Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 291 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 907 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 291 名订阅者。
根据 21 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -382,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.91%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 22 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 291
订阅者
-1424 小时
-967 天
-38230 天
帖子存档
36 291
Neelofa seorang pengacara, namun menjual tudung. Siti Nurhaliza pula seorang penyanyi, namun menjual kosmetik SimplySiti.
Mereka membuat posting kehidupan setiap hari. Pergi ke sana ke mari memuat naik status apa yang mereka lakukan.
Peminat suka dan teruja. Sesekali mereka muat naik iklan, promosi sana sini. Lalu peminat pun ikut membeli.
Lihat pembinaan #content yang mereka lakukan.
1. Mereka muat naik apa yang mereka lakukan. Kita juga boleh buat begitu dengan cara menulis apa yang kita buat yang punya titik persamaan besar dengan orang lain.
Contoh:
Makan,
Travel,
Masak,
Sukan,
Jaga badan,
Diet,
Tutorial tudung,
Tutorial make up
Dan sebagainya.
Ia mesti dalam skop to educate, to inform atau to inspire.
Posting begini orang suka share dan kita akan meraih ramainya follower.
2. Kemudian kita juga boleh buat posting solid iklan. Tak payah berbelit nak terang sana suluh sini. Terus buat seperenggan tentang produk, terus letak CTA.
Kawan-kawan,
Tak pernah jadi hal pun kalau kalian hari-hari menulis tentang hal bersukan dan jaga badan (hal kehidupan) namun kalian nak menjual mainan kanak-kanak.
Tak ada masalah posting kehidupan itu berbeza dengan apa yang kita jual.
Posting kehidupan, hal kehidupan.
Posting iklan, hal bisnes.
Kalau sama setiap masa orang akan bosan itu sahaja yang kita up, sedangkan ini adalah medan media sosial, orang nak tengok life kita, apa kita buat dan apa yang kita fikir.
Dari situ mereka follow dan sesudah dia setia, dia akan membeli.
Sama sahaja seperti Neelofa dan Siti, post kehidupan hal lain, kerjaya lain, menjual benda lain. Dan mereka masih jutawan yang kekal orang membeli produknya.
Orang tinggi semangatnya akan bermula dari kosong, yang sembang dan banyak cerita akan banyaknya alasan begitu begini.
Sosial media tiada limit, siapa guna untuk kebaikan, kebaikan juga akan mereka terima.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 291
Sesekali keluar produk bukan biskut, lain macam perginya.
Pakat berebut belaka nak Tortilla Nachos Balado dariOneCookies Malaysia okehhh.
Hanya RM19.90 sahaja tak termasuk kos pos. Klik sini lekas
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
36 291
Soalan: Mengapa tuan sekarang banyak buat lawak di wall tuan?
Jawapan: Aa, mestilah kena buat di wall saya. Kalau di wall puan, macam pelik pula.
***
Sesiapa yang pernah hadir kelas #content atau membeli ebook dari saya, pasti akan faham ada 3 positioning untuk dapatkan:
1. Engagement (atau),
2. Share (atau),
3. Sales - RM.
3 perkara ini saling berkait, nombor 1 dan 2 kuat, sales pun lebat. Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jom saya dedahkan segala-galanya di webinar ini. Daftar terus di sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms
https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms
https://bykhm.onpay.my/order/form/wk1kpdms
36 291
Beberapa tahun lepas, selepas habis kelas, saya nak balik sangat. Kemudian ditahan oleh salah seorang dari peserta yang nak sangat ucap begitu begini kepada saya. Saya layankan sahaja kerana beliau nampak teruja sangat.
Kisahnya, suami beliau diberhentikan kerja kerana kontraknya sudah tidak disambung selepas 3 tahun bekerja. Notis yang diterima kurang 3 minggu menyebabkan suaminya itu jadi terpinga-pinga nak cari kerja di mana. Umur sudah lebih 40 tahun dan sukarnya nak cari kerja yang sesuai.
Minta sana sini semuanya tak berjawab dan akhirnya duduklah di rumah dari seminggu akhirnya jadi sebulan. Oleh kerana tak tahan, si isteri (peserta kelas saya tadi) memujuk beliau untuk ambil sahaja pekerjaan yang ada.
Lalu si suami yang dah biasa tunjuk itu ini di Facebook, akhirnya pergi ke stesen minyak terdekat dan memohon untuk kerja sahaja di sana. Gajinya sangat-sangat rendah namun itu tetap membantu keluarga beliau.
Beliau layan suaminya sama sahaja dengan sebelumnya. Cuma, ada kala suaminya kena kerja hingga 12.00 tengah malam, dan beliau terpaksa menanti takut-takut si suami memerlukan air panas minum dan sebagainya.
Kata si isteri ini, berkat dia sabar lebih 6 bulan, tak merungut duit tak cukup, tak juga bising suami kerja teruk, gaji kecil dan terus sahaja berbakti untuk keluarga, akhirnya si suami dapat naik jadi akauntan di stesen tersebut. Disayangi dan kini gajinya lebih kurang sama dengan nilai yang dia diberhentikan dulu.
Saya tanya beliau kenapa beliau cerita kepada saya, kata beliau “saya duk teringat tuan tulis di wall tuan pasal berkat. Jadi saya nak ucap sangat terima kasih ke tuan. Sungguhlah, berkat itu macam makhluk. Jika kita reda, kita buat dan usaha, walau kecil, nanti-nanti Allah akan ganti. Seolah-olah makhluk berkat ini naik ke langit dan beritahu Allah yang kita ini dah cuba jadi yang terbaik walau banyaknya kesusahan melanda.
Saya ingat lagi masa mak ayah datang rumah, juga mak ayah mentua. Semuanya cakap suruh suami saya cari kerja lain, namun kami berdua tak pernah jawab. Kami angguk sahaja. Kami tahu dah puas kami cakap yang kami duk usaha tapi tak dapat, namun nak beri mak ayah faham, susah. Mereka mesti ingat kami belum berusaha lagi.
Sama juga jiran duk cakap suami saya dah macam Bangla. Kulit dari cerah jadi hitam duk layan kadang-kadang tengah panas pegang sepanduk suruh orang masuk ke stesen minyaknya. Saya diamkan juga. Dulu kereta semua kena Tarik. Hari ini kami beli dah Proton Baru. Yang Suv tu, leganya Tuan. Alhamdulillah. Syukur sangat saya.”
Saya lihat dia duk kesat-kesat matanya. Nampak bergenang dan puas betul beliau bercerita.
Yang penting ialah berusaha. Kemudian, yang keliling kena faham, bantu, dorong dan tolong mana yang mampu. Yang tidak, kena berusaha juga diam dan berdoa bukannya membising kritik dan kutuk tanpa bantu sikit pun.
Kita ini sering sahaja melihat kesusahan orang, namun kita bantai tuduh dia malas dan sebagainya. Kita tak tahu cerita di belakang itu bagaimana.
Saya puji dan kagum keluarga yang begini. Orang yang dah merasa kena hina kerja kilang, kemudian ditolak-tolak ke sana kemari dengan gaji kecil, tak mampu itu ini, memahami benar kisah ini, lebih lagi apabila saat Allah berikan ganjaran, hadiah dan kesenangan dengan bergaya.
Ianya seperti sebuah proses yang dinantikan sangat. Dulunya nak beli ubat anak pun kena marah apabila nak pinjam duit orang keliling, tiba-tiba hari ini kita bantu pula anak dia yang sedang kesusahan. Itulah keseronokan kita bermain dengan perkataan berkat.
Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini takat hamba sahaja.
Yang kena berusaha jadi orang baik sama ada kita sedang susah atau kita sudah senang.
Benarlah, setiap suami yang hebat, ada isteri yang hebat juga di sebelahnya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Alhamdulillah.
36 291
Antara benda yang menguatkan saya untuk terus menulis ialah dapat berjumpa dan bersembang dengan orang-orang yang sudah berjaya. Mereka ini sering beri nasihat yang sedap, lunak dan berguna.
Contohnya, pernah dulu ada yang menceritakan tentang bagaimana pada zaman dahulu, ibu-ibu kita berkongsi tenaga dengan memberi apa sahaja yang mereka masak di dapur kepada jiran-jiran.
Sepinggan, sepiring, semangkuk, malah kadang-kadang siap beri dalam talam.
Lalu ianya disambut oleh orang sebelah. Selang dua tiga hari, ia kemudiannya dihantar kembali segala pinggan mangkuk itu dengan isi yang lain.
Kata Tan Sri ini kepada saya,
“Itu sebab zaman dulu jiran-jiran, penduduk, masyarakat, orang kampung ini kuat. Mereka kongsi tenaga.
Kita nampak mak-mak kita hanya beri kuih dan lauk. Yang kita tak nampak ialah Allah salurkan keberkatan berbuat baik itu dengan menjarakkan kejahatan dari rumah, dari kampung dari kawasan kejiranan.
Allah kuatkan hati orang, Allah teguhkan semua jiwa-jiwa ini dengan ketulusan, keharmonian dan kesungguhan dalam berbuat sesuatu. Hanya dengan memberi rezeki yang kita ada, Allah beri semula “hadiah” elok-elok kepada kita.
Sama macam kamu, Khairul.
Pandai Facebook, pandai main media sosial, kamu ada ilmu itu.
Yang kamu berniaga, kamu letak harga. Namun kena ingat, kena memberi juga walau sedikit, walau berharga walau ianya jadi punca rezeki kamu.
Itu semua akan jadikan kamu kuat, dikelilingi oleh masyarakat yang hebat-hebat.”
Jujurnya, adalah sangat baik apa yang kita beri ini, kita tak fikirkan pun. Ianya sebuah keikhlasan sama macam emak-emak kita berbuat dulu.
Macam emak saya selalu cakap, “nah, kasi je kat makcik sebelah.”
Bila kami ini persoalkan, “takkan kasi kuih gini je mak?”
Mak akan cakap, “kasi jelah. Banyak pula kau punya songeh.” Hihihi.
Kawan-kawan,
Menulis #content yang beri kebaikan, akan beri balik kehidupan dan nyawa baru kepada kalian. Bukan dengan satu dua posting, boleh jadi beratus dan beribu posting yang kalian buat, bina dan muat naik, kemudian memberi manfaat, akan membangunkan ramainya hati dan jiwa untuk berbuat baik.
Dan itulah yang akan beri kalian tenaga, orang lain serta sesiapa yang membaca juga akan dapat tenaga yang sama.
Saling kuat, saling perhebat.
Dan kita semua membina komuniti positif di mana-mana. Tulislah dengan kebaikan. Dan lihatlah Allah memberi hadiah kepada kalian dalam banyaknya bentuk, sama ada ujian atau kejayaan, ia adalah sebuah kemanisan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita mula hari ini sama-sama.
36 291
Antara soalan yang saya sukar nak jawab semasa seminar beberapa tahun lalu ialah “boleh tak tuan beritahu beberapa struktur ayat dalam membuat iklan?”
Ia kerana, beza produk, beza juga cara iklan, promosi dan membuat jualan.
Saya balik saya tengok semula apa yang perlu dimasukkan dalam ayat-ayat tersebut melalui content. Namun ia masih perlu dilihat dalam konteks produk masing-masing.
Antara perkataan yang kuat untuk membuat iklan ialah:
1. Untuk menarik perhatian, guna perkataan ini:
- percuma.
- bonus.
- eksklusif.
- hari ini.
- sekarang.
- terkini.
- rahsia.
- jimat.
- diskaun.
- potongan.
- nikmati.
2. Untuk beri orang faham tentang produk / perkhidmatan anda, guna perkataan ini:
- senang.
- mudah.
- lekas.
- langkah demi langkah.
- semudah ABC.
- segera.
- boleh guna terus.
- beli, buka dan guna.
3. Untuk beri orang rasa hebat apabila guna produk / perkhidmatan kalian, guna perkataan ini:
- fabulous.
- hebat.
- terkini dan sensasi.
- power.
- sedap gila.
- mengagumkan.
- elegen.
- anggun, kacak, terbaik.
Kalian lihat iklan-iklan besar yang biasa keluar di television, atau di bahagian Ads yang kita sering nampak ia lalu di wall kita, perkataan-perkataan di atas sering digunakan.
Cuba kalian fokus buka Youtube dan lihat iklan-iklan. Dan kalian akan dapat faham bagaimana ayat itu terbina dan bagaimana nak susun struktur ayat menggunakan perkataan di atas.
Cuba okey. Kalau nak belajar bina copywriting power, ikuti kelas editor saya di sini:
https://bit.ly/3owj8Xx
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
36 291
Begitulah. Semoga sama-sama kita dapat manfaat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah.
36 291
Waktu beli barang dapur, duk cari sana sini saya perasan yang di depan saya ini antara yang pernah datang ke kelas, saya tegurlah.
Saya duk tengok troli dia penuh sedang saya hanya pegang bakul sahaja. Duk tanya dia banyaknya barang dia beli. Dia garu-garu kepala. Katanya bukan 100% untuk dia. Oh. Tak acilah kalau tak cerita, saya tanya lagi untuk siapa.
Dia duk segan-segan. Dia cakap ada untuk diri dia, ada untuk jiran ada untuk emak ayahnya. Kisahnya dalam setahun lepas dia sangkut teruk bisnes. Dia dah terbiasa beli barang dapur sekaligus untuk sebulan. Namun lepas bergaduh partner dan masing-masing bawa hala tuju, dia nak beli beras pun tak cukup duit.
Masalah paling besar yang dia perlu hadap ialah waktu nak ke pasaraya, dia akan bawa ke lima-lima anaknya. Itulah waktu paling best sekali apabila anak-anak dapat ambil apa sahaja yang mereka nak.
Jadinya, waktu dia terduduk, duit tak ada, dia bawa juga. Cuma sebelum pergi, dia pesan kepada semua yang seorang hanya boleh ambil 1 barang sahaja. Jadi semua anak-anaknya tak berapa nak happy.
Masuk sahaja ke dalam pasaraya tersebut, dia letak yang paling kecil (umur 2 tahun) ke dalam troli. Manakala yang lain berjalan sahaja.
Semua seperti pening nak ambil apa kerana kena ambil 1 sahaja sampailah anaknya yang berumur 5 tahun cakap,
“Ya Allah, kasihani abah saya. Luaskanlah rezekinya seperti mana Engkau banyakkan dan penuhkan rezeki dalam Econsave ni Ya Allah. Saya hanya dapat tengok, namun abah tak mampu beli. Ya Allah, tolonglah abah saya, kasihani dia, kasihani saya, saya nak beli, luaskan rezeki saya Ya Allah.”
Ala baler sampai je bahagian ini, kami berdua bergenang air mata di tengah lorong pasaraya tersebut.
Udahnya dah macam cerita Bersamamu.
Kesat-kesat mata.
Kata encik ini,
“Saya perasan yang doa anak saya tu sangat spesifik. Dan saya ambil doa dia jadi doa saya.
Saya repair banyak benda. Terutama hubungan dengan emak ayah, dengan jiran, dengan keluarga dengan isteri dengan anak-anak. Kami duduk dekat-dekat namun saya antara yang selalu tak sempat nak tolong kalau emak minta.
Mesti saya pass kepada adik beradik yang lain.
Macam-macam. Jadi masa sangkut berbulan-bulan, saya banyak di rumah. Saya dapat tengok semua kesusahan ini depan mata.
Isteri saya tak kerja. Dulu 7.00 pagi saya dah keluar tengok 2-3 kedai. Balik anak semua dah tidur. Wife masih duk tunggu saya, sedia air panas dan tanya saya macam-macam. Semua tu saya tak pernah perasan.
2 benda saya buat.
1, saya ubah doa kepada lebih spesifik. Saya minta apa yang saya nak, saya nak rezeki banyak, kena cakap banyak mana. Kena pastikan beritahu.
2, saya ubah perangai saya. Ramai orang tak perasan bab ini. Hanya duk tengok orang sebab rasa diri hebat. Padahal tak.
Macam encik Khairul cakap, kita hanya boleh kawal diri kita, orang lain, kita tak boleh. Jadi kita ubah diri kita sahaja untuk jadi lebih baik.
2 Bulan lepas, sales saya 2.3 juta encik Khairul. Saya bawa semua keluarga ke PD.
Tak pernah saya buat begitu. Buat BBQ, makan ramai-ramai, saya belanja semua.
Sekarang setiap minggu saya beli barang dapur untuk rumah emak. Biar emak dan adik-adik masak banyak suruh yang lain datang makan. Rumah mak pun makin meriah.
Dan ada jiran yang susah, kami berpakat dekat surau buat “dana jiran”. Kami bagi beras, gula, susu dan adalah sikit-sikit barangan lain.
Balik-balik, kita kena berubah encik Khairul. Kan?”
Saya pula jadi termenung. Banyak juga yang saya belajar dari apa yang kami sembang ini.
Setiap orang akan ada kunci yang Allah beri. Dalam cerita abang yang saya jumpa ini, dia jumpa kunci itu dari doa anaknya sendiri.
Hanya momen beberapa saat, boleh ubah diri dia kepada orang yang lebih baik.
Ada orang, momen begini dia ketawakan sahaja. Nampak tak logik. Ada orang inilah yang dia damba-dambakan.
Sungguhlah, rezeki Allah itu seluas langit. Kita sahaja yang salah minta, salah mohon, salah perangai dan silap sana sini.
Kemudian dah tersangkut, kita masih menyalahkan banyak benda, sedangkan yang sangkut itu kita, dan kita yang kena ubah diri kita.
36 291
Pemain Facebook (personal account) kena tahu ada 10 benda yang boleh buat duit tanpa guna duit. Ianya hanya perlu bangunkan #content yang tersusun dan konsisten di ruangan-ruangan ini:
1. Facebook Posting.
2. Facebook Story.
3. Facebook Group.
4. Facebook Event.
5. Facebook Marketplace.
6. Facebook Watch.
7. Facebook Messenger Story.
8. Facebook Live.
9. Facebook Messenger Bot.
10. Facebook Watch Parties.
Ke semua medan ini berbeza content dan berbeda cara nak tarik crowd dan jana jualan. Perkara pertama yang kalian kena buat ialah belajar bagaimana mahu gunakan semua platform ini.
Kemudian, guna satu demi satu melalui content yang telah disusun.
Ingat,
Ada banyak tools zero cost yang ada depan mata. Gunakan sebaiknya untuk jana income.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak belajar kelas zero cost marketing, daftar di sini terus:
https://bit.ly/30q2jVR
36 291
Kenapalah segelintir orang agama suka perli-perli. Orang suka tonton bola, kita sindir depa bab solat, bab niat, bab ibadah yang lain.
Orang suka bersukan, kalian perli lagi boleh joging sekian-sekian, namun nak ke surau tak sempat-sempat.
Adakah kalian tahu, ramainya mereka ini sanggup pergi masjid lain, surau lain hanya kerana kejiranan sendiri banyaknya orang agama yang suka perli dan sindir-sindir?
Mereka lebih suka pergi ke tempat yang tidak ada orang kenal, berbanding berjumpa bersua lalu terkena panahan perkataan yang keluar dari mulut kalian.
Haih, susahnya tinggal di Malaysia. Surau banyak, masjid cantik, imam bilal semua baik. Namun datangnya segelintir makmum, merasa mulia hanya kerana lebih banyak ibadah berbanding dari orang lain. Dalam tak sedar, dia sedang menjadi orang jahat.
Kadang-kadang, perkara begini yang buat kita tumbang, hilangnya bersatu dalam kejiranan, jauhnya kasih sayang sesama insan. Lalu terbuang sikap tolak ansur dan kasihan.
Akhirnya terbuang rasa hormat kepada orang agama. Kita menyamakan semuanya separa.
Jadilah individu kau kau aku aku. Dan kita yang mulia-mulia ahli syurga ini tetap kata mereka yang tidak ke surau, suka bola, suka sukan, suka itu ini itulah punca.
Haih. Dunia.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak juga masuk syurga. 😞
36 291
Kau nak tahu dia kawan kau atau tak, kau tengok waktu ada ahli keluarga kau yang sakit atau meninggal dunia.
Kalau dia tanya, dia mesej bagai atau siap datang ziarah, maka jaga dia baik-baik, dia memang kawan kau.
36 291
Tak lama lagi kelas ini akan naik ke harga asal. Sementara tengah murah ni, lekas kalian daftar.
Kelas diadakan minggu hadapan, tarikh boleh pilih. Terus tekan link ini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591
36 291
Proses menguatkan media sosial masing-masing ini akan ditempuh dengan berbagai kemungkinan.
Boleh jadi salah tulis, kena kecam.
Boleh jadi, ada keluarga yang salah faham.
Boleh jadi ada kawan rapat terasa dan rasa menjengkelkan. Semuanya boleh jadi.
Namun kalian perlu ada kekuatan yang luar biasa. Oleh sebab semasa proses pemilihan topik sangat-sangat penting. Salah di situ, salah habislah semuanya.
Topik yang kita pilih itu mesti ada ciri-ciri ini:
1. Yang kita sendiri biasa buat.
2. Yang kita sendiri tahu dan arif.
3. Yang mempunyai titik persamaan yang besar dengan orang lain (bukan rare).
4. Yang kita hadam dan tahu bukan reka-reka.
5. Yang kita sentiasa mempertingkatkan ilmu tentangnya.
Content yang terbina dari topik tersebut akan sentiasa kita tulis dan sentiasa diperbaharui. Oleh itu audien yang membaca akan rasa seronok dan sentiasa suka.
Mereka mula merasa selesa dan akan ikuti kita selalu.
Itulah yang disebut sebagai pembangunan content. Pada waktu itu kita mula rasa penat, rasa lelah, rasa kena buat itu kena buat ini.
Namun percayalah, hasilnya cukup lumayan.
Lelah kita sekarang untuk kita simpan buat hasil masa depan. Sebab itu kita kena asah diri hari-hari. Asal tumpul, asah jadi baru.
Bukan sentiasa nampak baru, kool dan hebat namun hasil langsung tiada.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Terus usaha keras gais! Nak belajar content, boleh sertai kelas ini:
https://bit.ly/3nb7iCK
36 291
Editor saya, Kapten Hamk berbesar hati nak curahkan segala teknik, formula dan rahsia menulis content di media sosial.
Segala-galanya beliau kongsi di Kelas Copywriting Power Workshop ini. Tarikh kalian boleh pilih dengan terus menekan link ini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591
36 291
Live Facebook merupakan satu-satunya medan untuk berinteraksi secara terus dengan audien selain dari posting biasa.
Jika buat posting #content biasa, kita boleh tinggalkan dan dalam beberapa minit atau jam baru kita balas komen-komen. Namun semasa live, ia terus boleh dibaca dan dilayan satu demi satu.
Itu antara kekuatan live. Kalian boleh lakukan sendiri sahaja untuk dapatkan crowd atau menjual.
1. Buat posting to inform terlebih dahulu. Terpulang berapa kali mahu maklumkan.
Contoh: nak live jam 3.00pm hari ini, jam 10.00 pagi sudah buat posting remind. Mahu lebih menarik, buat poster dan sebagainya.
2. Pilih topik yang sesuai, pastikan ianya boleh menarik orang untuk bersama dalam live tersebut.
3. Semasa live, sebut perkara ini:
Share lekas
Nak tahu lagi
Lekas tanya jika ada soalan
4. Semasa live juga sebut nama-nama mereka yang menonton. Mereka akan rasa dihargai.
5. Jawab soalan dengan ringkas dan padat.
6. Tutup dengan beritahu produk kalian. Dan beritahu juga dengan perkataan yang memberi arahan seperti lekas, cepat, sekarang!
7. Tidak lupa CTA (Call to action). Lekas minta team letak link atau link whatsapp dan sebagainya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM
36 291
Jika kalian bersembang dengan orang-orang yang dah berjaya, bisnesnya maju dan dia sedang berada di kerusinya sendiri, ada beberapa nasihat yang lebih kurang sama sahaja bermain di bibir mereka. Antaranya ialah:
1. Konsisten bab semangat belajar benda baharu. Tak ada naik turun, sentiasa ok dan terus ada motivasi walau banyak benda menghalang, mencabar dan mengganggu.
2. Pedulikan cakap-cakap orang. Tegas dalam menetapkan hala tuju. Lantakkan apa orang fikir dan fokus kepada apa yang kita nak capai.
3. Sabar itu berbuat, bukan tunggu. Nak sabar untuk berjaya, buat itu buat ini, pergi sana pergi sini, belajar itu belajar ini, kena begitu kena begini. Itu maksud sabar. Bukan duduk di meja bawah aircond dan menanti bila nak naik pangkat.
Kalau 3 perkara ini kita dah terganggu, tak boleh tidur, tak boleh kerja kerana terasa hati, terpukul, down dan sedih sebab banyaknya cabaran dan hal dalam hidup, maka benarlah kita ini yang jenis suka mengeluh, suka sembang pumpang namun tak bergerak mana pun.
Dan tak boleh salahkan orang lain jika kita masih jauh di bawah berbanding mereka yang semakin berjaya. Itu semua salah dan silap kita sendiri.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari berjaya sama-sama.
36 291
Syukur sesangat bila ramai dah mula faham Konsep Zero Cost Marketing yang kami perkenalkan.
Menyusun posting supaya nampak kita membawa elemen kehidupan. Di situ baru orang dekati kita kerana perkongsian kita memberi manfaat.
Buat orang faham.
Buat orang praktikkan terus.
Buat orang terinspirasi.
Kemudian, barulah mereka akan merapati kita dan selesa dengan kita. Dengan itu, barulah sesekali kalian up iklan produk kalian sendiri.
Barulah menjadi untuk kalian buat sales tinggi di media sosial. Semuanya dikongsikan dalam Kelas Zero Cost Marketing: Teknik Sale Tanpa Iklan semalam.
Jika kalian berminat untuk hadir, tekan terus link di bawah ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591
https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591
36 291
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
36 291
10 kesilapan biasa mengapa peniaga (usahawan) sukar nak naikkan Follower di Facebook.
1. Kesilapan membuat setting di profile, letak gambar iklan di cover picture, profile picture semua bantai bubuh produk, nama syarikat dan mana jawatan. Contohnya pergi letak gambar Shaklee, gambar kad bisnes perunding insuran. Memang larilah orang.
Letak gambar cover, kehidupan biasa seperti travel, keluarga dan dengan haiwan kesayangan.
Gambar profile elok gambar seorang yang santai, tak perlu pakai kot bagai. Ini media sosial kawan woih!
2. Tidak guna nama orang. Pergi letak nama syarikat atau nama produk di akaun personal. Mesti nama manusia, tak kisah nama samaran atau nama komersil.
3. Suka menulis perkara kebencian dan tidak beri impak positif kepada orang lain.
4. Asyik-asyik buat iklan. Nisbah paling baik untuk buat iklan di wall ialah setiap 4 posting biasa, barulah 1 kali iklan. Tak kisah setiap hari atau kiraan mingguan.
5. Asyik-asyik selfie, live tanpa topik dan berkongsi kisah peribadi yang tiada impak kepada audien. Di media social, sebaiknya apa yang kita kongsikan memberi impak kepada audien. Sekiranya semua benda hanya perkara peribadi, maka tak perlu ada follower.
6. Focus kepada 2-3 perkara yang menjadi forte dan tulis dengan konsisten perkara tersebut. Kalau semua benda nak tulis, nak lawan dan nak ambil perhatian. Akhirnya macam cakap seorang diri sahaja.
7. Tidak menulis dengan ejaan yang betul. Suka sangat ejaan singkatan sampai ke tahap sukarnya nak dibaca dan difahami.
8. Tidak melayan soalan atau komen di ruang komen. Anggap diri diva dan konon kata sibuk tak sempat. Percayalah sekali dua komen tak dibalas itu ok, masuk kali ke 4-5 orang akan mula malas.
9. Suka benar menulis tentang hal politik. Biasanya hal-hal politik akan memberi semak dan rimas kepada yang suka membaca dan bermain media social. Hal politik, biarlah ahlinya yang sertai. Pengundi biasa, nak tulis, tulislah dengan hemah rakyat; bukan bantai bantai bantai. Kita orang bisnes, fokus!
10. Sikit-sikit tak puas hati. Sikit-sikit marah. Sikit-sikit emo.
Ok cukup 10. Yang lain kalian tambahlah okeh. Semoga bermanfaat. Sila share dengan ejen dan stokis kalian okeh.
Kita bina content!
Khairul Hakimin Muhammad
Content Master Kesayangan Negara.
36 291
Tinggal 1 jam lagi gaiss! Untungnya sales 11.11 kali ini. #BUY1FREE1 tau dengan #FREEKURIER! Hari ini sahaja, esok sudah kena bayar kurier semulaaa! Klik sini ya https://khmonecookies.com/shop/000001
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
