ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 318 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 275,并在 马来西亚 地区排名第 892

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 318 名订阅者。

根据 19 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -265,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 20 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 318
订阅者
-1224 小时
-597 天
-26530 天
帖子存档
Percakapan kita kena ada cadar ilmu, Perbuatan kita, kena ada sarung akal, Permikiran kita, kena ada baju jiwa. Semua wajib ada 1 lapis alas. Apabila keluar sahaja dari mulut, hati orang tak sakit, hati kita tak perit. Apabila bergerak sahaja tangan kaki, tahu jadi baik, tahu jadi molek. Apabila terfikir atau terbayang sahaja sesuatu, ia adalah hal yang cantik dan unik-unik. Kawan-kawan, Cadar, sarung baju dan alas ini kalau orang kaya, boleh beli mahal-mahal. Orang biasa, asal ada. Janji ada. Tidak togel sampai nampak kotor dan jijik rupa. Biar bertutup biar disembunyi. Supaya kita senang dikemudian hari. Yang kita letak kepala, ada sarungnya. Yang kita letak badan, ada cadarnya. Yang kita rehat minda, ada bajunya dan semua hal yang kita kumpulkan itu ada alasnya. Jika semua itu kita buang, bayanglah bagaimana kita bercakap, bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita berbuat. Boleh jadi kita sedang malukan diri sendiri Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pesanan untuk diri sendiri.

Soalan: Saya baru nak belajar menulis. Buku apa yang saya patut baca? Jawapan: Buku yang kita suka, kita minat, kita pilih topiknya dan ia menambah ilmu kita. Contoh mudah, topik yang kita pilih ialah cerita motivasi, inspirasi dan memberi semangat, maka baca banyak-banyak buku tentang kejayaan orang lain seperti Anak Seorang Drebar - Tan Sri Shamsuddin. Terbang Tinggi - Tan Sri Tony Fernandes. Doktor Umum - Tun Dr Mahathir. Kemudian perbanyakkan membaca novel. Pilih yang kita selesa, saya sendiri suka membaca sastera dan novel dari Indonesia. Antara karya (nama penulis) yang saya suka ialah (sekadar sebut beberapa nama): Buya Hamka, Andrea Hirata, Wiwid Prasetyo, Okky Madasari, Tere Liye. Hampir kesemua menulis tentang kisah masyarakat, cinta dalam bermasyarakat, perjuangan dan manusiawi. Kemudian baca juga buku bersifat “how to”. Contohnya teknik menulis, gaya menulis, teknikaliti dan susun atur semuanya kena ada dalam dada. Lalu disiplinlah. Pilih tempat yang kalian nak membaca. Selesakan diri. Meja saya, anak saya juga guna untuk bermain macam-macam, dan saya suka biarkan ia begitu sahaja, ia menaikkan motivasi nak membaca. Waktu saya membaca sekitar lepas bangun tidur saya disiplinkan membaca minimum 20 muka surat. Kemudian membaca apabila lapang. Cari dan usaha membaca. Membaca = menambah perkataan dalam kepala. Dan itu yang akan membuat mudahnya menulis waima nak menulis #content di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Orang kata: - usahawan banyak duit. - banyak masa, dapat bersama keluarga. - ada peluang ke mana-mana. - bebas hutang. - circle best. - boleh bayar zakat banyak. - boleh sedekah banyak. - boleh pilih kereta apa nak pakai. - boleh pilih rumah mana nak beli. - boleh bantu keluarga. Usahawan sendiri kata: - ya banyak duit, namun kami tak berhenti invest. Jadi kadang-kadang duitnya habis. - ini scam paling besar. Kami tak pernah ada masa. Kebiasaan usahawanlah selalu gaduh suami isteri kerana time cuti pun si suami buka laptop siapkan kerja sana sini atau jawab call sana sini. - betul, namun tak pernah feel best berjalan. Kerja kerja kerja. - mana ada bebas hutang. Lagi banyak hutang apabila expand the company. - tak semua circle best. Kita akan jumpa lebih ramai penipu, penyangak yang real punya. - sedekah, zakat banyak itu betul. Tambah lagi 1, tax juga sangat tinggi ya. Hahaha. - pilih kereta? Tak semestinya. Ramai usahawan hanya fikir tentang selesa sahaja. - pilih rumah? Pun sama, keutamaan adalah keselesaan. * Jujurnya, bekerja makan gaji atau menjadi usahawan adalah sama apabila kalian benar-benar usahakannya. Jika kerja keras, nak naik pangkat, nak kejar kerjaya, maka kalian boleh bebas hutang, boleh sedekah bebanyak dan beri zakat. Juga boleh beli kereta idaman dan rumah kesukaan. Juga boleh. Namun jika kalian pilih untuk berselesa, sudah cukup dengan apa yang ada, pun tak salah. Diri kalian yang nak hadap hutang baru, diri kalian juga nak hadap kerja yang semakin menimbun. Semua betul belaka. Usahawan memerlukan kakitangan. Kakitangan pula memerlukan usahawan untuk peluang pekerjaan. Semua saling memerlukan. Sebab itu Allah memang jadikan ada orang dia memang suka bisnes, otaknya memang otak bisnes, ada orang tidak. Dia memang nak kerja dan suka bekerja. Semua orang betul. Janji halal, alhamdulillah dah boleh dapat tiket masuk syurga. Itu paling mustahak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Sehingga malam ini sudah lebih 5,000 kematian dicatatkan di Turki dan Syria akibat gempa bumi kelmarin. Sama mendoakan semoga
Sehingga malam ini sudah lebih 5,000 kematian dicatatkan di Turki dan Syria akibat gempa bumi kelmarin. Sama mendoakan semoga urusan keluarga, penduduk dan penyelamat dipermudahkan. Jika ingin menyumbang kepada dana bantuan kecemasan ini, terus ke sini ya: https://sumbangan.cintasyriamalaysia.com/donations/bk2023/?fbclid=PAAaYGBh8UDdKlMra5UroYNzS2DBjRGK205a0RPLWLiVnpGRjaU2xLhusbb4M

Soalan: Tuan, kenapa #posting sales saya engagement dia teruk? Kenapa tak ada share eh? Geram rasanya. Jawapan: Matlamat buat posting #sales ialah untuk dapatkan duit. Kita tengok diri kita sendiri. Apabila kita nampak iklan yang lalu di wall kita: 1. Kita akan terus klik link pembelian / link Whatsapp untuk membeli. 2. Selesai membeli, kita sudah tidak pergi lagi ke post tersebut. Maka kita tak komen, tak like. 3. Jadi engagement tak berlaku. 4. Namun, kita dah membeli, orang itu dah dapat duit. Maka matlamat posting itu tercapai. * Posting sales memang tidak ada orang share. Ia bukan perkara yang semulajadi menjadi titik persamaan besar dengan orang lain. Yang orang rasa nak kongsi. Benda bersifat jualan. Sukar nak promo, melainkan dipaksa kepada ejen. Jadi tak ada isu untuk dapatkan share. Tak perlu pun. Yang wajib ialah dapatkan sales. #Content posting sales mesti tepat. Sama ada soft sales atau hard sell, ia mesti tembak terus letak sahaja CTA. Nak buat jualan, fokus membangunkan content mapping melalui produk. 1 produk, 1 mapping. Baru banyak posting dapat dibuat. Susun, konsisten, kemudian up posting berkala. Jualan pasti power. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Mana-mana kelas bisnes, mereka akan beritahu tentang manusia ini: 80% - manusia yang hidup dengan ikut arus. Tak mahu berfikir mendalam untuk capai satu-satu hal. Just follow the flow. Biasanya ini adalah kekuatan seorang team. 20% - manusia yang tinggi cita-cita, tak boleh ada bos, sentiasa high energy untuk capai impian. Biasanya ini datang dari leader kepada team tersebut. Ke dua-dua kelompok ini saling memerlukan. Jika anda di bahagian 80%, dan anda mahu jadi seperti mereka yang dah duduk di kelompok 20%, ini yang anda perlu lakukan: 1. Bangun awal pagi sekurang-kurangnya jam 5.00 pagi setiap hari. 2. Mandi, solat sunat, subuh dan membaca (mengaji sekali). 3. Perlu attach emosi kepada bisnes. Maksudnya ialah masukkan semua elemen perbuatan untuk jayakan bisnes tersebut dalam kehidupan. - dalam doa. - dalam harapan. - dalam berkeluarga. - dalam percakapan. - dalam pembacaan. - dalam usaha (masuk kelas dan sebagainya). 4. Pandang ketakutan sebagai peluang. Bukan nampak sebagai penghalang. 5. Ada rasa risau yang kuat terhadap team yang lemah. Bantu dan terus coach sampai mereka dapat energy yang sama. 6. Sentiasa alert dengan masa. Disiplin waktu dan sentiasa ada bersama pada waktu yang ditetapkan. 7. Memberi pandangan, cadangan dengan kekuatan fakta, figures dan sentiasa gunakan case study. Bukan sembang. 8. Suka kalkulator. Mesti bijak matematik untuk sentiasa laju mengira target dan sebagainya. Kawan-kawan, Nak stay di tempat sama, tak ada salahnya. Boleh sahaja. Nak berubah, maka fikiran juga kena berubah. Jati diri semuanya kena ubah habis. Lantak tepi circle yang sentiasa cakap dan sembang sahaja. Fikir tentang diri sendiri apa nak jadi lagi 3 tahun, lagi 5 tahun, lagi 10 tahun. Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pandang jauh gais! Bismillah.

JANGAN PM TEPI DI TELEGRAM. PM TEPI DI MESENGGER FB. JANGAN PM TEPI DI TELEGRAM. PM TEPI DI MESENGGER FB. JANGAN PM TEPI DI TELEGRAM. PM TEPI DI MESENGGER FB. JANGAN PM TEPI DI TELEGRAM. PM TEPI DI MESENGGER FB. JANGAN PM TEPI DI TELEGRAM. PM TEPI DI MESENGGER FB.

Dulu zaman mengajar content marketing, orang sindir sibuk mengajar, dia ada bisnes ke dak. - sekarang dah ada bisnes. Masa mengajar menulis di media sosial, orang sindir sibuk mengajar tapi buku sendiri pun tak ada. - sekarang dah ada 18 buah buku dan lebih 30 ebook. Masa sibuk pergi kelas media sosial dan belajar dunia marketing onoine di luar negara, orang sindir berapa sangatlah follower dia ada. - sekarang ada hampir 300,000 follower. Sebenarnya, kita tak hidup dengan apa orang kata. Kita hidup dengan masa depan yang kita cipta. Allah dah beri lorong, laluan, kunci, pintu, kenderaan, tinggal kita sahaja nak pegang stereng, isi minyak dan isi perut untuk kita hadap semua ujian tersebut. Paling asas, Allah yang izinkan semuanya. Orang fokus, dia lantakkan apa orang kata. Apabila dia dah capai, orang tetap akan kata juga. Contohnya; - Senanglah dia buat bisnes, follower dah ramai. - Bolehlah tulis banyak like, tengoklah berapa ramai follower dia. - Orang macam dia senanglah tulis buku. Semua orang suka. Lantakkkkk. Mana orang tahu perjalanan kita bagaimana. Takkanlah nak tulis dan cerita semua benda dakkk. Kita jalan terus okeh! Dengar apa hati kita cakap, apa minda kita cakap sudahhhh! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

photo content

Stok dah kembali ada dalam sistem! Semua warna ada. Grey ada, Rose gold ada, Merah pun ada! Lekas gais grab. Harga sekarang R
Stok dah kembali ada dalam sistem! Semua warna ada. Grey ada, Rose gold ada, Merah pun ada! Lekas gais grab. Harga sekarang RM390 percuma daftar affiliate. Mula 1hb Februari, daftar affiliate kena tambah RM100. Jadi baik beli dan daftar sekarang juga! Beli di sini sekarang ya! Jangan tunggu lagi, terus klik link di bawah dan klik Pre Order Now. https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=104 https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=104 https://homematebrand.com/go/idevaffiliate.php?id=104

Cuba ubah cara berfikir, takkan disebabkan segelintir kita jadi tergelincir. 1. Jika sebut suri rumah, pakat kata mereka tak ada masa depan. Sedangkan mereka manusia paling kuat boleh "bekerja" seorang diri menguruskan lebih 30 perkara pada setiap 24 jam. 2. Jika sebut hal menantu dan mentua, pakat kata "susah" "payah" "penat nak fikir". Sedangkan sangat ramai manusia dapat menantu dan mentua yang sangat baik dan saling sangat menghargai. 3. Jika sebut hal ipar duai, pakat kata "jangan percaya sangat. Mereka tetap orang luar." Sedangkan ramai beripar duai bertenang sahaja seperti benar-benar adik beradik. 4. Jika sebut hal berkawan, bersahabat, akan ada yang kata "balik-balik kita tetap kena percaya keluarga ja." Sedangkan kita boleh cakap dan rasa sahabat dan keluarga adalah entiti berbeza namun boleh jadi 1 rasa. Mereka bantu cara lain, mereka ada cara lain. Tetap boleh dihargai dan menghargai. 5. Jika sebut hal suami isteri, akan ada kaki cucuk cakap "hati-hati, jangan percaya 100% kita tetap kena berdikari." Sedangkan pasangan adalah manusia yang kita hidup bersama susah senang sehidup semati. * Benar, ujian ada. Ada yang kena tipu, ada kena khianat, ada kena macam-macam dari orang terdekat. Namun, kita tak boleh tergelincir sampai kita semua kena rasa asal ada seorang kena, semua akan kena. Kita pastikan cara kita berfikir dengan betul dan baik. Berhati-hati, Memohon dari Allah untuk dapat perlindungan, Sentiasa berjaga dan tak gadaikan apa sahaja friendship, family serta apapun ruang untuk kita yang jadi mangsa semula. Pusing-pusing, depan Allah nanti, Allah akan tanya kita apa dosa kita apa pahala kita. Bukannya Allah tanya tentang dosa orang lain kepada kita. Semua kita. Jadi ubah diri sendiri, jadi baik, jadi lebih baik. Keliling kelalang akan dapat kebaikan tersebut dan akan kembali kepada kita dalam keadaan baik juga. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Setandan pisang pun ada yang berbuah elok semuanya. Ya semua.

Fokus hari ini, berhenti persoal: - jika Allah takdirkan kita jumpa posting yang bagus, berhenti persoal kenapa begitu kenapa begini. - Allah dah beri kita jumpa ilmu baru, berhenti pertikai kenapa tak jadi begitu kenapa tak jadi begini. - Allah dah susun untuk kita bertemu, jangan persoal kenapa dia buat itu kenapa dia buat ini. Setiap hari kita akan jumpa, bertemu dan bersua dengan banyaknya kebaikan. - jika hati kita bersih, kita belajar. Bukan persoal. - boleh bertanya, boleh beri soalan, namun bukan mempersoal. - mempersoal ini sifatnya berlawanan, ada ketidakpuasan hati tentang satu-satu hal. Kawan-kawan, Jaga hati, kita nak besar, kita nak hebat, kita nak dihormati dan disayangi, maka kita raikan setiap apa kita jumpa. Hormat dulu sebelum orang lain hormat kita. Jika tidak kita akan persoal diri kita pula kenapa kita begitu kenapa kita begini. Sedangkan kita yang kawal diri kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah!

Lama tak share resipi di sini, pagi ini saya buat Ibu Sambal. Klik sini ya https://fb.watch/ihwV10P5-0/?mibextid=cr9u03

Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung. Hanya bangunkan posting di personal account sahaja. Semuanya menggunakan #content yang dibina dengan strategi berkesan. 10.00 pagi - Posting crowd. Susun dan rancang status yang orang akan klik butang share. Lalu dia sentiasa dapat follower baru setiap hari. Kadang dapat 20 orang, ada masa jika postingnya viral, dia akan dapat 200-400 orang 1 malam. 1.00 tengah hari - up iklan. Terus sahaja hard sell. Tak ada serabut nak buat ayat simpang siur selekoh sana sini. Direct sahaja menjual. Apabila crowd sudah naik, ikan sedang berkumpul, maka tebarlah jala. Kadang boleh dalam 1 orang klien, ada masa dapat lebih 10 orang hanya guna 1 posting sehari sahaja! Kemudian sekitar jam 5, up pula posting side. Sekadar nak beri engagement sahaja kepada wall sendiri. Selesai 3 posting sehari. 3 posting sehari kali 365 hari setahun, dapat 1,095 posting setahun. Dan dari sebanyak itu posting setahun, dapat sales RM1juta. Ianya bermula dari membina posting yang berkesan menggunakan content yang betul. Kita nak, kita buat betul-betul. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Pihak berkuasa Sweeden membenarkan ahli politik Rasmus Paludan, sayap kanan parti Danish Far Right membakar Al-Quran di luar kedutaan Turki 2 hari lepas. Sehingga hari ini seluruh dunia mengecam perbuatan itu termasuk di Malaysia. Berikut adalah jenama besar Sweeden yang berada di Malaysia yang disokong oleh kita selama ini. 1. IKEA (Deco, Furniture) 2. H&M (clothing) 3. Volvo (car) 4. Thule (bag) 5. Libresse (intimate care) 6. Electrolux (eletrical). Fikir dan saling bertindak sendiri sama ada mahu terus sokong atau tidak. Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat dan diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia suci dan wajib dihormati dan disanjungi.

Antara persamaan amalan orang-orang kaya dan berjaya yang saya jumpa sebelum ini adalah mereka "buang perasaan". Sebelum PKP baru-baru ini, saya sempat berjumpa dengan beberapa tokoh. Lebih dari itu dapat minum dan bersembang dengan mereka dan boleh kata mereka sebut benda yang hampir sama iaitu membuang perasaan. Maksud perkataan itu ialah: 1. Buang perasaan tak dibantu keluarga, buang perasaan tak dibantu emak ayah, buang perasaan tak dibantu adik beradik, buang perasaan tak dibantu pansangan, tak dibantu anak-anak, buang perasaan tak dibantu sepupu, emak ayah saudara dan sebagainya. - hal mereka nak bantu kita atau tak, walau kita meminta pertolongan, itu hak mereka nak bantu atau tak, kita takkan boleh berasa hati. Setiap orang ada hak untuk memilih. Terus bersyukur masih ada keluarga. Tak perlu patah hati atau kecewa. 2. Buang perasaan tak dibantu kawan baik, teman rapat atau sahabat. - mereka juga ada kesusahan, sama ada mereka boleh bantu sepenuhnya, atau hanya boleh bantu separuh, tetap bersyukur ada kawan baik dan teruskan berbaik. 3. Buang perasaan tak dibantu majikan, bos, rakan sekerja atau sesiapa yang kita jumpa setiap hari. - mereka juga ada kerja sendiri yang perlu disiapkan. Pastinya mereka juga ada tanggungjawab mereka sendiri. Bersyukur masih ada team yang hebat dan kuat. Kawan-kawan, Apabila kita ada perasaan ini, maka kita sendiri akan bergerak dan mencari pertolongan dari Allah. Kebergantungan kepada Allah itu semakin tinggi dan kita yakin Allah akan bantu kita. Kalian jumpalah sesiapa pun orang kaya dan berjaya, mereka pasti cakap: Sayang keluarga, sayang sahabat baik, sayang partner, sayang team. Bersyukur mereka semua ada di sekeliling kita. Yang penting, kita bantu mereka. Bab mereka tak mahu membantu, tak boleh membantu, itu hal mereka, itu hak mereka. Namun kita, kita bantu sehabis daya. Itulah kekayaan hati yang kita ada. Kawan-kawan, hari ini ramai yang lembik dan hati kaca apabila dia bantu keluarga dia, bantu sesiapa sahaja, keluarga atau kawan dia tak ucap terima kasih pun dia nak berasa hati. Sedangkan hak orang itu nak ucap ke tak. Bab orang itu bersyukur atau tak, bukan hal kita. Tak perlu fikir semua itu. Kita bersyukur kita dapat bantu. Kita beza dan kita tahu mereka perlu dibantu. Jadi bantu sahaja. Nak murah rezeki, nak ketenangan hati, berhentilah rasa nak dihargai apabila kita menghulur. Kita hanya perlu cakap kepada diri kita "alhamdulillah, tugas aku dah pun selesai, terima kasih Ya Allah gerakkan hati aku untuk buat semua ini." Kawan-kawan, Mula hari ini, belajar "buang perasaan". Mula terus pagi ini. Belajar membantu tanpa ada rasa perlu dibantu. Kita yang kawal hati kita, kita yang tentukan jiwa kita nak aman atau tenang atau tak. Selainnya serah kepada Allah. Kita bahagia apabila kita buat baik, Tak perlu kita ada tanggungjawab untuk bahagia apabila mahu orang buat baik kepada kita. Bahagia kita, kita yang tentukan. Iya, Bahagian kita dah selesai apabila kita hulur tangan, bab mereka nak hulur kepada kita atau tak, tak perlu fikir, tak perlu masuk dalam kepala, kita tak boleh ubah orang lain untuk sama seperti kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula pagi ini terus, tanam mind set dan buang perasaan! Bismillah. 🥰

3 asas penulisan media sosial: 1. Ikut trend penulisan tanpa mengubah ejaan dan tatabahasa. 2. Membaca sekurang-kurangnya 1 buku 1 bulan untuk mengolah perkataan di dalam ayat. 3. Bertenang dan membuat posting dalam keadaan rasional. #KHM

Salam dan Hi semua. Jemput daftar jadi affiliate kurma jom! Daftar free ja! Silakan ya. Klik sini: Daftar affiliate kurma di sini ya: https://theroyaldates.net/join/000004 https://theroyaldates.net/join/000004 https://theroyaldates.net/join/000004

Tahun 2023 ini kita ubah dengan disiplin bercakap 5 ayat bersyukur setiap hari wajib kita buat: 1. Bangun pagi: "Syukur alhamdulillah Allah hidupkan hari ini untuk kita perbaiki apa kesilapan dan kesalahan semalam." 2. Sebelum solat: "Syukur alhamdulillah masih dapat solat kepadaMu Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah." 3. Selepas solat: "Syukur alhamdulillah selesai dapat tunaikan solat waktu ini, terimalah taubat dan berilah aku keampunan atas apa sahaja dosa yang telah aku berbuat Ya Allah." 4. Berjumpa dan melihat wajah ahli keluarga / team / pasukan / kawan atau sesiapa yang kita kenal: "Syukur alhamdulillah Ya Allah kau masih beri nikmat orang-orang ini ada di sisi aku." 5. Apabila ada sedikit wang: "Syukur alhamdulillah, masih ada sesuatu untuk membeli, untuk memberi dan untuk memiliki. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah." Ada banyak lagi perbuatan yang kita buat setiap hari, kita syukuri. Berbasikal, bersukan, makan bersama keluarga, hadiri kelas, ada sahabat baik, ada rakan atau keluarga beri ilmu dalam group whatsapp dan sebagainya. Semuanya wajib kita syukuri. Dari sekecil-kecil hal kepada benda besar, bersyukur! Bersyukur! Bersyukur! Kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Belajar bercakap dengan Allah. Semasa nak keluar dari rumah, semasa bangun tidur, semasa dah balik ke rumah, semasa dah duduk nak buat kerja, cakap kepada Allah "Ya Allah, aku bersyukur atas apa sahaja pemberianMu hari ini, terima kasih Ya Allah." Hati tenang, jiwa sejahtera dan kita seronok dapat berbuat baik kerana kita tahu Allah sangat dekat dengan kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur ramainya masih support bisnes dan support setiap tulisan saya. Terima kasih semua, alhamdulillah terima kasih Ya Allah. 🥰