ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 264 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 283,并在 马来西亚 地区排名第 908

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 264 名订阅者。

根据 23 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -379,过去 24 小时变化为 -8,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 9.20%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 24 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 264
订阅者
-824 小时
-987
-37930
帖子存档
Kita cuba jommm
Kita cuba jommm

Selamat berpuasa semua! Sayang belaka semua 🥰🥰🥰
Selamat berpuasa semua! Sayang belaka semua 🥰🥰🥰

Tips berjaya, kaya dan bahagia. 1. Bangun lebih awal dari orang lain. 2. Solat sunat (memohon permulaan hari yang baik, diampunkan dosa, dicurahkan berbagai rezeki dan kejayaan). 3. Membaca. 4. Solat 5 waktu sehari dan sentiasa sabar, tekun dan baiki solatnya. 5. Melihat keperluan lebih dari melihat kehendak. 6. Senaman ringkas. 7. Duduk dan susun daily checklist. 8. Mula bertindak ikut checklist, usaha siapkan dalam tempoh 24 jam. 9. Sedekah / hadiah setiap hari. 10. Melihat, mendengar dan bercakap hal positif dan baik-baik. Begitulah. #TipsBKB Khairul Hakimin Muhammad, Baru nak belajar-belajar juga.

Letak dalam kepala kalau boleh ringkaskan ayat, ringkaskan. Kalau boleh pendekkan, pendekkan. Boleh nak panjang, namun dalam beriklan, ia akan merugikan. Orang tak mahu baca iklan panjang-panjang. Orang nak ia padat dan faham terus. #Content itu mesti terus buat orang rasa nak beli terus. Baik ada 3 cara. 1. Soft sell. - letak gambar. - ayatnya ialah Biskut Peanut Butter ini dibancuh dengan peanut butter sebenar. Rangup dan tak berhenti makan. Sedap, puas hati. Butirannya ada di link ini: https://khmonecookies.com/shop/000001 - Begitu sahaja. Jangan beri arahan. Hanya tunjuk. Itu maksud softsell. 2. Hard sell. - letak gambar. - ayatnya ialah Biskut Peanut Butter ini dibancuh dengan peanut butter sebenar. Rangup dan tak berhenti makan. Sedap, puas hati. Lekas beli sekarang! Kalau tak nanti melepas teruk, habislah suami merajuk tak dapat biskut agong ini. Ha klik sini okeh! Sekarang! https://khmonecookies.com/shop/000001 - Hard sell ialah mengarah atau memberi perintah atau suruh. Ia menjadi sangat. 3. Show dont sell. - letak gambar. - hanya letak butiran sahaja. Tanpa penerangan beriya. - contohnya Biskut Peanut Butter, adalah 20-22pcs. RM25/sebalang, nak beli klik sini sekarang https://khmonecookies.com/shop/000001 * Itulah ayat iklan untuk beri orang faham. Sekiranya kalian nak beri ayat untuk orang bercerita, pun boleh. Namun ia sedikit panjang. Itu juga menjadi. Namun jika malas dan nak cepat, 3 cara ini juga bagus untuk dibuat. Cubalah. Insya-Allah jualan kalian akan meningkat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ha gituh.

Belajar merendah diri, terima teguran. Benarkan semuanya masuk ke kepala dan hati. Kau akan senyum dan hadapi semuanya. Lalu
Belajar merendah diri, terima teguran. Benarkan semuanya masuk ke kepala dan hati. Kau akan senyum dan hadapi semuanya. Lalu kau telan dan jadi manusia cemerlang. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/belajar-merendah-diri/

Dalam menulis posting, wajib ada fakta. Kena letak dalam kepala yang bermain dengan media sosial, pendapat kita tak penting. Yang paling mustahak ialah perkara benar dan betul. Itulah maksud bermain dengan #Content. Selepas itu barulah ia disusun ayat dan perkataannya bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak akan menjadi. Contoh silap: Memang best kurma ini. Lembut dan tak manis sangat. >> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang kurma tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara. Contoh betul: Puas hati beli kurma Algeria dari team KHM. Memang lembut dan tak puas makan. Asyik nak mengunyah sahaja dari pagi sampai petang. Sedap! Best! Puas hati. Kalau nak beli, pi ke wall beliau okey! >> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati. Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya perkara benar kejadian pada waktu tersebut sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Senang kan? Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama manusia itula
Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama manusia itulah yang menghidupkan. Sebelum Tuhan tegur dengan bencana dan malapetaka, eloklah kita sendiri yang baiki dan perelokkan semuanya. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/3-pilihan-tindakan-lepas-kita-buat-silap/ .

Posting mesti beri kesan kepada audien. Jika tidak, maka ia bukan #Content. Nak tahu ia berkesan atau tak, tengok ada tak orang membeli. Nak tahu ia bagus atau tak, tengok ada tak orang share. Sebelum nak tulis apa-apa, tengok apa matlamat menulis posting, adakah ia termasuk mana-mana dalam 5 matlamat ini: 1. To Educate 2. To Inform 3. To Inspire 4. To Entertain 5. To Moneytize. Jika tidak tersenarai dalam 5 ini, maka itu bukan content. Dan jangan pula bising kenapa tiada like, tiada komen, tiada share dan tiada sales. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Yang ini to educate. Hehe. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jika kalian bersembang dengan orang-orang yang dah berjaya, bisnesnya maju dan dia sedang berada di kerusinya sendiri, ada be
Jika kalian bersembang dengan orang-orang yang dah berjaya, bisnesnya maju dan dia sedang berada di kerusinya sendiri, ada beberapa nasihat yang lebih kurang sama sahaja bermain di bibir mereka. Antaranya ialah... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/mari-berjaya-bersama-sama/ )

Bermain dengan #Content mesti beri kesan (impact) kepada audien. Jika tidak, ia beri maksud apa yang kita up atau post tidak beri manfaat pun kepada mereka. Boleh jadi sebab itulah posting kita tidak diklik butang share. Maksud impak positif itu ialah: 1. Apabila kita tulis, orang faham. 2. Apabila kita tulis, orang buat terus. 3. Apabila kita tulis, orang beli terus. Nombor 1 dan 2 menjurus kepada posting #crowd yang mana ia termasuk dalam kategori To Educate, To Inform dan To Inspire. Susun matlamat posting supaya kita tahu ia untuk apa. Kemudian nombor 3 adalah untuk mereka yang menjual. Pastikan tulisan kita itu akan sebabkan orang membeli. Bukan sekadar main campak atau meleret yang bukan-bukan. Ia mesti kurang dari 30 saat semasa membaca, orang terus mahu tekan butang pembelian. Sekarang dapat sesuatu? Ok mari teruskan beri kesan baik kepada semua orang! Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berhenti dipuji-puji, teruskan memberi erti. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Letak dalam kepala posting menjual ada 2 jenis sahaja. #Content yang dibina tak susah mana. 1. Soft Sell. Posting menjual tanpa memerintah, tanpa menyuruh, tanpa memberi arahan. Contoh ayat: Pes masakan ini sedap dan senang nak guna. Hanya letak daging atau ayam, siap. Butiran untuk buat pesanan ada di sini ya (link pembelian). Tiada arahan hanya memberitahu sahaja. 2. Hard Sell. Posting menjual dengan perintah atau arahan atau suruhan atau paksaan. Contoh ayat: Pes masakan ini sedap dan senang nak guna. Hanya letak daging atau ayam, siap. Lekas beli! Tak rugi pun beli pes ini sebab ia sedap ya ampun! Kalau tak beli nanti hangpa rugi! Cepat cepat order sekarang juga laki hangpa nak makan esok! Klik sini sekarang! (Ada arahan, ada gesaan dan suruhan). ** Mana yang lebih bagus? Dua-dua ada kelebihan. Dua-dua boleh jana jualan jadi guna dua-dua. Jika saya, 1 posting soft sell pagi, 1 lagi posting hard sell petang. Apa susah, pakai sahaja semua. Duit masuk walau sedang tidur. Gitu. Alhamdulillah. Begitulah gais, semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Join juga Channel Telegram saya ya https://t.me/ContentKHM

Tengok ini baik-baik. Sesiapa pun termasuk diri saya sendiri. Kita nampak orang buat salah, kila lihat orang buat silap, lalu
Tengok ini baik-baik. Sesiapa pun termasuk diri saya sendiri. Kita nampak orang buat salah, kila lihat orang buat silap, lalu kita tanya hati kita mahu doakan kebaikan dia atau mahu kutuk dan hina dia. Doa = dapat pahala. Kutuk dan hina = dapat dosa. Tanya hati masing-masing, kita ada hati yang mencari pahala ke mencari dosa? Hati kita jenis yang memakan madu atau memakan najis? Cuba tanya sekarang. Apa yang hati kita telan adalah diri kita kini. Itu yang jadikan apa yang kita lihat, kita pandang, kita dengar, kita cakap, kita taip dan kita fikir. Itulah sumber dan itu juga hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita semua pendosa.

Benarlah. Kita selalu cakap, “Banyak memberi, akan banyak juga Allah tambah rezeki.” Di sebalik semua ini kita tak tahu apa b
Benarlah. Kita selalu cakap, “Banyak memberi, akan banyak juga Allah tambah rezeki.” Di sebalik semua ini kita tak tahu apa benda lain yang ada di sekeliling kita. Yang jadikan kita sihat, kita kuat kerja, kita bersemangat dan terus nak berbuat. Betul, saya jumpa ramai orang yang suka bersedekah, mereka ini cergas dan sentiasa nampak “charming”. Sekali tengok, memang jadi suka. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/banyak-memberi-akan-banyak-juga-allah-tambah-rezeki/

Terus ke www.onecookies.com ya! Beli apa sahaja dan dapatkan percuma Biskut Red Velvet dari kami!

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting iklan. 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x RM350 jualan = RM191,625, setahun. Jika kalian dapat 30% dari jualan ini, maka: bersih kalian dapat ialah RM54,487.50 setahun. Bahagi 12 bulan, RM4,790.60 sebulan bersih kalian terima. Itu jika jualan hanya RM350 sahaja per posting. Bayangkanlah jerung-jerung online yang ramai follower itu berapa hasilnya walau sekali sahaja up posting jualan seminggu. Sebab itulah susun #posting supaya: 30% posting #content naikkan follower. 30% buat iklan. 40% naikkan engagement. Jika hanya buat salah satu dari perkara ini, kalian hilang 2 perkara. Kena buat 3-3 supaya kalian dapat apa yang kalian nak. Fokus, konsisten dan sabar. Tak buat, memang takkan menjadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar sendiri weh!

Tak ada masalah nak share resipi, share sahaja. Tak ada masalah nak kongsi tips DIY, kongsikan sahaja. Tak ada masalah nak cerita banyak buku, silakan. Tak ada masalah nak beritahu anak ada banyak mainan, teruskan. Semua orang ada bahagian masing-masing. Orang yang hatinya bersih, akan ambil itu sebagai ilmu dan kebaikan. Tak semua orang punya rezeki begitu, namun kita bertuah dapat lihat benda yang kita tak punya, tak pernah kita tahu dan kita sendiri boleh pasang impian mahu begitu. Perintah Kawalan Pergerakan ini bukannya kematian kepada usaha kita. Boleh jadi inilah medan belajar paling besar untuk mengawal emosi, membentuk hati dan menurunkan ego. Kawan-kawan, Tak ada salahnya menjadi orang susah. Tak ada dosanya menjadi orang sederhana. Yang jadi salah jadi dosa ialah tak habis-habis perli, benci dan meletakkan kejahatan kepada orang kaya. Jika ada yang kaya raya berbuat begitu, menunjuk, riak, dan memandang kalian dengan hina, percayalah, ia juga adalah pelajaran untuk kita. Apabila kita dah kaya nanti, kita tak buat begitu kepada orang lain pula. Mereka yang begitu begini tak akan terkesan dengan cercaan kita, yang boleh runtuhkan kesombongan mereka ialah bala dari Tuhan sahaja. Kawan-kawan, kita manusia. Jika kita sudah susah harta, sederhana pendapatan, mari kita sama-sama kaya hati, kaya perasaan dan kaya kehidupan. Benar, saya yakin itulah kekuatan kita selama ini. Terus kuat, sabar dan sentiasa cari peluang untuk bangun lagi dan lagi. Iya, orang bijak, memandang sisi belajar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kongsikan sahaja ya! Tips ini hanya ada di Channel https://t.me/ContentKHM

Ada ini ha di kilang. Duk sibuk jual biskut, terlupa ada buku sendiri baru lancar 18hb Mac itu hari. Rahsia Penulisan Berpeng
Ada ini ha di kilang. Duk sibuk jual biskut, terlupa ada buku sendiri baru lancar 18hb Mac itu hari. Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0: Idea Content Mantul. RM30 sahaja tak termasuk kos pos. Saya siap tandatangan dahhhh! Lekas dapatkannya ya. Klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm

photo content

Gunakan #BahasaLelaki semasa menulis di media sosial. Ianya: 1. Firm, fokus kepada #subjek. 2. Tidak membebel, tidak meleret-leret dan tidak berulang ayat serta perkataan. 3. Menggunakan ayat ringkas, padat dan tepat. 4. Tidak berkias, tidak puitis, tidak bombastik hingga sukar untuk difahami. Sedikit-sedikit tak mengapa. 5. Biar hanya beberapa perenggan, namun #content tetap ada #fakta, menggunakan #emosi yang betul dan memberi impak positif kepada audien. Itu yang mustahak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini, kita ubah!

photo content