ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 306 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 906

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 306 名订阅者。

根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -389,过去 24 小时变化为 -8,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.78%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 187 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 306
订阅者
-824 小时
-957
-38930
帖子存档
Gitu malam-malam buta nak cari pekerja. Manalah tahu ada yang masih berjaga. Hahaha. Kami masih kekurangan orang. Yang muda,
Gitu malam-malam buta nak cari pekerja. Manalah tahu ada yang masih berjaga. Hahaha. Kami masih kekurangan orang. Yang muda, yang tua, lelaki atau wanita, boleh sahaja. Kami sedang mencari mereka yang nak buat part time. Nak masuk pagi sahaja. Nak kerja sehari terus, nak kerja petang sahaja atau weekend sahaja semua boleh. Kerja di Kilang Biskut gaissss! Lokasi di Bandar Baru Bangi. Kemasukan segera! Whatsapp Hanif di sini ya: http://www.wasap.my/601116326003/sayanakparttime http://www.wasap.my/601116326003/sayanakparttime http://www.wasap.my/601116326003/sayanakparttime

Pergh! Belajar melalui rakaman kelas pun confirm jadi power! Rakaman ini kami tiada cut dan edit. Memang pengalaman sama maca
Pergh! Belajar melalui rakaman kelas pun confirm jadi power! Rakaman ini kami tiada cut dan edit. Memang pengalaman sama macam kalian hadir kelas. Kelas Buat RM10,000 Dengan Menulis E-Book ini menerangkan 'step-by-step' untuk hasilkan e-book berimpak tinggi! Paling best, ada strategi macamana kalian boleh jana RM10,000 dengan hanya jualan e-book. Beli sahaja rakaman kelas ini, kalian boleh tonton bila-bila masa dan kalian juga akan dijemput masuk ke dalam group support telegram kelas. Boleh kalian tanya apa sahaja di dalam group support tersebut. Cepat daftar sekarang. Kita hanya buka pada 6 orang sahaja untuk pembelian rakaman ini hari ini. Habis sahaja rakaman ini, memang kita tak buka lagi jualan rakaman ini. Limited sungguh ni. Cepat tekan link di bawah: https://bit.ly/3ubhG1f https://bit.ly/3ubhG1f https://bit.ly/3ubhG1f

Soalan: Disiplin apa yang diperlukan dalam aktiviti menulis atau membangunkan #content di media sosial? Jawapan: Ada beberapa benda yang #wajib dibuat, sekiranya tak buat, baik fokus benda lain yang serasi dengan kalian. Ia adalah: 1. Membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. - ia akan tambah perkataan dalam kepala - memberi latihan kepada otak dan menambah cerdas. - buat minda sentiasa aktif dan sering berfikir. - menambah rasa yakin dan banyak menghormati perkara baru. 2. Set disiplin berapa banyak perkataan yang perlu ditulis setiap hari. - contohnya dah set 100 patah perkataan. Jadi kena cuba, saya guna Ms Word di laptop. Senang nak jejak berapa patah. - tulis apa sahaja, janji 100 patah perkataan. - saban tahun, naikkan ikut kemampuan diri. Kalian akan lihat sendiri ianya bertambah dengan baik. Disiplin ini mesti dibuat setiap hari. 3. Buang dan susun Aps yang tak berguna di dalam telefon. - contoh: game dan shopping. Perkara ini akan buat kalian tersasar dari disiplin menulis. - bagi media sosial lain, maksimum melihat / menggunakan Facebook / Insta / Twitter ialah 20 minit setiap kali mahu tengok. Selepas itu membaca / menulis atau buat kerja lain. 4. Rancang untuk travel. - wajib untuk keluar dari rumah dan pergi mengembara. Tak kisah dalam atau luar negara. Dekat atau jauh, semua ok sahaja. Janji keluar. - travel akan beri kita menghargai apa yang kita ada dan bersyukur melihat dunia luar. - travel adalah aktiviti yang buang duit, duit akan hangus, namun yang dapat adalah pengalaman dan keseronokan belajar tentang dunia luar. 5. Pergi kelas setiap tahun. - dapat ilmu dan refresh cara baru. - pergi kelas kena guna duit, duit itulah jadi pelaburan hangus untuk kita dapat networking yang best, berjumpa dengan ramai orang dan belajar teknik yang membahagiakan aktiviti kita dalam membuat duit. 6. Berhenti rasa pandai. Tak boleh rasa hebat. Kena sentiasa merendah diri dan selalu rasa nak repair mana yang boleh. Ini disiplin besar yang perlu ada dalam diri sesiapapun. - jika kena tegur, ambil dan simpan dalam dada. - jika nak menegur, ambil itu tegur diri dulu sebelum tegur orang lain. 7. Yakin dengan Allah. Disiplin yang ini ada dalam solat, ada dalam selawat ada dalam bab menghormati emak ayah, adik beradik dan keluarga. Ia kena jadi disiplin bab membantu, bab menolong serta bab support kepada mereka. - jadikan setiap kali dapat panggilan meminta tolong, bantu tanpa alasan. - tak boleh persoal kenapa kena bantu. - Allah takkan sediakan kalian ujian begini jika bukan untuk maju. * Dalam apa sahaja yang kita buat, kena campur disiplin kerja dengan disiplin hidup. 2 benda ini kena dikahwinkan supaya perjalanan kita dalam nak buat apa pun, Allah bantu. Sekiranya sibuknya nak berjaya, bangunkan disiplin diri namun membuang disiplin kebaikan dan kemurahan hati kepada keluarga, kalian akan tetap jumpa jalan buntu. Ingat ini, Tidak ada pertolongan dari Allah, tiada juga kejayaan, tiada ujian dan tiada harapan nak buka banyaknya pintu rezeki yang terbentang luas tersebut. Mula hari ini, tak boleh tangguh lagi okey! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Moga rezeki kita seluas-luasnya hari ini ya.

LAST CALL! Kelas Kickstart Content akan berlangsung pada Ahad malam ini, Jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Kita hanya buka 10 or
LAST CALL! Kelas Kickstart Content akan berlangsung pada Ahad malam ini, Jam 8.30 sehingga 10.30 malam. Kita hanya buka 10 orang sahaja lagi. Selepas ini, ia kembali ke harga asal iaitu RM249.50. Jangan lepaskan peluang ini. Kelas ini ready untuk bantu kalian yang baru nak bermula bermain content. Kami berikan 30 template posting dan copywriting sales secara percuma. Semua itu kalian akan dapat selepas kelas nanti. Nilai kelas ini RM2,495.00 tau. Pendaftaran akan ditutup tidak lama lagi. Lekas daftar hari ini: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Salam semua. Checklist pagi jumaat: 1. Solat sunat sebelum subuh 2 rakaat. 2. Solat subuh. 3. Sedekah subuh. 4. Mendoakan kebaikan buat ibu bapa. 5. Selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam 100x 6. Solat Sunat Dhuha 4 rakaat (2 salam). 7. Memberi orang makan. Belilah apa sahaja sama ada kuih, nasi atau apapun, berilah orang lain makan hari ini. 8. Membaca surah Al Kahfi. 9. Pergi awal solat jumaat. 10. Perbanyak berdoa. 11. Perbanyak solat sunat. 12. Perbanyak kongsi kebaikan di media sosial. Paling senang kongsi untuk orang lain Infaq / sedekah. Semoga kita semua beroleh pahala ya! Khairul Hakimin Muhammad, Saling mengingati, untuk saya juga.

Semasa dengar kuliah maghrib itu hari, saya tersentak dengan istilah “kantung yang bocor”. Ustaz itu bercerita dengan baik sekali dan buat saya betul-betul termenung. Ia ada kaitan dengan rezeki dan pahala kita semua. Ini yang beliau maklumkan: 1. Kita boleh bangun tahajjud, buat solat sunat ba’diah dan qabliah, tak pernah tinggal solat sunat dhuha, namun kita memutuskan hubungan adik beradik, bermasam muka sesama ipar duai, ibu bapa mentua, anak-anak, menantu, cucu atau mana-mana ahli keluarga. 2. Kita tak pernah tinggal puasa sunat isnin khamis, puasa ramadan, puasa arafah, atau puasa-puasa yang lain, namun kita masih ketagih bersembang buruk orang (gosip), mengumpat, bergaduh mulut dan kadang-kadang menokok tambah hingga ke menipu. 3. Wanita yang memakai jubah, baju kurung, atau mana-mana yang menutup aurat dengan baik, namun kita memakai wangian hingga menyebabkan orang lelaki memandang, suka dan menarik perhatian orang yang bukan mahram. 4. Kita sangat baik kepada kawan, jiran taulan dan sesiapa yang berkunjung ke rumah kita. Kita melayan mereka dengan hemah dan tertib, namun apabila mereka pulang, kita memburukkan mereka. 5. Kita boleh menghormati majikan, mengikut kata mereka, mengurus segala kerja dengan sebaiknya, namun kita tidak boleh membantu ibu bapa yang susah di kampung, membiarkan rumah mereka rosak, tak bekalkan sedikit makanan dan langsung tidak melihat makan pakai mereka. Lebih lagi kita culas dan malas mahu membantu mereka ini di saat mereka panggil / telefon meminta bantuan kita. 6. Kita boleh berbelanja kawan makan, melepak dengan rakan sekerja, namun apabila isteri atau anak mengajak keluar, sesekali bermanja untuk dijamu juadah lain, kita memberi alasan berbagai-bagai. 7. Kita rajin membahagiakan pengemis, mereka yang datang ke meja kita sewaktu kita makan di restoran, kita layan, kita hulur berapa yang kita ada, ke masjid menunaikan solat, kita takkan pernah lupa bersedekah, namun di dalam rumah sendiri kita terlupa nak sediakan isi dapur, dan membiarkan isteri yang bekerja melakukan semua itu sendiri. Begitulah. Semoga kita berusaha mengelak diri kita untuk tidak membocorkan kantung rezeki dan pahala kita ya kawan-kawan. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga baik-baik sahaja.

Perghh, gais! Tinggal 3 seat sahaja lagi ni! Kelas ini siap beri kalian 30 template posting untuk kalian tarik crowd. Ada 15
Perghh, gais! Tinggal 3 seat sahaja lagi ni! Kelas ini siap beri kalian 30 template posting untuk kalian tarik crowd. Ada 15 copywriting buat sales. Ikutkan semua ini bernilai RM 2,495.00 termasuk kelas tau. Namun hanya berbaki 3 seat sahaja lagi untuk dapat harga special, RM99.50. Lepas ni dah tak dapat harga ini. Pendaftaran akan naik ke RM124.75. Lekas daftar, terus tekan link di bawah: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Jika kalian sedang buat sesuatu bisnes tak kiralah part time atau dah full time dan nak ia jadi sebuah kejayaan, maka kalian kena jadi orang hebat dulu. Ini tabiat mereka: 1. Buang terus perkara tak penting. Bercakap bila perlu, mendengar yang bagus sahaja dan berbuat 1-1 hal semuanya hal penting sahaja. 2. Kerja 80/20. 20% itu adalah perancangan, 80% ialah implementation. Jika sebaliknya, banyaklah sembang dari buat kerja. 3. Rehat 45/15. Ambil rehat 15 minit setiap 45 minit kerja. Bangun, berjalan, senaman ringkas dan berehat. Ia akan membantu menguatkan otak, cergaskan minda dalam berbuat sesuatu. 4. Set timeline dalam 1-1 kerja. Bila nak start, bila ia perlu disiapkan. Barulah semua kerja tersusun. 5. Buang atau ketepikan segala benda yang mengganggu kerja. Ia sangat penting untuk fokus mencapai kejayaan. Terutama bab cakap-cakap orang, fikir sangat apa yang orang fikir, semua itu lantakkan. 6. Bina ruang kerja sendiri yang selesa. Ia mesti kita sendiri yang putuskan bagaimana. Nak regangkan kaki, nak lapangkan meja, suka hati kau. Ia akan membantu kau menjana idea, berbuat kerja dengan lebih laju. 7. Menjaga setiap minit, setiap saat, setiap detik. Ingat ini, Masa = duit. Tak suka buang masa itu adalah perkara yang sangat betul. 8. Mengutamakan Allah dalam setiap masa. Tahu dan faham yang rezeki itu dari Tuhan, jadi berharap pada sebanyaknya kebaikan atas usaha dan ikhlas dalam berbuat sesuatu. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Ubah diri dan masa depan ya.

Ikhlaskan dan syukuri setiap apa yang kita miliki.
Ikhlaskan dan syukuri setiap apa yang kita miliki.

Alamak, tinggal 7 seat sahaja lagi gais! Kelas ini siap beri kalian 30 template posting untuk kalian tarik crowd. Ada 15 copy
Alamak, tinggal 7 seat sahaja lagi gais! Kelas ini siap beri kalian 30 template posting untuk kalian tarik crowd. Ada 15 copywriting buat sales. Kalian hanya copy and paste, dan edit ikut kesesuaian kalian sahaja. Ikutkan semua ini bernilai RM 2,495.00 termasuk kelas tau. Namun hanya untuk 7 orang sahaja hari ini, kita beri RM99.50. Lepas ini harga naik ke RM124.75. Lekas daftar, terus tekan link di bawah: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Cerita tentang isteri rajin sediakan bekal, kemudian sindir orang lain suka berbelanja makan, itu buli. Cerita tentang Siti Nurhaliza bagus dari segi pemakaian kemudian membandingkan pemakaian Yuna sekian-sekian, itu buli. Cerita betapa powernya kita membaca buku-buku sedap kemudian menghina orang lain baca novel cintan cintun, itu buli. Tulis tentang hebatnya anak sendiri patuh solat, rajin mengaji kemudian bantai anak jiran konon selalu pulang lewat dah sebagainya, itu buli. Tulis tentang bagusnya beli rumah masa muda kemudian cerita yang emak ayah kita paksa beli kereta sampai kita terpaksa berhutang kemudian pakat mengumpat emak ayah sendiri di ruang komen, itu buli. Kadang-kadang, dalam nak menyampaikan kebaikan, kita rajin ja nak beri contoh keburukan. Sebetulnya, tak perlu pun. Fokus sahaja cerita kebaikan dan beri contoh baik. Tukar ayat seperti: Antara kelebihan bawa bekal ialah: Seronoknya lihat Siti Nurhaliza memberi contoh berpakaian, ini yang beliau buat: Antara buku-buku yang wajar dibaca dan boleh beri impak kepada pemikiran kita ialah: Saya bersyukur anak-anak saya rajin solat, suka mengaji, jujurnya pada peringkat awal dulu inilah yang saya buat: Untuk beli rumah semasa umur muda dan elak dari membeli kereta, cuba buat ini: Semua ayat-ayat tersebut tak akan mengusik atau mencederakan mana-mana emosi. Ingat kawan, tulisan yang rasis (membandingkan sesuatu) tak bagus di media sosial. Ia boleh bawa gaduh dan merosakkan profile kita sendiri. Nak tulis kebaikan, fokus kebaikan. Dan yang baik juga akan kembali kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tolonglah tak bandingkan saya dengan Fattah Amin.

Antara kredibiliti yang wajar ada pada setiap pendiri bisnes ialah kebijaksanaan menggunakan media sosial. Ini akan jadi sebuah tiket kepada semua yang melihat kepada posting, akan bertukar kepada follower. Dan pastinya ia akan mengubah kepada sebuah transaksi keuntungan. Kita telitikan perkara ini perlahan-lahan. Aminah seorang yang tidak dikenali. Kemudian, beliau menggunakan sosial media untuk berkongsi minatnya tentang dunia travel. Oleh kerana beliau sangat mahir, kerap mengembara dan semestinya beliau mengetahui selok belok dalam arena tersebut, maka beliau mula berkongsi. Pada setiap hari isnin dan rabu, 8.00 pagi, beliau susunkan posting tips-tips memilih penerbangan, tips memilih tempat tidur, tips memilih tempat dan lokasi terbaik bagi sekian-sekian peminat dunia kembara. Manakala pada setiap hari selasa dan khamis pula, secara konsisten Aminah menulis tentang kisah-kisah yang pernah beliau alami semasa mengembara. Aminah meneruskan posting-posting itu dengan tersusun. Sampailah ke sebuah posting yang mana Aminah dan biasa tulis dengan content yang bagus, maka berlakulah ‘viral’. Dan dengan tiba-tiba juga, wallnya dikerumuni orang ramai. Butang follow yang beliau sudah tetapkan dari awal ditekan-tekan. Dari 9 orang pengikut, hari ini beliau dikejutkan dengan 3,000 orang pengikut. Diikutkan, Aminah ini hanya sekadar membuat dropship produk-produk lain sahaja. Dan dari awal lagi beliau susunkan hanya 1 kali posting iklan pada isnin dan rabu sahaja sebelah petang. Itu sahaja yang beliau buat. Namun selepas naiknya follower, minggu seterusnya itu, jualan beliau dari RM100/posting, menaik ke RM350/posting. Dari 3,000 pengikut, Aminah teruskan sahaja posting-postingnya, sesekali beliau muat naik posting sampingan, lawak-lawak dan kehidupan biasa yang beliau alami. Sekadar nak beritahu yang beliau juga ada kehidupan yang biasa-biasa. Kawan-kawan, Membina jati diri di media sosial bermula dari kita bercerita perkara yang kita selalu buat, kita mahir dan semestinya itulah kepakaran kita. Namun, semua ini mesti dalam bentuk kehidupan secara total. Kerana ini adalah media sosial. Jika hari-hari buat iklan, konon tak habis nak bangunkan personal branding ke sudut membuat RM dan mendapatkan RM dari audien, audien akan berundur sekiranya kalian itu masih belum dikenali. Ingat, di medan media sosial ini, audien hanya mahu lihat ‘life’ kita. Iklan, promosi, dan segala tentang bisnes, susunlah supaya ia tidak nampak seperti kalian ‘try hard’ sangat menjual. Apabila ia terjadi, ketahuilah akan bermulanya sesi mengundurkan diri dari kalangan pengikut kalian. Nisbah terbaik membuat posting ialah setiap 5-10 kali posting kehidupan, baru 1 kali posting iklan. Ingat, umpan-umpan-umpan-umpan-umpan, baru tebar jala. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad Tak tahu nak mula macamana, mula belajar content terus di Kelas Kickstart Content Ahad 6 Februari ini. Tekan link di bawah: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

Waktu saya jadi penjual produk herba dulu, pernahlah kami tak dibekalkan dengan duit untuk makan dan minyak. Oleh kerana yakin boleh balik awal dan sempat makan di pejabat, pergilah juga. Tup tup kereta habis minyak. Duit di tangan tak sampai pun RM10. Pergilah isi minyak dan letak RM7. Adik di stesen itu siap ketawa, kahkah kereta Proton Wira, namun isi minyak banyak itu sahaja. Selesai hantar produk, pulanglah ke Bangi. Elok pula ada mesyuarat dengan big bos. Aduh, sasaran jualan tak berjaya mana. Kena bahan dan boleh tahan padu ayat-ayat yang diberi. Baliklah ke rumah dengan lapar dan kecewa. Duduk sendirian di rumah sewa dan akhirnya tak makan terus sampai esok pagi. Esoknya, pergi semula ke pejabat, buat sales lagi dan lagi. Sampailah emak saya datang dan tanya kenapa sekarang makin kurus dan nampak stress sangat. Saya melawak macam-macam namun emak tak percaya. Emak nasihat: “Kerja tak akan habis, namun diri sendiri kena paksa ada minat terhadap benda yang dah jadi tanggungjawab. Bila kita masukkan minat dalam setiap usaha kita, kita jadi seronok buat. Minat boleh ja dipupuk, kita yang kawal benda itu.” Mulai hari itu, saya rasa ok ja. Buat dan teruskan usaha sampai hari ini suka menjual. Dulu hanya suka berniaga, hari ini nak jual barang pun boleh. Siapa tahu 10 tahun lepas punya pengalaman bawa kereta Wira orang ketawa isi minyak dengan duit seciput, rupanya ada pengalaman yang besar jadikan kita orang lain ada yang visi dalam dunia berniaga. Betullah, minat dan tanggungjawab adalah benda yang kena pupuk. Ia jadi seronok dan membahagiakan. Pak Mentua selalu cakap, “awak kenalah minat, tak minat tak jadi.” Iya sungguh. Betul! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Peminat Facebook.

Ada lagi 252 balang gais! Pulun kasi habis jom! Support kami di jualan LELONG ini. Hanya RM10 sahaja. Kuah Kacang Segera Makc
Ada lagi 252 balang gais! Pulun kasi habis jom! Support kami di jualan LELONG ini. Hanya RM10 sahaja. Kuah Kacang Segera Makcik Ani ini hanya perlu letak air panas sahaja tau. Senang sangat nak buat. Klik sini okeh! Lusa kami usahakan kurierrr: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Jika kita sedang stress, sangkut tak dapat selesaikan masalah, terganggu sangat selepas kena marah, kena bantai dengan superior atau sesiapa, buat ini: 1. Pandang jam dan apabila sampai sahaja jarum saat ke nombor 12, tarik nafas sampai jarum nombor 1. Kemudian hembus sampai jarum nombor 2. Ulang sampai ia kembali ke nombor 12. - tarik nafas dalam-dalam akan buat kalian sedikit lega. 2. Ambil kertas, pegang pen. Genggam pen atau pensil sekuat-kuatnya 10 saat. Dan lepaskannya perlahan-lahan 10 saat juga. - tekanan kepada tangan dan melepaskannya perlahan-lahan akan buat badan anda ikut lega. 3. Gunakan kertas tadi, tulis kembali apa masalah yang dihadapi. Tulis secara nombor. Letak 1, 2, 3 secara tersusun. 4. Kemudian letak ranking mana yang paling priority mana yang paling lemah keutamaan. 5. Mulakan kerja ikut keutamaan. Fokus! 6. Kalian akan mula perasan kerja akan siap satu demi satu. Banyak macam mana pun akan siap. 7. Jika kembali stress, ulang langkah 1 dan 2. 8. Azan sahaja, terus tunaikan solat. Dapat solat ba'diah dan qabliah adalah bonus. Menunaikan solat, membaca dan memahami apa dalam solat akan buat jiwa tenang. Relaks dan kool. Pergerakannya pula akan buat pelancaran darah yang bagus. Tenang dan perlahan-lahanlah. 9. Dalam sujud terakhir, doa setiap urusan yang kita buat hari itu Allah mudahkan. 10. Kemudian selepas solat, istighfar 3 kali, doa dan bangun kembali. Kalian akan perasan yang semua yang kalian lalui adalah pelajaran. Kena marah, pelajaran, Kena hina, pelajaran, Kena bantai mental, pelajaran. Dapat bonus, pelajaran, Dapat team bagus, pelajaran. Semua baik buruk, adalah pelajaran. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

Sambutan kelas ini memang luar biasa bulan lepas. Biarpun kelas telah tamat, masih ramai nak sertai dan dapat segala teknik b
Sambutan kelas ini memang luar biasa bulan lepas. Biarpun kelas telah tamat, masih ramai nak sertai dan dapat segala teknik bagaimana seorang content writer boleh jana RM5,500 sebulan. Atas sebab permintaan tinggi, kami berbesar hati untuk beri akses rakaman kelas ini dengan harga promosi. Cuma RM45 sahaja gais. Kalian dapat tonton rakaman berulangkali dan boleh ajukan sebarang persoalan mengenai kelas dalam group support telegram eksklusif kami. Lekas gais, daftar terus sekarang. Kita buka untuk 15 orang sahaja hari ini. Lepas ini, ia kembali ke harga asal iaitu RM155.00. Terus tekan link di bawah: https://bit.ly/35G5KKT https://bit.ly/35G5KKT https://bit.ly/35G5KKT

"Saya tak banyak sangat tolong isteri saya di rumah kerana saya banyak habiskan masa kerja di luar. Beliau suri rumah dan jaga ke lima-lima anak saya." Beliau duk nasihatkan saya tentang bagaimana rezeki kita ini masuk melalui kita ini ringan tangan dan ringan tenaga kepada isteri. Beliau merupakan tokoh usahawan yang sering kita jadikan contoh sebagai peniaga yang merendah diri walau sudah kaya raya. Saya pohon berkali-kali untuk letak nama beliau dan gambar kami bersama, namun beliau tak izinkan, anak dan isterinya juga sama tak benarkan. Saya akur sahajalah kerana mereka masih beri saya bercerita. Saya pelik juga apabila beliau kata beliau tak tolong sangat di rumah, jadi mengapa mahu nasihatkan saya begitu. Rupanya beliau cakap benda mudah sahaja: "Apabila kita bangun awal, kita cucilah tandas itu sendirian. Sudah siap semua, kejutkan isteri untuk solat subuh. Selepas solat, lihat telefon dia kalau baterinya dah nak habis, tolong caskan. Biasanya isteri saya dah siapkan baju semua. Saya akan ambil, pakai. Kemudian hanger saya letak di tempat yang beliau biasa menggosok baju. Saya suka sekali waktu dia bangun ke tandas, saya pula dah siap mandi, saya akan kemaskan katil. Kalau saya dah nak pergi kerja, saya make sure saya yang hulur tangan kepada dia. Bukan dia yang beriya datang kepada saya, dia sedang sibuk dengan anak-anak, jadi saya perlu bantu dia untuk dapat "salam" saya. Itu semua kunci rezeki kita semua. Saya suka telefon dia waktu nak balik ke rumah. Saya akan tanya dia masak atau tidak, kalau dalam 6.30 petang dia belum mula masak, maka saya tahu dia tak sempat kerana uruskan anak-anak, jadi saya kata tak apa saya beli sahaja untuk semua. Dan dia sangat happy. Waktu kita mula berniaga atau buat apa sahaja, jadikan semua ini rutin sampai kita tak perasan kita dah lakukan benda sama berpuluh tahun. Kita tak sedar yang Allah beri kita lebih banyak apabila kita lakukan semua ini. Isteri adalah hati sebuah rumah. Kalau kita tak jaga, dia takkan beri positiviti rumah itu, ia mesti disusun dan disempurnakan dengan banyaknya sistem sokongan kiri kanan depan belakang. Kita yang tentukan bagaimana kita nak jemput rezeki masuk ke rumah kita. Jadi buatlah baik dengan pasangan masing-masing, jadi suami, jaga isteri. Jadi isteri, jaga suami." Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi. Alhamdulillah.

Jika kata begini kepada sesama usahawan: "Kau kena ada mindset bisnes, tak boleh mindset kerani! Mindset kerani, dia akan buat kerja dengan arahan, selepas habis kerja, dia akan balik dan rehat." Usahawan itu akan faham tanpa ada sedikit pun berkecil hati. Namun jika ayat di atas disebut kepada para kerani, mereka akan berkecil hati, sedih, kecewa dan sangat menyesal mengenali kita. Mereka berusaha nak hidup dan direzekikan menjadi kerani adalah sebuah syukur yang amat besar. Tak boleh sesekali kita pertikai dan gunakan ayat itu konon mereka itu malas dan sebagainya. Kawan-kawan, hendak bercakap, fikir. Hendak bergurau, fikir. Hendak marah, fikir. Letak prinsip kepada diri semua benda ada tempatnya. Tak sama saiz, tak sama bentuk. Takkan boleh orang nak bersukan memakai kasut kulit dengan tapak keras keletuk keletak. Takkan mungkin juga orang nak menunaikan ibadah dengan pakaian seperti mahu mandi. Semuanya ada adabnya. Ingat ini, Pertama, semua perkara ada tempatnya. Kedua, semua hal ada adabnya. Hilang dua ini, pandailah belajar sampai ke tangga paling tinggi di dunia, kayalah sampai memiliki semua gunung di atas bumi, Takkan dapat hormat, takkan dapat doa, takkan dapat syurga. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nasihat untuk diri sendiri juga.

Ramai tanya soalan ini, "kami baru bermula nak menulis content, kelas ini sesuai tak untuk kami?" Jawapan: Sesuai sangat. Kel
Ramai tanya soalan ini, "kami baru bermula nak menulis content, kelas ini sesuai tak untuk kami?" Jawapan: Sesuai sangat. Kelas ini bukan sahaja akan menerangkan kepada kalian apa nak buat sebagai pemain content di media sosial, bahkan kami berikan sesiap template posting untuk kalian tarik crowd selama 1 bulan. Jika kalian ada produk dan servis untuk dipromosikan, kami turut beri kalian template copywriting sales. Template itu kalian hanya perlu gunakan dan edit mengikut panduan serta produk kalian sendiri. Semua itu kami berikan secara percuma selepas kalian daftar dan hadir ke kelas Ahad 6 Februari ini. Sekarang ini ada 19 seat lagi pada harga istimewa iaitu RM99.50. Lepas ini harga naik ke RM124.75. Lekas daftar, terus tekan link di bawah: https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8 https://bit.ly/3KNcGG8

3 "deep" yang buat hidup kalian akan jauh lebih berjaya dari tahun lalu. 1. Deep work. - mesti kena ada fokus yang super power tanpa ada gangguan sekitar 6-8 jam sehari. - bermula dari checklist sampailah kepada bagaimana nak hadapi krisis harian. - ianya tentang fokus, disiplin dan komitmen. 2. Deep sleep. - mesti kena ada rehat yang cukup. - sebelum tidur, pastikan badan dah bersih. Jiwa dah bersih, maafkan orang dan sentiasa positif. - ia bukan tentang berapa jam kita tidur. Ada orang 4 jam deep sleep pun memadai. Ia tentang bagaimana kita guna otak kita seharian. 3. Deep Gratification. - sentiasa melimpah kesyukuran kepada Allah atas apa yang kita dapat hari ini, semalam dan akan datang. - susun terus nak syukur apa. Sentiasa dalam diri mengharap bantuan dari Allah atas apa sahaja yang berlaku. - sama ada baik atau tak, pasti bersyukur dapat lalui kerana yang baik itu pelajaran, yang buruk itu pengajaran. Kawan-kawan, Kita susun apa yang kita nak capai. Untuk pergi sentuh kasi benda itu berjaya, kita sendiri kena pastikan kita boleh kawal diri kita. Kalau kerja sejam, rehat sejam, nak sambung kerja ja gosip dulu, tv dulu, diganggu sana sini begitu begini, maka kita sendiri pun tahu apa hasilnya kemudian. Gangguan memang ada, tinggal kita sahaja nak atasi atau nak hadap ia baik-baik dan susun sebaiknya. Kita nak berjaya, mesti lakukan kerja cara orang berjaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bismillah.