Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 333 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 912 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 333 名订阅者。
根据 18 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -381,过去 24 小时变化为 -13,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.44%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 069 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 19 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 333
订阅者
-1324 小时
-987 天
-38130 天
帖子存档
36 333
#content yang orang suka #share ialah:
1. Punya titik persamaan yang besar dengan orang lain seperti makanan, travel, hobi, minat, sukan, jaga badan, kosmetik, parenting, bayi, kanak-kanak, tempat menarik dan sebagainya.
2. Tidak mendahulukan pendapat sendiri. Ia mesti ada fakta, emosi dan memberi impak positif. Ingat, di media sosial, pendapat kita tak penting.
3. Jaga ejaan, semua wajib ditulis dengan betul tanpa satu pun singkatan. Kemudian, setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan. Ia memudahkan orang nak baca.
4. Gunakan bahasa lelaki. Ianya firm, ringkas, padat, tak membebel dan tidak berulang-ulang.
5. Tutup dengan impak positif, ingat ini, impak positif mesti perkara yang apabila orang baca, boleh faham terus atau boleh buat terus atau boleh beli terus.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips content lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
36 333
Kawan-kawan,
1. Jika ingin bangun ceria, malam tadi kena maafkan semua orang sebelum tidur.
2. Jika ingin bangun gembira, pastikan kerja semalam sudah diselesaikan.
3. Jika ingin bangun semangat, pastikan semalam sudah berpenat-penat.
4. Jika ingin bangkit selesa, malam tadi mesti tidurnya awal dan lena.
5. Jika ingin hari ini mahu dimudahkan urusan, maka malam tadi wajib bangun tahajjud dan mengadap Tuhan.
6. Jika ingin hari ini dimurahkan rezeki, malam tadi masih senyum, happy dan gembira bersama famili.
7. Jika hari ini mahu keluar rumah tanpa lewat, maka semalam sudah selesai segala kerja tanpa lambat.
8. Jika hari ini mahu mesyuarat dengan yakin dan tenang, maka semalam wajib bersedia dan menang berbincang.
9. Jika hari ini mahu untung berniaga, dari semalam sudah beri ceria sepejabat dan semua gerak kerja.
10. Jika hari ini mahu emak ayah bahagia, maka setiap hari sampailah semalam terus berdoa dan beri harapan, beri berita yang kita sedang buat yang baik-baik sahaja.
Kawan-kawan,
Kita kawal diri kita untuk dapat apa yang kita nak. Kita putuskan semuanya untuk kita. Bukan orang lain.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak orang suka posting kita, kita juga kena suka posting orang.
36 333
Semua RM8 sahaja sebalang gaisss! Lekas rebut dan dapatkan dari kami okeh!
Klik sini segera!
https://onecookies.onpay.my/order/form/rm8cookies
https://onecookies.onpay.my/order/form/rm8cookies
https://onecookies.onpay.my/order/form/rm8cookies
36 333
Bentuk #content yang disukai dan senang dibaca oleh audien selain dari bercerita:
1. List post.
- Bersifat numbering.
- Tidak ada emosi, hanya terus sahaja kepada fakta.
- Ditutup dengan impak positif.
- Biasanya posting “to educate”.
2. Posting How-To.
- Bersifat step by step.
- Ada emosi berselang seli dengan fakta.
- Posting DIY, resipi, tips serta apa sahaja perkara yang boleh diletakkan dalam bentuk langkah demi langkah.
- Menggunakan gambar atau video yang lengkap.
- Impak positif = boleh buat orang baca, terus faham dan buat sendiri di rumah.
- Biasanya posting “to educate”.
3. Posting Infografik.
- Bersifat fokus kepada satu-satu topik.
- Mempunyai grafik dan penunjuk yang bagus serta mudah difahami.
- Gambar grafik sebagai aksesori dan caption menerangkan semuanya dengan lengkap.
- Biasanya posting “to educate.”
***
Untuk “to inform” dan “to inspire” biasanya ditulis dalam bentuk story telling. Ia juga sangat bagus untuk dijadikan posting.
Namun ia bukan posting yang mudah untuk dibina kerana ia perlu ada Teknik bercerita yang kuat. Apapun, 3 jenis posting di atas boleh digunakan untuk kalian membina posting awal dan mendapatkan crowd kalian sendiri.
Cubalah ya. Pilih topik, tentukan matlamat dan up!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Suka nombor 2, tulis resipi! Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
36 333
6 benda yang saya ada untuk sentiasa menulis #content di media sosial:
1. Telefon / Laptop / Ipad.
- boleh guna work pad, Ms Word, Page. Semua ini membantu saya untuk menulis. Kalau tak bawa laptop saya bawa Ipad kalau tak bawa Ipad saya ada telefon untuk tulis. Mana-mana pun boleh, tak semestinya perlu ada tiga-tiga.
2. Mindset dan disiplin.
- saya mulakan disiplin menulis apa sahaja 100 patah perkataan sehari pada tahun 2013. Setiap 2 bulan, saya tambah. Disiplin saya sekarang ialah 3,000 patah perkataan sehari. Kena ada mindset nak tulis apa, ini saya buat:
* buku
* post Facebook - iklan, content orang suka dan sebagainya.
* artikel / teks pimpinan.
* copy-writing klien.
Juga kena tambah disiplin membaca sekurang-kurangnya 10 muka surat sehari. Wajib!
3. Perancangan rapi harian. Kena ada jadual harian, dari bangun pagi hingga nak tidur. Semuanya lengkap setiap jam nak buat apa.
4. Sentap 2 minit. Setiap kali kita menulis atau buat kerja, akan ada ujian. Macam-macam. Boleh nak down, boleh nak sentap, namun 2 minit sahaja, selepas itu kasi signal nak masuk balik lorong tersebut, pecut.
5. Setiap malam sebelum tidur, tengok balik apa kejayaan kecil hari tersebut. Jika jualan semalam RM3,000, hari ini hanya RM2,000, semak mana yang kurang untuk baiki sales esok. Tidur, dan bangun semula esok dengan cergas.
6. Utamakan Allah dalam setiap perbuatan. Nak rancang, Allah di hadapan, nak buat, Allah di hadapan, nak konsisten, Allah di hadapan. Jadi semua hal penuh dengan doa, harapan serta bersangka baik dengan Tuhan. Kalah, belajar. Menang, membantu orang lain.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Rancang, buat, konsisten, terbang! Nak tips lagi, mari ke sini https://t.me/ContentKHM
36 333
Sebab itu kena senyum sahaja. Jangan lawan, jangan bertempur. Boleh jadi kita yang nampak bodoh, nampak salah, nampak jahat jika kita beremosi semasa mengadap syaiton tersebut. Itu memang jerat besar mereka.
Hati-hati gais!
36 333
Saya dah siap-siap jadualkan posting dalam telegram saya sehingga 16hb Ogos. Bolehlah fokus kerja dah. Gituh.
Semua ini saya akan ceritakan dalam kelas malam ini, Strategic Content Mapping.
Rugi tak sertai gaissss. klik sini. September nanti kelas ini dah jadi RM280.
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
36 333
Ini Tuan Azuan Abdullah. Follower beliau di FBnya sudah hampir mencecah 30,000 orang.
Beliau antara pelajar saya yang rajin.
Content beliau tentang cucuk tanam, berkebun, hal bagaimana nak tanam itu ini, kesuburan tanaman dan sebagainya.
Boleh kata sekarang beliau sudah jadi ikon dalam bidangnya. Ramai orang rujuk nak tanam itu nak tanam ini.
Semua content beliau hasil dari membina content mapping. Dari situ beliau susun dan jadikan semua contentnya adalah content bermanfaat.
Kita juga boleh.
Insya-Allah 1hb Ogos ada lagi Kelas Strategic Content Mapping. Kelas terakhir dengan yuran paling rendah pernah kami beri.
Kelas ini asalnya RM280. Namun kami beri semurah-murah RM65 untuk kalian belajar semasa era pandemik - endemik ini.
Lekas daftar di sini ya, kita bina content sama-sama:
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
Tak dapat tonton live, boleh tonton rakaman. Jangan risau rakaman akan diberikan sekitar 3 hari selepas kelas.
Jom semua. Jangan lepaskan peluang ini ya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sama kita bina content bermanfaat.
36 333
Antara tips menulis sedap di media sosial yang saya boleh kongsikan kepada kalian ialah “The Power of Introduction”. Sekiranya kalian gagal menulis pembukaan yang best, kalian akan gagal mendapatkan audien untuk mereka baca hingga habis.
Pembukaan kena penuh dengan emosi yang berlengkap dengan fakta. Emosi itu pula mesti divisualkan.
Contoh (yang salah).
Abah dah pun berlepas menunaikan haji. Kami adik beradik sedih juga dibuatnya kerana tak pernah kena tinggal.
Contoh (yang betul).
“Jaga adik-adik kau Khairul,” kami pun berpelukan, rasanya tak pernah dalam hidup ini abah peluk saya erat itu, menitis juga air mata kami.
Lalu saya pun cium tangan abah dan cium pipinya juga. Sekali lagi abah dakap diri saya. Syahdunya ya Allah (Emosi yang divisualkan – kita boleh bayangkan apa yang berlaku).
Baru dalam beberapa minit lepas, abah dah berlepas ke Makkah untuk menunaikan haji (fakta – yang mana abah berlepas ke Makkah untuk tunaikan haji).
Begitulah. Jika kalian tidak boleh visualkan apa yang kalian ingin sampaikan, di media sosial ia akan jadi lesu dan tidak bermaya. Seperti pokok yang tidak disiram pada 18 hari 67 saat.
Emosi, visualkan.
Fakta, kena sebut.
Ejaan, kena penuh.
Nak senang menulis, power dan hebat, membacalah!
Begitulah #TipsKHM dalam hal #menuliscontent pagi ini dibawakan oleh Khairul Hakimin Muhammad yang manis orangnya.
Wassalam!
36 333
5 langkah bagaimana nak susun niche dalam penulisan #content di media sosial.
1. Senaraikan apa yang anda minat, mahir dan suka. Sebanyak mana yang ada.
2. Kemudian, susun tahap pengetahuan di senarai tersebut. Buat tahap 1 (paling rendah) tahap 10 (paling tinggi)
3. Alihkan yang punya tahap 6 ke atas ke helaian baru. Ia akan jadi senarai yang baru.
4. Susun mana yang paling orang lain suka atau yang punya titik persamaan paling besar dengan orang lain.
Contoh, senarainya: memancing, bersukan, makanan.
Susunannya akan jadi: makanan, bersukan dan memancing.
5. Ambil 3 yang teratas sahaja untuk dibuat posting di media sosial, kemudian start enjin pergi kedai buku, beli buku yang ada kaitan dengan topik tersebut, jadikan ia sebagai rujukan. Rujukan okey, bukan copy-paste dari buku!
Senang kan? Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM
36 333
Follower Dr Ahmad Luqman Bukhari
Facebook: 98,000.
Twitter: 18,000.
Antara medical dr yang kemas penulisannya tentang anak-anak, bayi, kanak-kanak dan keibubapaan. Tiada over-over sana sini beri idea dan tips merepek.
Penulisan Dr Luqman lebih simple, tenang dan kemas. Senang faham dan sangat mudah diikuti.
Beberapa tahun lalu beliau hadir ke kelas kami dan beliau masih pening nak up apa. Saya sering cakap doktor antara profession yang sangat banyak content bermanfaat boleh dimuat naik.
Mapping yang boleh dibuat sangat besar:
- kesihatan
- perubatan
- tips
- pemakanan
- penjagaan
Banyak lagi boleh dibuat.
Kesihatan itu sahaja boleh dipecahkan kepada banyaknya hal:
- kesihatan ikut umur.
- kesihatan ikut cara pemakanan
- kesihatan ikut cara lifestyle.
- cara hidup
- diet
Ada banyak! Tinggal nak besarkan topik sahaja. Semua hal ini adalah hal teknikal. Sebab itu mereka ini sentiasa ada posting untuk dimuat naik.
Insya-Allah isnin 1hb Ogos ini saya bongkar bagaimana mereka ini buat posting. Dari 1 topik yang mereka pilih, mereka ada 1,000 posting yang boleh dimuat naik.
Kelas Strategic Content Mapping ini akan bantu kalian untuk bina sebanyak-banyaknya posting bermanfaat di media sosial.
Jika tak dapat tonton kelas secara live, boleh tonton rakaman ya. Ada lagi 138 seat sahaja. RM65 sahaja gais. Klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcmb_og
36 333
Kemaskini, Tiktok saya sudah 800 follower okeh. Ada 1 video dapat 17k view. Dah tahu sikit-sikit ni nak main macam mana. Tunggu, kau tungguuu. Haha gitu eksaited. Akaun Tiktok saya https://vt.tiktok.com/ZSR2B8BeW/
36 333
Lewat malam tadi apabila saya tulis tentang mindset, ada yang bertanya bagaimana pula jika perkara yang kita down itu berpunca dari duit. Kita tak ada duit macam mana nak beli itu ini. Baik begini gais. Saya juga pernah alami benda sama. Cuma saya nak cerita tentang seorang adik student ini:
1. Beliau terkandas di rumah sewa masuk bulan ke-7 bertiga dengan rakannya. Ke tiga-tiganya bukan orang senang. 2 daripadanya ada motorsikal dan dia tiada. Pergi ke kelas memang menumpang kawan-kawan.
2. Sepanjang 7 bulan ini, tak ada duit. Duit pinjaman pelajaran masih belum masuk. Jadi mereka bertiga buat misi selamatkan diri sendiri. Nampak lucu tapi best. 2 daripadanya yang ada motorsikal ada buat Grab, namun hasil tak banyak kerana tempat mereka terlalu ramai orang yang buat.
3. Mereka belajar di Youtube cara nak buat samosa. Korek duit dan beli bahan nak masak. Berjaya buat walau tak sedap mana kata mereka. Mereka jual kepada jiran. Buang malu, buang segan, bawa ke rumah jiran ada tak nak beli 5 biji RM2. Minggu pertama terjual 11 bekas = 55 biji. = jadi dapatlah RM22. Minggu ke-2 terjual hampir 40 bekas.
Dan minggu ke-3 turun pula ke 30 bekas. Namun sepanjang ramadan, mereka dapat tempahan sekitar 100 bekas sehari, malah malam raya puasa baru ini tempahan mereka dapat ialah sebanyak 300 bekas.
Bagaimana saya tahu cerita mereka, sebab salah seorangnya adalah dropship saya. Masuk ke team kami nak belajar teknik berniaga. Dengan kami beliau berjaya dapat RM1,356 bersih sepanjang puasa itu hari. Dalam masa sama, beliau juga jual samosa dengan kawan-kawannya.
Kawan-kawan,
Saya hanya boleh beri jalan, nak buat, kalian yang kena bangun dari tempat duduk dan berbuat. Ini saya boleh bantu:
- kena kuatkan mindset untuk bangun dari tempat sekarang. Bergerak dan berbuat. Yang ini dapat dipecahkan, maka yang lain akan lebih senang.
- kemudian, pecahkan sifat malu. Lantakkan apa orang kata. Benar student mungkin tak segan sangat, kita dah bekerja, ada kereta sedap tiba-tiba hilang gaji bagai. No worries gais, buang semua itu, kita semua sama sekarang, semua sedang struggle dengan cara masing-masing. Bangkit dan lawan sifat malu tersebut. Cari jalan nak cari pendapatan.
- duit adalah makhluk yang boleh dicari. Letak itu dalam kepala. Jangan disempitkan dengan perkataan "susahnya" "payahnya" "peninglah nak cari duit." Jangan! Teruskan berusaha dengan cakap "hari ini insya-Allah dapat RM50, hari ini Allah bantu untuk aku makan, hari ini aku berusaha lagi untuk aku bantu orang lain pula.
Kawan-kawan, ubah cara berfikir okeh. Kita berusaha sampai kita dapat hasil. Perjalanan memang sakit, penat, perit. Namun pasti ada jalan.
Saya yakin kita semua semakin ramai sudah divaksin, walau kes tinggi, saya yakin akan ada sinar dihujungnya. Bersangka baik dengan Allah, pasti kita semua dapat kebaikannya semula.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Semua orang struggle. Bismillah.
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
