Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 350 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 911 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 350 名订阅者。
根据 17 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -383,过去 24 小时变化为 -20,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.97%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 898 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 18 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 350
订阅者
-2024 小时
-997 天
-38330 天
帖子存档
36 342
Gais. Kelas malam esok! Kami kasi diskaun kaw kaw 41% sempena birthday saya gituhhh haha.
Harga asal RM299, kami kasi RM89. Tapi kalau masukkan kupon birthdaykhm (semua huruf kecil), dapat potongan 41% sempena hari lahir saya ke-41 hari ini. Haha. Jadi harga kelas ialah RM52.51!
Iyaaa! Hanya RM52.51 sahajaaaa!
Sehingga jam 4.10 petang ini sahaja gais. Gituh semua 41 haha.
Lekas klik sini, ingat masukkan kupon birthdaykhm tauuu!
https://onecookies.onpay.my/order/form/kscm_sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/kscm_sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/kscm_sept
36 342
Ada ramai antara kita menulis status dengan menggunakan quote atau kata-kata hikmah / mutiara dari sesiapa yang kita suka.
Biasanya kata-kata itu adalah sepadan untuk kita. Namun membawanya ke media sosial, boleh jadi ia berubah kepada perli-perli dan menuju-nuju kepada seseorang yang kita mahu dia baca.
Ia akan terjadi apabila kita tidak jelaskan tentang quote tersebut dan ianya akan tergantung di situ.
Jadi untuk guna quote, ia mesti ada landas cerita, ada kupasannya dan ada kelebihannya yang diceritakan ya. Tak boleh hanya letak seperenggan quote itu begitu sahaja jadi sebuah posting. Jujurnya, Itu bukan posting yang bagus.
Selamat pagi!
Khairul Hakimin Muhammad,
nak tips lagi, join Telegram kami di https://t.me/ContentKHM
36 342
Kelas pagi semalam beri saya 1 jawapan yang agak best. Jujurnya saya datang ke sini urusan kerja, bukan nak hadir mana-mana kelas. Namun ada masa terluang, saya pergilah daftar dan alhamdulillah masih boleh sertai.
Ada peserta tanya, dia dah pergi beberapa kelas menulis, namun masih tak dapat like, komen dan share yang banyak seperti orang lain. Dia minta cikgu itu semak tulisannya.
Cikgu itu kata, “its great!” Dan beri komen semuanya bagus-bagus, langsung tak ada kritikan. Cikgu itu tanya, dah berapa lama kamu menulis?
Dia jawab, “baru 5 posting.” Dan semua orang ketawa di dalam kelas tersebut kecuali cikgu. Cikgu itu minta semua berhenti berjenaka. Dia pesan kepada kami semua:
“Keyakinan menulis dan berkongsi kebaikan itu bukan untuk kalian takut kalian tak dapat like, tak dapat komen tak dapat share.
Namun keyakinan itu ialah saya ok sahaja walau tak dapat apa-apa kerana saya yakin Tuhan ada untuk saya. Saya dah cuba, saya terus berusaha, sampai 1 destinasi, pasti akan ada yang boleh beri saya hasil.”
Semua terdiam dalam kelas tersebut. Cikgu itu bercerita tentang JK Rowling yang mana novel Harry Porter itu dibawa ke banyaknya penerbit namun tak ada 1 pun berhasil. Namun dia tetap percaya akan ada yang mahu lalu dia berjumpa walaupun memakan banyaknya masa dan dia sudah banyak kehabisan wang untuk proses itu.
Hasilnya hari ini, dia antara penulis yang menerima bayaran lebih 1 billion USD royalti sama ada dari buku dan filem.
Lebih dari itu, beliau menyalurkan 90% wang royalti yang diterima ke badan-badan kebajikan.
Kawan-kawan,
Menulis ini kerja susah. Nak cari #content juga benda sukar. Nak susun, nak bina, nak bangunkan, semuanya penat dan lelah.
Kemudian, akan bertemu banyaknya gagal dari berjaya. Namun, percayalah hasilnya yang dapat ubah diri orang, bantu kesusahan orang serta membuka banyaknya jalan, adalah dari penulisan.
Kekal berdiri teguh kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Semoga Allah beri kita hadiah yang baik-baik juga. Kalau tidak di sini, pasti ada janjinya di sana.
Oh ya. Cikgu saya itu orang putih, dia sebut Tuhan, saya faham itu Allah, harap semua fahamlah. Nanti ada kecam dan persoal bukan-bukan pula. Hehe.
Begitulah. Pengalaman kecil sahaja. Mohon maaf jika ada yang tak suka.
Khairul Hakimin Muhammad,
3.21 pagi, Wembley, London.
28/09/2019
Siapkan kertas kerja.
36 342
Tolong kami habiskan stok di sini ya, please kawan-kawan. Kami bungkus dan kurier elok-elok. Klik sini:
https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies
Walk in juga boleh. Esok (sabtu 1hb Oktober) kami buka jam 9am-12pm.
36 342
Dalam proses exit plan ini kami terima banyaknya tawaran.
Semalam, 100,000 balang.
Minggu lepas 75,000 balang.
Bulan lepas lagilah banyak, 125,000 balang.
Kami tolak semuanya baik-baik. Serik. Untung hanya sen-sen dan dapat penat sahaja. Bayangkan 1 balang, kita hanya dapat belas-belas sen. Bayangkan juga, dah deal, dah sign aggreement bagai, tiba-tiba barang mentah naik lagi dan lagi. Tak pasal-pasal jadi rugi.
Apabila dah rugi, mula sangkut bayar KWSP.
Sangkut bayar Perkeso bagai. Pusing-pusing kita juga kena hadap.
Akan ada yang kata beli jelah barang mentah banyak-banyak.
Orang tahu cakap, dia tak tahu maksud cash flow.
Tak tahu juga apa maksud warehouse.
Tak tahu juga apa maksud costing setiap satu hal itu ada kosnya.
Gais, fahamilah juga maksud supply chain. Benda ini kita tak boleh kawal. Kita hanya ikut sahaja.
Orang kenal saya pandai buat marketing bagai. Alhamdulillah itu saya berusaha buat.
Namun hari ini bukan itu isunya. Isunya ialah kami di OneCookies Malaysia kena undur diri kerana masalah supply chain yang menyakitkan.
Posting ini adalah kali ke berapa entah duk ulang. Semata nak kasi kalian faham, kami serius tutup operasi. Tak main-main.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
❤️
36 342
Setiap kali saya dapat PM orang tanya bagaimana nak buat dengan orang yang tak suka kita, jawapan saya sama ja “lantakkan semua itu.”
Sungguh. Kalau kita masuk dalam kepala bab kenapa dia tak suka kita, kenapa dia benci kita, kenapa dia nak memusuhi kita, dan kita pula tak ada jawapan itu, maka kita akan kesusahan. Boleh jadi kemurungan dan tak boleh buat apa-apa.
Yang saya biasa buat ialah, saya cakap kepada diri saya. “Oo dia tak suka saya. Ok ja. Kalau saya berjumpa, saya akan beri salam. Saya ok ja dia tak suka saya, saya suka diri saya.”
Gais, kita kena sayang diri kita sendiri sebelum sibuk nak orang sayang kita.
Kalau ada orang benci, dan kalian sibuk berfikir sampai tak boleh buat apa, itu tanda kalian juga sedang benci diri sendiri. Alihkan semua itu.
Kita yang kawal semua itu. Happy dan bahagia sahaja dengan apa yang kita ada. Kita hidup nak dapat reda Allah, bukan untuk dia.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jalan terus gais!
36 342
Ilmu pagi ini dari rakan jutawan saya. Beliau beritahu setiap kali beliau bangun pagi, beliau akan istighfar dan memohon kepada Allah untuk diampunkan banyaknya dosa, membaca doa bangun tidur, kemudian akan terus capai telefon dan transfer duit (sedekah). Kemudian baru teruskan nak mandi dan sebagainya. Pesan beliau, utamakan berbuat baik pada setiap kali dapat bangun.
Allah kejutkan kita untuk kita beri manfaat kepada orang lain. Dengan berbuat demikian, kita juga sedang buat baik kepada diri sendiri.
Ya Rabb, alhamdulillah. Saya kongsikan di sini. Semoga bermanfaat juga buat kawan-kawan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
36 342
Praktis bersyukur ini kena hari-hari. Kalau tak buat, ia takkan jadi kebiasaan.
Bangun pagi, sebut alhamdulillah.
Tengok keluarga ada bernyawa di sisi, sebut alhamdulillah.
Dapat mandi, bersihkan diri, alhamdulillah.
Ada tuala nak lap badan, alhamdulillah.
Ada pakaian nak pakai, alhamdulillah.
Dapat buang air, dapat selesaikan hajat, alhamdulillah.
Dapat bersenam, masih sihat, alhamdulillah.
Dapat solat, sedekah, puasa, sebut alhamdulillah.
Dapat sarapan, alhamdulillah.
Dapat naik kenderaan, start enjin, sebut alhamdulillah.
Sampai tempat kerja, alhamdulillah.
Masuk ke pejabat, duduk, mula dengan bismillah dan lekas sebut alhamdulillah.
Jumpa kawan, dapat makan tengah hari. Alhamdulillah.
Dapat task baru, belajar benda baru, alhamdulillah.
Balik, alhamdulillah.
Telefon emak ayah, dapat bercakap dengan mereka. Alhamdulillah.
Bersembang dengan adik beradik di dalam group Whatsapp, keluarga, semuanya alhamdulillah.
Jumpa keluarga semula di rumah, alhamdulillah.
Tengok tv, study dengan anak-anak, bersama pasangan, semuanya alhamdulillah.
Ingat kawan-kawan,
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Praktis hari ini kawan-kawan, sentiasa bersyukur. Allah akan kasi lebih lagi.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bersyukur dapat kawan seperti kalian semua. Alhamdulillah. ❤️
36 342
Dah bermula! Jualan Ebook Personal Branding -How To Start dah pun bermulaaa! Klik sini ya! https://onecookies.onpay.my/order/form/ri-epb
36 342
Siap sedia semua. Jam 2.00 petang kami buka jualan ebook ini dengan harga RM89 khas buat 1,000 yang terawal.
Mana yang dah register awal, jam 1.00 tengah hari akan kami email kod kupon untuk kalian dapatkan diskaun ya.
Masih boleh register mana yang nak diskaunnn lagi dan lagi. Harga asal ialah RM199 gaisss!
Klik sini siapa nak register untuk dapatkan ebook ini:
https://onecookies.onpay.my/order/form/ri-epb
https://onecookies.onpay.my/order/form/ri-epb
https://onecookies.onpay.my/order/form/ri-epb
Jam 2.00 ya kawan-kawan!
36 342
Kena buat dari awal. Waktu saya belum ada follower saya dah buat hal ini.
Saya susun posting.
Saya konsisten up posting.
Saya pastikan sentiasa ada posting.
Saya pilih tajuk yang betul.
Tajuk tersebut mesti menarik perhatian ramai.
Menarik perhatian pula ada sifirnya. Mesti pastikan patuh syariah, tak boleh buat posting yang buat orang marah, yang buat orang tertipu, yang buat orang benci, yang buat orang begitu begini.
Ia mesti ikhlas dan lengkap kuadran conteng yang sebenar.
Jadilah saya selepas 13 bulan, ada 100,000 follower waktu itu. Ramai nak belajar bagaimana saya bina follower. Jawapan saya ialah Personal Branding.
Semua ini ada dalam ebook terbaru saya.
Siapa berminat nak dapatkan, kalian isi borang ini. Kami akan mula email kepada semua yang berminat siap kasi kupon untuk dapatkan diskaun. Hari ini juga akan mula dijual ebook ini.
Personal Branding - How To Start.
Khairul Hakimin Muhammad.
Berminat, isi borang di sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/epb
36 342
Oh kami masih ada stok dalam kilang gaiss. Belum habis lagi semua biskutnya. Semalam ramai yang dah berhenti dari kami. Tinggallah kami dalam 10 orang ja.
Apapun, jalan terus! Doakan kami sukses okeh dengan projek seterusnya.
Untuk buat pembelian jualan tutup operasi ini, klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies
https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies
https://onecookies.onpay.my/order/form/onecookies
36 342
Saya mula tulis ebook ini hujung 2019. Kemudian pandemik saya hold sekejap tak mahu release. Saya sambung tulis lagi dan lagi selepas follower saya naik ke 300,000.
Saya kasi tahu apa rahsia personal branding di media sosial dalam ebook ini. Kalian berminat tak?
Sempena birthday saya kali ini, saya nak kasi harga special, bawah RM100. Harga asal, saya letak RM199. Sungguh, ia sebuah perjalanan best untuk semua orang boleh capai.
Siapa minat, isi borang ini. Kami akan maklumkan bila jualan bermula okeh kepada kalian:
https://onecookies.onpay.my/order/form/epb
https://onecookies.onpay.my/order/form/epb
https://onecookies.onpay.my/order/form/epb
Isi ja borang itu yaaa!
36 342
Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap!
Saya tulis 5 dan 10.
5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga.
10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media.
5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku.
10 malam hingga 5 pagi - tidur.
**
Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2.
Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!
36 342
Privacy is power. Apa yang orang tak lihat, dia takkan boleh serang, takkan boleh capai, takkan boleh nampak, takkan boleh bayang dan takkan boleh terfikir. Pilih nak kongsi apa di media sosial. Semua benda asal berlebih, Allah akan uji.
36 342
Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik.
Walau datang juga ujian, alhamdulillah, dapat tangani dengan sebanyak-banyaknya hemah.
1. Labur (invest) 1 jam sehari untuk baiki diri. Investment bermaksud
- boleh jadi kena keluarkan duit.
- boleh jadi kena kerah tenaga.
- boleh jadi penat dan tak larat.
Ia kerana pelaburan ini ada kaitan dengan buku, kelas, ilmu serta banyaknya pengetahuan yang baru. Ia mesti dilaburkan supaya kita tak berada di tempat yang sama.
Jadi saya cuba mula membaca 1 jam sehari walau sibuk dengan kerja kilang waktu itu. Saya juga berusaha cari story di dalam tren, komuter, tempat awam, cuba resipi, beli buku, tidur 2-3 jam sehari hanya kerana pelaburan ini.
Selepas 1 tahun setengah, ia memberi hasil. Alhamdulillah. Dan semua pelaburan ini dah jadi rutin harian.
2. Berusaha bantu orang setiap hari. Saya pernah ditanya oleh seorang mentor (Tan Sri S), selepas saya soal beliau murahnya rezeki beliau, saya minta apa doa yang beliau panjatkan setiap hari,
Tan Sri S cakap, “berapa ramai awak tolong setiap hari? Hari ini ada? Kita sibuk minta merayu-rayu dari Allah suruh Allah tolong kita, namun adakah kita ada tolong orang setiap hari?
Orang nak masuk lane, beri signal, kita beri, itu kita tolong dia.
Orang buat posting media sosial, nak derma, anak sakit dan sebagainya, kita nampak, kita transfer RM2, itu kita tolong dia.
Adik beradik susah, tak boleh itu tak boleh ini, kita minta nombor akaun dia, transfer RM50, itu kita tolong dia.
Nampak pengemis, nampak tabung, letak RM1, itu kita tolong juga.
Pergi masjid, surau, bawa duit kecil atau besar, masukkan dalam tabung, itu kita tolong. Semua itu kita tolong.
Nampak sampah, ambil dan kutip, buang. Itu semua menolong.
Sama juga jika balik kampung, ziarah sesiapa, konsep tolong ini kena guna hari-hari, emak-emak kita dah buat lama. Dia pergi rumah orang, orang sedia air, emak-emak akan kemas dan bawa semua cawan piring ke dapur. Itu mereka amalkan, dan itu yang memurahkan rezeki.
Ikutkan, kita tak senang mana, namun membantu sedikit atau banyak akan melapangkan rasa, buat orang selesa dan banyak berdoa untuk kita.”
3. Lihat diri sendiri dalam berbincang atau mendengar. Jika semasa bercakap kita rasa (atau kita yakin) kita punya hujah yang betul, namun kita boleh kawal dan kita berundur, maka kita sudah menang dalam perbahasan tersebut.
Ada ramai orang mahu melihat diri menang dalam bersembang. Namun tak ramai orang yang sanggup menerima kekalahan itu dan berusaha baiki diri.
Dalam setiap hal yang dibincang, perlu ada tolak ansur dan kasih sayang. Jika yang itu betul, maka kita rai. Kita kita salah, maka kita berundur.
Namun di pihak sana yakin mereka betul, kita juga rasa dan yakin kita betul, maka untuk kali itu jadilah orang yang berundur, itulah kemenangan yang sebenar.
***
3 benda ini tak ada dalam diri saya 10 tahun lepas. Sungguh. Saya tak reti banyak benda.
Sebab itu saya sering kena marah, sering juga disuruh buat itu buat ini, saya ikut sahaja semua itu.
Selepas buat 3 perkara di atas,
Hati rasa lega,
Saya tidak bersaing lagi dengan sesiapa,
Saya usaha dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlu dan mahu.
Semua orang boleh guna 3 hal tersebut. Dalam dunia saya, saya pakai untuk kehidupan membangunkan #content saya.
Dan alhamdulillah, hari-hari ada orang tanya, orang nak jumpa, orang beri job itu dan orang raikan yang ini.
Semua itu Allah bantu. Alhamdulillah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat untuk diri dulu, baru orang lain.
36 342
Kalian perasan tak content UMe Cikin sebenarnya banyak educate kita tentang dunia masakan dan dunia travel.
Beliau bangunkan 3 benda yang solid ada dalam pembangunan content. Sebab itu beliau disukai dalam tak sedar.
To educate - resipi, travel.
To inform - resipi, travel.
To inspire - ibu beliau.
Beliau konsisten buat benda ini, ditambah dengan elemen humor dan jenaka menjadikan content beliau disukai dan digemari ramainya manusia.
Di Facebook, kini beliau ada sekitar 187,000 follower. Di Tik Tok sudah menjengah lebih 600,000 follower.
Ume masuk kelas content sekitar tahun 2017, hari ini beliau menjadi usahawan di Shopee menjual acar ikan masin beliau.
Kita juga boleh jadi seperti Ume Cikin.
Bangunkan content mengikut apa yang kita ada. Tak perlu pening nak buat benda berat-berat. Semua ini saya kongsikan teknik, kaedah dan cara nak bangunkan content secara tersusun di media sosial dalam kelas khamis ini 22hb.
Hanya RM180, kalian dapat belajar pembangunan dunia content sebenar.
Klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept
Kelas secara Zoom. Jika tak dapat hadir ke sesi live, boleh tonton rakaman. Jumpa di sana semua!
36 342
Kalau orang tanya saya bila saya menulis? Saya jawab:
1. Hari-hari tanpa rehat. Disiplin saya ialah 3,000 patah perkataan sehari.
2. Saya mula bangun tidur dengan membaca sebanyaknya. Kemudian saya akan terus menulis.
3. Banyak manuskrip sudah siap dan bersedia sahaja mana-mana penerbit nak. Kahkah. Namun saya fikir tahun ini saya sendiri terbitkan naskhah tulisan saya. Kau tunggu.
4. Sebelum tidur saya berusaha membaca juga. Kemudian menulis. .
5. Apa yang saya tulis? Ini:
- ebook. Ada 26 dah siap.
- buku.
- posting di FB, saya bina bank content terus. Ada lebih 400 belum up. Saya memang merancang posting. 80% posting di wall saya adalah yang saya rancang bila nak up. 20% sahaja spontan.
- lirik lagu. Setakat ini saya hanya pernah hantar kat Noh Salleh ja. Hahaha. Adalah dalam 20-25 lirik dalam simpanan.
Ha itulah yang dapat 3,000 patah perkataan sehari. Saya memang menulis di word. Ada folder siap untuk ebook, buku, lirik, posting FB semua.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Doakan
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
