pendapat tuan? Jawapan: Susah untuk saya kata tentang hal ini. Ada banyak pendapat. Saya antara yang belajar Story Telling di “Art of Story Telling” di London sekitar tahun lepas dan tahun 2017. Dalam modul itu siap ada tambahan 3 hari kelas untuk menelaah tentang kehebatan Surah Yusuf serta The Herous Journey yang menggunakan Kisah Nabi Muhammad (selawat) sebagai contoh besar. Yang mengajar itu bukan muslim. Juga saya pernah beberapa kali ikuti kelas Cikgu Azzah Abdul Rahman, kelas penulisan rencana serta kelas menulis cerita yang dianjurkan oleh team Galeri Ilmu suatu masa lalu dan mengikuti kelas Herous Journey serta susunan cerita bersama Kak Raiha Bahaudin. Dan kami semua sepakat tiada reka-reka. Cerita itu mesti cerita betul. Sekiranya mahu menulis ala cerpen, atau fiksyen, maka perlu dimaklumkan atau diberitahu itu adalah fiksyen. Ia seperti drama atau filem. Mana yang kisah benar, mereka akan maklumkan. Jika tidak pun, mereka akan tulis cerita itu adalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Maka kita faham sendiri ia adalah fiksyen. Maka sama juga dengan apapun kisah atau cerita yang kita tulis, kena tulis kisah benar. Jika itu rekaan walau ianya untuk beri sebaran kebaikan, ia tetap perlu diberitahu yang itu hanya rekaan. Saya antara yang mengejar cerita-cerita ini. Naik public transport, pergi sana sini, travel, bersembang dengan orang, hantar emel, surat ke vip semata nak jumpa untuk dapatkan maklumat dan networking, kemudian saya akan tulis di wall saya. Iya ada yang tanya ada tokok tambah tak? Setakat hari ini tiada. Dari segi emosi, kita boleh dramakan. Contoh ayat, “Anaknya sedih betul melihat ayahnya sakit.” Maksud ayat yang didramakan ialah: “Saya tengok sendiri anaknya bergenang air mata, nampak dia sedih sangat apabila ayahnya sendiri sakit.” Kita visualkan keadaan sebenar tersebut. Itulah maksud drama dalam ayat, bukan tokok tambah. Kawan-kawan, sebelum menulis, baca Surah Yusuf. Kalian akan faham bagaimana Allah bercerita tentang hal baik, tentang hal buruk. Dan bagaimana pengakhiran sebuah kisah itu menjadi sebuah cerita pengajaran yang berpanjangan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Percaya atau tidak kepada satu-satu cerita, itu hak kita semua.

Ini Najmi Farisham. Gambar ini semasa kami berjumpa di Madinah sekitar 2016. Beliau masih seorang pelajar di sana. Beliau mah
Ini Najmi Farisham. Gambar ini semasa kami berjumpa di Madinah sekitar 2016. Beliau masih seorang pelajar di sana. Beliau mahu kelas #content waktu itu jadi saya pun buatlah di lobi hotel. Hari ini beliau sudah ada 45,000 orang follower. Sudah ada senaskah buku. Sudah semakin bijak berniaga. Beliau mula belajar dengan saya semasa beliau masih lagi mahasiswa di Universiti Madinah. Beliau tak segan bertanya. Mesti PM kalau sangkut di mana-mana. Saya pun kengkadang main tegur siap panah petir bagai dan beliau alhamdulillah boleh terima. Kawan-kawan, Nak berjaya, kena belajar. Main taram pun boleh, namun taram dengan ada ilmu ini beza gais. Sungguh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit belajar gais!

Malam ini kita jumpa ya. Sembang tentang bagaimana nak bermula. Nak tulis tak reti, main socmed tak tahu, mula bisnes pening.
Malam ini kita jumpa ya. Sembang tentang bagaimana nak bermula. Nak tulis tak reti, main socmed tak tahu, mula bisnes pening. Ok kita sembang ya. Jam 9.15 malam di wall FB saya ini.

Jika kamu berkawan dengan 3 orang alim, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang kaya, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang positif, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang rajin, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang yang tak pernah putus asa, cekal, kuat semangat, sentiasa bermotivasi, maka kamu juga akan jadi yang ke-4. Susunlah apa sahaja, memang kamu akan jadi yang seterusnya. Pilih kawan untuk kamu jadi kamu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Ramai orang cina tak peduli bisnesnya popular atau tak. Antaranya di saat ramai orang jual pokok untuk letak dalam rumah, mereka jual rak pokok tersebut. Modal dalam RM20. Jual sekitar RM65 - RM90. Jualan di semua laman ecommerce dan buat FBAds kaw kaw di semua media sosial. Jualan sehari: 150 ke 200 unit RM65 x 200 unit sehari = RM13,000. Sebulan: RM390,000. Untung kasar: Rm390,000 - RM120,000 = RM270,000. Kita ambil contoh viral hal pokok ini dalam 3 bulan. RM390,000 x 3 = RM1,170,000 jualan. Untung kasar dalam RM810,000. Kikikikiki. Geram je kan? Hebat mereka ini gais. Macam mana mereka ini sentiasa ada idea begini kawan-kawan? Sekiranya kalian membaca buku Inside The Chinese Businessman, kalian akan jumpa mengapa mereka ini sangat teliti dalam membangunkan bisnes mereka sendiri. Terutama bab berhadapan dengan krisis atau konflik. Bagi mereka, wajib survive dan untung. Dua hal ini mesti selari, bukan salah satu. Jika sekadar survive, takkan belajar. Jadi kena survive dan untung. Nampak sahaja ada produk sedang lalu di pasaran, terus menumpang produk tersebut. Bina dan cipta benda yang akan dibeli disebabkan produk tersebut. Sebab itu mereka berjaya. Kita kena ada fikiran begitu, bukan duk buat benda sama. Asal air jagung viral lalu, hah kau pun sebok jual air jagung juga. Haihhhhhh lepas itu perang, sihir bagai. Hahahaha. Begitulah. Mari belajar gais. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari bangkit!

8.15 malam kita bincang bagaimana nak buat profile kita di media sosial ini beri percaya kepada orang lain. Orang percaya jad
8.15 malam kita bincang bagaimana nak buat profile kita di media sosial ini beri percaya kepada orang lain. Orang percaya jadi senanglah nak berniaga kan? Ok di Wall FB saya ya!

Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah sekiranya perkara itu sampai 4 atau 5 jenis. Namun ia perlu disusun sebaiknya. Media sosial adalah biodata paling lengkap untuk diri sendiri. Ia bersifat sikap, sifat serta menjadi kecenderungan terhadap sesuatu di mata orang lain. Contoh, Kita memang memasak setiap hari, maka boleh sahaja up resipi. Atau, Kita memang menjaga anak dari pagi sampai malam, maka kita boleh sahaja kemaskini tentang penjagaan anak, hal anak dan sebagainya. Atau kita ini sangat mahir memancing, menulis, mengira cukai, matematik, travel, fesyen dan sebagainya, semuanya boleh ditulis. Ramai yang kata topik yang dia tahu hanya sedikit, 2-3 posting dah mati akal. Jujurnya kalian perlu buat mapping terhadap topik kalian. Contohnya topik makanan. Makanan: 1. Resipi. 2. Orang (yang suka memasak, boleh jadi emak, isteri, kita sendiri, chef yang kita suka, ikon, idola). 3. Bahan-bahan. 4. Utensil. 5. Deko dapur. 6. Organizer. 7. Petua / Tips. 8. Bekal / Bento. 9. Diet. 10. Buku / Rujukan. Kemudian ambil tajuk kecil pula, kita cuba nombor 1: 1. Resipi: 1.1 - Pagi 1.2 - Minum Pagi. 1.3 - Makan Tengah Hari. 1.4 - Minum Petang. 1.5 - Makan Malam. 1.6 - Supper. Pecahkan lagi: 1.1 - Pagi 1.1.1 - Bijirin 1.1.2 - Nasi. 1.1.3 - Salad. 1.1.4 - Mee. 1.1.5 - Ubi. 1.1.6 - Set. 1.1.7 - Roti. Pecahkan lagi: 1.1.1 Bijirin - Oat - Nestum - Fruit and nuts - Corfflakes. Pecahkan lagi: - Jenis Oat Dan sebagainya. Mapping ini akan jadi penentu kepada banyaknya content boleh dimuat naik di wall kalian. Tak buat mapping, sukar untuk kalian dapatkan apa yang nak ditulis. Dan inilah yang saya buat beberapa tahun ini untuk posting topik besar saya: 1. Kemanusiaan. 2. Makanan. 3. Story / Cerita. 4. Travel. 5. Penulisan Content. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content master kesayangan awak. Nak lagi tips percuma? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Baru belajar-belajar di Instagram. Adalah video-video baru up di sana. Kikikiki. Nama sama sahaja, cari KhairulHakiminMuhamma
Baru belajar-belajar di Instagram. Adalah video-video baru up di sana. Kikikiki. Nama sama sahaja, cari KhairulHakiminMuhammad ya. Di FB Kongsi resipi cara FB, di Insta cara Insta. Jemput ke sana belaka singgah-singgah okeh. Hihi. Terima kasih semua. Kawan-kawan ada Insta? Cuba letak akaun kalian di ruang komen.

Dah masuk malam ke-11 dah alhamdulillah. Siri Rahsia Bisnes Dari Rumah malam ini dengan tajuk nak pilih Video ke Teks? Aha ki
Dah masuk malam ke-11 dah alhamdulillah. Siri Rahsia Bisnes Dari Rumah malam ini dengan tajuk nak pilih Video ke Teks? Aha kita kupas sama-sama ya. Jam 8.15 nanti!

5 Perkara teknikal yang wajib dibuat jika menulis #content di media sosial. 1. Buat perenggan pada setiap 4 atau 5 baris ayat. 2. Perenggan itu mesti terputus dengan perenggan seterusnya. 3. Seperti ini. Ia terputus dengan nombor 2. 4. Gunakan ejaan yang betul. Walau dalam DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun fungsi “see translation” di Facebook masih tidak dapat kesan perkataan apa yang ditulis melalui singkatan. 5. Jika tulisan kita boleh dibaca dengan baik melalui banyaknya bahasa (menggunakan see translation) maka akan lebih ramai audien mendapat manfaat. Tak kisah anda nak tulis apa untuk dapatkan crowd. Resipi, hal memancing, bersukan, jaga badan, tips pakai tudung dan sebagainya, yang penting beberapa hal teknikal ini anda jaga baik-baik. Ia memudahkan audien membaca dan audien akan rasa suka, rasa selesa dengan posting kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka tulis panjang-panjang namun masih orang baca.

Topik malam ini ialah Story dan Bukan Story. Kita jumpa di wall saya jam 8.15 malam ya. Sekiranya kalian ada soalan, boleh tu
Topik malam ini ialah Story dan Bukan Story. Kita jumpa di wall saya jam 8.15 malam ya. Sekiranya kalian ada soalan, boleh tulis di ruangan komen di sini, nanti saya bantu jawab. Terima kasih semua. Jumpa jap lagi di sini https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/videos/10226902954265757/?d=n

Bagaimana #komen di sesebuah #posting boleh menjadikan kita ini “mangsa” kepada butang unfriend dan block? 1. Tidak membaca posting / #content tersebut hingga habis. 2. Memberi komen yang menyakitkan hati penulis. 3. Menyatakan ketidaksetujuan dengan bahasa kasar, kesat, dan memaki hamun. 4. Menggunakan akaun tipu (fake akaun). 5. Mempermainkan dan menjenakakan isu tersebut. Untuk jadi pengguna bijak di medan media sosial, komen juga perlu sentiasa pandai dan berhemah. Mendahulukan emosi sendiri berbanding ambil masa untuk fikir sebelum menulis / memberi komen biasanya menghancurkan diri. Ini medan media sosial, silap sikit, kawan boleh jadi musuh, saudara boleh jadi musuh, malah keluarga sendiri juga boleh berantakan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 🥰

8.15 malam ini gais! Kita sembang tentang Kekuatan Bisnes Online yaaa! Jumpa di sini https://www.facebook.com/khairulhakimin.
8.15 malam ini gais! Kita sembang tentang Kekuatan Bisnes Online yaaa! Jumpa di sini https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad

Kita buat silap, kemudian: Pilihan 1: Ada orang tegur. Kita melenting. Kita rasa kita betul. Lalu kita bawa diri. Kemudian kita tuduh orang tak sayang kita. Doakan keburukan terhadap orang yang tegur serta orang yang kita rasa dia salah pada kita. Ini bahaya. Kemungkinan besar ada masalah hati. Pilihan 2: Tak ada orang tegur. Lalu kita rasa kita makin betul. Kita pun terus bermusuh. Maka, hiduplah dengan membesarkan kesilapan diri. Ini dinamakan sebagai 'blind side'. Dia sendiri tak perasan kesilapan dia. Pilihan 3: Ada orang tegur. Kemudian kita berlapang dada dan meminta maaf. Selesai. Hubungan akan dapat diperbaiki. Inilah sifat manusia. Ada kebaikan dan ada keburukan dalam diri. Yang penting, kebaikan mesti mengatasi keburukan. Itulah namanya kehebatan hati. Hati jenis ini, wajar ada pada setiap manusia. Kawan-kawan, Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama manusia itulah yang menghidupkan. Sebelum Tuhan tegur dengan bencana dan malapetaka, eloklah kita sendiri yang baiki dan perelokkan semuanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar didik diri.

Malam ini jangan lupa temujanji kita ya jam 8.15 malam seperti biasa. Dengan topik Jadualkan Posting! Ahaaa mesti nak tahu ka
Malam ini jangan lupa temujanji kita ya jam 8.15 malam seperti biasa. Dengan topik Jadualkan Posting! Ahaaa mesti nak tahu kan? Jumpa nanti! Ajak team kalian semua ya! Di sini https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad