ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 026 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 277,并在 马来西亚 地区排名第 905 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 026 名订阅者。

根据 12 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -306,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.48%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.23% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 622 次浏览,首日通常累积 1 134 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

凭借高频更新(最新数据采集于 13 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 026
订阅者
无数据24 小时
-787 天
-30630 天
帖子存档
Semoga tercapai 250 ekor kambing korban dan akikah, Semoga tercapai juga RM300,000 duit sumbangan. Semoga yang sedikit kami b
Semoga tercapai 250 ekor kambing korban dan akikah, Semoga tercapai juga RM300,000 duit sumbangan. Semoga yang sedikit kami bawa untuk 30,000 pelarian ini dapat beri mereka bahagia. Insya-Allah kami akan sampai sekitar kurang 3 minggu sahaja lagi. Doakan kami, 8 hari lagi nak cukupkan semuanya. Khairul Hakimin Muhammad, Rayuan untuk mereka, Klik sini: www.cintasyriamalaysia.com

Personal Branding Mudah https://ift.tt/2SAvkWX

Monday Sale 22.7.19 -77 Tips Pandai BerFacebook https://ift.tt/2Z5HedM

Pagi tadi dapat ilmu baru di surau. Insaf juga. Teguran untuk diri sendiri, saya sampaikan ya kepada kawan-kawan. Ini yang saya sempat taip di notes. Kadang-kadang kita kena tengok diri kita lebih banyak, lebih teliti dan lebih tekun. Selalu rasa sempit walau dah banyak kita rasa kita buat baik. Kita duk marah kenapa jadi begini kenapa jadi begitu. Dalam tak sedar, mungkin kita telah lakukan ini: 1. Sedekah, namun tidak berusaha bekerja. 2. Pemurah, namun tidak menjaga mulut. 3. Banyak memberi, namun suka menunjuk-nunjuk dan nak disebut-sebut. 4. Suka buat kebaikan, namun suka dipuji-puji dan ada rasa kecewa apabila orang tidak berterima kasih. 5. Banyak membantu ibu bapa, namun suka bergaduh sesama adik beradik. 6. Gemar berbelanja rakan taulan, namun kedekut dengan keluarga. 7. Suka berilmu namun rasa bagus dengan banyaknya berbahas. Semua 7 perkara ini akan jadi paku kepada tong-tong pahala kita. Ia akan membocor dan tiris semuanya perlahan-lahan. Jadi nak buka kunci rezeki tak sempat kerana pahala itu hilang begitu sahaja. Ia seperti kalian pergi ambil air di perigi menggunakan baldi yang bocor. Saat ambil ia penuh, dalam perjalanan ia hilang sedikit demi sedikit, lalu perlu ulang lagi dan lagi sampailah kita perasan yang bocor itu perlu ditutup dahulu barulah kita dapat sepenuhnya. Mari kita tutup dan tampal semua bocor-bocor tersebut ya. Semoga semua amal baik, dapat membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Teguran untuk diri sendiri juga.

Puan Has beritahu jualannya setakat 20hb (semalam) ialah RM24,865. Saya tanya, “ok ke tak banyak tu?” Beliau jawab, “tak pernah lagi capai sampai macam ni. Biasanya RM5-6k je sebulan.” Saya tanya lagi, “apa yang puan buat sampai boleh jadi RM24k? Boleh puan tulis 5 perkara yang puan buat dan ianya menjadi?” Jawapannya ialah: 1. Pagi-pagi tak perlu tulis ucapan selamat pagi bagai, terus tulis #content ke, tips ke, kasi manfaat pagi-pagi di media sosial. Itu semua hadiah percuma kita kepada orang. 2. Kemudian lepas dua tiga jam, buat sahaja iklan. Setakat ini, alhamdulillah ada yang membeli. Saya syukur sangat. 3. Petang-petang, saya muat naik kehidupan saya dengan anak-anak. Nak bagi orang rasa percaya yang saya ini wujud, saya asli dan tak fake. 4. Walau follower saya baru 561 orang dan tuan jangan print screen sebab saya baru nak pergi daftar SSM, saya percaya yang semua orang boleh buat. Tulis je. 5. Malam-malam saya fokus membaca. Anak dah tidur, suami pun dah rehat, saya beritahu suami saya nak baca buku sekejap dalam 10 ke 15 minit. Saya puas hati sebab bila saya membaca, esok pagi saya senang je menulis. Saya tinggal nak buat bank content je. Lepas ni mesti saya lebih dapat banyak lagi income. Begitulah. Semua orang boleh. Ohya, Puan ini belum pernah pun viral lagi. Dan beliau takut nak viral, beliau berniaga brownies, kek dan biskut dari rumahnya sahaja. Dah ok nanti, semua dah cantik, kita bantu beliau upkan bisnesnya ya. Iya, hanya kena buat, pasang strategi dan konsisten. Khairul Hakimin Muhammad, Semua orang boleh kaya hari ini. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

photo content

1 jam lagi kawan-kawan nak dapat potongan harga 50% ini! Lekassss! Tuan Hafiz Mansor buat promosi hari ini sehingga jam 11.59 malam ini sempena hari lahir anaknya. Beliau sediakan 176 Template Story Telling ini asalnya dengan Harga RM197. Namun hari ini sampai tengah malam ini hanya #RM98.50 sahaja! 50% diskaun! Bukan senang nak dapat harga begini! Gunakan KUPON: DYAZARA01 untuk dapatkan diskaun 50% ini yaaa! Klik Link ini: https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 Lekassss.

“Abah, tahun ni abah pergi Syria juga ke?” Saya jawab ya. Insya-Allah. “Semua orang Syria tak dapat makan lagi ke abah?” Kami pun duduklah bersembang. Seperti biasa tunjukkan gambar-gambar supaya dia faham keadaan di sana belum ada perubahan malah makin teruk kerana rejim tak pernah berhenti mengebom dan menghancurkan bandar dan kampung-kampung. Masih tinggal dalam khemah, Masih makan barli, dhal, kentang, terung dan tomato setiap hari, Masih tiada kelengkapan rumah, Banyaknya kem masih tiada akses pendidikan serta sekolah, Lebih dari itu, hal rawatan, ubat-ubatan semuanya masih terlalu kecil untuk para pelarian ini. Hingga hari ini, sudah lebih 4.5 juta pelarian Syria berada di Turki sahaja, tidak termasuk di negara jiran dan Eropah lain. Dan yang mana berjaya menembusi sempadan dan dapat masuk, ia terus jadi penempatan buat mereka ini. Namun ia bukanlah syurga kecil seperti rumah-rumah kita semua. Khemah mereka itu hanya 8 kaki kali 6 kaki. Ada yang lebih kecil. Tiada bilik tiada langsung dinding-dinding. Itulah tempat nak memasak air, itu juga tempat tidur. Tandas semuanya berkongsi di luar. Hiduplah mereka di situ dari 2011 hingga sekarang. Dan pada setiap tahun selama 8 tahun ini, adalah NGO yang akan bawa daging korban untuk mereka menikmati sebungkus daging buat sekeluarga. Kita hari-hari boleh makan, boleh pilih nak makan apa, nak masak yang bagaimana. Di sana, kebanyakan mereka akan cincang semua daging ini hingga halus. Kemudian dimasak dengan api perlahan dan ditampal diroti bulat, dapatlah mereka makan beramai-ramai. Kawan-kawan, setahun sekali, inilah masa untuk kita bantu mereka semua. Mana yang mahu korban, kita jalani ibadah ini di sana. Mana yang tak mampu, boleh sahaja sumbang berapa banyak yang kalian ada. RM1, RM2 semua kami terima dan akan bawa ke sana nanti. . Pembayaran boleh terus di bank in kan ke Akaun Rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia: Maybank: 562834640983 . ATAU . Pembelian kambing atau sumbangan projek qurban secara atas talian di: . http://bit.ly/ProjekQurbanCSM http://bit.ly/ProjekQurbanCSM . SASARAN : 250 EKOR KAMBING HARGA : RM1000 (SEEKOR) . Inboxkan maklumat berikut ke emel kami – cintasyriamalaysia@gmail.com: . 1) Nama penyumbang: 2) Nama yang ingin diniatkan untuk Qurban atau Akikah (jika berlainan dari penyumbang): 3) Jumlah kambing: 4) Bukti (resit) bayaran penyertaan. . Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di whatsapp: HQ kami di +01136852190 . Ayuh! Juga jemput share ya! Mana tahu ada saudara atau kawan kita mahu menunaikan korban juga.

Posting Kehidupan dan Elemen Peribadi https://ift.tt/2GmYN1J

Salam semuaa! Saya share berita baik ini ya, Tuan Hafiz Mansor buat sales hari ini sempena hari lahir anaknya. Beliau sediakan 176 Template Story Telling ini dengan Harga RM197. Namun hari ini sampai tengah malam ini hanya RM98.50 sahaja! Gunakan KUPON: DYAZARA01 untuk dapatkan diskaun 50% ini yaaa! Klik Link ini: https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 Lekassss.

photo content

Saya, Musa Nuwayri, Cikgu Ahmad, Barakat Nordin dan Lotfi duduk bersembang di Pejabat #CintaSyriaMalaysia. Kemudian loceng berbunyi, Cikgu buka pintu dan ada orang jual sandwich berdiri di situ. Dia tanya nak tak sandwich yang dia jual. Kami pun belilah juga. Sambil itu kami tanya-tanya juga. Kami tanya ok ke jualan, “dia jawab ok alhamdulillah, buat full time siap ada shift setiap hari. Orang rumah buat, saya jual. Satu hari 200 pek habis, 2 pek RM5 bang.” Beliau siap cakap doakan dia berjaya! Kami pun amin aminkan terus. Saya terus buat kiraan. 2 pek = RM5. 200 pek = RM500. Sehari beliau dapat RM500, jika beliau buat 30 hari, maksudnya jualan bulanannya ialah RM15,000. Beliau pergi dari pejabat ke pejabat, kedai ke kedai, sekolah ke sekolah, ikut shift. Dan itulah yang terjual. Paling seronok beliau kata “habis! Alhamdulillah.” Kami tadi terus rasa, Musa dan Cikgu kata sedap ya amat. Terus ada yang cakap, “ini mesti sebab Allah tolong kerana abang yang jual itu sangat berusaha. Sebabkan dia rajin berusaha, Allah jadikannya sedap, orang suka. Hari-hari ternanti nak beli dan terus menjadi kesukaan orang. Itu bestnya bila berusaha.” Sungguhlah kawan-kawan, Hari ini mana ada orang nak tebalkan muka nak jual sana sini apabila dia hilang kerja atau tak tahu nak buat apa. Semua jadi segan, jadi malu dan sanggup tak berbuat apa-apa. Benar kawan-kawan, mulakan dengan apa yang kita ada, jual sungguh-sungguh, Allah akan tolong gais. Pasti! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rasa macam kena lempang petang-petang begini.

Content Marketing Masterclass https://ift.tt/2SodSVG

Di media sosial, sesiapa sahaja boleh menulis. Semua, sama ada anak kecil, orang dewasa, pandai, hartawan atau dermawan, semua boleh membuat posting mengikut keseronokan diri sendiri. Namun sebagai orang yang berniaga, kalian perlu susun setiap content kalian mengikut matlamat kepada posting tersebut. Ada 3 jenis susunan posting yang berbeza. Iaitu: Pertama, untuk kumpulkan pengikut. Posting jenis ini adalah yang disusun mengikut apa yang kita mahir, minat dan suka. Biasanya ia ditulis dengan konsisten dan mendapat pengikut yang ternanti-nanti postingnya. Ke-2, untuk mendapatkan engagement. Posting jenis ini tidak mempunyai jumlah share yang banyak. Namun komen serta like agak tinggi kerana ia dibina bagi mendapatkan reaksi berterusan dari audien. Jika reaksi itu naik, maka posting-posting lain juga akan meningkat engagementnya. Ke-3, untuk menjual. Posting jenis ini adalah yang memang untuk ditukarkan kepada duit. Ia biasanya dibuat dalam bentuk iklan secara soft sell atau hard sell. 2-2nya menjadi dengan baik. Kawan-kawan, 3-3 jenis posting ini tidak boleh dicampur adukkan matlamatnya. Focus buat 1 demi 1 dan susunlah mengikut masa yang sesuai. Buat bank, susun posting dan jadikan ia sebagai medan untuk membina empayar bisnes kalian. Ingat ini, Jika kalian sudah punya banyak ikan di dalam kolam, maka tebarlah jala. Namun jika hari-hari menebar jala tanpa ada ikan, maka kalian akan penat membuat benda sama namun tidak berapa banyak hasilnya. Susun, fokus, buat, dan konsistenlah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara, selamat pagi!

Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga: 1. Setiap dari siapa yang kalian nampak dia sudah berjaya, ada berpuluh tahun dia pernah gagal dan bangkit kembali tanpa pernah putus asa. 2. Apabila hati kalian hancur, waktu itulah otak kalian cergas, cerdas dan hebat bekerja. 3. Hargai pasangan yang sentiasa penat menanti di rumah, sabar memberi secawan kopi apabila kita pulang dengan penuh gagal, orang ini adalah orang yang sama akan melihat kita senyum apabila kita berjaya nanti. Peluk dan hargailah sampai bila-bila. 4. Jika Allah buat kamu ternanti-nanti jawapan mengapa masih gagal, siap sedialah untuk terima hadiah besar apabila berjaya nanti. Tawakkal, reda dan berusaha habis daya tanpa pernah putus asa. 5. Setiap hari, rancang untuk pergi makan bersama dengan orang yang pernah berlapar semasa kita susah dahulu. 6. Akui sahaja yang kita pernah tumbang, gagal, hancur dengan ramainya hilang kawan, putus persahabatan kerana kita masih orang sama yang lambatnya berjaya. Dan apabila sudah berjaya, layan baik-baik orang ini, itu adalah kebaikan yang dituntut. Dendam hanya bawa aura negatif dan banyaknya keburukan. 7. Kematangan itu bukannya datang dari kita bersembang benda-benda besar dan kita mahu menang mempersoal itu dan ini, ia adalah kefahaman terhadap apa yang dibincang dan menghormati setiap apa yang orang sedang utarakan. 8. Sampai satu tahap, diam adalah aktiviti terbaik dalam hidup. Melihat, memandang dan mendengar adalah proses paling bijak dalam berjaya dan terus fokus nak dapat apa yang kita tuju. 9. Satu benih itu diam-diam sahaja dia tumbuh membesar, namun pokok yang mega akan buat bunyi yang kuat semasa tumbang. Ingat, nak berjaya, tak perlu pumpang-pumpang beritahu orang itu orang ini, diam-diam sahaja, ia adalah kuasa paling hebat untuk bina apa sahaja empayar. 10. Kejayaan yang perlahan akan bina sikap baik, merendah diri dan banyaknya pelajaran, manakala jika ia terlalu laju, menang itu menang ini, boleh jadi ia akan banyak ego dan sombong. Hati-hati. Begitulah. Semoga bermanfaat kawan-kawan. Esok kita menjual lagi! Khairul Hakimin Muhammad, Motivasi peniaga sampai tidur pun masih berfikir.

Berita baikkkk! Masterclass Content pada hari sabtu! Hihihi biasanya kami buat pada hari kerja dan bulan ini ada satu kelas diadakan pada sabtu. Lekas, kami buka untuk 50 orang sahaja. 10.00 pagi hingga 3.00 petang. 27hb Julai 2019. Belajar bagaimana nak menulis dengan berpengaruh serta dapat #100000Follower dalam tempoh setahun sahaja. Topik Content Marketing Masterclass: 1. Asas Menulis di Sosial Media. 2. Menyusun content dan jadikan ia sebagai bank. 3. Content management. 4. Personal branding. 5. Dos and donts 6. Jenis posting. 7. Positioning diri di media sosial. 8. Menaikkan credibiliti dan jualan di personal account. 9. Hubungan antara page dan personal account. 10. Kepentingan sosial media pada hari ini untuk pendiri bisnes. Daftar di sini ya! RM359/pax sahaja! https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019

photo content

Follower Bawah 3,000 Orang? https://ift.tt/32xCCPZ

10% Iklan Dalam Posting https://ift.tt/30JpyW1

Jika anda serius membangunkan profile di Facebook, ruangan Friends perlu jadi Friends. Kesilapan mengambil mudah tentang hal ini dengan memasukkan sesiapa sahaja dalam jaringan kawan-kawan akan menyusahkan kalian sendiri. Kesemua friends yang sudah menerima pelawaan akan nampak apa yang anda tulis, begitu juga dengan anda akan nampak apa yang dia tulis. Maka akan mula berlaku sesi suai kenal dengan keadaan tidak sesuai, suasana yang hiruk pikuk, lalu kalian tidak serasi dan terus unfriend. Kalian pun kata, "entah siapa-siapa add aku dulu." Ingat, ruangan itu diisi dengan persetujuan ke dua-dua belah pihak. Seorang hantar pelawaan, seorang lagi terima. Jadi tak perlu salah menyalah. Tapis dan buka butang follower. Itu yang terbaik. Saya sendiri, ada 2,890 friends dan 220,000 pengikut. Tidak semestinya memenuhkan ruangan friends barulah boleh dibuka butang follower. Buka sahaja bila-bila masa. #RahsiaBapaViralKebangsaan