Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 361 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 915 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 361 名订阅者。
根据 16 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -373,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.97%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 534 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 17 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 361
订阅者
-424 小时
-927 天
-37330 天
帖子存档
36 361
Dendam terbaik ialah tiada dendam. Jalan terus, bahagia, gembira dan bantu orang lain. Hidup aman, mati tenang.
36 361
Salam semua. Boleh tak minta bantuan untuk semua ke akaun Tiktok kami yang terbaru ini. Kami perlu 1,000 follower untuk kami letak link CTA.
Bantu kami bolehhh.
Klik sini
https://www.tiktok.com/@omminakshare?_t=8eBmewhJOS1&_r=1
Terima kasih semuaaaa
36 361
Sekiranya kalian sedang down dengan berbagai hal, buat ini:
1. Tak perlu tunggu sesiapa untuk teman minum kopi atau makan. Beli sahaja, makan. Beli sahaja, minum. On tv atau Netflix, layan. Hanya kita kawal diri kita untuk terus happy. Bersendirian tanpa teman tak bermakna tak boleh happy okeh.
2. Sekiranya kita dikritik, tenang. Telan sahaja dan letak dalam kepala "kita kenal diri kita, kita takkan boleh kawal apa orang lain fikir tentang kita." Biarkan sahaja ia berlalu.
3. Tak semua orang memahami dan nak memahami perjalanan hidup kita. Ada yang akan persoal, ada juga akan pertikai, ada juga yang cakap ya di depan dan di belakang akan bantai. Tenang, diamkan sahaja. Hanya jawab apabila ditanya. Waktu belum berjaya semua tak peduli, tunggu kau dah berjaya dan kaya, semua nak dengar cerita kau.
4. Mindset adalah 90% kekuatan. Bukan badan kau, bukan hati kau, bukan fikiran kau, tapi kekentalan kau meletakkan mindset.
Mindset akan ada tujuan. Dengan ada matlamat tersebut akan timbul fokus. Apabila dah ada fokus, kita akan berdisiplin untuk berusaha dan berjaya, akan ada rutin, akan ada semangat dan motivasi. Jadi letak mindset betul-betul. Jangan tersalah.
Letak terus;
Umur 25 nak kahwin.
Umur 35 nak beli rumah.
Umur 40 nak belikan emak abah rumah, kereta
Nak sedekah 10 orang sehari.
Nak bantu 10,000 orang setahun.
Letak itu sebagai mindset dan kita akan mula boleh capai!
Gais, kita jauh lebih kuat dari apa yang orang kata. Kita kenal diri kita. Bangkit dan perjuangkan nasib kita sendiri okeh!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah!
36 361
Saya bersyukur ramai yang terus support alhamdulillah. Ikutkan hari ini hari ke-6 jualan ebook "Kenapa Saya Gagal" ini dibuat dan kalian akan terima total 13 buah ebook saya. Bayarlah berapa pun, kalian akan terima semuanya.
Hari jumaat ini, saya kempen lagi mana tahu masih ada yang tak tahu dan nak dapatkan semua akses ebook saya ini. Silakan ya.
Terima kasih sangat-sangat yang terus support, saya hargai sangat-sangat.
*
Saya jual semua ebook saya dengan harga yang kalian boleh bayar berapa sahaja. Saya terima ja berapa-berapa pun.
Harap benar esok atau lusa boleh bayar semua terus semua hal perundangan dan saman-saman ini. Doakan ya.
Beli Ebook ini, dapat 12 lagi ebook.
Klik sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.
Maybank KHM Foodies
562263564754.
Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice
Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu.
Terima kasih yaaaa! Kot boleh tag sesiapa dan share, juga amat saya hargainya.
36 361
Beberapa jenis buku wajib dibaca untuk kalian mula menulis #content di media sosial:
1. Buku berkaitan dengan topik yang telah dipilih untuk ditulis. Ia akan membantu kalian mendapatkan idea dan meluaskan pandangan tentang apa yang kalian nak tulis.
Contoh:
Suka memasak, buku resipi.
Suka travel, travelog.
Suka berkebun, buku tentang pokok dan sebagainya.
Suka bersukan, buku tentang kesihatan badan dan sebagainya.
2. Novel. Ia akan membantu kalian menulis ayat yang ada emosi terhadap satu-satu hal. Hanya novel sahaja mempunyai kisah keluarga, cinta, kehidupan dan masyarakat.
Contoh novel yang bagus dijadikan rujukan:
Padang Bulan, Andrea Hirata.
Kunang Pesisir Morten, Raiha Bahaudin.
Merantau Ke Deli, Buya Hamka.
Maryam, Okky Madasari.
Bahalut, Faisal Tehrani.
Dentang, Saharil Hasrin Sanin.
Bidadari Bermata Bening, Habiburrahman El-Shirazy.
Surat Kecil Untuk Tuhan, Agnes Davonar.
Perjudian, S. Othman Kelantan.
Dan banyak lagi.
3. Buku rujukan agama tentang kisah nabi / kisah-kisah di dalam Al-Quran / tafsir Al-Quran. Ini untuk kalian mudah faham bagaimana satu-satu perkara yang kita nampak, kita lihat, kita dengar ada batas-batas agama yang kita kena ikut untuk fikir sama ada wajar atau tidak disebarkan. Yang saya sering rujuk ialah:
Surah Yusuf - Tafsir Al-Quran.
Menggapai Bintang - Kisah di dalam Al-Quran, Ustaz Syaari Abdul Rahman,
Kisah-Kisah di Dalam Al-Quran, Dr. Hamid Ahmad Ath Thahir.
When The Moon Split - Saifur Rahman Mubarakpuri
Dan banyak lagi.
***
Jadikan teman rapat buku-buku begini untuk kalian baca. Kalian akan dapat momentum untuk mula menulis.
Kebiasaannya ia akan memberi kalian banyaknya idea, dan apabila ia berlaku, mudahnya kalian nak menulis.
Buku-buku ini bukan untuk dicopy-paste isinya, ia adalah untuk rujukan sahaja. Kita baca, perkataan akan masuk dalam kepala, dan itulah yang kita akan hamburkannya keluar nanti.
Tak membaca, tiada perkataan dalam kepala, dan kita akan tersangkut kerana mencari-cari ayat sesuai.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Baca lagi dan lagi.
36 361
Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga:
1. Setiap dari siapa yang kalian nampak dia sudah berjaya, ada berpuluh tahun dia pernah gagal dan bangkit kembali tanpa pernah putus asa.
2. Apabila hati kalian hancur, waktu itulah otak kalian cergas, cerdas dan hebat bekerja.
3. Hargai pasangan yang sentiasa penat menanti di rumah, sabar memberi secawan kopi apabila kita pulang dengan penuh gagal, orang ini adalah orang yang sama akan melihat kita senyum apabila kita berjaya nanti. Peluk dan hargailah sampai bila-bila.
4. Jika Allah buat kamu ternanti-nanti jawapan mengapa masih gagal, siap sedialah untuk terima hadiah besar apabila berjaya nanti. Tawakkal, reda dan berusaha habis daya tanpa pernah putus asa.
5. Setiap hari, rancang untuk pergi makan bersama dengan orang yang pernah berlapar semasa kita susah dahulu.
6. Akui sahaja yang kita pernah tumbang, gagal, hancur dengan ramainya hilang kawan, putus persahabatan kerana kita masih orang sama yang lambatnya berjaya. Dan apabila sudah berjaya, layan baik-baik orang ini, itu adalah kebaikan yang dituntut. Dendam hanya bawa aura negatif dan banyaknya keburukan.
7. Kematangan itu bukannya datang dari kita bersembang benda-benda besar dan kita mahu menang mempersoal itu dan ini, ia adalah kefahaman terhadap apa yang dibincang dan menghormati setiap apa yang orang sedang utarakan.
8. Sampai satu tahap, diam adalah aktiviti terbaik dalam hidup. Melihat, memandang dan mendengar adalah proses paling bijak dalam berjaya dan terus fokus nak dapat apa yang kita tuju.
9. Satu benih itu diam-diam sahaja dia tumbuh membesar, namun pokok yang mega akan buat bunyi yang kuat semasa tumbang. Ingat, nak berjaya, tak perlu pumpang-pumpang beritahu orang itu orang ini, diam-diam sahaja, ia adalah kuasa paling hebat untuk bina apa sahaja empayar.
10. Kejayaan yang perlahan akan bina sikap baik, merendah diri dan banyaknya pelajaran, manakala jika ia terlalu laju, menang itu menang ini, boleh jadi ia akan banyak ego dan sombong. Hati-hati.
Begitulah.
Semoga bermanfaat kawan-kawan.
Esok kita menjual lagi!
Khairul Hakimin Muhammad,
Motivasi peniaga sampai tidur pun masih berfikir.
36 361
Menjawab sesetengah kalian yang mengatakan saya "drama" sahaja tentang surat waran tangkap 4 hari lepas. Beberapa orang peguam buat semakan dalam EFS Mahkamah, memang ada kes kami.
Komen ini ada dalam dalam posting tersebut namun mungkin terlalu banyak orang komen, maka tak perasan dengan komen ini.
Semalam, saya dapat lagi kisah akan ada tuntutan sivil. Kali ini melibatkan RM84,000. Lagi banyak dari ini.
Ini kerana jadual pembayaran ada tertunggak total dalam RM320,000, dah bayar dalam RM224,000 namun bakinya saya masih tak berjaya kumpulkan duit. Jika tak dibayar sehingga hujung julai ini, kena lagi sekali ke mahkamah.
Ini sisi dunia bisnes yang kalian kena tahu. Serba serbi kena membaca. Sejak saya dapat waran tangkap, barulah saya cari buku tentang undang-undang ini. Baca sana sini setiap hari.
Hutang tetap kena bayar. Hutang bisnes ke hutang peribadi ke, wajib. Cuma nak mencari jalan membayar itu sahaja kita kena berpijak di bumi nyata. Orang nak mengata, itu hal orang. Kita kena berusaha ikut kapasiti dan limitasi yang kita ada.
Saya menulis dan penulis, saya ada ebook-ebook yang bermanfaat untuk kalian miliki. Jadi saya jual ini dahulu.
Saya perlukan dana untuk membayar apa sahaja yang datang bulan ini. Walau masih bayar sana sini ikut kemampuan, kena juga dikejar dan mula nak dimasukkan dalam kes-kes mahkamah.
Setakat ini hari ini saya masih teruskan menjual ebook-ebook saya dengan harga yang kalian letaklah sendiri.
*
Jika kalian beli ebook ini, kalian akan dapat 12 lagi ebook. Total dapat 13 ebook. Ebook yang kalian akan beli ini adalah tentang kegagalan saya. Kemudian kalian akan terima lagi ebook lain tentang pembangunan media sosial dan juga ebook-ebook inspirasi.
Klik sini ya kawan-kawan:
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.
Maybank KHM Foodies
562263564754.
Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice
Terima kasih yaaaa!
36 361
Okey je gais. Mana yang kita pernah bantu, pernah letak dia di sebelah kita sebagai orang paling rapat, pernah duduk sebelahnya waktu dia berada di titik paling rendah, sentiasa menghormati keluarganya, ibunya, bapanya, membantu ahli keluarganya, kemudian apabila dia sudah berjaya dia gigit kita semula dan mahu menunjuk-nunjuk dia boleh jadi seperti kita atau melawan kejayaan kita, siap mencuri itu ini dan berbuat jahat di belakang kita, itu semua normal.
Itulah kehidupan. Lalui sahaja. Senyum sahaja. Sebut alhamdulillah. Tak ada apa nak disesalkan, semua yang kita pernah berbuat dahulu adalah kebaikan dan pahala.
Semua dicatat dan semua diangkat. Okey sahaja. Buat baik dibalas baik itu syurga. Buat baik dibalas jahat itu pahala. Bersyukur.
😘😘😘
#KHM
36 361
Kita takkan dapat terus apa kita nak. Setiap apa kita buat, itulah yang dinamakan sebagai proses.
1. Setiap kali kita siram pokok, bukan waktu yang sama pokok terus berbuah. Jika kita fikir pokok akan terus berbuah pada waktu kita siram, maka kita sendiri akan berpenat nak siram pada setiap masa.
2. Kalau kita fikir pokok tak beri manfaat pada waktu kita siram, kita baja, kita akan rasa pokok tak berguna. Sebab kita nak time-time tu juga pokok keluarkan buah. Mindset kita nak cepat, maka kita akan menyesal.
3. Percaya kepada proses. Siram sahaja, baja sahaja, jaga sahaja.
4. Waktu ia mula berbunga, jaga lebih rapi. Waktu dah berputik, mula balut. Semuanya adalah proses.
5. Sama dengan kehidupan kita. Kita takkan dapat terus apa kita nak dan usaha. Ia sebuah perjalanan. Kalau waktu kita berbuat dan berusaha kita dah putus asa, maka kita yang rugi. Kita yang akan menyesal.
Alami proses tersebut. Kadang-kadang pokok dipijak babi. Kadang-kadang dihenyak segala ulat. Semuanya kena bertahan dengan berbagai ubat dan pagar sana sini.
Terus tabah kawan-kawan, kita jadi lebih kuat selepas lalui semua proses ini.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Bismillah.
36 361
Nah mana yang kata saya propa ja.
Sesungguhnya saya tak tahu ada panggilan ke mahkamah pada 5hb julai. Kalau tahu, confirm pergi.
Yang ini waran tangkap dah keluar. Bukannya tak bayar tapi ada yang tertunggak sana sini. Total dalam 400k, dah bayar 300k lebih tapi kalau nak kena, kena juga. Yang disaman ini sekitar dalam 28k begitu. Nak tak nak kena hadap.
Kalau ada yang kata saya propa, lantak hang. Mana yang terus support, alhamdulillah. Saya tak minta derma, tak minta sumbangan, tak minta bantuan kewangan dalam bentuk meminta-minta wang. Saya berniaga.
Saya jual semua ebook saya dengan harga yang kalian boleh bayar berapa sahaja. Saya terima. Harap benar esok atau lusa boleh bayar semua terus. Doakan ya.
Beli Ebook ini, dapat 12 lagi ebook.
Klik sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
Mana nak transfer kemudian isi borang dan isi bukti pembelian, boleh juga.
Maybank KHM Foodies
562263564754.
Sekiranya ada masalah, boleh terus hubungi team saya di talian: https://linktr.ee/khmcustomerservice
Mohon sangat sebarkan. Saya perlu sekitar RM28k esok untuk tutup kes ini terus.
Jika seorang beli dengan harga RM10, maka saya perlu 2,800 orang untuk membeli.
Jika seorang beli dengan harga RM100, maka saya perlu 280 orang membeli.
Mohon sangat bantuan semua dapatkan ebook ini ya. Kalian bantu saya, kalian juga dapat ebook dan ilmu.
Terima kasih yaaaa!
36 361
Nak jadi orang hebat, belajar kawal diri saat diganggu pada setiap suasana. Saat sedap rehat, kena kacau. Saat dengan keluarga kena kerja, saat sibuk kena santuni itu ini. Itu semua Allah pilih untuk kita hadap. Berjaya lalui semua itu, tengoklah bagaimana kalian boleh hadap 1,000 kali badai emosi dan gangguan di hadapan.
Waktu itu kalian akan cakap “patutlah Allah sediakan aku jalan yang dulu tu, rupanya nak suruh aku sampai ke puncak sekarang.”
Kalau kena ganggu sikit, marah.
Kena kerja sikit, stress.
Kena buat itu ini tak boleh rehat, mengeluh.
Saya cakap terang, kalian akan kekal di tempat sama beratus tahun lagi. Allah uji orang yang Dia tahu orang itu boleh hadap atau tak. Kalau kita terima dah ujian itu, namun kita menolak dan tak mahu hemah dan sahsiah melaluinya, maka kita sedang menolak rezeki belajar dari Tuhan kita sendiri.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit dan ubah mind set jom!
36 361
Baru nak bermula semula. Doakan semoga episod bersama OmmiGlobal ini Allah permudahkan, Allah lindungi, Allah sayangi dan Allah permurahkan rezeki buat kami semua.
Kali ini;
✅ komisen dibayar 2 kali sebulan.
✅ penghantaran 5-7 hari.
✅ customer service cakap melayu, berbahasa melayu dan semua perkara diberitahu dalam bahasa melayu.
✅ sistem kemas boleh lihat siapa beli, siapa di bawah kita juga siapa aktif / tak aktif tanpa selindung sedikit pun.
✅ boleh share link sahaja untuk pelanggan buat pembelian.
✅ ada sistem latihan berterusan dan komprehensif untuk para affiliate. Siap ada website tersendiri untuk sistem latihan. Ommi Training Centre.
✅ bahan media, bahan jualan dan pemasaran, copy writing, strategi semua diberikan percuma.
✅produk ada warranty, user manual, cara guna, resipi semua diberikan.
✅ pendaftaran affiliate, sekarang percuma, bermula 16hb pendaftaran percuma ditutup dan siapa nak daftar kena beli produk dulu.
✅ komisen bagus. Jual 1 dapat RM80. Kalau sehari jual 1, RM80 x 30 hari = RM2,400 begitu sahaja. Bayang juga kalau dapat jual 10 sehari, jadi boleh dapat RM24,000 sebulan. Kalau jual 100 sehari, boleh dapat RM240,000 sebulan. Siapa rajin, dia dapat. Siapa berusaha, dia dapat.
Doakan ya kawan-kawan, berdebar nak bermula semula. Saya nak jalan terus dan move on. Kisah lama memang orang akan ungkit, namun ini kisah baru.
Untuk beli dan sertai team saya, kalian buat pembelian di sini ya, kita sama-sama pecut membina pendapatan di dapur rumah. Bismillah.
Klik sini, RM590 sahaja tidak termasuk kos pos. Kos pos RM25 Semenanjung, RM130 Sabah dan Sarawak. Sertai team saya jom. Beli di sini:
https://ommi.my/products/ommi-xd-a08?sca_ref=3970592.gaR5ErHu8n
Kita buat awal, kita akan jadi orang paling awal membina team. Bismillah.
36 361
Dari cakap "stay positiflah, takkanlah benda gitu pun kau tak reti", lebih baik cakap "pasti susahnya nak lalui keadaan itu kan. Insya-Allah ia sekejap sahaja dan Allah akan beri yang lebih besar selepas ini, terus kuat, aku bantu kau ya."
Dari cakap "tenang jelah, semua orang pun diuji. Janganlah rasa teruk sangat," lebih baik cakap begini "sekarang benar kita akan rasa sangat susah. Penat jangan cakaplah, tapi kalau kau ada rasa perlu bantuan aku, cakap ja, aku akan bantu mana aku mampu ok?"
Dari cakap "semua benda berlaku ada sebabnya, kena rajin berfikir." Lebih baik cakap begini "semoga kau kuat, aku sentiasa ada untuk kau. Beritahu sahaja, aku bantu."
Kawan-kawan,
Masa sukar begini, banyakkan berniat dan terus sahaja bantu. Bukannya memberi nasihat dan ada unsur sindir seperti mereka itu bodoh benar tak tahu nak buat apa. Boleh jadi otak dah jem, runsing dan gelisah tak tahu nak buat apa-apa. Normal manusia begitu.
Boleh bantu, bantu.
Tak boleh bantu, diam.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sama bantu. Bismillah.
36 361
Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini.
6 bulan = 182.5 hari.
Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari.
182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini.
Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari.
182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini.
***
Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya.
Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content.
1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku.
2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word.
3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini).
4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja
5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya.
6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story.
7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content.
8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan.
9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up.
10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.”
Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi.
Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus.
Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kaya, mulakan sekarang. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 361
- letak matlamat, letak objektif nak jadi apa lagi 3 tahun.
- kemudian fokus. Apabila dah ada fokus, akan timbul disiplin yang super super kuat.
- buang halangan dan gangguan. Buang tepi kawan yang selalu cakap banyak, merendahkan kita dan sering perlekeh. Tak apa sendirian, fokus!
- masuk kelas, cari cikgu. Berhenti pergi tanya orang yang salah!
Lihatlah selepas 3 tahun kalian jadi apa.
Bismillah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita kawal diri kita sendiri untuk cipta masa depan.
36 361
Link pembelian telah dibuka. Bismillah.
Harga Ommi Thermal Blender ini ialah RM590
- jug boleh memasak, kaca, tahan lasak, tahan panas.
- jug grinder.
- ada lebih 12 fungsi memasak, blend dan grind.
Penghantaran 5-7 hari insya-Allah. Ready stok.
Klik sini sekarang ya:
https://ommi-my.myshopify.com?sca_ref=3970592.gaR5ErHu8n
https://ommi-my.myshopify.com?sca_ref=3970592.gaR5ErHu8n
36 361
Hai semua.
Jemputan kepada semua, saya juga sudah di sini.
Klik sini ya:
https://www.threads.net/@khairulhakiminmuhammad
36 361
Dalam apapun perkara kita nak buat, jadi macam pilot kapal terbang.
1. Mereka minta pramugari maklumkan keselamatan, kemudian beritahu dah nak take off sebentar lagi (bukan semua perkara bos yang kena maklumkan kepada semua team / audien, kena guna orang lain juga).
2. Kemudian tau-tau akan diberitahu dah nak sampai (share wins only).
3. Sepanjang perjalanan, tak ada kasitau lalu atas negara apa sekian-sekian (proses tak dimaklumkan).
4. Yang diberitahu sekiranya ada awan tebal, kena pakai seatbelt atau duduk di tempat masing-masing (semua ujian, cabaran, kesusahan kena dimaklumkan supaya semua faham).
5. Hanya pilot boleh halau sesiapa keluar dari kapal. Hanya pilot juga boleh kawal, perintah sama ada nak bawa atau tak kapal tersebut. (Ketua kena bijak buat keputusan).
Ha, jadi pilot okeh.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari belajar sama-sama.
36 361
Ada tiga cara untuk menaikkan kreadibiliti penulisan di Facebook:
1. Menulis story telling - Pastikan kisahnya sahih.
2. Membuat ulasan - Pastikan beri impak positif.
3. Menulis Info, Fakta dan Tips - Pastikan benar dan terbukti.
#KHM #TipsMenulisdiSocmed
36 361
Kalian beli 1 ebook, dapat lagi 12 ebook percuma. Tak kisah berapa harganya, bayar ja, boleh beli di sini ya
https://bykhm.onpay.my/order/form/249
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
